Thursday, March 30, 2017

RUU355 SETAKAT MANA UMNO JUJUR

- bahan sebenar dikosongkan sementara untuk diisi kemudian -


Ada beberapa perkara yang boleh disentuh,  dibahas setakat mana kejujuran umno dalam isu RUU355.

Demi undi,  umno akur kehendak MCA, MIC dan Gerakan.

Antaranya kita lihat apa pula reaksi dan keputusan speaker. 

Dalam masa yang sama MO1 dan beberapa MP sudah berlepas ke India untuk tidak berada di Parlimen,  jangan sekadar disebut "kebetulan".

Ia juga bukanlah diluar pengetahuan Hadi Awang. 

Jikalah RUU355 ini mahu di dramakan dalam bentuk rencana oleh pengarah hollywood atau bollywoid yang ada nama untuk kajian sejarah akan datang,  agak agaknya berapa budget yang diperlukan (?) 90 juta atau lebih... Wang bukan isu besar... 

Zahid Hamidi masih membisu kah (?) atau sudah hilang kawan.. 





(PROFILE) RIWAYAT AUTA

Asal saja bontot kena songket,  dulu Anwar,  sekarang ameno... Yusuf Qardawi juga diheret sama...

Bukan sahaja tidak mahu mengaku salah,  tuduh pula pihak lain yang salah.. 

Lepas kencing.. Tak mengaku.. Tuduh pula orang lain kencing. 

Sebahagian pemimpin PAS pula mengaku,  memang jangka akan kena kencing... Mereka tahu siapa yang kencing! 

Yang kencing kita pun dah tahu,  yang kena kencing pun dah tahu,  dah mengaku...











"Memahami *Aulawiyat* iaitu keutamaan dalam tindakan dalam isu *RUU355*..."
                    ○○○
Syeikh Prof. Dr Yusof Al Qardawi mengarang kitab fiqh yang berjudul "fiqh aulawiyat" yang menerangkan tentang pentingnya memahami keutamaan dalam sesuatu perkara.

Apabila YAB Perdana Menteri mengumumkan yang Kerajaan BN tidak akan membawa usul pindaan RUU355 dalam sidang Parlimen kali ini, pelbagai pihak terutamanya penyokong Pas, ahli agama, pimpinan NGO Islam, para ilmuan dan sebagainya menyalahkan UMNO dan Kerajaan dengan mengatakan UMNO tidak minat memperjuangkan kepentingan Islam. 

Ada yang mengatakan 'Pas kena kencing dengan UMNO' dan 'UMNO tikam Pas dari belakang'!. Itu antara nada kecewa dan marah terhadap Kerajaan.

Namun sebagai ahli politik saya memahami pertimbangan yang dibuat oleh YAB PM sebagai suatu pertimbangan yang meletakkan kepentingan besar lebih utama dari kepentingan kecil. *Jangan salah anggap pernyataan saya ini*.

Kepentingan besar sebagaimana konsep *fiqh aulawiyat* disini iaitu menjaga kuasa & negara adalah lebih utama dari kepentingan suatu akta@ rang undang-undang. Perlu difahami bahawa pembentukan Kerajaan adalah dengan kerjasama parti-parti komponen dalam BN. Jika berlaku perkara yang boleh memecahbelahkan kesatuan BN, maka ini akan menyebabkan hilangnya kuasa pemerintahan negara atau ianya akan membuka ruang kepada pihak lawan untuk mengemukakan usul undi tidak percaya kepada Kerajaan BN.

Hakikatnya bilangan kerusi parlimen dari parti-parti komponen dalam BN adalah jauh lebih banyak dari bilangan kerusi Parlimen milik PAS. Jika UMNO bersama dengan PAS, ini menjadikan jumlah kerusi (86 + 12 = 98) yang masih gagal membentuk kerajaan. 
Jadi UMNO membuat keputusan tepat untuk mengekalkan kuasa dengan menjaga kepentingan kerjasama dalam BN. Ini tidak bermakna UMNO menolak islam. Jika usul RUU355 dibawa oleh PAS sekalipun, ia tidak bermakna UMNO akan menolaknya. Sebaliknya akan memberi ruang kepada semua wakil rakyat untuk mengundi samada menyokong atau tidak.

*RUU355 bukanlah hukum hudud*. Menolak pindaan RUU355 bukan bermakna menolak hudud@ menolak islam. RUU355 adalah Akta yang menetapkan bidang kuasa bagi mahkamah syariah. Pindaannya akan membolehkan negeri-negeri masing-masing untuk melakukan cadangan penambahbaikan bagi perundangan syariah yang sedia ada. Ianya bukan bermakna sesebuah negeri itu akan melaksanakan hukuman hudud.

Jadi tohmahan terhadap *UMNO menolak islam adalah tidak benar*.
UMNO tidak memusuhi islam atau mempermainkan hukum islam. Apa yang kepimpinan UMNO lakukan kini adalah demi menjaga kepentingan yang lebih besar iaitu kuasa pemerintahan negara yang dengan kuasa itulah dapat menjaga dan memelihara kedudukan agama, bangsa & negara. Realitinya jika UMNO & PAS bekerjasama, ia belum mampu untuk membentuk kerajaan. Jadi UMNO perlu
memilih rakan yang lebih ramai kerana dengannya akan mengekalkan kuasa pemerintahan sesebuah negara.

In sya Allah jika PAS jujur untuk meminda RUU355 demi untuk memartabatkan Islam, saya yakin UMNO akan sokong sepenuhnya. Namun begitu ia belum mencukupi untuk diluluskan. Jadi bukan salah UMNO bukan salah BN. Yang mesti dipersalahkan adalah ahli2 Parlimen islam dari PKR, PAN & PPBM yang tidak menyokong agenda Islam..merekalah musuh islam yang sebenar bersama dengan DAP yang sejak dulu kini dan selamanya akan memusuhi serta membenci islam. Merakalah yang sepatutnya dikecam... *bukan Kerajaan Persekutuan Barisan Nasional.*

Ikhlas daripada,
*Dato' Hj Zein Isma Hj Ismail*
Ketua Penerangan UMNO Selangor
Jumaat 31 Mac 2017; 02:22hr; Bukit Antarabangsa

# Agaknya berhutang dah nak sampai thrillion tu pun "aulawiyat" juga.

JANGKAAN AWAL MAHATHIR TEPAT. RUU355 ISU PERKAKAS POLITIK

*KEPUTUSAN KERAJAAN BN TIDAK MEMBENTANG RUU 355 SUDAH DIJANGKA SEJAK 2014, BUKAN SESUATU YANG MENGEJUTKAN*

1. Keputusan tersebut sudah diketahui sejak awal isu RUU 355 dibangkitkan pada tahun 2014 lagi. Saya tidak terkejut dengan keputusan Najib pada 29 Mac 2017 kelmarin. 

2. Sejak awal lagi saya mengambil sikap jika kerajaan melihat isu RUU 355 sebagai keperluan perundangan dan isu substantif, pastinya kerajaan sendiri akan membuat inisiatif. Tetapi oleh kerana motif awal ialah kepentingan politik maka RUU 355 digunakan untuk pecahkan PR ketika itu dan melemahkan PAS dengan pembersihan golongan progresif dan pro-PR. Malangnya, tujuan politik itu berjaya dilakukan.

3. RUU 355 telah memecahbahkan orang Islam sendiri sehingga mengheret ke kancah takfir kerana menganggap ia adalah 'undang Islam Hudud' menolaknya adalah sesuatu yang 'gugur aqidah'.  Pihak Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan digunakan untuk menyatakan semua ahli parlimen 'wajib' sokong sedangkan RUU 355 masih kabur lagi perinciannya.

4. Ahli parlimen muslim ditekan sehingga apabila kami mengkritik kaedah dan prosedur serta proses perundangan dikira  sudah menolak 'hukum Allah'. Himpunan ungu memperlihatkan terdesaknya PAS dan UMNO mahu menggunakan sentimen Islam-Melayu sehingga menimbulkan kebimbangan kepada asas negara ini dibina iaitu permuwafakatan dan perpaduan nasional antara kaum dan agama.

5. Saya memahami lebih awal isu RUU 355 juga adalah untuk  alihkan isu dan 'mendiamkan' isu sebenar negara seperti kleptokrasi dan salahguna kuasa Najib dan BN. 

Amat menyedihkan isu Mahkamah Syariah dijadikan umpan dan lebih sedih PAS 'tidak menyerang' UMNO kerana seolah terikat dengan perjanjian RUU 355 dengan UMNO.

Akhirnya marilah kita sedar bahaw isu negara hari ini adalah isu kleptokrasi, salahguna kuasa dan kesannya mengheret negara kepada keberhutangan, nilai RM yang jatuh, inflasi dan keputusan pelaburan untuk selamatkan kleptokrasi dan bukan keputusan pelaburan untuk kepentingan negara. Hentikan polemik RUU 355, SELAMATKAN NEGARA.

*Dato' Dr Mujahid Yusof Rawa*
*Ahli Parlimen Malaysia*
*Naib Presiden Parti Amanah Negara*
*30 Mac 2017*

Wednesday, March 29, 2017

KAN DAH PESAN, JANGAN PIKUL BIAWAK... KAN DAH KENA KENCING








PAS tentunya kini sudah tahu apa rasa apa warna apa bau terkena kencing biawak, kencing berdepan,  kencing di muka.

Kena kencing selepas PAS menolak BERSATU...
Kena kencing selepas Hadi gelar UMNO biawak..

Turut terkena tempias ialah seorang pemimpin kanan umno yang sebelum ini terlepas cakap.. Sanggup bersama pas
walau hilang kawan lama. 

Semasa mahu memnentangkan Hudud di Parlimen awal 2016, PAS keluar dari Pakatan Rakyat atas dakwaan DAP tiada hak untuk menentang usul PAS mengenai hudud walaupun bersetuju hak mereka untuk tidak menyokong di Parlimen. 

Keputusan kerajaan untuk membentangkan RUU355 dibawa ke mesyuarat Barisan Nasional (?) Kenapa urusan kerajaan tidak dibawa ke kabinet sebaliknya ke komponen parti? 

Sudah tentu umno mahu memaklumkan bukan umno yang tolak bukan kerajaan yang tolak tetapi komponen BN.  Umno tak salah maa.. 

UMNO tidak pula mengambil sikap bodoh sombong seperti PAS untuk bergaduh sesama rakan komponen BN apabila mereka tidak bersetuju umno/kerajaan membentangkannya. Keputusannya umno mendahului keputusan barisan Nasional dari remeh temeh selera PAS.

Apakah itu petanda umno tidak Islamic seperti PAS atau jawapan yang paling budiman dan syahdu,  PAS menghormati dan memahami pendirian umno?
Kikikiki

Kalau ikut liga bolasepak FAM yang kebetulan masih ditakok lama,  PAS adalah pasukan yang paling corot,  nasib baik ada parti Kadir Sheikh Fathil paling bawah. 

Nasib baik PAS Selangor tak ikut rentak lebai malang yang mahu memutuskan kerjasama dengan PKR. 

Ini semua cerita malang buat PAS tetapi tidak semestinya sama duka sama sedih buat Hadi Awang,  politik adalah permainan/game  !!!

Untuk PAS Hadi jadi PAS Nik Aziz dan berada di landasan yang betul semula, lepaskan Hadi Awang,  Nik Abduh dan konco konconya di muktamar nanti. 
Tuan Ibrahim Tuan Man pengganti yang layak. 


SKRIP TERBAIK DRAMA UMNO DAN PAS

Pilihanraya sudah dekat sangat...



Cakap Zahid tak boleh pakai... 


Tiba-tiba rajin pula bang mat kita ni.... 




ANUAR MUSA KEPANASAN

Tawaran menulis tentang lim kit siang oleh Anuar Musa dengan hadiah lumayan  kini disambut sendiri oleh lim kit siang dengan tawaran berdebat.

Tidak ada istilah "no" bagi seseorang yang memegang Ketua Penerangan Parti untuk menolaknya kecuali bacul.


Annuar kena buktikan DAP racist dan anti Islam melampau. 

Tuesday, March 28, 2017

PAS SELANGOR SAY NO... AZMIN RELAX TAK PERLU JAWAB

Memang kerja bodoh geng lebai malang mendesak PAS putuskan kerjasama dengan PKR sedangkan lebai lebai PAS di Selangor masih sayangkan jawatan mereka. 

Hakikatnya yang mendesak itu tak ada jawatan kerajaan di mana mana peringkat. Lagi pun desakan lebai malang yang kalah diperingkat kawasannya sudah tentu tak ada nilai pengaruh. 

Hadi sendiri tidak guna kuasa diktatornya untuk memutuskan kerjasama dengan PKR yang sebelum ini dipanggil biawak lebih besar. 

Demi jawatan,  biawak pun biawaklah.. 

Hakikatnya,  PAS meroyan dan kesipuan apabila BERSATU tinggalkannya tanpa sangka. 

𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚?

  𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚? Kita jawab secara am "Letak RM10,000 berapa boleh saya untung?&q...