Thursday, January 19, 2017

ANWAR, MUHYIDDIN MACAM DAH OUTDATED... BAGI SAHAJA PADA MUKHRIZ


Membersihkan imej Malaysia di dalam dan luar negara tidak mampu disucikan dengan imej sekadar petah pidato atau muka toyo minta simpati,  tidak boleh dibersihkan sekadar pakai songkok berlagak alim hafal sebaris dua ayat dan tiba tiba menyeru kebaikan.

Track rekod BERSIH diutamakan buat masa ini (walaupun ia bukan satu jaminan) untuk sesuai dan layak sebagai PM dari mana mana parti sekali pun. 

Tuan Ibrahim Tuan Man adalah antara calon yang layak jika dia terus bercakap benar dan menjarak kan diri dari isu 90 juta. 

# TPM bukan sahaja untuk DAP,  malah lain lain calon yang berprestasi tinggi dari komponen.  TPM wajar dari DAP atas sumbangan dan kekuatannya. 
Kalau dari MCA dan MIC memang tak sesuai, asyik menumpang undi Melayu. 


SEHARI DI IJTIMAK UMMAH SEDUNIA: SATU MUHASABAH

Alhamdulillah, kami rafa'kan setinggi kesyukuran kepada-Nya atas segala limpahan rahmat-Nya yang tidak terhitung. Pada hari ini, kami lancarkan satu ruangan baru penulisan yang akan merakamkan detik-detik manis sepanjang permusafiran kami ke mana-mana tempat, untuk dikutip ibrah dan faedahnya bagi manfaat bersama. Kami namakan ruangan ini sebagai "#TravelogMuftiWP"

1. Pada 14 Januari 2017, kami berkesempatan untuk bersama-sama menghadiri Ijtimak Tabligh Sedunia di Tongi, Dhaka, Bangladesh. Dengan izin-Nya, kami mendarat di Hazrat Shahjalal International Airport dengan selamat pada jam 11.30 malam. Waktu di sana 2 jam lebih lewat daripada Malaysia.

2. Kami disambut dengan penuh kehangatan mahabbah dan ukhuwwah Islamiyyah. Mereka adalah golongan yang amat memuliakan tetamu (ikram al-dhuyuf). Mereka berkhidmat dengan sepenuh hati, jiwa dan tenaga. Itulah mereka, jemaah Tabligh.

3. Kami solat Jamak Maghrib dan Isyak secara ta'khir di khemah. Kemudian, kami makan dan terus tidur dek kepenatan. Subuh kami keesokannya diimamkan oleh Maulana Sa'ad hafizahullah. Beliau membaca Surah al-Haqqah dan Surah al-Fatihah. Bacaan yang cukup meruntun hati di pagi yang hening. Alhamdulillah, kami berkesempatan bertemu dengannya. Bayan yang cukup indah dan sempat kami catat noktah-noktah pentingnya:

- Jemaah Tabligh tidak memandang rendah usaha jemaah-jemaah lain dan sentiasa meraikan usaha dakwah yang dilakukan.
- Ulama' adalah pewaris Nabi dan hendaklah sentiasa mengambil warisan Nabi SAW dan menyampaikannya kepada ummah.
- Tamsilan berkenaan air dalam ayat-ayat al-Qur'an sebagai keberkatan, kesucian, dan kerahmatan. Ambillah faedah air hujan yang sifatnya yang memberi berbanding air telaga yang sifatnya menerima.
- Para ulama' perlu melaksanakan usaha dakwah, mengajar, mendidik masyarakat selain bekerja untuk menyara hidup dan keluarga. Mereka perlu menjadi petunjuk dalam mengaplikasikan tatacara hidup yang cemerlang dalam kehidupan seharian.

4. Kami sempat menziarahi dapur masakan dan khemah-khemah Arab dan Malaysia. Selepas itu, kami sama-sama bersarapan dan bertemu dengan ramai ikhwah daripada Malaysia termasuk SS Mufti Pahang, Dato' Sri Dr. Haji Abdul Rahman Bin Haji Osman.

5. Menginsafi hakikat ini, kami dapati mereka:

- Ikhlas dan jujur dalam perjuangan dakwah.
- Amat sabar dengan kerenah mad'u dalam menyampaikan dakwah.
- Begitu prihatin dan cakna dalam ibadah terutamanya solat, zikir dan membaca al-Qur'an.
- Membudayakan khidmat pada tahap yang tertinggi kepada tetamu dan cuba untuk merealisasikan sabdaan Nabi فليكرم ضيفه (maka muliakanlah tetamu).

6. Budaya seperti ini jika dapat diterapkan kepada hati-hati kita, nescaya jadilah kita golongan yang benar-benar memburu pahala dan syurga Allah SWT. Akhirnya, kami katakan kepada saudara-saudara kami daripada Jemaah Tabligh, جزاكم الله خير الجزاء. Semoga Allah masukkannya dalam mizan hasanat.

7. Sebelum berangkat pulang, sempat kami berbual dengan pimpinan jemaah Tabligh di Malaysia antaranya Maulana Abdul Hamid Chin. Beliau berkongsi dengan kami pelbagai kisah-kisah menarik untuk dijadikan pedoman. 

Antara para ulama' yang sempat kami temui adalah:
- Maulana Sa'ad (Amir Tabligh)
- Maulana Ihsan al-Haq (Khalifah Maulana Zakaria al-Kandahlawi)
- Maulana Khurshid (Ahli Syura Ulama' Pakistan)
- Maulana Delawar
- Maulana Shameem (Markaz Nizamuddin)
- Maulana Shaukat (Markaz Nizamuddin)
- Maulana Wasif al-Islam (Amir Bangladesh)

Akhukum fillah, 
Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri
Mufti Wilayah Persekutuan

----------------------------------------------------------
Ikuti perkembangan setiap hari Mufti Wilayah Persekutuan di laman sosial!
Instagram | https://www.instagram.com/drzulkifli.albakri
Twitter | https://twitter.com/drzul_albakri
Telegram | https://telegram.me/drzulalbakri
FB Page | https://www.facebook.com/drzulmuftiwp ; https://www.facebook.com/drzulkiflialbakri
Dapatkan jadual harian Mufti Wilayah Persekutuan di http://raudhah.co/drzulkiflialbakri

Wednesday, January 18, 2017

TUN DR MAHATHIR BALING BATU... Nazri



Agak agak sekarang dah pecah ke belum.. 




*KENYATAAN YB TAN SRI MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN*

1. Aziz Kaprawi tidak perlu persoal kesetiaan saya kepada DYMM Sultan Johor.

2. Sebagai anak Johor, sudah tentulah saya tumpahkan taat dan setia saya kepada Raja dan Negeri Johor. Selain itu, menjunjung kemuliaan dan kedaulatan institusi Raja-Raja Melayu juga adalah sebahagian daripada matlamat perjuangan parti saya yang jelas termaktub di dalam perlembagaannya. Jadi, jangan persoalkan kesetiaan saya kepada Sultan Johor.

3. Isu yang berada di hadapan kita sekarang bukan isu kesetiaan. Isu pokoknya kedaulatan. Ia adalah soal prinsip. Apa prinsip kita mengenai kedaulatan negara dan kepentingan rakyat? Adakah penjualan tanah-tanah kepada syarikat asing untuk dibina rumah-rumah kediaman yang kemudiannya dijual sebahagian besarnya kepada rakyat negara asing memenuhi kepentingan rakyat negara ini? Bagaimana pula tanah-tanah ini yang dimiliki secara kekal oleh rakyat negara asing tidak mendatangkan ancaman kepada kedaulatan negara?

Maklumat lengkap 1-15


15. Bagi saya, kesetiaan tidak bersifat membuta tuli. Ia mestilah berpaksikan kepada prinsip kebenaran. Itu juga yang diajar oleh agama Islam. Ketika kedaulatan negara sedang tergugat dan kepentingan rakyat terancam, maka sebagai seorang warganegara yang setia kepada raja dan negara, tanggungjawab saya adalah untuk bercakap benar.

*MUHYIDDIN YASSIN*

18 Januari 2017

Tuesday, January 17, 2017

PERJUANGAN TUN HAMPIR SELESAI...

Izinkan aku dengan satu madah...

Sebagai bekas PM 22 tahun yang banyak jasanya (walaupun benci, janganlah tunjuk bodoh sombong untuk menafikannya ) Tun mempunyai lokus standi untuk bersuara dalam apa jua isu.

Walaupun tanpa jawatan dan kuasa, pengaruh dan senjata Tun adalah berlandaskan hujahnya bukan sahaja kenyataan,  tuduhan atau dakwaan akan sesuatu perkara tetapi juga sarat dengan jawapan balas, segera dan tepat selepas dikritik (ada buat homework).

Samada serangan dari atas atau bawah,  Tun masih di atas kuda perjuangan, tangan kiri memegang erat panji,  tangan kanan dengan panahnya.

Isu kepentingan rakyat dan kenegaraan menjadi pilihan perjuangan Tun mengatasi isu remeh temeh seperti dipersepsikan nyanyuk, perkauman, kenegerian,  kroni, kecewa,  cemburu atau dendam.

Dengan meninggalkan nikmat hak dan keistimewaan mantan,  Tun kini sarat dengan hinaan dan cacian. Jika kerusi pun ditiadakan,  kubur sudah tentu kena korek sendiri.

Hukum akal,  Tun tidak akan lama menongkat langit atau  sebok kumpul harta, tetapi biarlah sebelum pemergiannya, beliau sempat saksikan sesungguhnya kita terutama golongan muda adalah pewaris perjuangannya yang belum selesai.

Sebagai pemimpin,  harta dan pangkat tidak akan diiring bersama masuk ke liang lahat, yang dibawa masuk adalah dosa mencuri dan menyamun harta rakyat.

RAKYAT DAH TAK SABAR NAK PAKAI IRIZ


Monday, January 16, 2017

BILA AGAKNYA NAJIB DAN MAHATHIR AKAN KEMBALI BERPELUKAN..

SITUASI & TIPS : Ijtima' Tabligh Sedunia di Tongi, Dhaka, Bangladesh.

Sesi Pertama : 13 - 15 JAN 2017
Sesi Kedua : 20 - 22 JAN 2017

Sesiapa yang berminat boleh beli tiket flight
Malindo
Airasia
Mas
Biman
Thai Airways
(harga sekitar RM800 - 1200 pergibalik)
KL - Dhaka bersesuaian dgn tarikh yang ada.

Satu²nya perhimpunan raksaksa yang aman oleh umat Islam sejagat selepas Haji walaupun berbagai mazhab.

Setiap kali solat berjemaah, saf bertebar sepanjang 3km dari kanan imam ke kirinya, dan dari saf awal hingga akhir pun ±1km. Jemaah dianggarkan seramai 4juta orang. Dua sesi ijtima' terpaksa dibuat kerana tidak mampu menampung lebih dari 4juta.

Servis volunteery yang diberi sangat bagus,
Setibanya di airport Dhaka, ada kaunter khas untuk Ijtima' sahaja. Apa² masaalah ada ahli jemaah tempatan yang akan bantu.
Boleh beli simcard di airport.
Boleh tukar duit di airport atau di medan ijtima'.

Bagi yang tiada duit atau bukan kaki shopping,  tak perlu pun bawa duit. Satu sen pun tak perlu belanja sampai balik ke airport semula.

Keluar dari airport, kenderaan sudah disediakan secara percuma terus ke medan ijtima'.

Di Ijtima' diminta lapor diri untuk simpan passport dan duit di Simpanah Amanah, boleh ambil bila² masa dengan menunjukkan kad yang diberi.

Perlu bawa bedding sendiri, tapi beli di Medan pun ada harga dalam RM30 - RM50 mengikut kualiti dan ketebalan.

Teh O atau Teh Susu disediakan 24jam di Tea Corner secara percuma sepanjang ijtima'

Makan pagi, tengahari dan malam disediakan percuma di dewan makan.

Sama ada menu Asia atau menu Arab. Makan dalam talam. Sederhana tetapi sedap InsyaAllah. Beratus² anak² pelajar² universiti dan kolej akan serving makan.

Selepas makan, orang tempatan beratur untuk beri khidmat lidi cungkel gigi😊, ajiiib!

Cuaca musim sejuk, perlukan baju sejuk tetapi dalam khemah panas selesa.

Ribuan bilik air dan bilik mandi disediakan. Tekanan air bagus dan suam!

Khemah hanya berlapikkan tikar dan, berbumbungkan zink bagi foreigner tetapi untuk local, rumput dan kain guni

Tiada kawalan ketat oleh polis, ahli jemaah yang mengawal kesesakan.

Alhamdulillah  semuanya bersemangat tolong menolong,  tiada suasana pertengkaran atau tengking menengking.

Orang local sangat menghormati tetamu² luar negara. Mereka sebolehnya ingin bersalam dengan anda.

Sejam sebelum subuh, akan kedengaran Chai³! (teh) untuk diminum.

Ada khemah² besar yang menampung tetamu² luar negara yang mencecah 30 - 40ribu orang.

Setiap kawasan ditentukan nama negara² seluruh dunia.
Anda merasakan dari negara ke negara dengan beberapa langkah sahaja!

Jika anda pergi ke dapur, anda akan lihat beratus² kawah.

Ada khemah khas untuk para masyaikh dan syura² negara² seluruh dunia.

Anda juga akan kagum melihat orang² arab di sini dengan sikap yang sangat merendah diri.

 Dengan semangat dakwah yang ada, mereka hebat mirip para sahabah!

Raja² Arab juga ada yang mengambil bahagian. Mereka sangat bersederhana dan menikmati kesederhanaan yang ada. Jemaah berkenal²an dengan rakan² dari pelbagai negara. Saksikan sendiri keajaiban dan keindahan
persaudaraan dalam ijtima' ini 👥👥👥 walaupun tak faham bahasa

Pada hari Ahad, doa ijtima' akan berlangsung. Akan kedengaran ratusan ribuan suara² tangisan, terasa rahmat Ilahi menyelubungi.

Bertuahlah mayat yang berkesempatan untuk disolatkan jenazahnya.

Setakat ini saya pernah menyediakan jenazah seorang pakcik Melayu, arwah Abu Bakar Mansur yang meninggal di medan Ijtima' beberapa tahun yang lepas. Jenazahnya disolatkan oleh jutaan manusia. Cemburunya!

Selepas doa ijtima', sama ada nak pulang ke negara asal atau nak tambah masa keluar belajar bertabligh. Terpulang!
Yang pasti akan gembira dengan layanan yang diberi InsyaAllah

Sunday, January 15, 2017

MAHATHIR MAKIN MENGUASAI



Kalau tak ada komen komen kasar,  biadab, pedas,  label itu ini kepada Tun aku anggap Tun sudah tidak relevan.

Tetapi apabila ramai yang sentap,  nyata Tun sedang menguasai. 

Psikologi politik Tun menjadikan kerajaan sendiri was was dengan apa yang mereka lakukan betul atau tidak. 
Kerajaan dan umno tanpa sedar terpaksa menari ikut gendang Tun. 
Apabila Tun kata BRIM dalam bentuk version dan vision yang baru boleh diteruskan jika Barisan Rakyat memerintah,  baru lah kerajaan merasa legaa... 

GST akan dihapuskan secara beransur ansur dan diganti dengan percukaian yang lebih sederhana menunjukkan kerajaan seolah sengaja meneruskan GST untuk mendera rakyat. 

Keazaman untuk siasat habis habisan 1MDB atau penubuhan Suruhanjaya Siasatan DiRaja menjadikan pertuduhan bahawa 1MDB merupakan skandal kini sudah menjadi kepercayaan penuh rakyat. 

Apabila dimomok dan diviralkan bahawa Perhimpunan BERSATU tidak mendapat sambutan, kerusi kosong,  hambar dan tawar maka viral pembohongan itu makin terserlah kepada makcik dan pakcik di felda dan kampung - makan tuan. 

Aura Tun Dr Mahathir menjadikan bukan sahaja ketajaan tetapi Istana,  Mufti,  Badan Kehakiman,  PDRM,  SPRM,  Peguam Negara makin jauh di hati rakyat. 

Cabaran terbaru: Benarkah kerajaan sedang menggadai kedaulatan negara (?) Jika lewat dan tidak bijaksana,  satu lagi persepsi yang akan diyakini rakyat. 

Tak Tumbuh Tak Melata,  Tak Sungguh Orang Tak Kata. 




TANGKAPAN SPRM : RAKYAT JADI KELIRU...





Berbulan intipan,  berkilo kilo dokumen diangkut,  berpuluh jam kira duit

Akhirnya...

Salah intip,  salah timbang,  salah kira..

Terima kasih SPRM,  kami tahu anda juga insan biasa, ada kekurangan, kelemahan dan kesilapan.
Anda hanya menjalan kan tugas,  saya yang menurut perintah.

Keyakinan

  1. Seminggu dua ni ramai sangat leader dan owner dari syarikat networking yang lain call saya. Mereka nak jumpa, nak meet & great, nak...