Friday, April 17, 2015

Permatang Pauh - Pembangkang dah menggelupor awal..

Di laporkan Pembangkang akan menggunakan Rozita Che Wan dan Siti Nurhaliza yang menyatakan sokongan kepada Mahathir untuk dijadikan modal dalam kempen pilihanraya kecil di Rompin dan Permatang Pauh.

Tidak dinyatakan secara jelas samada kedua artis itu akan turut diheret untuk berceramah atau sekadar menggunakan bantahan mereka untuk dijadikan modal kempen.

Apapun dipercayai kedua artis tersebut walaupun menyokong penuh Tun Dr Mahathir tetapi tidaklah sampai menjadi alat dan perkakas kepada pembangkang yang kehausan idea dan modal. Angan-angan pembangkang itu juga sudah menunjukkan tanda-tanda awal mereka sendiri sudah menggelupor untuk mencari faktor kemenangan.

Semoga Tun juga tidak turut terlibat walaupun sudah menarik sokongan peribadi kepada Najib kerana kemenangan BN adalah penting di Permatang Pauh untuk mengembalikan keyakinan kepada UMNO bahawa mereka mampu menang di PRU14 akan datang.

Najib mungkin lebih mudah berundur jika BN menang di Permatang Pauh dan Rompin !!!

Kalau Mahathir pun kena tipu..

Kalau Mahathir pun kena tipu...apatah lagi rakyat, sudah tentulah penyokongnya lebih mudah diperbodohkan...

(Mana dia perjanjian Tambak Johor di kawasan kita tidak boleh disentuh (?)

Seperti yang dikatakan sebelum ini, integritinya sudah tiada...Kata Daim, kalau semua fundamental kata ok, ringgit jatuh juga, adalah atas sebab rakyat dan pelabur sudah tidak percaya kepada kerajaan...
Pada awalnya mungkin ada yang anggap sabotaj...tapi kalau difikirkan semula, cakap tak betul mungkin antara sebab hilang kepercayaan itu..

Ertinya, banyak lagi benda yang tak betul... !!!!!!!

Khalid Nordin sendiri dah declare, jambatan bengkok bukan jadi keutamaan sebaliknya rumah dan air bersih.. Sampai ke tahap tu punya kecut telor dengan Singapura..
Apakah peruntukan itu dari Kerajaan negeri dan bukankah Al Marhum Tuanku Sultan dulu juga perkenan akan projek tersebut (?)

Bukan satu isu pun Jambatan Bengkok, malah kalau buat pun, kroni depa juga yang berebut dapat.. Tetapi soal sikap, semangat, patriotik dan erti kemerdekaan yang gagal dihayati oleh pemimpin...

Thursday, April 16, 2015

Mukhriz harus tegas walau hilang jawatan..

Dilaporkan Ketua Pemuda, Ketua Puteri dan Ketua Wanita UMNO Kedah menyarankan Mukhriz bersikap
berkecuali untuk menyatakan pendirian terhadap Najib selaku Presiden dan Perdana Menteri merupakan satu lagi berita baik dalam ertikata demokrasi terus subur di dalam UMNO.

Sudah tentu berita ini diterima dengan hati terbuka oleh Ketua Puteri Malaysia yang mengutamakan perdamaian kedua-dua pihak dan tegasan KJ supaya Mukhriz tidak ditekan untuk membuat keputusan. Malah Najib selaku Presiden dan PM sendiri sudah nyatakan kesediaan dikritik

Kalau rakyat disaran sabar 1MDB sedang diodit kenapa pula Lebai Sudin tidak boleh sabar dengan faktor yang sama. Bukankah kedua-dua pihak Najib dan Mukhriz sedang mencari kebenaran..

Bukanlah sesuatu yang pelik jika Mukhriz enggan berbuat demikian dan rakyat Kedah sudah tentu boleh terima jika Mukhriz dilucutkan jawatan MB Kedah kerana itu adalah atas budibicara PM. Dalam hal ini Kedah tidak ketandusan pemimpin negeri yang hebat seperti Lebai Sudin.

Bagaimanapun ingatan juga telah mereka berikan kepda sesiapa sahaja yang cuba menggugat perpaduan UMNO Kedah perlu berhadapan dengan mereka terlebih dahulu...sesiapapun jangan pandang ringan amaran ini sebelum sesuatu tindakan dibuat...

Inilah krisis dan titik tolak terbaik untuk Mukhriz terus meniti kerjaya politiknya. Ia bagaikan satu peluang yang datang tiba-tiba untuk menguji kematangan dan memperluaskan pengaruhnya tanpa sandaran sesiapa.


DAN APA SUDAH JADI DENGAN BLOGGER KEDAH INI



Bangunkan Semula Semangat 46..

Cadangkan supaya Ku Li kembali menggerakkannya semula sebagai satu pilihan yang lebih tepat untuk menyatukan semula satu bangsa Malaysia yang lebih berkompromi....

Wednesday, April 15, 2015

Makin parah: Saolan Mahathir Sudah Jadi Saolan Rakyat...


Memandangkan ada kumpulan yang sengaja buat tak faham atau memang sengaja putar alam, diturunkan satu demi satu persaolan RAKYAT.
Suka atau tidak, saolan Mahathir sudah jadi saolan rakyat.
Suka atau tidak sokongan kepada Najib sudah jadi sokongan segelintir ahli UMNO kepada Presidennya yang dipilih bukan dari pertandingan.

" Dr Mahathir tanya mengapa kenakan GST sedangkan pemimpin kerajaan hidup mewah? Dr Mahathir kata zaman dia tak caj GST pun boleh membangunkan Malaysia "

Saolan tidak boleh ditanya banyak dan bertalu-talu, pertama mungkin sebab tak faham, lain ditanya lain dijawab sudah dikatakan "sudah jawab". 

Inikah mentaliti yang mahu bangunkan negara atau bangunkan perut sendiri !! yang tempiasnya baru rakyat dapat secara tidak langsung...

Saolan Mahathir mungkin kurang tepat tetapi itu adalah saolan maut...
Saolan maut kepada yang tidak mahu jawab, saolan maut kepada yang tidak pandai mengurus saolan dan jawapan..
Tak perlu CGPA 3.8 atau dari Harvard untuk menjawab saolan tersebut.

Tuesday, April 14, 2015

Siapa Yang Datang Jumpa Tun Minta Atasi Masalah (?)


KEMASKINI:
Ramai termasuk Rais Yatim meminta TDM berhenti dari mengkritik Najib, berilah ruang kepada Najib untuk mentadbir ikut caranya. Kononnya ini merugikan bangsa dan negara.

Jika Tun menganggap Najib lebih truk dari Paklah dan beliau berhenti mengkritik sekarang, sudah tentu itu tidak adil kepada Paklah.

Bagi Mahathir, jika Najib terus sebagai PM, UMNO akan kalah dan bangsa serta negara lebih rugi.

OLEH ITU ADALAH PENTING SEMUA PIHAK TIDAK MENYEBELAHI ATAU MENYOKONG NAJIB ATAU MAHATHIR SEBALIKNYA HANYA DENGAN SATU SERUAN, BERDAMAI, KOMPROMI DAN CARI JALAN TENGAH.
JIKA BERPIHAK...PEPERANGAN TERBUKA INI AKAN BERTERUSAN.

CONTOH TERBAIK IALAH DARI PUTERI UMNO - MEREKA TIDAK MEMIHAK TETAPI MINTA PERDAMAIAN..KENAPA KEMATANGAN INI TIDAK BERLAKU PADA NAIB PRESIDEN DAN SAYAP YANG LEBIH KANAN SERTA PEMIMPIN UMNO LAIN (???)

POSTING ASAL
Khabar gembira kerana hampir semua pihak yang patut menyokong Najib telah menyatakan sokongan
kepada Najib termasuk Kj kecuali Mukhriz.

2. Lebai Sudin wajar letak jawatan kerana tidak lagi menyokong Mukhriz dan selepas itu barulah wajar pula Mukhriz letak jawatan ( ikut jejak Lebai Malang )  kerana tidak meyokong Najib.
Mukhriz hanya kata tunggu selepas keputusan Odit Negara sepertimana Najib suruh rakyat bersabar kerana 1MDB sudah diserahkan kepada Odit Negara.

Sudahkah Odit Negara buat pengumuman bila nak odit, sewajarnya 2016 atau 2017 adalah tahun terbaik untuk mengodit.
Rakyat tidak ada masalah untuk menunggu.

3. Pertanyaan Mahathir sahaja sudah mengecohkan UMNO, belum lagi Mahathir serang dan membuat beberapa perakuan.
Rakyat mahu "Mahathir" diuruskan dengan baik, menjadikannya musuh sedikit pun tidak membawa keuntungan, tidak menambah undi kepada UMNO.
Menang sorak, kampong tergadai - itu yang sedang dituju.

Dalam blog Tun ada tulis, tidak wajar baginya diminta untuk mengatasi masalah. Harap Tun uraikan lebih lanjut maksudnya. Siapakah yang bermasalah dan datang kepada beliau untuk minta di atasi?

Tun pun kena jawab sepertimana beliau minta orang lain jawab.

Sunday, April 12, 2015

Keputusan di tangan KJ

Dalam suasana pertikaman lidah antara Tun Dr Mahathir dan Najib jelas rakyat berada dalam keadaan berbelah bagi.

Bagi mereka yang bergantuing semata-mata ke media utama sudah tentulah Soal Jawab Terancang di TV3 hari itu sudah cukup menunjukkan kerajaan berada di landasan yang betul. Najib sudah jawab Mahathir, nak apa lagi (?)

Bagi mereka yang terdedah ke dunia internet, tidak ada titik noktah bagi kedua pihak. Bagi penyokong pembangkang mereka masih di takok lama.

Media Utama akan dipenuhi dengan berita sokongan demi sokongan kepada Najib dari Kerajaan Negeri yang Dikuasai BN walaupun setakat ini ada beberapa negeri yang masih membisu termasuk Kedah.
Gesaan dan tekanan sedang dibuat ke atas Mukhriz untuk melepaskan jawatan MB atas asas jawatan itu adalah atas lantikan PM. Inilah peluang mereka yang selama ini memang tidak berpushati.

Alangkah lebih baik jika mereka menggesa supaya Mukhriz keluar UMNO (!!)

Penentu dalam segala perkara tanpa disangka sebenarnya berada di tangan KJ selaku Ketua Pemuda
UMNO untuk menyatakan pendiriannya yang boleh mengimbangkan keadaan.

Kj harus mempunyai pendirian yang tidak sama seperti Naib Presiden yang lain bagi mengasingkan dirinya dari kelompok kepimpinan UMNO yang dilihat lesu dan tidak cerdik.

Inilah peluang KJ untuk melonjak jauh kedepan untuk diterima oleh semua pihak sekaligus memadam rekod lamanya yang tercalit "masalah" dan dikatakan bernasib baik sekadar kebetulan menantu Paklah.

Persaolan siapakah pengganti Najib jika dia berundur sudah sekian lama menjadi tandatanya dan lewat kebelakangan ini Muhyiddin bukan lagi pengganti pilihan  yang dianggap boleh menyelesaikan masalah dan pilihan untuk Ku Li juga dilihat sudah outdated.

Setakat ini di kalangan pembangkang sendiri, mereka boleh menerima pendekatan KJ dan di kalangan UMNO sudah tentu khususnya di kalangan Pemuda perlu menyokong sepenuhnya kepimpinan muda untuk mewarisi kepimpinan utama selepas "otai-otai" dilihat bermasalah.

Keputusan di tangan KJ untuk mencorakan masa depan UMNO untuk meraih semula keyakinan dan kepercayaan atau terus bergelumang di kubang yang sama.

p/s: Sudah tentu bukan Kj yang dimaksudkan untuk terus menggantikan Najib tetapi boleh berganding dengan pemimpin lain untuk dilihat UMNO masih relevan.



Orang PAS pun tidak seberani Menteri ini...



































Keyakinan

  1. Seminggu dua ni ramai sangat leader dan owner dari syarikat networking yang lain call saya. Mereka nak jumpa, nak meet & great, nak...