Thursday, April 10, 2014

musa rasa bersalah kerana sembunyikan fakta sebenar ??!!

1. mahathir sahkan berada di dalam negara semasa peristiwa memali
2. polis telah menjalankan tugas dng betul - tindakan di ambil kerana ibrahim libya enggan meletakkan senjata dan menyerah diri, malah memulakan serangan ke atas polis.
3. mahathir tidak salahkan musa

mai kot mana tiba2 musa rasa bersalah---tertekan dng dakwaan dan bisikan pas @ musa merasa bersalah kerana menyembunyikan fakta sebenar?

Yang patut tak boleh tidor lena ialah hadi !!!!!!!!!!!!!!!!

pas bertanggungjawab sepenuhnya di atas amanat hadi hingga mempengaruhi ibrahim libya dan pengikutnya untuk songsang dlm pemikiran dan tindakan.

Wednesday, April 9, 2014

anwar nak dedah apa yg najib sembunyikan!!??

1. anwar akan dedahkan sesuatu tentang mh370 yg maklumat tersebut dirahsiakan oleh najib - rakyat alu-alukan.

2. alu-alukan bererti majoriti rakyat percaya kerajaan sembunyikan maklumat sebenar, bersekongkol dng amerika?

3. pendedahan anwar kelak merupakan kemuncak di antara siapa yg benar?

4. alangkah baiknya kalau kedua-duanya berjanji, jika antara mereka ada yang berbohong, seorang darinya perlu berundur!

5. pendedahan mestilah bersama bukti - bukan tuduhan kosong umpama menuduh najib ada kaitan dng pembunuhan altantuya - beban membuktikannya pada anwar!

6. anwar perlu juga dedahkan sumber maklumatnya.

7. jika tiada apa yg disembunyikan, kerajaan perlu menerima pendedahan anwar sebagai satu maklumat baru.

8. mungkin najib juga ingin mendedahkan seduatu?

# tindakan anwar lebih merupakan cubaan berani anwar untuk mengikis kewibawaan kerajaan sekaligus satu kedudukan merbahaya kpd najib - ini juga akan dijadikan sebahagian dari modal pada mega demonstrasi jalanan 1mei nanti?

jika kerajaan hilang integriti walaupun atas asas persepsi, ia akan membawa kpd ramai lagi sokongan kpd anwar dan pembangkang.

Tuesday, April 8, 2014

Kj simpan telor.. anwar ada lesen besar

Penghinaan mahkamah oleh pemimpin pembangkang terutama anwar ibrahim sudah pernah disuarakan oleh blog ini sebulan yg lalu dan kini gembali bergema di blog2 tenama pro umno.

Penghinaan anwar ke atas hakim, mahkamah, sistem kehakiman, agensi kerajaan, pdrm dan kerajaan bukan sekali, bukan secara tidak langsung tetapi secara terang dan berkali-kali. Mungkin yg tidak pernah dihina adalah peguam negara !

Mana dia pemimpin umno:
Mana dia Ketua Pemuda umno yg katanya iq tinggi, belajar tinggi, bijak bestari, Islam hadhari... buta dan tuli?
Mana dia naib presiden ikut pintu belakang yg dikatakan sudah 'baru' dan sudah ada harapan ganti Najib?
Mana dia Zahed Hamidi yg hanya berani cabar bekas ketua menteri sabah yg sudah hilang kuku, setakat berani dng standard tu sahaja ke?

Atau sebenarnya apa yg anwar cakap 100% betul sebab itulah pemimpin umno semuanya simpan telor!!!

Bagi yg marhaen - sila tutup mulut, anwar ada lesen, umno parti bangsawan.

Monday, April 7, 2014

INI CONTOH TERBAIK KERAJAAN NAJIB + SYED HAMID...PEMBANGKANG PUN SUKA...



kita jangan buat spekulasi melulu...mungkin kebetulan pemandunya OKU, kalu pemandunya tidak OKU mungkin Syed Hamid yg OKU... kalau tak fizikal, tentu minda mereka.

inilah contoh pegawai kerajaan @ pegawai agensi kerajaan yg melalak saban tahun minta naik gaji, kalau hal2 kecil pun mereka langgar, apa lagi jumpa duit tepi jalan....

hidup umno !!?! aku kan sokong umno...

# gambar dan cerita lanjut di blog housePK..

Sumbangan Karpal Kepada Negara - jangan sampai terlupa nak bagitau


Bapa Perecahan Kaum..mungkin satu gelaran yg wajar kita maklumkan kepadanya sebelum dia mengucapkan selamat tinggal...sumbangannya sangat signifikan untuk diingati oleh semua kaum.

Peringatan yg sama menunggu Lim Kit Siang !!!

Kerajaan wajar menyediakan Makam Peringatan Negara Untuk dikuburkan Pengkhianat Negara sebagai satu peringatan anak bangsa di masa hadapan...dewasa ini ramai yg layak.

SAH - perbalahan khalid/azmin rekacipta??

p
Pertandingan merebut jawatan dalam parti yg paling mulia di malaysia akan berlangsung mei nanti merupakan contoh terbaik dalam berpartian kerana demokrasinya superb, tulin dan bersih.

dimulakan dng pertandingan jawatan presiden di antara laki bini sudah tentu pertama di dunia, calonnya pula sama bersih, sama hebat dan paling tidak mungkin dan tidak logik rasuah wang pasti tidak berlaku, keduanya saling tidak berfitnah dan mengaibkan sesama mereka, malah saling memelihara kemaluan antara satu sama lain - umno ada?

paling menarik pertandingan timbalan presiden melibatkan 5 penjuru, suatu yg dinamik dan paling menarik mereka merupakan sahabat karib dan saling membantu selama ini. Tidak mungkin ada calon proxi azizah atau anwar, tidak mungkin saling tikam menikam sesama mereka, masing2 tiada penaja, semuanya ikhlas merebut jawatan untuk berkhidmat kpd rakyat - pas ada?

perbalahan antara khalid dan azmin sebenarnya langsung tiada, semuanya rekacipta umno kerana hakikatnya tanpa kerjasama erat azmin/khalid, mana mungkin azizah menang di kajang?

oleh itu jika ada sessiapa berhajat melihat pkr hancur selepas pertandingan maka cita2 itu elok dipendamkan sahaja.

jika ada pergaduhan, jika ada perpecahan, jika ada rasuah politik, sabotaj dan tikam menikam itu sudah tentu kerja umno - ahli dan pemimpin pkr standard mereka bersih.

anwar dijatuhkan hukuman penjara 5 tahun dan antaranya dilarang dan tidak layak bertanding pilihanraya atau memegang jawatan parti - jika anwar menang presiden dan atas sebab ini pkr diharamkan oleh ros - percayalah dng sesungguhnya ini adalah kerja jahat umno untuk melenyapkan anwar semata mata umno takut kerana anwar terlalu bersih - lebih bersih dari nik aziz.

jika ada yg tidak bersetuju - nyata mereka tidak mendapat anu-gerah.


𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚?

  𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚? Kita jawab secara am "Letak RM10,000 berapa boleh saya untung?&q...