Wednesday, March 2, 2016

RAKYAT PERLU PM YANG BAGUS ATAU PARTI YANG BAGUS...

Apakah masih sesuai kempen undurkan Najib tanpa ubah kerajaan sekarang (?)

Bukankah lebih mudah jika ubah Najib dan ubah partinya di PRU.

UMNO sekarang bukan sahaja diterajui oleh Presiden yang hilang integriti tetapi juga pemimpin Peringkat Pusat, Negeri dan Bahagian yang tiada moral, bersubahat dan pemakan dedak.

Menyingkirkan UMNO bukan bererti menyokong DAP membutatuli tetapi sebagai amaran kuasa Melayu sebenar bukan hanya terletak pada UMNO tetapi terletak kepada penyatuan dalam satu suara apabila Islam dan Melayu dikhianati.

Ia harus jadi panduan dan amaran kepada sesiapa sahaja.

Muhyiddin sewajarnya menyertai DAP untuk meneutralkan parti tersebut.

Mukhriz wajar sertai PAS dan membantu tawan semula Kedah dan meletakan Pemimpin PAS sebagai MB.

Shafie Apdal wajar menyertai dan mengetuai PKR Sabah.

Kj wajar bangun memberontak dari dalam UMNO dengan menyingkirkan Najib dan konco konconya.

Semua strategi ini membolehkan Mukhriz dan Kj berganding bahu membentuk kerajaan baru dengan meletak pemimpin muda serba baru dengan menyingkirkan lembu kenyang dan kuda tua.

Cukup cukuplah...

Tuesday, March 1, 2016

TAKKAN TAK RASA BERSALAH...

Hubungan kita dengan Allah dan hubungan kita sesama manusia...

Bersalah dengan Allah, mohon ampun dan maaf, InsyaAllah.... selesai.

Sesama manusia, tiada maaf bagimu selagi tidak memohon maaf atau dimaafkan...

Bagaimana dengan pemimpin, sikap dan perbuatan mereka secara langsung atau tidak langsung terhadap rakyat.

Amanah dan tanggungjawab...

Apakah dosa kepada orang bawahan dan  rakyat boleh selesai dan terampun kalau sekadar umrah setiap minggu....




Monday, February 29, 2016

KENAPA PERLU FIKIR 100 KALI...DAN SATU BERITA BAIK UNTUK ORANG JOHOR



Tidak perlu diulas panjang tentang Tun Dr Mahathir keluar UMNO kerana di era sekarang orang akan berfikir 100 kali untuk join UMNO...

Untuk menarik 10 orang join UMNO, karnival hiburan costing RM50 ke RM60 ribu terpaksa di adakan.... Untuk keluar UMNO memadai dengan hanya keputusan sebaik sahaja bangun tidor...tidak sampai satu saat.

Ulasan pemakan dedak tentang Mahathir semakin rancak, kenapa?
Signifikan sangatkah seorang tua berusia 90 tahun keluar UMNO sehingga seluruh jentera terpaksa ditingkatkan...
Bolehkah Mahathir menggugat UMNO yang sedang dipagari samseng seperti Nazri...
Pernahkah Nazri turun padang memperjelaskan sesuatu isu....
atau sekadar menyalak dari dalam kandang..

Mahathir kekuar, UMNO makin kuat...lepas ni Anuar Musa boleh tidor lena.

Kerja Zahid makin mudah, rayu PAS untuk sambung nyawa...

Kerja kunan makin senang, pecat seberapa ramai Ketua Cawangan...

Kerja Salleh makin berbaloi, sakat dan sekat sebanyak mungkin media...


Saturday, February 27, 2016

TANDA SOAL (?) PEMIMPIN PAS SUDAH SUCI...



Sejak dua menjak ini ada terbaca ke puak pemakan dedak dok balun Hadi Awang dan pemimpin PAS lain...

Senyap sunyi...

Pertama, mungkin pemimpin PAS kini lebih bersih dari pemimpin UMNO, no isue (?)

Kedua, faktor yang lebih yakin...PAS perlu dijinakan untuk sokong UMNO....
Ubah sempadan pilihanraya di semenanjung (?)

Ketiga..untuk kekal menang PRU...

Dengar khabar jentera pilihanraya UMNO tidak akan turun padang gantung bendera dan sediakan transport jika upah lumayan tidak turun kali ini.
Alasan mereka: Ketua Bahagian dapat ratusan ribu juta.. takkan cawangan dapat ciput...

Itu jawablah sendiri....
Solusi tetap ada: upah bangla, murah !!!

Apakah ini bermaksud pemakan dedak di arah henti balun PAS, fokus kondem Rafizi, Azmin, Mat Sabu dan Lim Guan Eng...

Selamat bertugas...

Sekali Lagi Ada "T" ke tidak.

Dakwaan Muhyiddin bahawa ada kes untuk Najib seperti yang dinyatakan bekas Peguam Negara merupakan satu dakwaan dan tuduhan berat.

Annuar Musa harus tidak berdiam diri, boss kena "fitnah sokmo"...buat le laporan polis.

Najib juga wajar mengambil tindakan saman ke atas Muhyiddin sepertimana tindakan yang di ambil ke atas lee liong sik.

PDRM sewajarnya menyeru laporan polis dibuat untuk membolehkan mereka siasat seperti kapasiti yang dibuat ke atas Mahathir.

Ulasan Saudara Azalina harus dijadikan asas ada prima facie ke atas Muhyiddin di bawah OSA.

Pihak berkuasa dan kerajaan jangan cakap sahaja, bertindaklah !!!

Kini Yang Tinggal Dalam UMNO Sekepala...

Mind setting kena tukar, persepsi kena seimbang...

Pembangkang itu lebih bagus.. sekarang
Sekurang-kurangnya beri mereka peluang..

Di Kelantan, Penang dan Selangor bukan hari hari pemimpin kerajaan negeri berbohong kepada rakyat..

Di Negeri Pembangkang, bukan hari-hari ahli parti mereka kena pecat kerana kritik Presiden..

Malah jika diberi pilihan, semua negeri pembangkang akan rendahkan atau batalkan GST !!!

Pemimpin PAS Kelantan tidak halalkan GST !!! Rakyat Kelantan dinafikan pembangunan dengan tiada ehsan royalti !!!

Dulu, pilihan diberi kepada UMNO - undurkan Najib !
Sekarang - pilihan sudah tiada, UMNO akan ditunjuk jalan keluar di PRU...

Ini bukan tekad sorang dua..
Tekad anak muda..
Tekad rakyat...


Sikap Pengecut Muhyiddin akhirnya terima padah juga..

Secara positifnya pecat Muhyiddin adalah jalan terbaik untuk memastikan umno diterajui oleh Presiden dan yang sekepala dengannya.

Menegur kesilapan dan kesalahan Presiden adalah salah, mirip undang rimba.

Selepas digantung, Muhyiddin dedahkan pengakuan gani patail...bukan sahaja sudah terlewat tapi kenapa jadi pengecut, kenapa tidak dedahkan sebaik sahaja mengetahuinya.....
Sikap nak jaga saki baki periuk nasi akhirnya terima padah juga.
Gani Patail akan nafikan (?) Siapa yang jadi kera sumbang !!!

Jelas, di dalam UMNO samada yang di dalam atau di luar, semuanya tidak boleh pakai untuk rakyat mengharapkan pemimpin mereka bersih, cekap dan amanah.

Jawapan tepat kepada semua ini, tunggu PRU.
UMNO bukan lagi Melayu dan Melayu bukan lagi UMNO.
Tidak ada beza mnejadi Melayu, Cina atau India di negara ini sekarang..
Atas tiada perbezaan itu, tiada perbezaan juga untuk memilih parti mana untuk memerintah !!!


𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚?

  𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚? Kita jawab secara am "Letak RM10,000 berapa boleh saya untung?&q...