Saturday, December 28, 2013

biar kerajaan terjuling dng tindakan rakyat !

satu perkara yang aku kurang faham ialah ada rakyat membantah apabila ada rakyat lain mahu mengadakan bantahan ke atas kerajaan berhubung kenaikan pelbagai harga barang, cukai dan perkhidmatan. Apakah mereka bersetuju kenaikan harga?

slogan 'gulingkan kerajaan' bukanlah slogan yang mempunyai kekuatan dan kemampuan untuk menggulingkan kerajaan semasa. ia hanya satu propaganda pihak tertentu meminta simpati, ia satu strategi menakutkan rakyat lain untuk menyokong gerakan tersebut. betul tak?

ketepikan slogan 'gulingkan' gantikan dengan 'julingkan' !

Thursday, December 26, 2013

rosmah naik jet? apa kata mahathir...

Bila mukhriz tidak direstui, tertewas atas perancangan sebagai naib presiden umno di depan mata mahathir - teori politik menunjukkan mahathir sudah hilang kuku dan najib makin kebal.

teori itu sangat betul kecuali kalau najib terlupa bahawa kekuatan sebenar pemimpin dan kerajaan sebenarnya terletak pada kuasa rakyat bila2 masa dan di mana2 sahaja.

isu kenaikan pelbagai harga barang, perkhidmatan dan cukai dibantah oleh seluruh rakyat dan mahathir telah menyarankan pilihan yg terbaik iaitu kerajaan mengurangkan kos dan mengelak pembaziran...suatu pilihan yg belum pernah dibuat oleh najib sejak menjadi PM !!!

Bagaimana agaknya kalau Mahathir turun padang bersama rakyat membantah kenaikan tersebut?

Tema 'gulingkan' memang tidak masuk akal, memadai mendesak - jika kerajaan berdegil - langkah mendesak wajar diteruskan - pembubaran awal dan pilihanraya semula. Dalam keadaan sekarang pemimpin yg menjaga kebajikan rakyat wajar di angkat tidak kira samada dari parti mana !

versi pak pandir mak andeh

Di Malaysia, sejarah Tanah Melayu berulang - kini kita miliki pak pandir dan mak andeh yang menjadi pemimpin...

Siapa ?? itu anda yg cakap...

Rakyat saban hari dihidangkan kesah mereka suami isteri, hingga mantan memanda menteri pun turut bersuara.

umum dulu, kaji kemudian..

di luar negara, najib pernah melahirkan rasa jengkelnya terhadap kritikan-kritikan yang dilemparkan ke atas kerajaannya dalam menguruskan negara oleh mana-mana pihak seperti pembangkang dan pengkritik2 yg tidak pernah jemu mencari kesilapan dan kesalahannya. katanya lagi, mereka hanya pandai mengkritik tanpa ada syor pilihan alternatif untuk menyelesaikannya.

apakah najib betul2 mahu mendengar? atau dia sekadar bermanis mulut seperti selalunya....

apapula nanti kerja penasihat2 mahalnya kalau semua benda nak ditunjuk ajar, bukankah mereka sepatutnya sentiasa mempunyai otak di atas kepala, takkan nak makan gaji buta dengan nasihat longkang dan mengharap ada org betulkan pula.

kalau pembangkang atau pengkritik mula tunjuk ajar kpd kerajaann yg memerintah adalah lebih baik kerajaan yang dipercayai, dipilih secara demokrasi menginsafi ketidakmampuannya, bubar atau najib berundur.

dalam banyak perkara, fungsi parlimen dalam mentadbir negara dilihat langsung tak ada, ia sekadar meluluskan akta tetapi dari segi perlaksanaan kpd sesuatu yg penting melibatkan kepentingan rakyat tidak dirujuk, dibahas dan ditentukan.

pembangkang menggunakan saluran media untuk menyalak dan kerajaan juga membalas salakan - rakyat melihat dan mendengar salakan mereka - anjing kurap, serigala lapar.

pengatasian kerajaan dalam sesuatu perkara dan isu lebih kpd 'nak menunjuk' dari hakikat sebenar untuk selesaikan di akar umbi, penubuhan 'makmal harga' adalah antara contoh penubuhan demi penubuhan seperti cendawan tumbuh selepas hujan yg najib lakukan sebagai 'kulit' untuk mengatasi isu-isu berbangkit.

kenapa kenaikan sesuatu harga berkepentingan umum tidak dibuat kajian oleh pihak terbabit yg terlibat secara langsung sebelum diumumkan, bukankah mereka yg lebih arif - kenapa pula kajian dilakukan oleh mereka yg diluar bidang dan selepas pengumuman.

kenaikan tinggi, mendadak, membuta tuli, berlagak pandai, sombong nak mampuih pernah berlaku di era paklah hasil idea penasihatnya, najib menjejak....

kerajaan langit najib

kerajaan najib - bukanlah kerajaan yg lebih baik dari kerajaan era paklah, cuma bezanya kelebihan najib dia tidak tertidor, tetapi persamaannya 'mereka' tetap tidak mendengar rintihan rakyat terutama orang melayu. paklah tersungkur gara2 punahsihat, najib pun sdg dalam proses, tak lama.....

umat Islam bukan sahaja disukarkan untuk bersatu kerana gelojoh politik umno dan pas kini ditambah pula dengan isu 'syiah' yg dipolitikkan - jalan penyatuan hampir mustahil.

ketika pas menolak penyatuan atas nama bangsa, kaum cina dan india sdg menguatkan diri dengan sentimen perkauman. mereka sekarang king of perkauman, melayu jadi bacul, bisu, penakut dan hamba....tak lama....

melayu bersatu atas nama dan mimpi... tertipu dng merasakan negeri ini kekal milik mereka selamanya...tertipu dengan pemimpin umno dan pas yg bersumpah palsu  'menjaga' Islam dan Melayu...

kelantan di bawah MB baru berjaya menjauhkan diri dari gelagat buruk politik nik aziz mungkin akan berhadapan dengan 'situasi' yg sama seperti arwah ustaz azizan mentadbir kedah. Ditikam kawan sendiri...cuma mungkin bukan dari kalangan exco, sebaliknya dari musang berbulu ayam yg terlepas jawatan.

MB kelantan wajar belajar dari mb selangor bagaimana menjinakkan boss dan menundukkan kawan yg cuba menikam.

ada sesiapa yg ingat kerajaan langit ayah pin?

Wednesday, December 25, 2013

Tema Demonstrasi - Gulingkan Kerajaan - siapa yg buat?

UMNO ke Pembangkang...
Siapa yg dapat cari makan....

melayu terlebih yakin membabi buta...

sejak pembangkang menjadi kuat dan pulau pinang dikuasai dap - maka bermulalah episod gangsterism menjadi-jadi dan dengan sokongan atau contoh segelintir pemimpin melayu - episod penghinaan ke atas melayu, Islam sudah menjadi sering tanpa kawalan.
institusi kesultanan diperleceh dan diremehkan malah ada yg berani menghina - tindakan dan penguatkuaaan ???? - aku rasa cukup lemah, longgar dan gagal.

kini pdrm atau polis, satu institusi diraja sedang dihakis dengan hebatnya.

persepsi kpd polis digambar dan diburukkan dlm pelbagai cara malah dilaporkan polis turut dicerca, dimaki, dihalang dan diserang.
Anggota polis digambarkan hanya sekadar bertahan dan menahan beberapa org sebagai satu kejayaan, hakikatnya polis kini sudah tidak digeruni! kenapa????

Satu masa kelak, mungkin dah bermula pun...ATM bukan lagi mampu mengawal keamanan negara akibat peranan politik bijak yg sedang mereka aturkan. Ancaman bukan lagi dari luar negara tetapi dirobek dari dalam ketika pdrm sedang diperlemahkan !!!!


org melayu jangan terlebih yakin bahawa tanah air ini selamanya selamat dan milik mereka !!!

𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚?

  𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚? Kita jawab secara am "Letak RM10,000 berapa boleh saya untung?&q...