Thursday, May 2, 2013

rakyat sedang dibakar....

dalam kedudukan sekarang, tidak siapa berani mengaku akan mendapat majoriti mudah dng selesa, semuanya berpunca dari mood pengundi yg tidak menentudisebabkan bn dan pembangkang memainkan isu yg tidak ada penghujungnya.

saban hari pengundi akan dihidangkan dengan menu isu untuk menghasilkan satu persepsi di kalangan pengundi hingga menenggelamkan isu sebenar pilihanraya tujuan memilih kerajaan semula atau kerajaan baru.

pro bn banyak mempamerkan pelbagai vedio mendedakan pelbagai keburukan pemimpin pembangkang dan amat kurang atau tiada langsung dari pihak pembangkang - jika vedio2 itu dihasilkan atas 'lakonan' yg dibuat oleh pro bn kenapa pula pro pembangkang tidak pula dapat menghasilkan 'lakonan' yg sama untuk memburukkan pemimpin bn. kesimpulannya vedio2 yg didedahkan adalah tulin. pelaku2 itu memang ujud di pihak pembangkang termasuk anwar? stopa? azmin? dan yg terbaharu nurul?

tuduhan rasuah dan kroni seperti yg dimainkan pembangkang sangat umum dan serkap jarang, jika benar cuba kita tanya berapa ramai pemimpin bn di selangor, penang, dan perak yg diheret oleh pembangkang ke mahkamah, bukankah boleh mengorek fail lama di negeri2 yg mereka kuasai, kecuali di selangor, khir toyo di hadapkan dengan satu kes, sedangkan sebelum ini mereka kata ada bertimbun....bandingkan pula sudah berapa ramai pemimpin pembangkang yg dicekup sprm walaupun baru sepenggal memerintah.

sesungguhnya pembangkang tiada isu besar - modal dan senjata ialah dap bermain API dng isu perkauman Dan pas bermain api dng isu ugama. Rakyat kini sedang dibakar..... Isu terbaik dari bn yg cukup sukar untuk pembangkang tepis ialah Janji ditepati...

atas kertas dan realiti - lain

di atas kertas, seperti bn mampu menang majoriti tetapi realiti selepas dua hari turun padang di beberapa kawasan di johor, nampak goyang kerana pertelingkahan dalaman umno bahagian.

di dun mahkota, ketua bahagian kluang, jais sarday calon dun mahkota kehilangan ramai panglima yg dipecat kerana merekalah yb jais dilihat pincang oleh rakyat, pemecatan drastik tidak membuahkan sesuatu yg baik kerana rakyat hanya menilai ketidakberkesanan dan kelemahan calon yg mempertahankan kerusi.

undi adalah rahsia atau pengakuan terbuka

merahsiakan undi adalah sesuatu yg baik dan sudah pun diketahui umum.

tetapi trend terbaru menunjukkan atau me
maklumkan siapa atau parti mana yg diundi, akan diundi secara terbuka mula popular

apakah fenomena ini sihat?

Wednesday, May 1, 2013

bendera pas mula ditanggalkan petugas dap..

di johor petugas dan penyokong dap dikatan mula menanggalkan poster dan banner pas sebagai tindakan memprotes ke atas pas yang masih tidak menarik balik perjuangan melaksanakan hudud walapun perkara itu secara jelas tiada dlm perjanjian atau manifesto bersama.

bagaimanapun tidak semua poster dan banner pas ditanggalkan terutama di tempat yg tinggi dan apabila ditanya kpd petugas, mereka memaklum itu adalah arahan pihak atas lagipun kos membuat dan memasang bendera pas ditanggung sepenuhnya oleh dap.

anwar sindir mentor lim kit siang

Tak berjaya ke putrajaya, bertapak di cyberjaya pun jadilah - itu antara bayangan anwar yg memberi petanda awal pakatan haram mereka akan te was sebelum tarikh undian. Apakah lim kit siang Dan hadi bersetuju dng kenyataan seperti itu, kenyataan Yang membunuh semangat komponen lain spt pas Dan dap yg masih berjuang Dan percaya mampu tawan putrajaya atau sekadar sabotaj anwar terhadap pakatan apabila dia sudah menghidu pakatan jahat di kalangan komponennya yg sudah menolaknya keluar dari cita2 peribadinya sebagai pm malah sudah Ada pakatan untuk tidak memberi undi kpd semua Calon pkr yg akan menyaksikan anwar sendiri tewas di permatang pauh. Bagi pembangkang, sesama mereka sudah Ada sejarah hitam Dan pru lah pentas terbaik untuk mereka sailing tikam menikam di belakang untuk melansungkan dendam. Nik aziz, anwar dan lim kit siang menang mempunyai sikap pendendam yg tinggi dan memastikan musuh Dan pesaing kuat mesti dihapuskan pada masa yg serentak bila berpeluang. Bukankah pembahagian kuasa, pangkat Dan jawatan antara pas Dan dap akan menjadi lebih mudah tanpa pkr, tanpa anwar, azmin Dan tian chua ? Jika anwar sangat jelas dia diperdajalkan, disabotaj hingga tewas di permatang pauh sekaligus gagal menjadi pm sudah tentu anwar dengan segala kudratnya akan memastikan hadi dan lim kit siang juga gagal mendarat di putrajaya. Sesungguhnya tanpa anwar sebagai pm ia umpama memberi bunga kpd seekor beruk, hadi awang memang tidak selayaknya di kerusi pm secara hukum akal. Melihat desperatenya mereka untuk tawan putrajaya hatta cyberjaya pun jadilah, adalah wajar juga mereka mempunyai plan c, kalau tak dapat juga cyberjaya maka nusajaya, petrijaya atau seberang jaya mungkin sasaran yg lebih baik. Dan apakah pembangkang tidak rasa jijik Dan malu untuk ke cyberjaya kerana seperti putrajaya, cyberjaya juga dimartabatkan oleh musuh no 1 mereka - mahathir mohamad.

hanya kerana bertanya - digelar syaitan

hanya kerana minta penjelasan (bukan menuduh) kepada nik aziz berhubung hartanah bernilai 10 juta di kb ibrahim ali digelar syaitan. bukan itu sahaja, nik aziz menambah ib
rahim ali ini sangat jahat, hatta malaikat pun ibrahim ali akan menentang.

bukankah nik aziz hanya seorang manusia, seorang yg diangkat pemimpin oleh puak mereka, seorang yg diangkat menjadi mb oleh perlembagaan yg dikutuk2  dan sudah pasti nik aziz bukan pelesit, bukan hantu raya dan bukan haiwan dan binatang sudak selayaknya lah ibrahim ali bertanya hatta sesiapa pun rakyat boleh menegur. apakah nik aziz sudah lupa bagaimana khalifah2 selepas Rasulululllah s.a.w menerima teguran rakyatnya.

jika inilah sikapnya, kita akan lihat nanti apa pula gelaran yg akan terpacul dari mukut nik aziz nanti terhadap orang2 seperti harun taib, hadi awang, anwar, lim kit siang, lim guan eng, karpal dan lain2 bila mereka 'bercerai' nanti.

hassan ali dan naharuddin antara orang dalaman yg sudah mendapat pelbagai gelaran dari ulama terompah ini (gelaran yg diberi oleh anwar ke atas nik aziz sebelum mereka bersekelambu)

pernah kah anda mendengar mana-mana pemimpin bn yg mencerca dan maki hamun pemimpin pembangkang yg ribuan kali menuduh pemimpin bn rasuah, kroni dan pelbagai lagi fitnah. malah pernahkah najib dan rosmah yg dituduh membunuh altantuya menggelarkan para fitnahnya dengan gelaran2 yg amat jahat.

nik aziz ditarafkan tok guru dan ulama oleh puak dan sukunya menunjukkan perangai dan sikap longkang dan kegagalan saraf minda dan sudah tidak layak meminpin sebuah gerombolan, memang sudah sampai masanya pas ditumbangkan di kelantan bukan kerana parti itu tidak bagus, bukan kerana tidak pemimpin di kalangan mereka yg bagus tetapi kerana mereka mempunyai pemimpin spt nik aziz yg sudah tidak berakhlak walaupun ada ilmu.


dalam pas ada, satu kelebihan, itu yg umno tak ada....

kemungkaran, rasuah, skandal, kroni semua ada dlm pas, pkr, dap dan umno...

pakej umno tak lengkap, ada kekurangan....

yang tak ada dalam umno ialah ulama sesat, perosak akhlah dan akidah.....
yang tak ada dalam umno ialah lgbt, liwat....
yang tak ada dalam umno ialah bapa, anak menantu, sepupu sepipit...

Keyakinan

  1. Seminggu dua ni ramai sangat leader dan owner dari syarikat networking yang lain call saya. Mereka nak jumpa, nak meet & great, nak...