Monday, August 3, 2015

PASTIKAN ANDA SETIA CGPA 4.0

Diwar warkan yang mengkritik Najib sudah didiamkan.

Ayat itu kurang tepat kerana majoriti diam kerana memilih untuk berdiam.

Sebelum ini pun mereka yang mengkritik Najib hanya pada perkara pokok 1MDB, kemudian disusuli persaolan sejumlah wang yang masuk ke akaun peribadi Najib.
Penjelasan terbaru SPRM, duit itu tiada kaitan dengan 1MDB !!&$@/+?/! :-)

:)  :)  :)  :)  :)  :)

Dari dua persaolan di atas, pengkritik Najib sekarang hanya mahu lebih menjadi pemerhati untuk melihat jawapan demi jawapan.

Akibat dua saolan itu yang dikatakan tak ada masalah..

Kita boleh lihat bagaimana tunggang langgang penyokong Najib siang malam berhempas pulas menjawab secara hentam kromo dan akhirnya saling bercanggahan sesama mereka.

Dua persaolan itu juga menyebabkan ada yang hilang jawatan.

Dua persaolan itu juga menyebabkan sampai sekarang belum selesai.

Dan ramai yang diam sebenarnya untuk menonton penjelasan yang disertai dengan ugutan dan  amaran satu demi satu.

Perhatikan setiap jawapan mereka dulu dan sekarang, sebelum dan selepas....

Kurangkan bercakap, pegang tombak, jadi pak pacak - sang setia.

# RAKYAT MALAYSIA KENA MINTA MAAF DENGAN SWJ (?)
I



Sunday, August 2, 2015

PAKAR BATU API BERHUJAH...HARAP-HARAP ADA LE TINDAKBALAS..

Tujuannya untuk ada secepat mungkin  alasan pemecatan boleh diteruskan....
Selagi Muhyiddin dan Shafie tidak dipecat dari kedudukan masing-masing, yakinlah dan percayalah selagi bulan dan bintang masih ada, ramai kaki putar dan kaki kencing  yang tidak dapat tidor lena..

Hatta bila Muhyiddin tidor berdengkor kat rumah pun, akan ada yang kata Muhyiddin sedang memberi ucapan dan menyusun strategi..

KITA semua boleh faham ketidak senangan hati Perdana Menteri bila ada dikalangan anggota kabinetnya MENIPU tentang isu-isu yang telah dibincangkan dan dipersetujui dalam kabinet seperti 1MDB.
Dah bincang, kata belum bincang, dah dijelaskan, kata belum jelas dan sebagainya.  Mana-mana boss dalam dunia pun pasti naik angin.
Tapi hairan, kenapa setelah digugurkan dari kabinet, isu berkaitan 1MDB ini pun ikut gugur sekali.  Kata nak lawan sangat, tapi mana dia keberanian itu bila jawatan dah gugur?  Patutnya bila dah gugur, makin lantanglah bersuara, ini tidak, makin kendur pulak jadinya.
Masa inilah nak balun sangat pun pasal bukan lagi anggota kabinet kan, kenapa tak balun?  Persoalan inilah yang bermain-main di minda penulis dan penulis juga percaya, kepada ramai yang lain.
Nak kata takde peluang, peluang banyak.  Semalam saja sorang rasmi mesyuarat UMNO di Kluang, seorang lagi rasmi mesyuarat di Hulu Selangor tapi isu 1MDB (bahagian tak puas hati), tidak disentuh.
Sebaliknya yang kita dengar, yang terlibat pakat-pakat menyakini UMNO, nak memperkukuhkan UMNO, setia dengan Presiden UMNO dan sebagainya.  Habis, yang tergamak menipu sehingga hilang jawatan tu kenapa pulak?
Kadang-kadang mainan orang politik ni boleh buat kepala pening.
Begitu tak kisahlah yang itu, yang penting sekarang, ini sahaja bukti 1MDB sebenarnya tidak bermasalah.  Persoalan kenapa isu ini tidak dipanjangkan selepas yang terlibat digugurkan, itu kita tengok sajalah perkembangan macam mana selepas ini.
http://www.mykmu.net/2015/08/berhenti-cakap-pasal-1mdb-selepas-digugurkan-kenapa/

MUHYIDDIN WAJAR BERCUTI KE LUAR NEGARA...

Apakah Muhyiddin dalam persimpangan di antara takut ditangkap ataupun ikrarnya untuk tidak.membisu khusus 1MDB.

SATU lagi ancaman dan risiko ialah dipecat dari Timbalan Presiden jika terus.bersuara dan.menjadi ancaman.

Untuk memecatnya sebagai Timbalan bukanlah suatu kerja yang sukar, bila-bila masa.

Meletakan jawatan Timbalan Presiden juga bukan satu cadangan yang boleh diketepikan.

Mengambilkira kesilapan Anwar selepas dipecat ialah Anwar.memilih untuk melawan dan akhirnya dipecat keahlian dari UMNO dan seterusnya hingga kini sudah menjadi sejarah.

Apa yang berlaku pada Muhyiddin, dipecat adalah atas kelalaiannya sendiri, lambat bertindak pada masa yang tepat, sehingga memberi ruang kaberap pada pihak lain.

Adalah wajar Muhyiddin keluar negara bercuti sekarang, tinggalkan masalah UMNO kepada pengasas masalah itu sendiri.

Jika UMNO selepas ini kuat atau lemah, serabut atau kaput, kita sudah kenalpasti siapa bapa punca segalanya.

Adalah tidak wajar meminta Muhyiddin join atau tubuh parti baru dalam usia sebegini. Lupakanlah politik bukan satu kerugian dan dosa pun.

KEMASKINI: BUMI JOHOR BERGEGAR DI KEDAH ADA LEBAI MEROYAN SAKAN...

Tidak ada MB yang digugurkan - Zahid Hamidi.

Lebai tu pun mungkin  berharap dapat ghanimah macam Zahid.
Sabaq sat naa..

PERKEMBANGAN MUHYIDDIN DI JOHOR:













Komen yang "melampau" terutama terhadap Kesultanan akan dilapor kepada pihak berkuasa.

Saturday, August 1, 2015

PENYELESAIAN SENDIRI

Yang tidak setuju dengan Najib - letak jawatan.

Yang tidak setuju dengan UMNO selagi Najib jadi Presiden - keluar parti.

Fikirkan semula untuk join UMNO selepas Najib bukan Presiden dan jika UMNO masih menang.

Fikirkan semula untuk join UMNO selepas Najib bukan Presiden walaupun UMNO bukan lagi kerajaan.

Atau keluar UMNO seumur hidup.



Yang tidak setuju dengan Najib selagi jadi Presiden jangan undi BN.
Atau tidak undi BN seumur hidup.

Yang keluar parti perlu ke join parti lain (?)
Itu suka hati kau orang..

Apapula kata cai..
Eh eh eh.. dah tak kacau dia orang pun...masih nak sebok juga ke..
Kau orang ketawakan je lah...

Selesai tak (?)


Kiriman Ck.Said-Kuala Pilah.

1 PER 3 JUTA

Betul ke seorang sahaja yang minta Najib berundur,
Sedangkan 3 juta lagi sokong Najib..

Hari pertama pemecatan Muhyiddin, ada 35,000 di facebook Najib minta dia berundur .

Cer komen sikit.

Najib kata dia sedia dikritik tetapi mesti di tempat yang betul...apakah teguran Muhyiddin di pentas UMNO atas kapasiti Timbalan Presiden UMNO bukan haknya untuk bercakap, bukankah di tempat yang sewajarnya.

Cer komen sikit.

Gani Patail dipecat mengetuai Task Force, apa alasan? Gani ada tegur Najib?

Cer komen sikit.




KOMEN bermaksud memberi hujah dengan akal manusia di kepala. Kalau berhujah guna lutut, guna siku tidak di alu alukan.

MENCARI YANG HALAL ITU WAJIB


NIAT
Pilihlah parti dan pemimpin yang tiada skandal besar.

HIJRAH
Sudah berzaman, pilih yang sama, semakin merosot, selalu failed, kali ini berazamlah untuk pas.




𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚?

  𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚? Kita jawab secara am "Letak RM10,000 berapa boleh saya untung?&q...