Sunday, October 5, 2014

Siapa Yang Pilih Najib Jadi PM

Jika itu satu kesilapan, mereka yang bertanggungjawab perlu buat pembetulan semula...

Gerakan Yang Sukar Najib Bertahan..Kerajaan Yang Lembek Akan Memungkinkan Segalanya

KERAJAAN PERLU MENYATAKAN KEBENARAN SUMBER BERITA INI:

Persatuan Melayu Murtad atau IFC International forum council sudah diluluskan register dan tidak keluar kat newz.
Sila cari majalah millenium:
DUNIA SUDAH AKHIR ZAMAN...

ALLAHHUAKBAR
Pertubuhan Melayu Murtad telah diluluskan!!! 😡
persatuan Melayu Kristian telah SAH ditubuhkan di Malaysia!!!😡
Ignjil telah dicetak & diedar...
IFC buat Roadshow besar-besaran sokong kebebasan beragama...
Bersedialah wahai saudara - saudari ku yang amat disayangi...
BERDOALAH SEMOGA UMAT ISLAM SELAMAT
tolong sebarkan kepada yang cintakan AGAMA ALLAH
(Agama Islam)...
gambar Lina Joy ( belakang sekali ) & Para peguamnya.

ISLAM DIHINA DI MALAYSIA
Baca sama-sama...
Dunia akhir zaman semakin menakutkan bila
berkait dengan soal akidah. Nak jadi apa dah ni??
Patut laa ada yang kata tak nak ada anak.
Bukan takut nak beranak, tapi takut
ada anak yang terpesong akidah... baik tak de anak langsung!!!
Mufti Perak, Datuk Harussani Zakaria bangkit dalam isu ini dengan
membuat kenyataan akhbar bahawa umat Islam wajib isytihar perang
terhadap pertubuhan IFC itu dan minta 50 ahli politik Islam yang menurunkan
tandatangan sebagai menyokong penubuhan IFC itu bertaubat kepada Allah swt
kerana dibimbangi aqidah mereka sudah terbatal.
Datuk Harussani juga
minta kepada semua penceramah, semua ustaz-ustaz yang mengajar
kuliah-kuliah dan semua khatib-khatib, supaya jangan lupa cakap benda ni
dalam kuliah-kuliah dan di atas mimbar-mimbar Jumaat bahwa pertubuhan
IFC ini adalah musuh Islam di Malaysia.
Tuan-tuan tau depa IFC minta apa kat PM?...
Depa hantar memorandum kepada PM meminta 15 perkara berhubung
dengan Islam supaya dimasukkan dalam perlembagaan Malaysia.
Antaranya:
1) Setiap anak yang baru dilahirkan di Malaysia jangan dikaitkan dengan
mana-mana agama sehinggalah anak itu berusia 18 tahun
- Tu dia tuan-tuan. Ini apa cerita ni? Maknanya, anak-anak kita langsung tidak boleh
dididikkan dengan cara Islam. Kita tak boleh bubuh nama Islam kat
anak-anak. Sampai umur 18 tahun, baru boleh duduk bincang di mahkamah,
tanya kat anak kita, 'Hang nak ikut ugama apa?'...Kalau dia kata nak
jadi hindu, maka jadi hindulah dia. Kita tak boleh nak buat apa sebab dah
digazetkan dalam Perlembagaan Negara.

2) Di dalam dokumen pengenalan mykad dan passport dihapuskan kolum
identiti agama - maknanya, perkataan 'Islam' yang ada kat mykad kita itu,depa
minta di'tiada'kan.

3) Mana-mana orang bukan Islam kalau nak kahwin dengan orang Islam, dia
tidak perlu masuk Islam.

4) Mana-mana orang Islam yang nak kahwin dengan orang bukan Islam,
mestilah dia tukar agama kepada bukan Islam.

5) Sebagaimana kerajaan Malaysia menyalurkan dana kepada masjid-masjid,
begitu juga kerajaan Malaysia mesti menyalurkan dana kepada semua rumah
ibadat orang bukan Islam.

6) Peraturan sekolah yang mengizinkan anak orang Islam menutup aurat
hendaklah dimansuhkan, kerana ia menghina agama bukan Islam.

7) Hapuskan mahkamah syariah kerana ia juga menghina agama-agama lain -
mahkamah syariah kalau takdak, habih la kita tuan-tuan. Walaupun la ni
bukannya perfect, tapi itulah satu-satunya mahkamah yang defence agama
kita. Kalau mahkamah syariah disingkirkan, masalah faraid pusaka, masalah
nikah kahwin, cerai talak apa semua tu macamana?...Kalau tak dak mahkamah
syariah, maknanya, perkahwinan tidak akan berjalan di atas akad nikah,
sebaliknya, perkahwinan akan dibuat secara berdaftar

8) Mana-mana orang bukan Islam yang masuk Islam, semua hartanya
dikembalikan kepada waris yang tidak beragama Islam.

9) Mana-mana pasangan yang bukan Islam, apabila masuk Islam, maka hak
penjagaan anak tidak boleh diberikan kepada mereka.

10) Sebagaimana program-program di radio dan tv yang menerangkan tentang
ajaran Islam dalam bahasa ibunda masing-masing, begitu juga
ajaran-ajaran lain daripada Islam juga perlu diberi ruang.

11) Sepertimana Quran, hendaklah kerajaan Malaysia turut mencetak bible
dalam bahasa Melayu untuk diedarkan di seluruh negara.

12) Apa istimewanya Islam sehingga ditabalkan sebagai agama rasmi di
Malaysia? ...lagi 3 ana tak ingat, anta boleh refer dalam Majalah Millenium
Muslim
Ini dia tuan-tuan, Islam diludah depan mata kita sendiri, so mana
sensitiviti kita terhadap agama kita sendiri?...Datuk Harussani tegur PM
dan 50 ahli politik Islam yang sokong pertubuhan tersebut supaya





dibatalkan pertubuhan itu.
Tau 50 orang Islam tu kata apa?... Depa kata kat
Mufti Perak, 'Ni lah kalau dah terlalu tua jadi mufti, tak open minded
langsung!'...
Datuk Harussani balas dalam majalah 'Millenium Muslim',
katanya, 'Di atas sikap open-minded rakyat Malaysia yang terlampau lebih,

maka inilah hadiahnya!'...
Ini dia kata-kata seorang ulama di Malaysia. Yang lainnya sunyi sepi termasuklah akhbar-akhbar,
macam ada benda dalam mulut sampai x boleh nak buka!
-----------------------------

**SAPA YANG BACA ARTIKAL NIE 'DIWAJIBKAN' POST KEPADA SAUDARA MUSLIM
LAINNYA... KERANA INI SEBAHAGIAN DARI JIHAD... SUPAYA SAUDARA MUSLIM
copy paste jer...
Allahhuakbar...
nauzubillah

Saturday, October 4, 2014

Friday, October 3, 2014

Kalau Mengaku Bodoh....Rakyat boleh maafkan

Najib dah jawab isu penarikan subsidi menyebabkan harga petrol dan diesel naik....nilaikan sendiri..
" Kerajaan tiada pilihan "
" Rakyat akan berterima kasih dan nampak kebaikan apa yang di lakukan kerajaan sekarang pada suatu hari nanti - penarikan subsidi "
Ungkapan yang sama ini dalam isu GST..

Apakah kerajaan juga tiada pilihan untuk tarik balik subsidi selepas hari raya aidil adha. Najib ada pilihan sebelum atau selepas dan najib juga ada pilihan samada pandai atau sengal...najib pilih sengal sebab tu harga minyak naik sebelum aidil adha....najib potong leher rakyatnya sebagai korbannya tahun ini.

Jika Najib mengaku tiada pilihan, itulah pembohongan dan penipuan terbesar dalam sejarah..Najib ada 1001 pilihan termasuklah menaikan harga RON95 dengan menarik balik keseluruhan subsidi kerana ia digunapakai oleh golongan bangsawan sepertinya, ini dapat menampung dan mengekalkan harga RON97 dan Diesel.

Banyak yang mahu diulas, tetapi apalah sangat nak layan dengan kerajaan terbingai dalam sejarah. Isu minyak pun tidak boleh selesai dalan keadaan harga minyak didunia turun. Pelik dalam dunia harga minyak naik ketika harga murah di dunia. Penarikan subsidi bukan alasan..tetapi kalau najib berterus terang dia bodoh..rakyat boleh maafkannya.

Thursday, October 2, 2014

BRIM Jangkapendek dan Merapu..

Aku layak untuk dapat BRIM tetapi dari awal lagi aku menolaknya kerana
- aku tidak betsetuju dengan langkah tersebut
- ia lebih kepada rasuah kepada rakyat
- ia bukan caranya membantu rakyat
- Najib nak popular
- Mshathir ada Malaysia boleh, Pak Lah ada Islam hari-hari, Najib pun sekadar nak cipta sesuatu tanpa solid missi.
- ia satu penghinaan kepada rakyat
- dan banyak lagi faktornya..
N
Melayu mahu kerajaan jelas, jitu, banyak, tumpu, solid mempunyai plan mega terhadap Islam, pembelajaran dan perniagaan kerana ini menentukan masa depan Melayu.

Bantuan modal kepada usahawan, biasiswa, asrama penuh, teknikal dan voko, lagihan dan kemahiran...
Sekarang ada, sebahagiannya dikurangkan..jadi Melayu nak pertambahan mega drastik termasuk perlaksanaan dan pemantauaan yang telus.

Cuma aku terkesan..BRIM ni macam juga lain2 subsidi..di bagi hari-hari ke, sebulan sekali, atau setahun sekali...

Jadi adalah wajar propaganda Najib setiap hari berpuluh kali di media eloklah dihentikan...naik loya dengar ucapan Najib di radio dan tv tentang BRIM ni...

Terus terang, iklan itu sudah cukup untuk Najib hilang undi satu demi satu kerana Rakyat tidak tertawan dng plan jangkapendek yang merapu..Melayu tidak nampak apa peranan UMNO dalam kerajaan mempertahankan perlembagaan.

UMNO hilang perjuangan, hilang tumpuan, sedang sebok mempertahan Najib !!!!

# isu pengurangan subsidi sepatutnya harga dipertahankan..kenaikan harga 20 sen bermakna subsidi sudah dikurangkan 40 sen..apa kaitan dengan ketirisan..
Ketirisan perlu dibendung melalui sikap dan kaedah penjimatan perbelanjaan dan ketelusan pemantauan..

Wednesday, October 1, 2014

Kemaskini Tajuk: Kenaikan 20 sen Untuk Bayar Con-Setan..selepas 7B dibayar..(?) Tajuk Asal:Melayu sahaja yg marah pasal minyak naik...

Pesanan
Dato Aziz Wan Osman

Apa yang saya ingin ingatkan adalah, jangan buang masa mengeluh atau mencarut kerana itu semua tidak akan menyelesaikan masalah kos kenaikan harga barang yang sedang menjelang. Fahami sistem ekonomi kapitalis & inflasi, tidak pernah dalam sejarah harga barang akan semakin turun, tidak pernah dalam sejarah harga rumah akan semakin turun, tidak pernah kos sara hidup akan menurun, ,itu sistem ekonomi yang telah wujud. Dan jangan buang masa buat masa ini untuk merubah sistem ekonomi dunia. Apa yang kita perlu buat? Seperti apa yang saya selalu katakan "berbuih-buih" mulut di dalam kelas saya, jangan buang masa untuk ubah sistem ekonomi dunia tetapi perbaiki sistem ekonomi dan tingkatan kewangan dalam keluarga kita.
Bagaimana? Mulalah melihat semua perbelanjaan yang ada dan serta-merta "cut-off" atau kurangkan kos perkara yang tidak perlu atau membazir. Misi kita ada 3
1. Kurangkan kos
2. Banyakkan tunai/lebihan simpanan
3. Cari jalan tambah pendapatan.



#

3 misi di atas elok digunapakai oleh Najib menguruskan ekonomi negara...kerana itu yang rakyat pertikaikan.
Kenaikan harga petrol bukan penyelesaian terbaik..nasihat dari pemalas dan bermuslihat.

𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚?

  𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚? Kita jawab secara am "Letak RM10,000 berapa boleh saya untung?&q...