Friday, February 17, 2017

RRU355 PAS HILANG KAWAN




*APA KE HAL...*

Nak berkumpul beramai-ramai esok tu nak buat apa , yang berkumpul bagai semua tu ahli Parlimen ke❓❓❓❓❓❓❓❓❓

Berkumpul beramai-ramai esok tu sebenarnya untuk tujuan apa❓❓❓❓❓

Kalau untuk RUU355 , baik tak payah lah buang masa berpanas berhujan segalanya , baiklah duduk rumah tengok cerita *TANAH KUBUR* musim terbaru.

RUU355 itu telah di beri peluang kepada Hadi Awang untuk membentangkannya di Parlimen.

Bukan sekali peluang di beri , malah dua kali peluang telah di berikan kepada Hadi Awang tahun lepas di dalam persidangan Parlimen terakhir.

Hadi Awang tidak menggunakan peluang yang telah di beri kepada beliau di masa itu.

Kerana Hadi Awang tahu , bahawa inilah peluang beliau untuk mempergunakan isu RUU355 ini bagi mengalih pandangan pengundi PAS terhadap isu yang telah terpalit kepada beliau.

Sekali lagi , kita dapat lihat pengundi PAS akan mempertahankan PAS mati-matian tanpa memikirkan bagaimana punca awalnya tentang RUU355 itu di manipulasi.

Penyokong PAS pula terus-terusan menghentam pengkritik perhimpunan tersebut sebagai *TIDAK ISLAM* kerana tidak menyokong RUU355.

Tapi penyokong PAS sebenarnya secara tidak langsung juga telah menuduh Allahyarham Tuan Guru Nik Aziz juga tidak Islam , kerana Allahyarham juga pernah menolak RUU355 tersebut suatu masa dahulu.

Marah❓❓❓❓ , terimalah kenyataan walaupun pahit , kerana orang yang benar-benar mempunyai *IMAN* pasti akan duduk dan memikirkan semasak-masaknya tentang kenyataan yang saya tulis.

Kecuali lah penyokong PAS itu hanya bercelak , berserban tanpa iman , maka akan berbondonglah maki hamun dan kemarahan di tujukan kepada penulisan saya ini.

Hadi Awang tahu , bahawa RUU355 itu tidak akan mendapat sokongan ahli Parlimen pun , tapi Hadi Awang nampak bahawa RUU355 itu adalah satu peluang untuk memanipulasi sokongan penyokong PAS agar kembali kepada PAS setelah isu RM90 juta telah di ketahui umum.

Kemudian UMNO juga nampak permainan Hadi Awang ini maka UMNO pun mengambil peluang untuk mempergunakan PAS dengan menyokong PAS dalam RUU355 tersebut.

Walhal UMNO tahu bahawa ianya *SUDAH PASTI* tidak akan mendapat sokongan 2/3 ahli Parlimen apabila RUU355 itu di bentangkan sekali lagi di dalam Parlimen.

Hadi Awang juga tahu bahawa Barisan Nasional selaku pemerintah tidak akan menyokong usul tersebut.

Ini terbukti bahawa MCA , MIC , GERAKAN dan PBB yang mana adalah parti di dalam komponen BN *TELAH MENENTANG* usul tersebut banyak kali.

Hadi Awang hanya ingin membuat wayang gambar kerana isu 90 juta itu tersebar luas , maka dia telah menulis skrip dan mengarahkan drama tersebut.

Kepada penyokong PAS yang ikhlas dan *BERIMAN* , daripada anda berpanas , berhujan esok untuk menunjukkan sokongan terhadap RUU355 tersebut , baiklah anda minta kepimpinan tertinggi anda itu *BERSUMPAH* bahawa cerita 90 juta itu bukan cerita benar.

Kemudian anda nilaikanlah kepimpinan anda itu.

Jangan lagi mengikut tanpa usul periksa dan membuta tuli , kerana ianya hanya akan menunjukkan betapa rendahnya nilai anda di mata masyarakat.

*JANGAN LUPA* , kerana Hadi Awang lah dahulu ada dua imam dalam satu kampung , makanan orang UMNO itu haram di makan , dan orang UMNO itu kafir.

*JANGAN LUPA* juga anda juga mendapat dosa yang sama dengan menyokong *AMANAT* Hadi Awang , dan sekarang jangan diulang lagi perkara yang bodoh itu dek kerana isu RUU355.

Saya sedar selepas ini apabila para penyokong PAS setelah membaca tulisan saya ini akan memaki hamun dan tidak kurang juga akan mengatakan saya bukan orang Islam kerana tidak menyokong RUU355.

*_Asas utama sebagai orang Islam adalah berbuat baik dan menolak segala kemungkaran._*

Daripada anda semua nak berpanas menyokong usul RUU355 itu , baiklah anda berpanas meminta Najib dan rejimnya turun dari menjadi pemerintah negara ini , adalah faedahnya juga.

*SAJA NAK BAGITAU* , BNUMNO itu kalah dalam PRU akan datang , 

➡🔴 Perdana Menteri yang baru itu nanti masih tetap lagi Melayu.

➡🔴 Agama Islam masih tetap lagi agama rasmi.

➡🔴 Bahasa Kebangsaan masih tetap lagi bahasa Melayu.

➡🔴 Raja-Raja Melayu masih tetap lagi bersemayam di singgahsana.

Hanya pemimpin yang korup sahaja kita humban ke dalam penjara.

*SHUKUR MOHAMAD*
(ahli *PPBM* seumur hidup)

Thursday, February 16, 2017

DAP BERCAKAP PASAL AKHLAK ISLAM

Wakil DAP Cina Kapir Selangor kesal Jamal Melayu Islam UMNO, menyalaguna kelengkapan Masjid seperti van jenazah dan keranda untuk agenda politik yang tidak matang.

Siapa nak jawab tu.


DAP MESTI KERJA KERAS

*Parti Cinta Malaysia (PCM) vice-president Huan Cheng Guan said the Lim Dynasty would get rid of anyone whom it felt was a threat to its dominance in DAP.*

Referring to Lim Kit Siang and his son Guan Eng dominant dynastic rule in DAP, Huan said the DAP, like newbie Pribumi headed by Mahathir Mohamad, was now all about political survival of sons of veteran politicians in the country.

Read More:

http://datukhuanpcm.blogspot.com/2017/02/lim-dynastys-total-control-causes.html

http://www.malaysiaoutlook.com/lim-dynastys-total-control-causes-crisis-in-dap/

Wednesday, February 15, 2017

MAHATHIR DAN NURUL SEPENTAS

Apakah benar ini ungkapan Zahid 


seperti yang sedang diviralkan atau sekadar 
untuk maksud melaga lagakan dan fitnah (?)


....

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengaku mahu menghancurkan Umno dan Barisan Nasional (BN) sampai lumat.

Mahathir berkata, beliau mengaku hasrat awalnya adalah untuk menjatuhkan Datuk Seri Najib Razak sebagai perdana menteri telah berubah  kerana langkah itu tidak akan menyelesaikan masalah negara.

“Memang saya dulu nak tukar Najib saja tetapi selepas itu saya sedar seluruh Umno dan BN sudah korup. Dulu nak tukar Najib saja tetapi sudah tidak boleh. Kena tukar semua,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam forum di majlis makan malam anjuran ahli parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar malam tadi.

Mahathir mendakwa negara yang diasaskan sebelum ini sehingga dinamakan sebagai ‘Asean Tiger’ sudah berubah kepada negara yang paling korup sehingga digelar ‘Negara Kleptokrasi’ iaitu negara yang dikuasai oleh perompak, pencuri dan penyamun.



Justeru, beliau cuba untuk mengubahnya dengan gabungan parti pembangkang mengambil alih Putrajaya.

Untuk memastikan semua itu tercapai, beliau berusaha untuk memastikan semua parti pembangkang bersatu sebagaimana bersatunya parti-parti dalam BN sebelum ini.

Mahathir cuba menegaskan bahawa hanya dengan cara ini parti pembangkang boleh menang sebagaimana BN menang selama ini.


#fb messi amir

Tuesday, February 14, 2017

BIARLAH DIA GILA SORANG SORANG

Aku terpaksa bersetuju untuk bersetuju dengan tindakan Jamal baru baru ini.

Bawa van jenazah dan keranda, dia dah faham tak lama lagi partinya akan berkubur.



Dia pun tak menyusahkan ramai orang,  setakat berbelas penyokong.

Harap jangan pula Jamal ditangkap polis kerana ada report keranda dan van jenazah hilang

Sekurang kurangnya dia tak lah memekik melolong minta orang datang menyolongnya sepertimana penganjur perhimpunan RUUUUUU 355555.

Jamal lebih advance,  mengingati mati itu sunat.

AIR SELANGOR PERCUMA JOHOR BIL BERGANDA

Khamis, 9 Februari 2017

*KENYATAAN MEDIA BERHUBUNG DEPOSIT BAHARU PEMBEKALAN AIR BAGI NEGERI JOHOR*

Kerajaan Negeri Johor dan Kerajaan Persekutuan akan melaksanakan pengurusan bekalan air secara "demand management"  (pengurusan air berdasarkan permintaan dan bukan berdasarkan bekalan) dalam usaha memastikan pengguna mengamalkan pendekatan berhemat apabila menggunakan air.

Bagi menjayakan usaha tersebut, SAJ Holdings (SAJ) sudah memulakan pelarasan semula deposit pembekalan air bagi negeri ini kepada semua pengguna air syarikat itu bermula pada tahun ini di bawah Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN).

Pelaksanaan itu adalah salah satu langkah mematuhi Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (Akta 655) di bawah Peraturan-peraturan Industri Perkhidmatan Air (Deposit, Fi dan Caj Perkhidmatan Air) 2014 yang berkuat kuasa pada Februari 2014.

Mengikut akta dan peraturan di atas, kajian semula dilakukan setiap tahun pada 31 Januari bagi pengguna domestik dan dua kali setahun iaitu pada 31 Januari dan 31 Julai bagi pengguna komersial dan industri.

Objektif dan keperluan kajian semula deposit itu adalah bagi mematuhi akta tersebut selain untuk memastikan deposit mencukupi semasa proses penutupan akaun - caj perkhidmatan terakhir yang mana kaedah itu diguna pakai diperingkat nasional dan turut dilaksanakan di negeri-negeri lain.

SAJ telah mula menuntut deposit tambahan kepada akaun bekalan air pengguna pada bil Februari 2017 (yang sepatutnya bermula pada 2014) sekiranya deposit sedia ada kurang daripada nilai deposit yang baharu.

Pengiraan deposit itu bergantung kepada purata pembayaran air selama setahun dan sekiranya caj dikenakan kurang daripada deposit, maka lebihan bayaran itu akan dipulangkan dengan mendebitkan ia ke dalam pengguna.

Pada masa sama, jika ada pengguna yang tidak mampu untuk membuat pembayaran penuh deposit baharu yang dikenakan itu, mereka boleh meminta kepada SAJ untuk membuat pembayaran secara ansuran semasa membuat pembayaran bil masing-masing.

Justeru, pelarasan deposit baharu itu diyakini tidak membebankan pengguna seperti didakwa kerana menerusi pelaksanaan tersebut pengguna akan menggunakan air dengan lebih berhemat dalam usaha memastikan bekalan air di negeri ini mencukupi.

*DATUK IR. HASNI MOHAMMAD*
Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

# Tunggu Pilihanraya - rakyat pun ada alasan

Monday, February 13, 2017

Keyakinan

  1. Seminggu dua ni ramai sangat leader dan owner dari syarikat networking yang lain call saya. Mereka nak jumpa, nak meet & great, nak...