Saturday, January 30, 2016

ANTARA DOA DAN HARAPAN

Apakah doa rakyat Thailand di Kedah dan doa PAS Kedah dan harapan majoriti rakyat (Mukhriz kata 90% rakyat menyokongnya???) mohon Mukhriz dikekalkan termakbul dan mengatasi harapan dan perancangan Ahmad Bashah and the gang (?)

Lembaga Pemangku Sultan Kedah membuat tindakan betul sesuai dengan inspirasi rakyat Kedah apabila mahu berjumpa semua DUN untuk mendengar sendiri...

Apakah ada petanda atau kemungkinan Ahmad Bashah membuat u-turn bila namanya tiada dalam pencalonan (?)

Dalam politik semua serba kemungkinan tetapi dan akhirnya kena redha, petancangan Allah lebih baik...

ADA SESIAPA YANG TAHU DENGAN PASTI HALATUJU NEGARA..

Nazir Razak adalah seorang korporat dalam dunia banking kebetulan juga berbinkan yang sama dengan Najib Tun Razak, PM Malaysia telah melontarkan kebimbangannya tentang masa depan negara...

Sudah tentu ia menuntut satu penjelasan dan satu tindakan dari kepimpinan sekarang dan sekaligus kepimpinan bayangan akan datang.

Jika Najib berundur, apakah Zahid dan Hishamuddin mempunyai daya kepimpinan dan selera baru yang lebih meyakinkan untuk kesejahteraan Malaysia dari segi politik, ekonomi dan sosio budaya. atau sekadar mewarisi sesuatu yang bobrok.

Apakah rasuah, kaberap, salahgunakuasa, pilih bulu akan terhenti sertamerta atau masih diteruskan tanpa rasa bersalah atau tanpa ingin membetulkan.

Negara bukan sahaja berhadapan dengan situasi yang serba tak kena dari semua sudut malah untuk menamakan seseorang untuk di letakan harapan pun kita tak ada calonnya !!!!

Paling selamat, walaupun seseorang pemimpin itu belum menunjukkan kepimpinannya tetapi memadailah jika dia mempunyai sikap bersederhana, amanah, fathonah dan tabliq.

Pemimpin macam tu kita ada...




SEMUANYA SUDAH TERLEWAT BUAT MUKHRIZ

Doa dan solat hajat masyarakat Thai di Kedah dan ahli PAS Kedah sebagai cubaan harapan Mukhriz kekal MB Kedah sangat logik dan praktikal.

Selebihnya ketentuan Illahi sebab Dia lebih megetahui apa yang terbaik.

Tidak pula diketahui apa usaha rakyat Kedah lain atau ahli UMNO yang "kononnya" suka dan sayang Mukhriz. Sudah tentu mereka lebih sayangkan Ketua Bahagian masing-masing.

Apapun sebahagian Ketua Cawangan Bahagian Merbok akan adakan satu perjumpaan menyatakan sokongan kepada Mukhriz.

Sayang, semuanya sudah terlambat

Mukhriz sewajarnya tidak perlu kecewa kerana dia gugur atas sebab tidak sefahaman dengan Najib, bukan pasal skandal kewangan, bukan pasal melanun, bukan pasal bebohong, bukan pasal takut masuk penjara, lebih cantik jika Mukhriz dari awal lagi meletak jawatan dari disingkir sebegini.

Yang patut kecewa ialah Ahmad Bashah dan Ahmad Lebai Sudin yang khabarnya tidak dicalonkan sedangkan merekalah "kepalanya".

Mukhriz juga jangan terlalu yakin UMNO kekal menang jika dia masih MB kerana UMNO akan ditolak oleh segelintir selagi Najib masih PM.
Segelintir tidaklah merbahaya kecuali di kawasan calon UMNO yang menang majoriti tipis.

Sewajarnya Mukhriz terus berehat panjang kerana perjuangan UMNO sekarang sudah tidak relevan sudah tidak jelas halatuju dan tidak ada untungnya kepada Melayu untuk kekal sokong.

Masa depan Negara sudah tidak menentu, pemimpin mengamalkan pariah politik untuk survive.

BILA AGAKNYA BLOG RPK MALAYSIA TODAY AKAN DI BLOK...

Jinggo-fotopages dah kena. .


Friday, January 29, 2016

BRO...TOLONG SIAR



Dalam puak Najib ini ada dua kumpulan haramjadah....

satu puak haramjadah kata mesyuarat MT tidak bincang isu Mukhriz ..

Satu puak haramjadah lagi kata, dibincangkan dan Muhyiddin sendiri tidak bantah petanda kembali menyokong Najib.

Mana satu puak haramjadah ni yang betul...

Jawapan admin..

Pertama...beristighfar
Itu yang mereka tempah ..padan kot

Kedua..
Dua dua puak tu sama betul..
spin dan putar..tak ada bezanya

Ketiga .
Terdesak nak heret nama Muhyiddin sokong Najib tu apasal pulak... Muhyiddin sendiri pun dah tahu "game"nya..takkan nak buang masa.
Sebelum ni pun Muhyuddin dah buat press statement supaya Mukhriz dikekalkan hinggu PRU ..

Nampaknya mereka masih kemaruk untuk Muhyiddin sokong

UMNO DAN SAYA SUDAH TIADA KAITAN...

Cuba google siapa punya ucapan tu...

Jauhi UMNO untuk sementara dalam tempoh yang terdekat..

Lihat perkembangan PAS jika ada perubahan sebagai pilihan  

Perkembangan terbaru:
Sudah ada suara yang mahu negara diperintah Cina DAP dari Melayu jika melihat kepada siapa yang lebih jujur dan amanah !!!

Melayu itu Islam, Islam itu Melayu di Malaysia, tetapi nilai Islamnya di mana (?)
Akhlah shiddiq, amanah, fattanah dan tabliq ada pada siapa...

Lihat Singapura, Negara kapir pro Israel:
Apakah perlaksanaan undang undang mereka berdasarkan pilih bulu(?)

Masih Pengerusi Perhubungan Negeri Kedah tetapi sudah kena halau..



"Mereka kata, pada siapa yang hadir yang tak dijemput untuk beredar. Ia merujuk kepada saya," kata Mukhriz ketika ditemui pemberita di lobi PWTC.

Ketika ditanya ia adalah arahan siapa, Mukhriz sekadar berkata: "Setiausaha agung," katanya ringkas.



Keyakinan

  1. Seminggu dua ni ramai sangat leader dan owner dari syarikat networking yang lain call saya. Mereka nak jumpa, nak meet & great, nak...