Monday, January 2, 2017

BEBASKAN LAPORAN ODIT 1MDB DARI OSA UNTUK MERUNGKAI BEBERAPA PERSAOLAN

Tun Dr Mahathir menzahirkan pandangannya  BRIM adalah rasuah dan mengerjakan haji menggunakan wang 1MDB tidak menepati haji yang mabrur bukan merupakan satu perkara baru.

Pandangannya tentang BRIM adalah sejak dilaksanakan oleh kerajaan dan telah diberi pandangan dalam kategori nasihat,  tegur dalam siri pertemuannya dengan Najib sebelum ini.

Ia menjadi kritik terbuka selepas Tun keluar dari UMNO.  Oleh itu mengaitkan pandangan Tun ini untuk mengalih pandangan dari isu krisis di BERSATU tidak tepat.

Begitu juga dengan pandangan Tun tentang pemergian haji sumbangan dana tersebut bukan perkara baru.
Sudah disuarakan sejak Tun kritik 1MDB dan asasnya begitu mudah bahawa niat penubuhan, pengurusan kewangannya dan bagaimana ia dibelanjakan masih dalam status was was,  kabur, keraguan, tidak telus, ada unsur syubahat dan berbelit belit.

Jika itu asasnya,  bukan sahaja Haji,  apa sahaja yang dikaitkan dengan sumbangan dana tersebut perlu diteliti semua dan semula. Ia tidak terlepas dari asas hukum halal haram harus makruh sunat wajib.

Mereka yang mengerjakan haji tanpa tahu asas sumbangan dana 1MDB tidak wajar dipersalahkan tetapi sebaiknya mereka menerima kenyataan tersebut secara berlapang dada dan berserah kepada ketentuan Illahi.

Kenyataan pahit Tun Dr Mahathir harus diterima secara ilmiah kerana ia ada asas dan sewajarnya di muzakarah kan secara berhemah oleh pihak yang berilmu.

Rahmat dari pandangan tersebut, teserlah beberapa pandangan Menteri dan Mufti serta bijak ilmu ugama yang kita dapat menilai di mana sebenarnya mereka, asasnya dan ada gaya takut kepada Allah atau takut hilang jawatan dan cari makan.

Niat mereka nak tegak kebenaran atau melindung dan bersubahat dengan kemungkaran.

Menjawab pandangan Tun terhadap isu haji bukanlah dengan cara mempertikai atau cari kelemahan Tun dalam isu lain,  itu bukan cara jawapan dan penyelesaian.

Sebaiknya Laporan Audit Negara dibebaskan dari OSA untuk kita menilai kebenaran di atas.


APA KAYU UKURNYA UMNO SEMAKIN DITOLAK

Atau tang mana umno dikatakan makin diterima rakyat (?)

Sudah tentu ada petanda..

Sunday, January 1, 2017

INI BACAAN SPECIAL MADE TO DEDAKIANS



Kerana Bencikan DS Najib, Tun Mahathir Kata BR1M Adalah Rasuah Tapi Islam menilai Sebaliknya".
                    ○○○
Tanggungjawab kerajaan pimpinan YAB DS Najib paling utama adalah memberi keutamaan kepada kesejahteraan hidup (Well-Being) setiap rakyat dan memastikan tiada antara mereka hidup dibawah tahap dhaif.

Untuk tujuan itu, kerajaan  telah menyediakan pelbagai kemudahan dimana setiap rakyat dapat menikmati sekurang kurangnya kesejahteraan kebendaan (Material Well-Being) yang minimum (air, elektrik, jalanraya, kesihatan, makanan dan pendidikan) untuk membolehkan mereka mengekalkan maruah diri, menikmati kebebasan yang sebenar dan membangunkan kerohanian masing masing.

YAB PM Malaysia, DS Najib Tun Razak Berusaha Memastikan Setiap Rakyat Menikmati Faedah Kekayaan Kerajaan Secara Saksama.

Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) telah diberi tanggungjawab untuk menapis dan memilih rakyat Malaysia yang berkelayakkan untuk menerima hasil pendapatan negara melalui skim Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M).

Melalui skim ini, tiada seorang pun rakyat Malaysia tercicir dari menikmati hasil kekayaan negara. Biarpun mereka berada di ceruk kampung atau di dalam gua sekalipun serta tidak dapat menikmati apa apa kelebihan pembinaan KLCC, KL Tower, Litar Sepang dan pelbagai lagi. Mereka tetap dapat merasai kekayaan pendapatan negara melalui skim BR1M.

*Di Mana Ada Usaha Kebaikkan, Pasti Ada Yang Tidak Menyukainya.*

Malangnya apabila mantan PM Malaysia yang juga sekarang ini merupakan seteru atau penentang kuat kepada DS Najib sebagai PM Malaysia, telah mengeluarkan kenyataan bahawa BR1M adalah satu bentuk rasuah kepada rakyat. Apa yang lebih teruk bila beliau sendiri mengesyorkan BR1M dihentikan.

Biarpun mantan PM Malaysia menghina BR1M dengan hinaan “rasuah” ataupun ada yang memanggil “dedak”, BR1M bukanlah satu skim yang membazir serta merugikan  atau pun satu bentuk rasuah mahupun kesalahan di sisi agama seperti kenyataan Tun Mahathir.

Dari segi tuntutan Maqasid Shariah, BR1M telah berjaya memenuhi salah satu dari 5 ciri Maqasid Shariah iaitu dalam urusan penjagaan “al-mal” (harta) di dalam dimensi “perolehan dan pengembangan harta”. Ianya bersumberkan dalil pada ayat 7, surah al-Hasyr yang bermaksud:

 “Apa yang Allah kurniakan kepada Rasul-Nya (Muhammad) dari harta penduduk negeri, bandar atau desa dengan tidak berperang, maka adalah ia tertentu bagi Allah, dan bagi Rasulullah, dan bagi kaum kerabat (Rasulullah), dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, serta orang-orang musafir (yang keputusan). (Ketetapan yang demikian) supaya harta itu tidak hanya beredar di antara orang-orang kaya dari kalangan kamu.”

Malah ketika Saiyidina Umar Al-Khattab menjadi Khalifah Rasulillah kedua, beliau telah mewujudkan satu agensi “dìwãn”. Tujuan agensi ini ditubuhkan adalah untuk memilih rakyat ketika itu yang layak menerima bantuan tunai kerajaan Islam secara tahunan yang dikenali sebagai “Skim Pencen Tahunan”. Satu bentuk bantuan tunai dari  kerajaan Islam pimpinan Khalifah Umar kepada rakyat tersasar.

Disebalik kecaman dan hinaan mantan PM Malaysia terhadap BR1M agar rakyat terpengaruh, pihak kerajaan Thailand juga telah mula mengamalkan skim bantuan tunai dari kerajaan kepada rakyat yang menyerupai BR1M. Jika kerajaan pimpinan DS Najib memberi bantuan tunai maksimum berjumlah RM1200 setahun, kerajaan Thailand pula memberi bantuan tunai maksimum dimana jika ia ditukar dalam nilai Ringgit, bantuan tersebut sebanyak RM434 setahun.

Dan terbaru, Bloomberg telah melaporkan bahawa kerajaan Arab Saudi akan membuka pendaftaran kepada rakyatnya pada Februari tahun depan untuk memudahkan kerajaan memilih rakyatnya yang layak untuk di beri bantuan tunai seperti BR1M yang akan di bayar bermula Jun 2017.

Apa yang mampu kita berbangga sebagai rakyat Malaysia dibawah kepimpinan DS Najib ialah apabila pihak akhbar “The Guardian” telah melaporkan bahawa 35 pakar ekonomi British telah mengakui kelebihan dan menyokong skim BR1M yang diamalkan oleh kerajaan pimpinan DS Najib. Disebalik tujuan BR1M untuk berkongsi hasil pendapatn negara dengan rakyat, skim Ini juga mampu meningkatkan ekonomi negara apabila bantuan tunai tersebut di belanjakan.

Maka idea BR1M hasil cetusan YAB DS Najib bukanlah satu bentuk skim yang sia sia, rasuah, menyalahi agama atau dedak. Walau apa pun kata hinaan dan nista mantan PM Malaysia dan penyokong pembangkang terhadap skim BR1M, hakikatnya dari sudut maqasid shariah, sejarah Islam, dasar yang ditiru di Thailand, Arab Saudi dan pengakuan 35 pakar ekonomi British sudah cukup menafikan segala bentuk hinaan dan tuduhan mantan PM Malaysia dan penyokong pembangkang. Maka di mana keperluan kita perlu percaya kenyataan Tun Dr Mahathir.

Tahniah kepada rakyat yang menerima Bantuan Rakyat 1 Malaysia cetusan YAB DS Najib dan tidak terpengaruh dengan provokasi, adu domba dan hinaan Tun Mahathir dan pemimpin pembangkang berkenaan BR1M.

Allahu al-mustaan.
Salam perjuangan,
Dato' Hj Zein Isma Hj Ismail
Ketua Penerangan UMNO Selangor  /
Ketua UMNO Bahagian Subang
Isnin 2 Januari 2016; 09:44hr;
Bukit Antarabangsa


# Kira blog aku ini yang selalu dicakap merapu,  tak ada isi..tapi dok mai selalu.. Masih open minded sajikan tulisan selera dedakians.
Aku terhibur membaca - cukup lawak,  bakal MB Selangor mamat ni..

BUKU BERTEMU RUAS..

We see..


Apakah si pengampu ini cukup tanah untuk berlari... 




STATUS HAJI

Seorang pencuri telah menggunakan duit hasil curiannya menghantar jirannya mengerjakan haji.

Apa status (?)

Jangan komen cakap orang politik k..
Komen sebagai layman..

CABARAN AWAL TAHUN, MAKIN TAK LENA TIDOR...

Tun juga berkata, beliau mempunyai cukup bukti untuk mendedahkan di mahkamah salahlaku Najib..

# Kalau takut dakwa Tun, pihak tertentu elok buat cabaran atau membenarkan Tun saman mereka tanpa halangan !!!!




# SAMAN PUN DAH
# CABAR SAMAN PUN DAH


𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚?

  𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚? Kita jawab secara am "Letak RM10,000 berapa boleh saya untung?&q...