Friday, December 5, 2014

Pak Pandir

Apa agaknya 
perasaan anda 
kalau watak 
penglipurlara 
cerita Melayu, 
Pak Pandir 
kini sedang 
menerajui negara.

Kalau pak Pandir itu ujud, bererti rakyat Malaysia kini pun sama pandirnya....

Tanya orang ekonomi, bolehkah negara berkembang dan rakyat maju kalau banyak lendir... 



"Berjudi bukan cara Kerajaan mencari dana, sama ada secara langsung atau tidak langsung," kata Dr Mahathir.


Menurut Dr Mahathir, Cayman Islands adalah pusat operasi dana lindungan nilai (hedge fund) dan dagangan matawang yang jadi tumpuan orang atau syarikat yang mahukan pulangan tinggi, dan bukannya kerajaan kerana 'ia adalah satu jenis judi'.



Tuesday, December 2, 2014

Biarkan Pemimpin Yang Bangang Meneruskan Tugas..

Ramai Bloggers yang dikategorikan bangang tidak berani membuat pengakuan bahawa merekalah yang dimaksudkan oleh Najib..

Bagaimanapun mereka telah kembali blogging di landasan seperti yang diarahkan...kita boleh tahu siapa mereka ini.
Bagaimanapun diharap jika ada komen yang tidak senada, wajar juga disiarkan walaupun mungkin mereka lebih dipantau sekarang ini..

Kurang teguran kepada pemimpin sendiri boleh juga dipersepsikan membiarkan pemimpin atau majikannya yang bangang meneruskan tugas....tiada pilihan..relakanlah sahaja.

Jika ada teguran, simpanlah.

Monday, December 1, 2014

Memadai Bloggers yang setia untuk mempertahankan boss mereka..

Selepas Najib tegur bloggers upahannya sebagai 'bangang', alhamdulillah semua kini telah kembali menulis seperti biasa, lawatilah blog-blog mereka, mempunyai kelainan dari sebelum ini...banyak puji-pujian dan mempertahankan boss mereka dengan 1001 alasan bangang mereka.

Semuanya betul di mata mereka...
Lain kali buatlah kerja betul-betul setimpal dengan upah  !!!

Tidak perlu rasa bersalah, tidak perlu rasa rendah diri..mempertahankan seorang Presiden dan sebuah parti yang telah banyak melakukan jasa jauh lebih baik dari menjadi penulis upahan parti pembangkang.

Bloggers juga seorang pejuang, tidak dapat dielakkan, mereka juga manusia, dalam kesetiaan, mereka juga mampu menurunkan seorang Presiden...itu juga bukan sesuatu yang mustahil.

Jika seorang Presiden yang kalut, resah dan bimbang terpaksa merayu kepada bloggers bangang, tentulah ketajaman mereka diiktiraf.

Berhati-hatilah dengan tahap musuh dan penggugat akan dilenyapkan...

Kes altantuya - ada sesiapa yang dapat maklumkan berita terkini ?
Lebih-lebih lagi, antara mereka siapa pembunuh, siapa perancang dan siapa arahkan..Apakah semua ini didedahkan dalam mahkamah   !!!

Memadaikah kita hanya diberitahu siapa pembunuhnya sedangkan hakikatnya altantuya tidak mempunyai apa-apa deal dengan mereka, tiada alasan untuk mereka lakukan pembunuhan (?)


Sunday, November 30, 2014

Blogger mana makan dua pinggan...

Lanjutan dari teguran Najib ke atas blogger bangang.... satu luahan yang hilang pertimbangan...emosi kerana mungkin tersedar sedang ditubi dibelasah kaw-kaw termasuk blogger upahan mereka sendiri...

Dicadangkan Tuan Preseden siasat dan teliti kot-kot ada blogger makan lebih dari satu pinggan bagi menampung kos sara diri...

Dan lebih penting...Tuan Presiden betulkan diri...blogger bengong atau bangang bukan satu ancaman pun..

Saturday, November 29, 2014

Blogger Che-Det sila ambil perhatian dan Bloggers kalau dah diupah tu buatlah kerja betul-betul...

“Kenapa kita tak salah kan mereka (opposition) kerana semua ini (wrongdoings) ? "Jangan serang kami, serang pembangkang.
"Blogger kita sendiri menyerang kita.
"Friendly fire is not friendly. Bloggers kita ni kerja untuk siapa?
"Pergi lah tembak pembangkang. Itu caranya kita nak menang perang.
"Jangan gaduh sesame kita. Itu kerja tak masuk akal."

Friday, November 28, 2014

Kejayaan Menyelamatkan Diri....

Pengkritik hebat ke atas Najib dan UMNO yang menganggap semua itu dan ini tidak betul,
ada saja yang tidak kena, akhirnya terkunci mulut apabila semua tiba-tiba menjadi baik. PAU 2014 menyaksikan Najib dan UMNO tidak ada cacat celanya.

Kj dilihat pejuang Melayu sebenar apabila melahirkan kecewanya kerana ia dicap rasis apabila bercakap soal Melayu.
Najib dilihat 'peka' kepada suara bawahan apabila berikrar mengekal dan meneruskan Akta Hasutan.

Semua mereka rasa selamat dan selesa sesama mereka kali ini...


# Gambar di atas - UMNO ada 7 Pemimpin Tertinggi ( Presiden, Timbalan dan 5 Naib ) - yang selamat tu hanya empat - siapa yang tercicir !!!

SATUS QM TERKINI

  Sejak Disember 2023 agak kecoh di medsos dan berlarutan hingga sekarang. Masing masing yang peka berkenaan perkembangan QM mungkin tidak p...