Saturday, April 16, 2011

Presiden BN kena 'kencing'...






Permainan mudah DAP memerangkap BN untuk kepentingan kaum Cina.... Mereka masih sokong DAP. Soi Lek turut tersenyum...
Cukup cukup cukup lah tu...buat habis boreh je.

Elok sangat BN tumpu, tingkatkan, hebat dan gandakan pembangunan ketara kepada kawasan dan kaum yang menyokong BN. Kalau jutaan itu digunakan untuk membangunkan sosio-ekonomi mereka, sampai 7 keturunan pun mereka tetap hargai dan sokong BN.

UMNO jangan jadi tanggang...

Bloggers lagi kecewa...


Keputusan sudah diketahui.. kekecewaan bukan sahaja kepada calon dan parti yang tewas tetapi kecewa yang amat sangat pada bloggers yang beria ia mahu BN tewas dan suka sangat kalau faktor kalah itu pada Taib...

Kepada bloggers sewaktu dengannya termasuk bloggers tersohor dan ternama,. elok le tulis pulak sebab sebab kekalahan tersebut, antara sebabnya ialah BN tabur duit, dakwat palsu, pengundi hantu, SPR tak adil, undi pos, undi popular BN jatuh bla bla bla.. sekurang kurangnya itu dapat mengubat kekecewaan.

Thursday, April 14, 2011

...sama jantan dengan Taib


Rakyat Sarawak khususnya penyokong BN wajar mendesak sebulat suara Karpal, Lims, Hadi, Nik dan Anwar untuk melepaskan jawatan selepas pilihanraya Sarawak tanpa kira siapa yang menang atau kalah.



Mampukah mereka membuat pengakuan itu sama jantannya dengan Taib..




p/s Anwar dah umum Pakatan akan menang melebihi jangkauan dengan syarat BN 'taktipu di saat akhir dengan menabur wang'. Ertinya Anwar dah tahu akan kalah dan awal awal lagi meletakkan alasan kalah. SATU KENYATAAN YANG MELEGAKAN.....

Wednesday, April 13, 2011

Ini Orang Masih Boleh Pakai Ke...


Selain beberapa individu yang dinamakan..apakah Ku Li juga terlibat???

Drama terjun bangunan belum selesai, kes liwat masih tertangguh, drama vedio seks masih lagi panas, kini timbul pula drama baru...

Semua ini akan terus menghuruharakan negara..

Kita dah kenal pelakon2nya..mana pengarahnya?

Tuesday, April 12, 2011

Siapa yang mahu Taib letak jawatan...

Siapa sebenarnya yang mahu Taib letak jawatan? UMNO atau komponen BN Sarawak? Pakatan Pembangkang? Undi pilihanraya akan menentukan.. Jika BN tewas, itu bukan faktor Taib sebagai individu tetapi lebih kepada rakyat Sarawak mahu perubahan kepada parti pemerintah sekarang kepada parti baru pembangkang. Jika BN tewas, sampai masanya UMNO masuk ke Sarawak... Tidak ada ruginya pilihanraya di Sarawak untuk rakyat samada Pembangkang atau BN yang menang. YANG SANGAT TAKUT TEWAS ADALAH DIKALANGAN PEMIMPIN SEMUA PARTI YANG TAKUT HILANG PENGARUH DAN KUASA.. Rakyat jangan terpedaya dengan hasutan mereka, pilihlah wakil rakyat yang anda kenal yang dan yakin kemampuannya untuk bekerja kepada masyarakat setempat.

Monday, April 11, 2011

Kenapa setiap kali mesti mirip 'Anwar'



Setiap kali isu vedio sex, liwat atau omega kenapa mirip "Anwar" yang timbul, kenapa tak mirip Najib, Nik Aziz atau Karpal..


Kesian si Anwar tu...


Antara koleksi favourate Anwar adalah Ummi, Ghani, Musa dan beberapa nama lagi dan yang terbaru..Dato T


Anwar terus diburu oleh 'hantu kak limah'..

Tuesday, April 5, 2011

Lelaki mirip Anwar tolong tampilkan diri...

Di harap lelaki yang mirip Anwar itu tampil membuat pengakuan secara 'gentleman' seperti Chua Soi Lek.

Pembangkang atau Azizah atau sesiapa sahaja mungkin boleh tawarkan hadiah lumayan mencecah jutaan untuk sesiapa sahaja yang berani membuat pengakuan tersebut bagi menyelesaikan kes ini dan sekaligus membersihkan nama Anwar.

Jika lelaki itu mampu melanggan pelacur sudah tentu dia 'bermuka tebal' untuk tampil, apa masalahnya untuk membuat pengakuan kalau dibandingkan dengan hadiah lumayan yang ditawarkan.

Kalau tak ada yang tampil, timbul juga persaolan, siapa lelaki itu sebenarnya? Setakat ini hanya seorang yang menafikan 'itu bukan dirinya'.

𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚?

  𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚? Kita jawab secara am "Letak RM10,000 berapa boleh saya untung?&q...