Saturday, September 19, 2015

DAH BULAN SEP, DAH BANYAK DILAKUKAN..RAKYAT MASIH DALAM MOOD BERTANYA..TAK CUKUP ATAU KEBUNTUAN PENJELASAN..

Betulkah pemimpin negara hanya ada dan mesti datang dari UMNO sahaja (?)
Di tempat lain, tidak ada Melayu yang layak...

Betulkah kalau UMNO kalah orang Melayu akan merempat... (?)

Jawab nak ikut emosi atau realiti (?)
Musuh utama orang Melayu - UMNO atau DAP...

Melayu akan bersatu kalau Najib kekal atau undur (?)

Jawapan "yes" atau "no" di alu alukan..


# Muhyiddin pun turut risau kemana perginya laporan siasatan yang dibuat oleh PDRM., PSRM, BNM ke atas 1MDB...

# Apapun janganlah mengharapkan anak Pak Yassin ini boleh menepuk meja di mesyuarat...





Friday, September 18, 2015

HALANGAN KE LUAR NEGARA... ISU POLITIK @ KESELAMATAN (?)






# Pintu belakang selalu menjadi pilihan...

Pecacai meroyan, kerap menjenguk..gian dengan komen aku..

Kepada para blonggers yang link kan kluangdiamond ke blog mereka, terima kasih tetapi harap sambut saranan pecacai sial yang mahukan kluangdiamond digugurkan dari link tersebut.

Dan pecacai sial bangsat, samada di link atau tidak, jangan datang lagi menyalak macam anjing kurap di blog.ini.

Do i make myself clear !!!

Thursday, September 17, 2015

MELAYU MENGHALALKAN RASUAH !!!!(?)

MenceritakancMenceritakan berulangkali kegagalan baju merah dengan kehadiran yang mengecewakan bukanlah menyeronokan kerana ia masih kepada kelemahan dan kekurangan Melayu secara amnya.

Kaum bukan Melayu sedang mentertawakan segala retorik dan gempaq Baju Merah, cubit paha kiri, kita yag tidak berbaju merah pun terasa juga atas nama "Melayu".

Nasihat percuma kita kepada mereka, tolonglah jangan ulang kerja bangang.

Perhimpunan baju merah pada kaum bukan Melayu, persepsi mereka.. Segelintir Melayu sedang mempertahankan pemimpin yang terlibat dengan salahguna kuasa dan rasuah...

Selarikah dengan Islam.

Wednesday, September 16, 2015

TAHNIAH BAJU MERAH...

Sudah berjaya...
Masalah Melayu selesai...
Maruah Melayu meningkat...
Masalah Negara selesai...
Kaum asing dah takut..
Ekonomi orang cina lumpuh..

Satu lagi perhimpunan perlu di adakan...
Tuntut Bank lupakan hutang 1MDB..
Namakan: Perhimpunan Bijak Pandai...


Pisang emas dibawa belayar,
Masak sebiji di atas peti,
Hutang emas bolehku bayar,
Dapat derma dibawa mati...

Monday, September 14, 2015

Ingatkan Semula... Kot kot lupa tahap

Betul-betul buang masa saja Bekas Ahli Lembaga Penasihat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Tan Sri Dr Abdul Samad Alias ni..

Sanggup dia menunggu hingga enam bulan untuk mendapatkan penjelasan mengenai status dan maklumat kewangan syarikat sarat dengan hutang tu..

Sepatutnya Tan Sri Dr Abdul Samad ni tanyalah macai berkenaan status kewangan 1MDB tu.. macai-macai tentu tahu status itu sebab itulah mereka bermati-matian menyokong 1MDB Najib tu..

Kalau tak tahu tu maknanya macai-macai tu menyokong membabi buta lah.. main sokong saja apayang Najib buat tu tanpa usul periksa..

Samalah macam lembu yang dicucuk hidung, gembalanya tarik ke kanan, ke kanan lah ia, tarik ke kiri ke kirilah ia.. ikut saja..

Laporan berkaitan..

Bekas Ahli Lembaga Penasihat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Tan Sri Dr Abdul Samad Alias mendedahkan beliau meletakkan jawatan selepas 6 bulan gagal menerima penjelasan mengenai status dan maklumat kewangan syarikat sarat hutang itu.

Beliau yang merupakan Pengerusi Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM), berkata permintaannya untuk mendapatkan maklumat tidak diendahkan.

"Saya minta (laporan) mengenai untung dan rugi. Saya tunggu sehingga 6 bulan dan tidak mendapat sebarang taklimat. Selepas itu saya letak jawatan," katanya pada persidangan "National Conference on Governance, Risk and Control; Gearing for Innovation" di Kuala Lumpur hari ini.

Samad berkata beliau dilantik sebagai lembaga penasihat 1MDB akhir Januari lalu.

Tambahnya, walaupun sudah berulang kali meminta maklumat berkaitan kewangan namun 1MDB hanya membisu tanpa maklum balas.

Katanya, beliau membuat keputusan untuk meletakkan jawatan pada akhir Julai.

“Pada 29 Julai saya saya hantar surat letak jawatan,” katanya pada satu sesi soal jawab dalam persidangan tersebut.

1MDB pada 21 Januari 2015 melantik Samad sebagai anggota lembaga penasihatnya.

Dalam satu kenyataan 1MDB berkata, lembaga itu yang dianggotai tokoh tempatan dan antarabangsa merupakan badan membimbing syarikat itu dalam mencapai matlamatnya.

Pengerusi 1MDB Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin berkata, syarikat itu berbangga dengan penyertaan Samad, antara tokoh yang paling dihormati dalam komuniti kewangan Malaysia, dalam lembaga penasihatnya.

Samad mempengerusikan PIDM sejak 15 Ogos 2011 lapor The Malaysian Insider


Tapi.. kalau ahli Lembaga Pengarah sendiri yang minta sampai enam bulan pun tak dapat status kewangan tu.. macai-macai pulak.. jauh panggang dari babi lah..

Yang menghairankan ialah walaupun tak tahu menahu pasal status kewangan 1MDB tu.. macai-macai tetap menyokongnya..

Ada otak tu gunalah sama.. jangan simpan!



copy and paste dari sini: http://darisungaiderhaka.blogspot.my/2015/09/sepatutnya-tan-sri-bekas-penasihat-1mdb.html

Malaysia boleh kaya kalau saman...

Memandangkan banyak penafian dibuat oleh kerajaan bagi pihak Najib berhubung isu 1MDB, Pembunuhan Wanita Monggolia, Status Derma dan yang sewaktu dengannya... kerana kebetulan Najib sebagai PM...

Penafian semata-mata tidak mendatangkan apa-apa nilai ekonomi atau sumber kewangan.

Malah penafian semata-mata bukan sahaja tidak membersihkan apa-apa tetapi menjadi negara, kerajaan dan rakyat Malaysia sudah tidak ada harga diri.

Dalam keadaan ringgit runtuh, kos sara hidup meningkat, pertambahan pengangguran, pelabur meninggalkan negara, reserved luar negara merosot dan ekonomi negara kekurangan sumber adalah wajar kerajaan mengambil tindakan saman untuk menghasilkan sumber kewangan negara...

Mulakan saman ke atas mereka yang menentang kerajaan...
Pemimpin pembangkang...
Dr Mahathir...
Sarawak Report..
AWSJ..
Bank Negara Singapura..
Al Jazera...

Lupakanlah baju merah kerana ia tidak membantu pun menaikan maruah sesiapa jua...

Mamat ini kah yang akan memartarbatkan maruah Melayu (?)

𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚?

  𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚? Kita jawab secara am "Letak RM10,000 berapa boleh saya untung?&q...