Wednesday, July 8, 2015

RAKYAT DENGAR DENYUT NADI NAJIB..

Lepas ni dalam PRU 14 para perayu undi termasuklah pemimpin UMNO sendiri, korang berkempenlah sesama ahli korang, kami ni orang luar, bukan ahli UMNO pun, jadi tak penting untuk kamu semua, lepas ni jangan datang untuk rayu undi pengundi atas pagar lagi.
Kepada pengundi atas pagar, UMNO sekarang ni dah besar kepala, mereka berlagak bukan main, bila ditegur mereka tunjuk hero sangat. Nanti bila undi datang untuk rayu undi aku hambat semuanya, pergi jahanamlah dengan korang, aku sakit hati sangat dengan komen juak-juak Najib yang menghina pengundi atas pagar sebelum ini.



Setuju sangat juak2 Ah jib gor ni dia masih perasan...masih buta...aku tak tahu dari mana juak2 ni datang yang masih yakin yang Umno ni masih kuat? Tolong lah sangat2 sekali sekala p la jengok facebook Ah jib gor...90% komen negative macam tu ke rakyat masih sokong dia?


.....

Ada pihak semborono mendakwa blog ini menggunakan sumber barat untuk menulis.

Anon sendiri yang tiada identiti tidak pula menamakan sumber mana yang ada integriti untuk dipercayai dan diyakini buat masa sekarang hatta PM sendiri sudah tercampak ke dalam situasi yang diragui.


Semua pihak tidak perlu menuding terlalu banyak telunjuk dan jari kepada pihak lain untuk menyalahkan sebaliknya akui lah banyak silap dan salah itu datang dari
tindak tanduk diri sendiri, dari kabinet syok sendiri dengan menteri samseng dan berlagak pandai >>>>>>>>>

Apakah sikap ini sedang di amalkan oleh pemimpin kita sekarang.
Ada dengar mereka buat statement semulia ini..
Yang ada sekarang banyak tuduhan kosong, pembelaan kosong dan penafian kosong...

Lebih malang, kerajaan sangat lemah dalam pengurusan krisis, flip flop yang menyebabkan isu satu inci membesar jadi satu kilometer, akhirnya tidak dapat dikawal dan menjadi virus.

Sebaiknya kita mendapat sumber dari pelbagai hala dan cara, menilai dan menganalisa untuk diterima atau ditolak ... blogg ini menghargai perkongsian maklumat dan perbezaan hujah..bukannya peningkatan maki hamun..sedikit emosi perkara biasa kerana rakyat sakit hati atas apa yang berlaku...sekarang negara dalam porak peranda pun dicaturkan oleh barat.

Siapa yang memberi peluang itu?
Kelemahan siapa membuatkan barat ambil kesempatan?
Kalau kita betul dan benar, boleh ke barat perkotak katik...

Sekali lagi jangan banyakkan salah pihak lain..
jangan salahkan rakyat..
jangan mudah cakap..rakyat jangan terpengaruh...
Hakikatnya pemimpin sendiri lupa diri, klentong, membuat fitnah, tidak amanah, bercakap bohong, kroni, rasuah, gagal memahami kehendak rakyat, boros, mewah tak bertempat, menunjuk-nunjuk..

Kelansungan kehidupan rakyat terkini, apakah sengaja rakyat benci dan marah Najib, sengaja bercakap dan jealous pada Rosmah, sengaja geram dan sakit hati pada Menteri dan Pemimpin raja lawak, sengaja mempertikai GST dan 1MDB..... semua itu tidak sengaja, tidak suka-suka kerana rakyat sendiri pun banyak tanggungjawab dan urusan..

Rakyat terfokus apabila kehidupan seharian terganggu dengan peningkatan kos dan gangguan keselamatan dan ketidakstabilan perpaduan...serta banyak perkara yang menjolok mata dan tidak sedap didengar dan dipandang..

Lebih penting apabila rakyat bertanya, samada yang bertanya itu mantan, pembangkang atau mana-mana pihak pun, ia menjadi tanggungjawab kepada kerajaan untuk menjawab dengan cepat dan tepat.


Bukan sekadar jawapan, tetapi jelas, telus, nothing to hide dan
tidak terdedah pula kepada persepsi liar. Jawapan yang berisi akan menangkis segala bentuk persepsi dan fitnah.

Jika isu 1MDB, GST dan isu semasa dan akan datang sekadar bangkai nyamuk.. wajar Najib terus menjadi Ketua Kerajaan sekarang dengan sedikit pengubahsuaian sikap dan pengurusan tetapi jika ianya sebesar bangkai gajah - berundurlah.


Keadaan bertambah buruk apabila penyokong dan cai terlebih sudu dari kuah...
Keadaan juga bertambah buruk jika siasat jadi sesat, audit jadi auta, PAC jadi PACK...

Mohon uruskanlah rakyat dan negara dengan amanah.

Tuesday, July 7, 2015

Siapa Rakyat Nak Percaya - Najib, Mahathir, Peguam Negara



Tulisan di bawah mempunyai justifikasi kredibiliti yang setiap orang perlu berlapang dada bagi menerima penghujung kemelut politik di mana kesudahannya UMNO tetap rugi, cuma samada rugi terus dan selamanya atau rugi sementara untuk bangkit semula.

Oleh kerana ia sudah dalam"pengetahuan dan pantauan" antarabangsa apa sahaja keputusannya nanti haruslah di anggap terbaik...

Cuma malangnya kenapa ketelusan di dalam negara kini bergantung kepada campurtangan luar negara. Rakyat seolah hilang kepercayaan kepada pihak berkuasa keselamatan dan kerajaan sendiri untuk mengendalikan kes ini secara cepat, tepat, telus dan jujur.

Walaupun kepercayaan tidaklah sepenuhnya tetapi pendedahan yang dibuat hampir ujud menimbulkan persaolan samada perkara ini dipendam atau tidak ada tindakan oleh pihak berwajib (?)

Perkembangan terkini juga mendakwa akaun yang dibekukan oleh Petugas Khas bukanlah akaun yang dimaksudkan oleh ASWj - (?)

DS Najib juga tidak menyaman ASWJ sebaliknya menghantar surat meminta penjelasan dengan tempoh 14 hari.  

Adakah Cash Is The King still King Forever di Malaysia...


___________________


Daripada kenyataan Peguam Negara, Abdul Gani Patail, sejak beberapa hari kebelakangan ini, kesimpulan rambang boleh dibuat bahawa ada bukti pembabitan Mohd Najib.

Malah kenyataan bersama pasukan petugas pelbagai agensi mengenai pembekuan enam akaun bank milik pihak-pihak yang dipercayai terlibat dengan kes akaun Mohd Najib pada 6 Julai memberi gambaran mereka tidak mahu berselindung lagi.

Ini bukan calang-calang kenyataan media. Ia ditandatangani sendiri oleh Abdul Gani, Gabenor Bank Negara Zeti Akhtar Aziz, Ketua Polis Negara Abdul Khalid Abu Bakar dan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia Abu Kassim Mohamed.

Ia memperkukuhkan lagi bukti bahawa akaun yang didakwa oleh WSJ itu wujud!

Seperkara lagi, penubuhan pasukan bertindak itu boleh mengelak agensi-agensi terbabit daripada ditekan, dipujuk malah diperas ugut sekiranya mereka bertindak bersendirian.

Soalnya sekarang, adakah Abdul Gani bersungguh mahu menghadapkan pihak-pihak yang terlibat, termasuk Mohd Najib, ke muka pengadilan?

Beban Maklumat

Beban beliau sangat berat kerana maklumat yang ada di tangan beliau, juga ada di tangan badan-badan penyiasat  seperti Polis, SPRM dan Bank Negara.

Selain itu, sebahagian maklumat dan dokumen berkaitan telah pun bocor dan jatuh ke tangan pihak ketiga, termasuk media massa asing.

Kalau Mohd Najib tidak dituduh sedangkan ada bukti yang kukuh, satu dunia akan ketawakan kita dan sahlah kita tidak serius membanteras rasuah dan salah guna kuasa di peringkat tertinggi.

Peguam Negara terpaksa meyakinkan Polis, SPRM dan Bank Negara mengapa pendakwaan tidak dilakukan. Kalau tindakan tegas tidak diambil, ia akan menyebabkan pegawai-pegawai yang bertungkus-lumus menyiasat dan mengambil risiko, berasa putus asa dan hilang semangat. Dan mereka mungkin bercakap kerana mereka tidak mahu dituduh bersekongkol atau tidak cekap.

Beban yang sama beratnya dipikul oleh orang seperti Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Mohd Yassin kerana beliau juga mempunyai maklumat yang sama dan berkuasa untuk melakukan sesuatu.

Beliau perlu segera bertindak dengan berani dan tegas kalau mahu menyelamatkan negara daripada krisis imej dan keyakinan yang semakin meruncing yang telah merebak menjangkiti ekonomi dan kesejahteraan rakyat jelata.

Wallahuaklam.
http://kadirjasin.blogspot.com/2015/07/tak-menghairankan-jika-pm-didakwa.html


TIADA SIAPA BUAT TUDUHAN, MASIH LAGI BERTANYA...


KD..simple question...ragu2 gak dgn tindakan ni..AG repot pada siapa? Zety resport pd sapa? IGP report pd sapa? SPRM report pd sapa? Sng kata..selagi org tu tidak direhatkan..aku x percaya siasatan dpt dijlnkan dgn bebas..dan wo fear or favor..







Yang lemah otak, sakit jantung, kencing manis, darah tinggi jangan baca..



Breaking News : Najib's Six Bank Accounts Frozen. Warrant of arrest next?

http://www.straitstimes.com/asia/se-asia/special-task-force-freezes-six-accounts-linked-to-najib-wsj-probe

://syedsoutsidethebox.blogspot.com/2015/07/breaking-news-najibs-six-bank-accounts.html


Masa masih ada untuk sesiapa yang nak lompat kapal...

Monday, July 6, 2015

SHAHRIL SAMAD TAK ADA BOLA NAK JUMPA NENEK

Di kalangan penyokong, yang boleh di anggap ada sikit vokal adalah Shahril Samad tetapi
pelawaan Azizah supaya Ahli Parlimen berkumpul untuk memberi pandangan terhadap kedudukan PM sekarang telah ditolaknya atas ulasan Azizah Kena Betulkan Rumah Sendiri Dahulu.

( Apakah Shahrir tidak sedar, rumahnya lebih teruk dari pembangkang apabila rumah sendiri sekarang sudah dimasuki orang luar sampai ke dalam kelambu, dah kena londeh pun tak malu lagi ke...)

Apakah kedudukan Najib itu sebagai PM atau Presiden BN atau Presiden UMNO yang hendak digunakan alasan tersebut.

Pembangkang adalah sebahagian dari Sistem Berpelembagaan Raja Berpalimen dan layak untuk bercakap dan memberi pandangan tentang PM di mana sahaja termasuk di Parlimen, dalam dan luar negara.

Secara baik apabila Pembangkang minta bersemuka di tempat yang sesuai, dalam negara, seharusnya Shahrir N2H bersetuju jika ada keyakinan diri dan inilah peluang BNBBC menjelaskan kedudukan PM sekarang kepada semua Ahli Parlimen supaya mereka dapat mendengar dari sumber yang lebih pasti, BNBBC itu sendiri.

Bila mahu bersemuka, lari dari untuk berjumpa - Bila Pembangkang ambil dari sumber luar atau bercakap di luar negara - tuduh pula sumber itu tidak sah dan berniat jahat dan tuduh juga pembangkang memburukkan negara di luar.

Apa punya pariah ni..

# Shahrir Samad boleh kumpulkan lagi beberapa Tokok Hebat seperti Ahmad Maslan, Nazri, Hassan Malek, Shabery Chik jika janggal berseorangan...

# Bukankah Muhyiddin Yassin, Zahid Hamidi, Hishamuddin, Kj, Shafie Apdal, Shahrizat merupakan Ahli Parlimen yang patut juga hadir..

Kerajaan dan Pembangkang sewajarnya tunjuk kematangan untuk membicarakan isu. Jika setiap isu mahu dikaitkan dengan lain-lain perkara, sampai bila pun politik dalam kain yang semakin hancing itu tidak dapat menyelesaikan masalah rakyat.


#As Johorean, Shahrir Samad should joint JDT, how to show balls..

Muhyiddin dah baca Yassin...

Najib bin Razak,
Muhyidin bin Yaasin,
Najib dah nazak,
Muhyidin baca Yaasin.




Sumber: Viral wassap

Sunday, July 5, 2015

TERINGIN JUGA NAK SOKONG NAJIB..

Apa jua isu yang timbul selepas PRU13 dengan menamakan tsunami cina, ahli umno dan penyokong UMNO sudahpun bersedia untuk menyokong Najib..

Harapan pertama ialah masih memberinya peluang walaupun selepas mengambilalih dari Paklah, Najib mengecewakan.

2 faktor Kemenangan besar UMNO di PRU13  adalah atas sokongan Mahathir dan kebimbangan Anwar menjadi PM serta menolak PAS yang menjadi keledaian DAP pada masa itu.

Selepas PRU13 harapan pengundi yang menyokong UMNO sangat besar kepada Najib tetapi timbul pelbagai isu seperti pemansuhan ISA, Islam dan Raja Melayu dihina dan tiada langsung fokus sebenar kepada pembangunan Melayu dari segi pendidikan dan perniagaan.

Program lebih bersifat retorik rasaksasa dan janji-janji manis dengan angka.

Pada masa yang sama Najib sendiri lambat dalan tindakan dan keputusan ditambah lagi dengan jawapan bodoh dari Menteri Pandai dan cap ayam.

Pada masa itu Tun sudah memberi teguran tentang pemborosan kerajaan, perlaksanaan merasuah dan memalaskan rakyat melalui BRIM, GST dan termasuk 1MDB...
Kerajaan syok sendiri dan acuh tak acuh dengan teguran Tun.

Peringkat awal Tun menarik balik sokongan kepada Najib sebagai amaran - tidak dipedulikan oleh Najib, langsung tidak menjawab...

Awal kemuncak, Tun minta Najib berundur lebih kepada kegagalan menjawab dan tangani isu hutang negara yang PALING BESAR dan RISIKO YANG PALING TINGGI serta KETIDAKTELUSAN dengan KERAGUAN YANG MANASABAH.
Perkara itu benar kerana sehingga hari ini Najibvtidak menjawab, mengelak menjawab dan jawapan yang blur dengan 1001 alasan.

Sekarang isu kemasukan tunai ke akaun peribadi Najib  berada dalam kesukaran dan boleh melumpuhkan segala kepercayaan rakyat kepada PM, Negara dan akhirnya parti lah yang sengsara.

Tetapi percayalah, masih ada kejutan dari masa ke semasa.

Bercuti adalah peluang terbaik untuk Najib membersihkan diri kecuali dia sudah tidak ada kepercayaan kepada diri sendiri dan kerajaannya.

Bercuti bukan tanda bersalah. Bercuti mengembalikan keinginan rakyat untuk percaya dan sokong Najib.

𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚?

  𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚? Kita jawab secara am "Letak RM10,000 berapa boleh saya untung?&q...