Sunday, May 15, 2016

AZMIN NEXT PM


Image result for najib

KUALA LUMPUR, 14 Mei (Bernama) -- Penstrukturan semula jemaah menteri Persekutan akan dibuat dalam masa terdekat selepas peletakan jawatan Datuk Amar Douglas Uggah Embas sebagai Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi dan pemergian timbalannya Allahyarham Datuk Noriah Kasnon, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Penstrukturan semula Jemaah Menteri Persekutuan dan lantikan baharu bagi memenuhi keperluan terkini serta pengisian jawatan akan diumumkan dalam masa terdekat," katanya dalam entri terbarunya di blog NajibRazak.com, malam Sabtu.





Azmin masih dihormati dan mempunyai pengaruh di kalangan PAS.

Cuba berperanan seperti Anwar untuk mendamaikan semua puak dalam Pakatan Harapan adalah satu cubaan dan cabaran ketokohannya.
Setakat ini belum berjaya terutama adanya tukang laga dan batu api bukan sahaja dari kalangan dalaman tetapi juga dari juak UMNO yang sangat bimbang kebangkitan pengaruhnya.

Kelebihan Azmin ia mendapat kerjasama dan sokongan dari Tun.

Kecuali ego dan ketamakan DAP dapat direndahkan, sedikit habuan, laluan dan beri muka pada Mat Sabu, dan sokongan Anwar supaya Azizah akur - Azmin mungkin mampu jauh ke hadapan.

Tidak salah calon PAS di KK dan SB dengan Rafizi sebagai Pengarah Pilihanraya di SB dan Salehuddin di KK...

Najib (bukan UMNO) perlu digempur.

Deklarasi Rakyat sebagai satu payung untuk semua mereka bersatu.

Saturday, May 14, 2016

SURAT TERBUKA MUKHRIZ

# Awat depa dok rasa kalut...abaq kat anggg

# Undurkan Najib bererti Selamatkan Malaysia dari DAP dan martabatkan semula UMNO.

SURAT TERBUKA YB DATO’ SERI HJ MUKHRIZ TUN MAHATHIR
KOTA KINABALU – 14 MEI, 2016

Pada hari ini saya berada di Kota Kinabalu, Sabah atas jemputan sebuah NGO untuk bercakap mengenai ekonomi dan isu-isu semasa disebuah majlis. Apabila menerima jemputan tersebut, saya teruja untuk kembali ke negeri di bawah bayu ini kerana mempunyai ramai kawan-kawan yang dari dulu telah bawa saya jelajah keseluruh pelusuk negeri Sabah.

Pesisiran pantai Sabah juga menjadi destinasi tumpuan saya untuk sukan menyelam yang sangat saya gemari. Keindahan alam di dasar laut Sabah antara yang terbaik didunia, dan perkara ini diiktiraf oleh saya sendiri.

Salah satu sebab saya mempunyai ramai kawan di Sabah ialah kerana kami semua ahli dalam keluarga besar UMNO. Pemilihan parti memberi peluang dan ruang untuk berkenalan dan berkawan sehingga mengikat ukhuwah yang begitu kukuh dikalangan ahli. Demokrasi yang diamal dalam UMNO yang membenarkan ini berlaku.

Malangnya kebelakangan ini ada unsur-unsur sekatan kepada demokrasi parti. Pihak seperti saya yang tidak sehaluan dengan Presiden UMNO diperlakukan lebih dari pembangkang. Kalau pemimpin Pakatan Harapan boleh dibenarkan berucap dimajlis-majlis ceramah dikhalayak umum, kebebasan itu tidak lagi saya nikmati walhal saya masih pemimpin UMNO diperingkat bahagian.

Pelbagai cara digunakan untuk menyekat segala usaha untuk saya berucap dimajlis walaupun ianya tertutup. Saya dimaklumkan penganjur dan lain-lain pihak yang terlibat diugut akan diambil tindakan jika majlis bersama saya diteruskan. Inilah sambutan yang saya terima apabila saya bersuara membangkitkan isu-isu yang dekat dihati Rakyat. Kali terakhir saya di Kota Kinabalu sewaktu menawarkan diri bertanding Naib Presiden UMNO (ketika masih berjawatan Menteri Besar Kedah), saya dijemput makan tengahari bersama YAB Ketua Menteri Sabah di Sri Gaya. Syukur, sambutan lebih mesra kini masih saya nikmati dari kalangan Rakyat biasa.

Saya tertanya-tanya adakah semua tindakan untuk menidakkan demokrasi dalam UMNO akan menguatkan atau melemahkan parti. Pada pandangan saya, kalaupun tindakan yang diambil oleh pemimpin pelbagai peringkat adalah semata-mata untuk melindungi Presiden dari perkara sebenar terdedah, peluang bersuara dalam sistem demokrasi mesti dipertahankan tanpa sekatan.

Antara intipati yang hendak saya sentuh jika dibenarkan berucap ialah tentang keresahan Rakyat mengenai keadaan ekonomi negara yang terkesan dengan GST dan kes-kes penyelewengan 1MDB seperti yang dilaporkan oleh Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara. Kehidupan Rakyat yang terjejas dan ditambah dengan bebanan hutang yang akan terpaksa ditanggung oleh pembayar cukai perlu saya berikan perhatian dan pembelaan.

Amatlah malang sekali apabila usaha untuk membela nasib Rakyat telah disekat. Namun, perkara ini tidak melemahkan semangat saya. Sesungguhnya, Allah Maha Mengetahui dan setiap sesuatu ada hikmahnya.

Dalam masa yang sama, Kerajaan Pusat akan terus berdepan dengan suatu bebanan hutang 1MDB. Mahu atau tidak, Rakyat akan terheret sama dengan bebanan yang amat besar ini. Perdana Menteri sedang mengalami defisit kepercayaan yang amat meruncing dengan pengakuan terimaan  derma RM2.6 Bilion. Kepercayaan Rakyat kepada UMNO dan Barisan Nasional semakin terhakis. Apakah setiap dari kita hanya akan berpeluk tubuh apabila menyedari perkara-perkara ini.

Dengan izin Allah SWT, saya berharap saya dapat kembali berkunjung ke negeri yang indah ini. Saya ingin memohon maaf kepada para jemputan diatas pembatalan majlis pada hari ini. Saya dimaklumkan ada yang telah memulakan perjalanan dari jauh untuk berjumpa dengan saya di Kota Kinabalu. Saya amat kagum dengan semangat yang saudara-saudari tunjukkan.

Teruskanlah usaha kita untuk Selamatkan Malaysia.

MUSUH NAK PROVOKE TAK KENA MASA DAN GAYA, KESIAN SANGAT....


MASALAH KALAU BENAR...

Kena cara, kena gaya, hasil muafakat DAP mungkin akan sokong calon PAS melalui Pakatan Harapan - begitulah lebih kurang bunyinya.

Ertinya UMNO akan berdepan dengan PAS, satu lawan satu di KK dan SB dalam Pilihanraya Kecil Kawasan Parlimen.

Apakah PAS akan tolak tawaran tersebut.


# Ada juga sindir Mukhriz bertanding sebagai calon Pakatan.
1) Aku cadangkan supaya UMNO pecat Mukhriz terlebih dahulu.
2) Jika Mukhriz menang, ia akan jadi favourate calon PM, tidak kah itu backfire bigboss (?)


# ANALISA PRK SG BESAR

PRU 12 (2008)
Ahli Parlimen Sungai Besar, Allahyarham Dato Noriah Kasnon menang dengan majoriti 5,009 undi

Dr Mohamad Khir di DUN Sungai Panjang menang dengan majoriti 5,828 undi.

Ng Sue Lim (DAP)  menang dengan majoriti 190 di DUN Sekinchan.


PRU13 (2013)
Ahli Parlimen Sungai Besar, Allahyarham Dato Noriah Kasnon menang dengan majoriti 399 undi

YB Budiman Zohdi sahabat saya di DUN Sungai Panjang menang dengan majoriti 2,183 undi.

Ng Sue Lim (DAP)  menang dengan majoriti 2,239 di DUN Sekinchan.

Baik...ini yang penting!!!!! Mari kita tumpukan apa akan jadi PRK Sg Besar akan datang

Dengan penurunan kerusi Parlimen dari 5,009 (2008) kepada 399 (2013) apakah PRK kerusi Parlimen kali ini akan jatuh ketangan pihak lain?

Calon parti manakah yang berpotensi akan memenangi hati pengundi?

Bagaimanakah pakar2 strategi akan menyusun dan menentukan formula menang - menang kedua2 belah pihak (BN & PR semasa 2013)

Apakah pihak pasukan DEKLARASI RAKYAT yang julung - julung kali dalam sejarah negara dimana Negarawan Ulang Tun Mahathir dapat bersama2 dengan lawannya (PKR+DAP+AMANAH) dalam satu matlamat dan satu nada "Undur Najib" tidak mahu mengambil ini sebagai peluang?

Pasukan Deklarasi Rakyat boleh sahaja bersama dalam PRK kali ini untuk memberi pilihan dan jalan kepada pengundi Parlimen Sg Besar  membuat pilihan.

Pasukan Deklarasi Rakyat boleh memikirkan sesuatu disini.Mereka perlu mengadakan perbincangan dan perlu menerima satu calon sahaja yang selari dengan agenda Deklarasi Rakyat.

Pasukan Deklarasi Rakyat elak bawa lain2 agenda dan sifat ingin memenuhi kehendak setiap parti bawaan masing2

Jika pasukan Deklarasi Rakyat melayan kehendak setiap parti mereka untuk meletakkan calon kehendak mereka nescaya usaha dan mesej "Undur Najib" di Parlimen Sg Besar akan gagal dan berkubur.

Ayuh tunjukkanlah calon Deklarasi Rakyat dalam 2 PRK kali ini.

Selamat berjuang.....

Kejayaan akan menjadi milik pasukan yang dapat bersatu dalam mencapai satu matlamat dan satu nada "Undur Najib"

Nizam Adham
Pengundi Sg Besar

Thursday, May 12, 2016

PERINGATAN TERAKHIR TUN DR MAHATHIR MOHAMAD




Image result for tun dr mahathirWahai pemimpin UMNO, ingatlah akan masa depan kamu. Pengkhianatan kamu akan dibalas dengan cara yang setimpal di dunia dan di akhirat - 
Tun Dr Mahathir Mohamad 
http://chedet.cc/?p=2115

SB DAN KK, WAJAR UMNO MEMBERI PELUANG KEPADA CALON PAS

Hadi dan Najib yang kini makin akrab dilihat sebagai potensi PAS dan UMNO bekerjsasama.

Image result for najib dan hadi
Kenapa tidak persefahaman dimulakan dengan UMNO tidak meletakan calon sebaliknya membiarkan PAS bertanding menentang Pembangkang. Bukankah ini sesuatu yang lebih harmonis.

UMNO dapat mengelak dari malu besar jika kalah, dan PAS ada potensi menang jika semua ahli UMNO membantu jentera pilihanraya.

Kaum cina mungkin kali ini akan memboikot untuk memangkah PKR dan PAN kerana mereka menentang DAP di Sarawak. Ini peluang untuk DAP balas dendam bagi menunjukkan PKR dan PAN perlukan undi 'cina' untuk survive.


Wednesday, May 11, 2016

Agaknyalah Kalau Nurul Menyertai UMNO, puak ini akan menari sakan..

Dalam pembangkang yang paling dirisaukan oleh pemimpin atas tanduk ialah Azmin sebab mamat ni cool, ada pengaruh Sultan, boleh baut kerja, cerdik dan masih ada connection dengan kawan dan musuh.

Menduduki jawatan MB meletakan Azmin cukup berpengalaman, jauh lebih hebat berbanding Ku Li, Zahid , dua calon PM UMNO.
Setaraf dengan Muhyiddin, Mukhriz dan sudah tentu mamat lalang jK yang jaga belia dan sukan tertinggal jauh.
Presiden PKR Wan Azizah sendiri tentunya sekadar batu.
Anwar Ibrahim setakat Timbalan Perdana Menteri mungkin lebih petah bercakap tetapi belum tentu petah mentadbir.

Selangor, Kelantan dan Pulau Pinang sebagai FD Pembangkang menjadikan satu-satunya Johor tinggal sebagai kubu kuat. Bagaimanapun MB Khalid dalam ucapan UMNO 70 seakan merayu UMNO dikekalkan.

Jika Johor juga ditawan, apa yang UMNO masih ada ???

Kekuatan UMNO adalah mengharapkan pembangkang berpecah, bergaduh dan bertanding sesama mereka ? Jika itulah sahaja kekuatan UMNO di peringkat umur 70 ia seumpama yang selayaknya sudah berada di kerusi roda mengharap ada orang tolong sorongkan.
Hadi tukang sorong pun dah bakal disorongkan juga.

Sebab itulah juga siang malang tukang laga sedang melagakan Azizah dan Azmin, tiba-tiba mereka menyebelahi Nenek Kebayan yang mereka sendiri labelkan. Agaknya kalaulah Nurul menyertai UMNO, puak ini akan menari sakan !!!

Kenapa keberangkalian Nurul masuk UMNO (?)
Kajian semula pemenjaraan Anwar Ibrahim, macam Paklah buat semasa baru pegang PM, kalau Dolah boleh, kenapa tidak PM sekarang.
Yang penting, Nurul boleh setuju dan memuji. Dua perkara yang paling mudah dan senang untuk dilakukan dalam dunia ini.



Kenapa sebok dengan pembangkang sedangkan dalam UMNO sudah ada titik hitam dan tonggol bermasalah yang patut diangkut buang tetapi dikekalkan. Mencipta 1001 keburukan pembangkang tidak akan berjaya mensucikan 1001 kejian pemimpin sendiri.



# Hari ini setakat cerita kotor, rekaan atau benar tentang peribadi Anwar sondol, Azmin icecream, dan Mat Sabu Liwat tentunya tidak satupun dapat dikait dengan rasuah, penyelewengan, penipuan, pembohongan dan membebankan rakyat. 
Mereka sudah boleh diterima lantaran jika segelintir rakyat sudah tidak lagi jijik dengan rasuah tetapi turut seketidoran dan bergelumang dengan segala bentuk kaberap dan penyelewengan.

APA BENARKAH INI... ARAHAN SIAPA (?) DARI ORANG SAMA (?) BERTUGAS TETAPI BERPOLITIK (?)

JEMAAH MENTERI HARUS MEMINTA MAAF KEPADA KERABAT DIRAJA JOHOR DARUL TAKZIM

1. Amat mengejutkan apabila saya terbaca kenyataan dari DYAM TMJ baru-baru ini tentang pantauan/"Special file"/"Wiretapping" Special Branch ke atas baginda dan baginda Sultan.

2. Bagi saya perkara ini sangat keji dan memalukan. Pantauan dari special branch sepatutnya hanya dibuat kepada mereka yang merbahaya dan dianggap sebagai ancaman. Adakah TMJ dan Sultan satu ancaman kepada keselamatan dan keharmonian negara?
Most pertinently, who gave out the order for this despicable act to be carried out?

2. As a Johorean,  saya tak dapat mengelak dari perasaan marah apabila kerabat diraja yang telah banyak membantu dalam membangunkan negeri tercinta kami diperlakukan sedemikian rupa. Malahan TMJ dan baginda Sultan merupakan antara pemimpin yg paling berkaliber dan berjiwa rakyat! Mereka membela nasib rakyat dan sentiasa memperjuangkan suara rakyat menentang ketidakadilan yg sedang berlaku. Namun sebagai balasan, mereka dipantau seperti penjenayah!
Some of our elected officials should be ashamed of themselves. When the unelected speak for the rakyat while the elected don't, you know there's a clear error in the system.

3. Saya sedar bahawa kedudukan saya amat rendah sekiranya ingin dibandingkan dgn DYAM TMJ, tetapi saya juga turut faham perasaan apabila dipantau sebegitu rupa. Semenjak saya mula bersuara, saya tlh dipanggil berjumpa SB hampir setiap minggu. Bila HP dicuri dengar dan pergerakan diekori, ini semua merupakan satu pelanggaran privasi!
I wonder what triggered this sudden breach of Privacy.
Is it because the Johor Royalty has been vocal of the administration's wrongdoings? Especially in the case of 1MDB.

4.  DYAM TMJ, patik sudah berjumpa dgn beberapa org ahli SB sendiri and they are exceptionally nice & professional people. Patik pasti Special Branch tidak akan bertindak sedemikian rupa sekiranya mereka tidak memiliki apa apa arahan dari pihak atasan.
The question is, Who gave the order?

5. Ramai yg mungkin akan berkata yg saya masih mentah dan belum kenal selok belok pemerintahan dgn betul. Tetapi apa yg terang dan pasti, sekiranya kabinet atau mereka yg berkuasa mempunyai masa dan sumber yang banyak, Janganlah gunakan untuk mengekori dan memantau rakyat biasa seperti saya dan pemerintah negeri yg sudah terang lg bersuluh tidak mungkin akan membawa nahas kepada negara.

6. Mungkin sudah tiba masa pentadbiran negara dijalankan degan lebih baik dan masalah-masalah yg sedang dihadapi rakyat diselesaikan secepat mungkin. Jgn terlalu taksub ingin terus berkuasa sampai rasa hormat pada pemimpin diraja pun hilang.

7. I therefore, strongly urge for-

a) Identify and hold the culprit who gave the order to "spy" on the Johor Royalty accountable.

b) An Apology by the members of the cabinet to the Johor Royalty.

Kalau mahu rakyat berhenti menentang,
Kepimpinan negara perlu lebih matang.

-Syed Saddiq-
A proud Johorean


Assalamualaikum WBKT & Salam Sejahtera.

Tan Sri/Puan Sri/Dato/Datin/Tuan/Puan dijemput ke Program

✨✳ Bicara Tokoh ✳✨
"BERANI KERANA BENAR"

Tarikh : 16 Mei 2016 - Isnin
Masa : 8:00 Malam
Tempat : Grand Ballroom, Aras 2, Hotel The Katerina, Batu Pahat, Johor
GPS : *102.93589 , 1.85362*

Panel Penceramah :-

✨Tan Sri Muhyiddin Yasin -
Timbalan Presiden UMNO

✨Datuk Abdul Kadir Jasin -
Tokoh Wartawan Negara

✨Syed Sadiq Syed Abdul Rahman - Juara Debat Asia

✨Hj.Solihan Badri - Naib Presiden GKCM Pusat merangkal Pengerusi GKCM Johor

#BicaraTokoh
#DeklarasiRakyat
#BeraniKeranaBenar

🙏🙏🙏👆👆👆👆📢📢📢📢VIRALKAN❤❤❤

SATUS QM TERKINI

  Sejak Disember 2023 agak kecoh di medsos dan berlarutan hingga sekarang. Masing masing yang peka berkenaan perkembangan QM mungkin tidak p...