Thursday, May 19, 2016

PANGLIMA ASYIK BERKOKOK...NO ACTION.

Image result for salleh said keruak1) Bukankah sepatutnya Najib sendiri menjawab atau sekurang-kurangnya Ketua Penerangan Najib atau Menteri Cyber Najib. Salleh terlajak jawab...


2) Langkah terbaik Menteri ialah menasihat PM saman WSJ sebagai pengajaran kepada media tersebut

3) Sekadar menafikan dan tidak bertindak, menguatkan lagi dakwaan WSJ sebagai benar dan betul.









Kalau empunya badan bukan saja tidak berani menyaman, malah membuka mulut menafikannya tidak kedengaran, maka siapa mahu mempercayai kata-kata syok sendiri Salleh bahawa laporan WSJ adalah fitnah, bermotifkan politik dan hanya berdasarkan khabar angin?

Pokoknya, saman dululah Pak Salleh Said Keruak!! (SH 20/05/2016).






Kenyataan Menteri Komunikasi dan Multimedia berkenaan artikel terbaru Wall Street Journal



19 Mei 2016

1. Wall Street Journal terus membuat dakwaan-dakwaan palsu tetapi menyatakan ia adalah dari sumber yang tidak boleh didedahkan. Ini adalah satu tindakan pengecut bagi mengelak daripada disaman.

2. Walaupun sudah berkali-kali sumber mereka dibuktikan tidak benar, seperti laporan palsu terhadap gabenor baru Bank Negara Malaysia, pihak WSJ tetap mengeluarkan dakwaan yang tidak berasas.

3. Ia bukanlah kebetulan apabila  semua laporan yang dibuat WSJ terhadap Malaysia dirujuk kepada sumber dan siasatan yang tidak boleh didedahkan: ini bermula apabila Tun Mahathir memulakan Kempen Anti Najib.

4. Tiada nama atau individu yang dikaitkan dengan sumber yang diperolehi mereka. Jika sumber ini benar-benar wujud, mengapa WSJ tidak memberitahu pihak kerajaan Malaysia? Tambah lagi, bagaimana mereka boleh berharap semua tulisan yang dikeluarkan oleh mereka akan dipercayai setelah berkali-kali dibuktikan palsu.

5. Tetapi kita tahu kenapa mereka tidak mengeluarkan satu nama pun, kerana mereka tidak mampu. Kebenarannya ialah mereka melaporkan semua dakwaan berkenaan berdasarkan khabar angin dan lebih parah lagi ia bermotifkan politik 'kotor' yang diambil tanpa pengesahan yang tepat. Hanya untuk mendapatkan 'headline' yang sensasi.


DATUK SERI PANGLIMA DR SALLEH SAID KERUAK
MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA

Wednesday, May 18, 2016

APA AGENDA SURAT ANWAR


Apa agaknya Jijah mengadu membuatkan Anwar tersentak dengan kejantanan Azmin.


Image result for YANG TAKUT SIAPA, YANG MENIPU SIAPA...Apa agaknya yang tersumbat di kepala Nurul menyebabkan Anwar kecewa dengan Tun M yang tidak meminta Mukhriz memperjuangkan kebebasannya macam Tun Lah dan Kj.

Apapun jika Anwar mahu dibebaskan awal seperti Khir Toyo apa salahnya.

Dapatlah Anwar beramadhan dan bersyawal dengan keluarga  Mungkin dapat juga bercakap sepatah dua, berterima kasih kepada kerajaan Najib di PRK KK dan SB.

Orang berbudi kita berbahasa.

Tiba tiba Anwar umpama malaikat di kalangan pendedak memang dinantikan.

Monday, May 16, 2016

INI KALI LAH KU LI...


Image result for ZAHIDImage result for KU LI DAN ZAHIDKUALA LUMPUR, 14 Mei (Bernama) -- Penstrukturan semula jemaah menteri Persekutan akan dibuat dalam masa terdekat selepas peletakan jawatan Datuk Amar Douglas Uggah Embas sebagai Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi dan pemergian timbalannya Allahyarham Datuk Noriah Kasnon, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.


"Penstrukturan semula Jemaah Menteri Persekutuan dan lantikan baharu bagi memenuhi keperluan terkini serta pengisian jawatan akan diumumkan dalam masa terdekat," katanya dalam entri terbarunya di blog NajibRazak.com, malam Sabtu.



# Kalau Tun kebulor jawatan untuk Mukhriz seperti dakwaan pendedak,  ini kalilah peluang Mukhriz jadi Menteri Kewangan dengan hanya Tun perlu bersetuju dengan Najib 100%

Sunday, May 15, 2016

AZMIN NEXT PM


Image result for najib

KUALA LUMPUR, 14 Mei (Bernama) -- Penstrukturan semula jemaah menteri Persekutan akan dibuat dalam masa terdekat selepas peletakan jawatan Datuk Amar Douglas Uggah Embas sebagai Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi dan pemergian timbalannya Allahyarham Datuk Noriah Kasnon, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Penstrukturan semula Jemaah Menteri Persekutuan dan lantikan baharu bagi memenuhi keperluan terkini serta pengisian jawatan akan diumumkan dalam masa terdekat," katanya dalam entri terbarunya di blog NajibRazak.com, malam Sabtu.





Azmin masih dihormati dan mempunyai pengaruh di kalangan PAS.

Cuba berperanan seperti Anwar untuk mendamaikan semua puak dalam Pakatan Harapan adalah satu cubaan dan cabaran ketokohannya.
Setakat ini belum berjaya terutama adanya tukang laga dan batu api bukan sahaja dari kalangan dalaman tetapi juga dari juak UMNO yang sangat bimbang kebangkitan pengaruhnya.

Kelebihan Azmin ia mendapat kerjasama dan sokongan dari Tun.

Kecuali ego dan ketamakan DAP dapat direndahkan, sedikit habuan, laluan dan beri muka pada Mat Sabu, dan sokongan Anwar supaya Azizah akur - Azmin mungkin mampu jauh ke hadapan.

Tidak salah calon PAS di KK dan SB dengan Rafizi sebagai Pengarah Pilihanraya di SB dan Salehuddin di KK...

Najib (bukan UMNO) perlu digempur.

Deklarasi Rakyat sebagai satu payung untuk semua mereka bersatu.

Saturday, May 14, 2016

SURAT TERBUKA MUKHRIZ

# Awat depa dok rasa kalut...abaq kat anggg

# Undurkan Najib bererti Selamatkan Malaysia dari DAP dan martabatkan semula UMNO.

SURAT TERBUKA YB DATO’ SERI HJ MUKHRIZ TUN MAHATHIR
KOTA KINABALU – 14 MEI, 2016

Pada hari ini saya berada di Kota Kinabalu, Sabah atas jemputan sebuah NGO untuk bercakap mengenai ekonomi dan isu-isu semasa disebuah majlis. Apabila menerima jemputan tersebut, saya teruja untuk kembali ke negeri di bawah bayu ini kerana mempunyai ramai kawan-kawan yang dari dulu telah bawa saya jelajah keseluruh pelusuk negeri Sabah.

Pesisiran pantai Sabah juga menjadi destinasi tumpuan saya untuk sukan menyelam yang sangat saya gemari. Keindahan alam di dasar laut Sabah antara yang terbaik didunia, dan perkara ini diiktiraf oleh saya sendiri.

Salah satu sebab saya mempunyai ramai kawan di Sabah ialah kerana kami semua ahli dalam keluarga besar UMNO. Pemilihan parti memberi peluang dan ruang untuk berkenalan dan berkawan sehingga mengikat ukhuwah yang begitu kukuh dikalangan ahli. Demokrasi yang diamal dalam UMNO yang membenarkan ini berlaku.

Malangnya kebelakangan ini ada unsur-unsur sekatan kepada demokrasi parti. Pihak seperti saya yang tidak sehaluan dengan Presiden UMNO diperlakukan lebih dari pembangkang. Kalau pemimpin Pakatan Harapan boleh dibenarkan berucap dimajlis-majlis ceramah dikhalayak umum, kebebasan itu tidak lagi saya nikmati walhal saya masih pemimpin UMNO diperingkat bahagian.

Pelbagai cara digunakan untuk menyekat segala usaha untuk saya berucap dimajlis walaupun ianya tertutup. Saya dimaklumkan penganjur dan lain-lain pihak yang terlibat diugut akan diambil tindakan jika majlis bersama saya diteruskan. Inilah sambutan yang saya terima apabila saya bersuara membangkitkan isu-isu yang dekat dihati Rakyat. Kali terakhir saya di Kota Kinabalu sewaktu menawarkan diri bertanding Naib Presiden UMNO (ketika masih berjawatan Menteri Besar Kedah), saya dijemput makan tengahari bersama YAB Ketua Menteri Sabah di Sri Gaya. Syukur, sambutan lebih mesra kini masih saya nikmati dari kalangan Rakyat biasa.

Saya tertanya-tanya adakah semua tindakan untuk menidakkan demokrasi dalam UMNO akan menguatkan atau melemahkan parti. Pada pandangan saya, kalaupun tindakan yang diambil oleh pemimpin pelbagai peringkat adalah semata-mata untuk melindungi Presiden dari perkara sebenar terdedah, peluang bersuara dalam sistem demokrasi mesti dipertahankan tanpa sekatan.

Antara intipati yang hendak saya sentuh jika dibenarkan berucap ialah tentang keresahan Rakyat mengenai keadaan ekonomi negara yang terkesan dengan GST dan kes-kes penyelewengan 1MDB seperti yang dilaporkan oleh Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara. Kehidupan Rakyat yang terjejas dan ditambah dengan bebanan hutang yang akan terpaksa ditanggung oleh pembayar cukai perlu saya berikan perhatian dan pembelaan.

Amatlah malang sekali apabila usaha untuk membela nasib Rakyat telah disekat. Namun, perkara ini tidak melemahkan semangat saya. Sesungguhnya, Allah Maha Mengetahui dan setiap sesuatu ada hikmahnya.

Dalam masa yang sama, Kerajaan Pusat akan terus berdepan dengan suatu bebanan hutang 1MDB. Mahu atau tidak, Rakyat akan terheret sama dengan bebanan yang amat besar ini. Perdana Menteri sedang mengalami defisit kepercayaan yang amat meruncing dengan pengakuan terimaan  derma RM2.6 Bilion. Kepercayaan Rakyat kepada UMNO dan Barisan Nasional semakin terhakis. Apakah setiap dari kita hanya akan berpeluk tubuh apabila menyedari perkara-perkara ini.

Dengan izin Allah SWT, saya berharap saya dapat kembali berkunjung ke negeri yang indah ini. Saya ingin memohon maaf kepada para jemputan diatas pembatalan majlis pada hari ini. Saya dimaklumkan ada yang telah memulakan perjalanan dari jauh untuk berjumpa dengan saya di Kota Kinabalu. Saya amat kagum dengan semangat yang saudara-saudari tunjukkan.

Teruskanlah usaha kita untuk Selamatkan Malaysia.

MUSUH NAK PROVOKE TAK KENA MASA DAN GAYA, KESIAN SANGAT....


MASALAH KALAU BENAR...

Kena cara, kena gaya, hasil muafakat DAP mungkin akan sokong calon PAS melalui Pakatan Harapan - begitulah lebih kurang bunyinya.

Ertinya UMNO akan berdepan dengan PAS, satu lawan satu di KK dan SB dalam Pilihanraya Kecil Kawasan Parlimen.

Apakah PAS akan tolak tawaran tersebut.


# Ada juga sindir Mukhriz bertanding sebagai calon Pakatan.
1) Aku cadangkan supaya UMNO pecat Mukhriz terlebih dahulu.
2) Jika Mukhriz menang, ia akan jadi favourate calon PM, tidak kah itu backfire bigboss (?)


# ANALISA PRK SG BESAR

PRU 12 (2008)
Ahli Parlimen Sungai Besar, Allahyarham Dato Noriah Kasnon menang dengan majoriti 5,009 undi

Dr Mohamad Khir di DUN Sungai Panjang menang dengan majoriti 5,828 undi.

Ng Sue Lim (DAP)  menang dengan majoriti 190 di DUN Sekinchan.


PRU13 (2013)
Ahli Parlimen Sungai Besar, Allahyarham Dato Noriah Kasnon menang dengan majoriti 399 undi

YB Budiman Zohdi sahabat saya di DUN Sungai Panjang menang dengan majoriti 2,183 undi.

Ng Sue Lim (DAP)  menang dengan majoriti 2,239 di DUN Sekinchan.

Baik...ini yang penting!!!!! Mari kita tumpukan apa akan jadi PRK Sg Besar akan datang

Dengan penurunan kerusi Parlimen dari 5,009 (2008) kepada 399 (2013) apakah PRK kerusi Parlimen kali ini akan jatuh ketangan pihak lain?

Calon parti manakah yang berpotensi akan memenangi hati pengundi?

Bagaimanakah pakar2 strategi akan menyusun dan menentukan formula menang - menang kedua2 belah pihak (BN & PR semasa 2013)

Apakah pihak pasukan DEKLARASI RAKYAT yang julung - julung kali dalam sejarah negara dimana Negarawan Ulang Tun Mahathir dapat bersama2 dengan lawannya (PKR+DAP+AMANAH) dalam satu matlamat dan satu nada "Undur Najib" tidak mahu mengambil ini sebagai peluang?

Pasukan Deklarasi Rakyat boleh sahaja bersama dalam PRK kali ini untuk memberi pilihan dan jalan kepada pengundi Parlimen Sg Besar  membuat pilihan.

Pasukan Deklarasi Rakyat boleh memikirkan sesuatu disini.Mereka perlu mengadakan perbincangan dan perlu menerima satu calon sahaja yang selari dengan agenda Deklarasi Rakyat.

Pasukan Deklarasi Rakyat elak bawa lain2 agenda dan sifat ingin memenuhi kehendak setiap parti bawaan masing2

Jika pasukan Deklarasi Rakyat melayan kehendak setiap parti mereka untuk meletakkan calon kehendak mereka nescaya usaha dan mesej "Undur Najib" di Parlimen Sg Besar akan gagal dan berkubur.

Ayuh tunjukkanlah calon Deklarasi Rakyat dalam 2 PRK kali ini.

Selamat berjuang.....

Kejayaan akan menjadi milik pasukan yang dapat bersatu dalam mencapai satu matlamat dan satu nada "Undur Najib"

Nizam Adham
Pengundi Sg Besar

Thursday, May 12, 2016

PERINGATAN TERAKHIR TUN DR MAHATHIR MOHAMAD




Image result for tun dr mahathirWahai pemimpin UMNO, ingatlah akan masa depan kamu. Pengkhianatan kamu akan dibalas dengan cara yang setimpal di dunia dan di akhirat - 
Tun Dr Mahathir Mohamad 
http://chedet.cc/?p=2115

𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚?

  𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚? Kita jawab secara am "Letak RM10,000 berapa boleh saya untung?&q...