Tuesday, April 14, 2009

Muhyiddin kena serang..



Muhyiddin Timbalan Presiden UMNO diserang bertubu tubi dalam kenyataannya berkaitan isu kaum China dan India yang tidak kenang budi di pilihanraya kecil - di mana UMNO dan Melayu untuk mempertahankan Muhyiddin, di mana Pemuda UMNO yang setiakawan. http://anwaribrahimblog.com/2009/04/14/cina-india-bukan-peminta-sedekah/

Wednesday, April 8, 2009

Mat Hasan bodek Rosmah..kabinet Najib.

Terbaharu: 12hb April
Hari ini , sekali lagi di Utusan, muka surat penuh, Mat Hasan membazir lagi, kali ini bodek Najib dan Muhyiddin - tahniah dari rakyat N9 katanya...

Posting asal: 8hb April
Muka surat 15, Utusan Malaysia, Sabtu 8hb April 2009 - Sekalung Penghargaan dan Terima Kasih kepada Rosmah bini Najit dari MB N9 - satu muka surat penuh.

Apa kejadahnya Mat Hasan ni nak mengampu dan membodek Rosmah dengan menggunakan duit cukai rakyat membayar iklan sebsar itu - Ini ke perubahan yang mahu dimulakan oleh UMNO ??????????????????????????
Sehari selepas menjadi PM, Najib turun dan mahu tanpa kompang, tanpa bunga manggar, tanpa permaidnai merah (saranan yang sama macam paklah mula pegang jawatan) tapi hari ini Ahli Majlis Tertinggi dah mula bodek bini Najib.

Agaknya rakyat N9 semua dah kaya raya, tidak perlu diberi perhatian, banyak sangat ke duit kerajaan negeri untuk bayar iklan sebesar itu ???

Tuesday, April 7, 2009

Mengaku sahaja lah dah kalah..

Semuanya masih analisa karat, beralasan bagi yang kalah dan ego bongkak bagi yang menang.

Hormati keputusan rakyat, balik dan buat kerja masing masing, yang menang cara menang , yang kalah cara kalah - dunia belum kiamat tak kira siapa yang menang atau siapa yang kalah.

Pilihanraya 5 tahun sekali bukannya panjang, kena berjumpa lagi.

Yang kalah, kena banyak berubah. Yang menang buka masanya bersenang lenang.

Monday, April 6, 2009

Mahathir yang kalah sorak..







Apa yang penting sangat dengan Mahathir, dia cuma roti canai teloq berbanding dengan roti canai kosong yang baru bersara dan roti bom yang terlepas jawatan idaman.

BN kalah atau memang, apa sangat yang jadi kudis kepada Mahathir, dia datang berkempen sekadar nak cuci dan rawat kurap peninggalan bapa mertua dan anak menantu.

Tapi kalau BN menang - yang dapat piala bukannya Mahathir tapi Najib, yang di usung ke Tanjong Rambutan bukannya Zambri tapi Nizar dan Anwar.

Mahathir tidak relevan sebab dia sudah menang banyak kali, Paklah terpelanting, Anwar tertiarap dan KJ kepanasan.

Ignore Mahathir - kata2 orang yang kecewa, ye ke???? Habis tu kenapa sebok, kenapa beri komen panjang, kenapa gentar!!!

Sunday, April 5, 2009

Tak cukup tanah untuk berlari..

Dalam kecelaruan Anwar ke atas perlantikan Najib sebagai PM dan kemasukan semula Tun ke dalam UMNO - Anwar gentar dan dengan tergesa gesa mengumumkan sesuatu yang kononnya gempaq tetapi nyata mungkin satu pembohongan.

Anwar dapat merasakan detik saat begitu cepat datang dan menghimpitnya.

Satu pembohongan besar-PPP Kedah
05/04/2009 1:58pm
SUNGAI PETANI 5 April - Parti Progresif Penduduk (PPP) Kedah menyifatkan pengumuman pembangkang kononnya seramai 6,000 ahlinya meninggalkan parti itu merupakan satu pembohongan semata-mata.
Timbalan Pengerusi PPP negeri, K. Vadi Veloo berkata, kekuatan PPP di negeri ini masih utuh dengan tiada satu bahagian pun dibubarkan.
''Ia merupakan satu pembohongan dan dibuat demi kepentingan sendiri,'' katanya kepada pemberita di Cinta Sayang Resort di sini hari ini.
Dalam satu ceramah yang turut dihadiri oleh Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Hock Seng malam tadi, Naib Presiden PPP, Datuk V. Nadarajan mengisytiharkan keluar dari parti itu dan menyertai PKR.
Kira-kira 6,000 ahli parti itu di Kedah didakwa turut mengikut jejak langkah Nadarajan. - Utusan

Friday, April 3, 2009

Wisel awal


Wisel mula permainan baru saja ditiupkan, tapi Najib sudah mendahului 2 - 0

1. Pembebasan 13 pesalah ISA
2. Harakah dan Suara Keadilan ditamatkan pergantungan 3 bulan

Keyakinan

  1. Seminggu dua ni ramai sangat leader dan owner dari syarikat networking yang lain call saya. Mereka nak jumpa, nak meet & great, nak...