Wednesday, November 18, 2015

PEMIMPIN UMNO KEDAH SEDANG KUMPUL MIMPI DAN IMPIAN..



Ketika UMNO Johor sedang bermuafakat membawa berkat, pemimpin UMNO Kedah pula sedang mengumpul impian untuk berpuak dan berpecah...

Cerita di Pusat, PAS akan bekerjasama dengan Najib menjadikan sebahagian pemimpin UMNO yang sedang mimpi kerusi MB langsung tidak risau dengan PAS Kedah.

Mereka lebih sebok "siapa yang dapat kerusi" dari memberi sokongan kepada Bajet Kedah yang dibentangkan oleh bukan kalangan puak mereka.

Seperti yang berlaku di Terengganu apabila jawatan MB direntap dan jika berulang di Kedah, tidak ada "kebaikan" pun kepada masa depan parti kerana perselisihan dan dosa MB berkenaan bukan pada rakyat.

.........

Ikuti Pembentangan bajet negeri johor 2016 yang akan dibentangkan YAB Dato Mohamed Khaled b Nordin Menteri Besar Johor pada hari ini Pukul 9.30 pagi melalui saluran radio JOHOR FM 101.9fm dan best fm 104.1 atau saluran online streaming
www.jauhar.my dan johor.gov.my

Layari www.muafakatjohor.com untuk membaca ucapan penuh dan titik sentuhan bajet johor 2016 dan poster infografik di  FB https://m.facebook.com/mohamedkhalednordin dan twitter @khalednordin

#BajetJohor2016


Sama sama kita viralkan!

https://www.facebook.com/MohamedKhaledNordin/videos/10153466628918173/

Dizalimi....


Tuesday, November 17, 2015

DUA GERGASI CASH IS KING

Apakah benar Ahmad Sabu khususnya dan PAN amnya dibeli oleh DAP sepertimana PAS sedang dibeli UMNO (?)

Apakah PAN dan PAS memang ditakdirkan untuk jadi bahan kepada dua gergasi CASH is KING..

Monday, November 16, 2015

JAMIL KHIR TUNJUK JANTAN...

Jamil Khir menepati janji dan akhirnya Akmal Nasir disaman, masa akan tentukan kemudian kebenaran secara undang-undang.

Tidak logik 100% apa yang di daparkan Akmal Nasir tidak tepat, YAPIEM harus telus mengambil tindakan segera membaiki kelemahan dan ketirisan yang berlaku.
Soal pembaziran harus di ambilkira walaupun apa yang dilakukan masih dalam skop tugasan.

Isu yang ditangani secara tepat, cepat dan berani akan memberi keyakinan kepada rakyat terhadap Jamil Khir, YAPIEM dan kerajaan.

Inilah yang sepatutnya dilakukan oleh Najib dalam isu 1MDB kecuali memang benar ada yang mahu disembunyikan.

Jamil - laporan.polis, surat pelajar...apalagi (?)

Sehelai laporan polis...
Arahan supaya Peguam ambil tindakan...
Secoret nota pelajar Drexel Universiti...
Apalagi....

Buatlah sesuatu, lebih baik, segera tanpa lengah dan membeli masa membersihkan imej yang tercalar...
Heret NOW tanpa belas ihsan, berani kerana benar...

Lakukan secara luarbiasa supaya persepsi yang ditunjukkan "takut kerana bersalah" tidak menghantui pemimpin umno.

Mintalah tukang spin berhenti, berehat...tulisan mereka tidak membantu, tak perlu merapu kalau betul, yang benar muncul sendiri...

Saturday, November 14, 2015

ERA BERI PENERANGAN DAH BERLALU...

Sekarang ni musim tengkujuh, elok kerajaan fokus pada kemungkinan banjir, bencana dan bala...

Bencana kerana musim, bala kerana pemimpin tidak amanah, penipu dan pembohong.
Bala kerana rakyat menyokong pemimpin yang terang terangan seleweng dan rasuah.
Semua dapat....

Tak perlulah ke hulu ke hilir buat penerangan 1MDB sekadar membetulkan ayat, menyesuaikan fakta, pi mai pi mai corner sana corner sini.

Hanya pendengar berbayar meramaikan majlis syok sendiri.
Ada lagi ke "rakyat sebenar" ,yang nak dengar (?)
Kalau setakat penerangan, dah basi (?)
Era bagi penerangan dah berlalu, integriti dah tak ada, tiada lagi orang percaya - penerangan jadi sia sia.

Era sekarang, era rakyat mahu pihak berkuasa jadi telus, amanah untuk siasat-tangkap-dakwa-hukum...

Hentikanlah buat sandiwara penerangan, kalau orang ketawa. Awak marah....

jAMIL KHIR kalau tak saman, elok letak jawatan


Bukan sekali dua, setiap kali orang luar yang dikatakan ilmunya tinggi di bawa masuk menjadi menteri oleh umno akhirnya lebainya ke mana, songkoknya ke mana, jubahnya kemana, imannya ke mana, nafsunya ke mana...

Kesimpulan am - rosak !!!

Ustaz Azhar Idrus atau Ustaz Kazim Elias yang cukup handal tu pun agaknya terpeleot jika diberi peluang menjadi Menteri.

Oleh itu apa akan terjadi pada Hadi Awang sudah pun boleh diramal kalau jadi Penasihat UMNO.

Peluang Jamil untuk masih ada tetapi melihat kepada pendirian tegas NOW, peluang Jamil agak tipis kecuali mengambil tindakan segera membersihkan dirinya.

Jangan di ulang "SELASA" seperti bossnya...

𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚?

  𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚? Kita jawab secara am "Letak RM10,000 berapa boleh saya untung?&q...