Sunday, April 2, 2017

JAWAPAN YANG PALING TEPAT

Biasalah,  bayang sendiri pun disangkanya hantu.. 
Mengaku direct macam tu kan lagi senang.. 
Kalau perlu,  Nazri boleh berehat diIndia seminggu dua lagi,  tak perlu pulang segera.. 


Cadangan Johari supaya debat dibuat dihotel juga cerita karut,  Polis ada kuasa waima dalam kelambu.  Sebaiknya buat di dewan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman. 



Saturday, April 1, 2017

DEBAT SAMA BAHAYA DENGAN TSUNAMI

Sebagai penduduk Shah Alam aku rasa bersyukur dan cukup bangga dengan tindakan PDRM yang telah membatalkan satu perdebatan Yang Berbahagia Tun Dr Mahathir Mohamad dengan Nazri. 

Ini bagi mengelakan satu malapetaka dan bencana yang paling buruk dalam sejarah negara dari berlaku.

Semoga demokrasi negara kita terus subur dan bukan sahaja perdebatan patut dihalang malah ceramah umum, berkumpul lebih dari dua orang dan tulisan yang mengkritik kerajaan harus dihentikan sama sekali. 

Penjawat awam dan guru guru misalnya harus dikawal pergerakan mereka selepas waktu pejabat atau dikenakan tahanan dalam rumah. 

PRU juga perlu dikaji semula samada sesuai diterus-adakan atau tidak kerana kesejahteraan dan kebajikan rakyat telah pun dijaga dengan baiknya oleh kerajaan sekarang.  

Cubaan pembangkang dalam apa jua bentuk boleh disifatkan sebagai sabotaj kepada negara. 

Sekali lagi terima kasih atas kebijaksanaan pihak atasan PDRM yang sentiasa menyelamatkan berkali kali dan berbaloi. 
Jasamu dikenang! 

Malaysia akan sentiasa dipandang tinggi. 



SIAPA YANG KENA APRIL FOOL

KENYATAAN YB TAN SRI DATO' HJ MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN, PRESIDEN PARTI PRIBUMI BERSATU MALAYSIA

Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak membuat kenyataan bahawa 1MDB telah membayar kesemua hutang jangka pendek dan jangka panjangnya berjumlah RM3 bilion sepanjang dua tahun lalu. Kenyataan ini sengaja dibuat untuk mengelabui mata rakyat seolahnya 1MDB telah terlepas daripada segala bebanan hutangnya.

Apa yang tidak dijelaskan oleh Najib ialah berapakah baki keseluruhan hutang dan tanggungan 1MDB pada masa ini? Pada tahun 2014, keseluruhan hutang dan tanggungan 1MDB berjumlah RM42 bilion dan meningkat kepada RM50 bilion pada tahun 2016.

Najib juga tidak menjelaskan jumlah semasa komitmen bon  1MDB yang ditanggung oleh kerajaan. Komitmen ini biasanya dikelaskan sebagai tanggungan kontinjen oleh kerana bon tersebut dijamin kerajaan. Najib gagal menjelaskan adakah 1MDB mempunyai sumber kewangan sendiri yang mencukupi untuk membayar kesemua hutang piutang ini tanpa bantuan daripada kerajaan.

Antara tanggungan 1MDB yang dijamin oleh kerajaan ialah bon sukuk berjumlah RM5 billion yang akan mencapai tempoh matang pada tahun 2039, bon sukuk berjumlah RM2.4 billion untuk Bandar Malaysia dan pinjaman daripada PERKESO berjumlah RM800 juta yang perlu dijelaskan keseluruhannya pada tahun 2022.

Selain itu, 1MDB juga mempunyai komitmen untuk melangsaikan USD3 billion dollar bon antarabangsa yang akan matang pada tahun 2023 dan sejumlah USD6.48 billion dollar komitmen hutang dalam pertikaian dengan International Petroleum Investment Company (IPIC) dan anak syarikatnya Aabar Investments PJS.

Bagaimana hutang-hutang ini akan dibayar oleh 1MDB? Dari manakah 1MDB akan menjana sumber pendapatannya untuk membayar kesemua hutang ini setelah aset-aset strategiknya dijual dan wang miliknya berjumlah berbilion ringgit dilaporkan hilang?

Najib juga menyebut dalam kenyataan bertulisnya kepada Parlimen bahawa 1MDB telah menjelaskan hutangnya dengan Marstan Investments N.V berjumlah RM2 billion pada bulan April tahun lalu. Apakah identiti syarikat ini dan siapakah pemiliknya? Apakah kaitan syarikat ini dengan Marstan Investments N.V LLC, sebuah 'shell company' yang ditubuhkan di Nevada pada tahun 2007 dan dibatalkan pendaftarannya pada bulan Mei 2013?

Bagaimana pula dengan wang 1MDB yang dinyatakan secara jelas dalam Laporan Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat telah dimasukkan ke dalam akaun Malaysian Official One dan orang-orang yang rapat dengan Najib? Ini termasuk:

(a) Sejumlah USD700 juta yang dimasukkan ke akaun Good Star Limited milik Jho Low di RBS Coutts Bank, Switzerland pada 30 September 2009. Menurut Laporan DOJ sejumlah USD400 juta daripada wang ini telah digubah secara haram ke Amerika Syarikat dan digunakan untuk kepentingan Jho Low dan rakan-rakannya.

(b) Sejumlah USD330 juta lagi wang 1MDB yang dimasukkan ke akaun Good Star Limited milik Jho Low antara 20 Mei dan 25 Oktober 2011. Berdasarkan rekod perbankan JP Morgan Chase, antara bulan Februari dan Jun 2011, sejumlah USD24.5 juta telah dimasukkan ke satu akaun di Riyadh Bank milik seorang 'Putera Raja Saudi' dan sejumlah USD20 juta daripada wang ini telah dipindahkan ke akaun milik Malaysian Official One di AmBank Private Banking, Kuala Lumpur.

(c) Antara bulan Mei dan Disember 2012 Sejumlah USD1.1 bilion wang 1MDB yang diperolehi menerusi terbitan bon untuk membiayai pembelian Tanjong Energy dimasukkan ke akaun Blackstone milik Eric Tan Kim Loon, seorang rakan Jho Low, di Standard Chartered Bank Singapura. Sejumlah USD473 juta daripada wang ini telah dimasukkan ke akaun Vasco Investment Services milik Khadem Al-Qubaisi di Bank Rostchild, Luxemborg, USD66.6 juta dimasukkan ke akaun milik Mohamed Al- Husseiny di BHF Bank, Frankfurt dan USD30 juta dimasukkan ke akaun milik Malaysian Official One di AmBank Private Banking, Kuala Lumpur.

(d) Antara bulan Jun dan November 2012, sejumlah USD238 juta wang 1MDB telah dipindahkan daripada Akaun Aabar-BVI Switzerland kepada akaun milik Riza Aziz, anak tiri Najib. Wang ini telah digunakan oleh Riza untuk membiayai penerbitan filem lucah “Wolf of the Wall Street” dan membeli hartanah mewah di Amerika Syarikat dan United Kingdom.

(d) Pada tahun 2013, sejumlah USD1.26 bilion daripada USD3 bilion hasil bon yang diterbitkan untuk melabur dalam Abu Dhabi Malaysia Investment Company (ADMIC), iaitu syarikat usahasama antara 1MDB dan Aabar, telah dipindahkan secara haram ke akaun Tanore Finance Corporation milik Tan Kim Loon. Antara 21 dan 25 Mac 2013 sejumlah USD681 juta atau RM2.6 bilion telah dipindahkan daripada akaun ini ke akaun milik Malaysian Official One di AmBank Private Banking, Kuala Lumpur. Daripada jumlah ini, sejumlah USD620 juta telah dipulangkan semula ke Akaun Tanore pada 26 Ogos 2013. Menurut Laporan DOJ, wang ini telah digunakan oleh Jho Low dan Eric Tan untuk membeli lukisan-lukisan mahal dan kepentingan di dalam Park Lane Hotel, New York. 

Saya ingin bertanya kepada Najib, adakah ini wang yang dikatakan telah dipulangkan kepada “penderma Arab Saudi” ketika saya mengajukan soalan tentang ke mana perginya baki wang RM2.6 bilion dalam akaun beliau dua tahun lalu?

Nampaknya, lebih banyak persoalan yang mesti dijawab oleh Najib. Sebagai Perdana Menteri, Menteri Kewangan dan Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB yang mempunyai kuasa penuh dalam membuat keputusan mengenai setiap komitmen kewangan 1MDB, beliau bertanggungjawab untuk membuat penjelasan secara menyeluruh, jujur dan telus kepada rakyat.

TAN SRI DATO' HJ MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN
Presiden
Parti Pribumi Bersatu Malaysia

1 April 2017

Friday, March 31, 2017

SHAFIE SUDAH BERSEDIA DI SABAH

Kesedaran di kalangan rakyat untuk menolak umno sudah mencukupi pada dasarnya,  Pakatan Harapan boleh menang pilihanraya dan menjadi kerajaan.

Tulisan mempertahan MO1 dan kerajaan sekadar memenuhi formaliti jawatan masing-masing asal jangan sampai dilihat tak buat kerja.  Begitu juga penulis dedak @ blogger bangang terus menulis untuk memenuhi kepuasan boss walaupun hujah sekadar angka dan berlegar kepada copy paste yang berulang ulang sesama blog mereka.

Menceeitakan soal agenda, projek atau apa sahaja TIDAK AKAN MEMADAM SKANDAL 1MDB dan BEBAN KOS SARA HIDUP YANG TINGGI.

Pakatan Harapan sekarang berada di landasan yang betul, mohon didaftarkan dan akan diikuti dengan satu logo dan satu manifesto.
Jika ia dapat dilakukan dengan lancar, psrkara perkara lain seperti pembahagian kerusi menjadi lebih mudah.

Cubaan lagaan dan memperlekehkan kepimpinan pakatan pembangkang sudah sampai ke penghujung,  tidak berkesan.

Debat debat yang bakal diadakan (samada jadi atau tidak)  sekadar menyerlahkan lagi kebenaran dalam perjuangan.

Jika semenanjung sudah dalam siap sedia perubahan,  Sabahans tentu lebih lagi.


Berbeza di area anwar,  kebangkitan terasa di kalangan penyokong tetapi tidak bertebaran di kalangan rakyat kerana kemunculan keadilan pada masa itu adalah perjuangan peribadi,  membebaskan anwar. 





Thursday, March 30, 2017

RUU355 SETAKAT MANA UMNO JUJUR

- bahan sebenar dikosongkan sementara untuk diisi kemudian -


Ada beberapa perkara yang boleh disentuh,  dibahas setakat mana kejujuran umno dalam isu RUU355.

Demi undi,  umno akur kehendak MCA, MIC dan Gerakan.

Antaranya kita lihat apa pula reaksi dan keputusan speaker. 

Dalam masa yang sama MO1 dan beberapa MP sudah berlepas ke India untuk tidak berada di Parlimen,  jangan sekadar disebut "kebetulan".

Ia juga bukanlah diluar pengetahuan Hadi Awang. 

Jikalah RUU355 ini mahu di dramakan dalam bentuk rencana oleh pengarah hollywood atau bollywoid yang ada nama untuk kajian sejarah akan datang,  agak agaknya berapa budget yang diperlukan (?) 90 juta atau lebih... Wang bukan isu besar... 

Zahid Hamidi masih membisu kah (?) atau sudah hilang kawan.. 





(PROFILE) RIWAYAT AUTA

Asal saja bontot kena songket,  dulu Anwar,  sekarang ameno... Yusuf Qardawi juga diheret sama...

Bukan sahaja tidak mahu mengaku salah,  tuduh pula pihak lain yang salah.. 

Lepas kencing.. Tak mengaku.. Tuduh pula orang lain kencing. 

Sebahagian pemimpin PAS pula mengaku,  memang jangka akan kena kencing... Mereka tahu siapa yang kencing! 

Yang kencing kita pun dah tahu,  yang kena kencing pun dah tahu,  dah mengaku...











"Memahami *Aulawiyat* iaitu keutamaan dalam tindakan dalam isu *RUU355*..."
                    ○○○
Syeikh Prof. Dr Yusof Al Qardawi mengarang kitab fiqh yang berjudul "fiqh aulawiyat" yang menerangkan tentang pentingnya memahami keutamaan dalam sesuatu perkara.

Apabila YAB Perdana Menteri mengumumkan yang Kerajaan BN tidak akan membawa usul pindaan RUU355 dalam sidang Parlimen kali ini, pelbagai pihak terutamanya penyokong Pas, ahli agama, pimpinan NGO Islam, para ilmuan dan sebagainya menyalahkan UMNO dan Kerajaan dengan mengatakan UMNO tidak minat memperjuangkan kepentingan Islam. 

Ada yang mengatakan 'Pas kena kencing dengan UMNO' dan 'UMNO tikam Pas dari belakang'!. Itu antara nada kecewa dan marah terhadap Kerajaan.

Namun sebagai ahli politik saya memahami pertimbangan yang dibuat oleh YAB PM sebagai suatu pertimbangan yang meletakkan kepentingan besar lebih utama dari kepentingan kecil. *Jangan salah anggap pernyataan saya ini*.

Kepentingan besar sebagaimana konsep *fiqh aulawiyat* disini iaitu menjaga kuasa & negara adalah lebih utama dari kepentingan suatu akta@ rang undang-undang. Perlu difahami bahawa pembentukan Kerajaan adalah dengan kerjasama parti-parti komponen dalam BN. Jika berlaku perkara yang boleh memecahbelahkan kesatuan BN, maka ini akan menyebabkan hilangnya kuasa pemerintahan negara atau ianya akan membuka ruang kepada pihak lawan untuk mengemukakan usul undi tidak percaya kepada Kerajaan BN.

Hakikatnya bilangan kerusi parlimen dari parti-parti komponen dalam BN adalah jauh lebih banyak dari bilangan kerusi Parlimen milik PAS. Jika UMNO bersama dengan PAS, ini menjadikan jumlah kerusi (86 + 12 = 98) yang masih gagal membentuk kerajaan. 
Jadi UMNO membuat keputusan tepat untuk mengekalkan kuasa dengan menjaga kepentingan kerjasama dalam BN. Ini tidak bermakna UMNO menolak islam. Jika usul RUU355 dibawa oleh PAS sekalipun, ia tidak bermakna UMNO akan menolaknya. Sebaliknya akan memberi ruang kepada semua wakil rakyat untuk mengundi samada menyokong atau tidak.

*RUU355 bukanlah hukum hudud*. Menolak pindaan RUU355 bukan bermakna menolak hudud@ menolak islam. RUU355 adalah Akta yang menetapkan bidang kuasa bagi mahkamah syariah. Pindaannya akan membolehkan negeri-negeri masing-masing untuk melakukan cadangan penambahbaikan bagi perundangan syariah yang sedia ada. Ianya bukan bermakna sesebuah negeri itu akan melaksanakan hukuman hudud.

Jadi tohmahan terhadap *UMNO menolak islam adalah tidak benar*.
UMNO tidak memusuhi islam atau mempermainkan hukum islam. Apa yang kepimpinan UMNO lakukan kini adalah demi menjaga kepentingan yang lebih besar iaitu kuasa pemerintahan negara yang dengan kuasa itulah dapat menjaga dan memelihara kedudukan agama, bangsa & negara. Realitinya jika UMNO & PAS bekerjasama, ia belum mampu untuk membentuk kerajaan. Jadi UMNO perlu
memilih rakan yang lebih ramai kerana dengannya akan mengekalkan kuasa pemerintahan sesebuah negara.

In sya Allah jika PAS jujur untuk meminda RUU355 demi untuk memartabatkan Islam, saya yakin UMNO akan sokong sepenuhnya. Namun begitu ia belum mencukupi untuk diluluskan. Jadi bukan salah UMNO bukan salah BN. Yang mesti dipersalahkan adalah ahli2 Parlimen islam dari PKR, PAN & PPBM yang tidak menyokong agenda Islam..merekalah musuh islam yang sebenar bersama dengan DAP yang sejak dulu kini dan selamanya akan memusuhi serta membenci islam. Merakalah yang sepatutnya dikecam... *bukan Kerajaan Persekutuan Barisan Nasional.*

Ikhlas daripada,
*Dato' Hj Zein Isma Hj Ismail*
Ketua Penerangan UMNO Selangor
Jumaat 31 Mac 2017; 02:22hr; Bukit Antarabangsa

# Agaknya berhutang dah nak sampai thrillion tu pun "aulawiyat" juga.

JANGKAAN AWAL MAHATHIR TEPAT. RUU355 ISU PERKAKAS POLITIK

*KEPUTUSAN KERAJAAN BN TIDAK MEMBENTANG RUU 355 SUDAH DIJANGKA SEJAK 2014, BUKAN SESUATU YANG MENGEJUTKAN*

1. Keputusan tersebut sudah diketahui sejak awal isu RUU 355 dibangkitkan pada tahun 2014 lagi. Saya tidak terkejut dengan keputusan Najib pada 29 Mac 2017 kelmarin. 

2. Sejak awal lagi saya mengambil sikap jika kerajaan melihat isu RUU 355 sebagai keperluan perundangan dan isu substantif, pastinya kerajaan sendiri akan membuat inisiatif. Tetapi oleh kerana motif awal ialah kepentingan politik maka RUU 355 digunakan untuk pecahkan PR ketika itu dan melemahkan PAS dengan pembersihan golongan progresif dan pro-PR. Malangnya, tujuan politik itu berjaya dilakukan.

3. RUU 355 telah memecahbahkan orang Islam sendiri sehingga mengheret ke kancah takfir kerana menganggap ia adalah 'undang Islam Hudud' menolaknya adalah sesuatu yang 'gugur aqidah'.  Pihak Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan digunakan untuk menyatakan semua ahli parlimen 'wajib' sokong sedangkan RUU 355 masih kabur lagi perinciannya.

4. Ahli parlimen muslim ditekan sehingga apabila kami mengkritik kaedah dan prosedur serta proses perundangan dikira  sudah menolak 'hukum Allah'. Himpunan ungu memperlihatkan terdesaknya PAS dan UMNO mahu menggunakan sentimen Islam-Melayu sehingga menimbulkan kebimbangan kepada asas negara ini dibina iaitu permuwafakatan dan perpaduan nasional antara kaum dan agama.

5. Saya memahami lebih awal isu RUU 355 juga adalah untuk  alihkan isu dan 'mendiamkan' isu sebenar negara seperti kleptokrasi dan salahguna kuasa Najib dan BN. 

Amat menyedihkan isu Mahkamah Syariah dijadikan umpan dan lebih sedih PAS 'tidak menyerang' UMNO kerana seolah terikat dengan perjanjian RUU 355 dengan UMNO.

Akhirnya marilah kita sedar bahaw isu negara hari ini adalah isu kleptokrasi, salahguna kuasa dan kesannya mengheret negara kepada keberhutangan, nilai RM yang jatuh, inflasi dan keputusan pelaburan untuk selamatkan kleptokrasi dan bukan keputusan pelaburan untuk kepentingan negara. Hentikan polemik RUU 355, SELAMATKAN NEGARA.

*Dato' Dr Mujahid Yusof Rawa*
*Ahli Parlimen Malaysia*
*Naib Presiden Parti Amanah Negara*
*30 Mac 2017*

𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚?

  𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚? Kita jawab secara am "Letak RM10,000 berapa boleh saya untung?&q...