Sunday, June 18, 2017

ANGAN ANGAN TINGGI NAK TAWAN SELANGOR TETAPI BOLEH KE STRATEGI BUDAK TADIKA @ RACIST DIGUNAPAKAI... .

Membaca satu monolog orang kuat Noh Omar menjadikan aku lebih yakin strategi tawan Selangor elok diserahkan kepada Jamal Sekincan.

Lagipun ada urusan yang belum selesai antara Azmin dan Jamal. Biarlah MB bertemu buku dengan ruas dengan calon bakal MB yang lebih sesuai.






Renungan Bersama...

*"Siapa kuasai dapur, dia menguasai menu"*

Ramadhan mengingatkan kita tentang pelbagai menu juadah sajian makanan untuk berbuka puasa dan bersahur.
Ada orang sanggup membayar sehingga beratus ringgit untuk menikmati buffet ramadhan di hotel-hotel terkemuka.
Siapa yang menentukan menu juadah yang disediakan itu? Pastinya ia datang dari siapa yang menguasai 'dapur' di hotel itu. Hanya mereka yang akan memasak sesuatu juadah lebih tahu apa dan bagaimana juadah itu bakal disediakan.

Ini mengingatkan saya pada realiti politik dalam negara kita. Dasar tadbir urus negara umpama menu juadah yang ditentukan oleh siapa yang menguasai parlimen. Institusi Parlimen negara umpama "dapur" untuk memasak. Siapa yang menguasai dapur, dia akan menguasai menu. Begitu jugalah siapa yang menguasai Parlimen, dia akan menguasai apakah 'menu' yang akan menjadi citarasa kesukaannya dan bagaimana ianya akan disediakan. Melihat kepada realiti yang berlaku di negeri Selangor yang meletakkan jawatan Speaker Dewan Undangan Negeri dikuasai oleh DAP, maka kita dapati menu juadah yang menjadi citarasa tadbir urus negeri ditentukan oleh DAP.

Begitulah juga sekiranya Pakatan Harapan diberi mandat untuk mentadbir negara. Jawatan sebagai Perdana Menteri mungkin diserahkan kepada calon melayu, namun jawatan sebagai Speaker Parlimen pasti akan dipegang oleh DAP. Ini menjadikan perjalanan halatuju dasar perundangan negara akan berjalan menurut kehendak DAP!

Apakah akan ada agenda memartabatkan Islam oleh DAP sebagaimana yang mereka lakukan di Selangor? Walaupun sudah 2 penggal menjadi kerajaan, namun rakyat Selangor masih tidak menikmati sajian menu yang islamik dari kerajaan negeri kerana "dapur"nya dikuasai oleh DAP.

Rakyat pastinya akan dihidangkan dengan apa yang menjadi 'menu' kesukaan DAP yang pastinya membenci islam, perkauman yang anti melayu & bumiputera, kebebasan atas nama hak asasi manusia, dan pelbagai menu baru  yang bakal disajikan oleh mereka mengikut citarasa dan kehendak mereka.
Jika kita rela menu tradisi kita hilang digantikan dengan menu baru, maka rakyat akan memilih Pakatan Harapan sebagai kerajaan pada PRU nanti. Ibarat kita beraya tanpa ketupat lemang, rendang dan dodol serta pelbagai juadah tradisi dihari raya, itulah yang akan berlaku jika "dapur" kita dikuasai oleh mereka.

Pertahankan Institusi Parlimen dari dikuasai oleh DAP!  *Kembalikan* Dewan Undangan Negeri Selangor kepada BN supaya *menu Islam dan melayu akan kembali subur* dipertahan oleh UMNO bersama BN.

Selamat meneruskan pecutan akhir kita dalam bulan ramadhan ini.

Salam perjuangan,
*Dato' Hj Zein Isma Bin Hj Ismail*
Ketua Penerangan UMNO Selangor /
Ketua UMNO Bahagian Subang
Ahad 18 Jun 2017; 16:48hr
Bukit Antarabangsa



# Apakah Zein Isma menganggap Sultan Selangor sebagai Ketua Ugama Islam di Selangor gagal  (?)

# Siapa Speaker DUN Perak Sekarang (?)

# Siapa menguasai Pulau Pinang sebelum ini (?)

Tak terasa ke tepuk air di dulang (?)
Tak terasa ke ludah air ke langit (?)
Tak terasa ke memaku dulang paku serpih (?)

AKJ TERDEDAH KEPADA DISAMAN ROSMAH, TUNGGU APA LAGI...

Kalau dibaca habis tulisan AKJ,  nyata beliau tahu risiko yang diundangnya.

Pedas dan panas..



Saturday, June 17, 2017

PEMIMPIN JANGAN MALUKAN RAKYAT DAN NEGARA

Undur atau bersihkan nama, tolonglah...  

ROSMAH KENA TUNJUK KEPIMPINAN.. BERTINDAK

Masa bercakap dan menafikan tanpa modal (dengan air lior sahaja) sudah tamat. Masa untuk buktikan dengan bertindak... 





Apapun komen Tuan Ibrahim sebagai tugasnya menasihati kerajaan sangat berbaloi dan berketepatan.. 
Masa untuk pihak berkuasa bertindak berani mencari kebenaran.. 

Saranan itu bukan baru,  dah berbueh mulut rakyat mahu PDRM,  BNM,  SPRM,  LHDN dan AG menjalankan tugas secara telus dan berani.. 

Friday, June 16, 2017

KALAU FITNAH, BERTINDAKLAH..

DOJ bukan setakat menuduh dan mendakwa tetapi membogelkan satu persatu..

Apakah sekeping surat dari AG menafikan secara dangkal boleh menyelamatkan maruah bangsa,  ugama, rakyat dan negara.

Boleh kah sekeping kertas itu dapat menutup beberapa muka yang disabitkan dan bersubahat.

Kalau tidak boleh bertindak,  biarlah rakyat percaya tuduhan itu 100% benar.

Apakah kerajaan berdoa siang dan malam mengharap rakyat ini supaya bodoh dan bangang untuk memahami dan menilai yang mana satu betul yang mana satu satu palsu.




# Hentikanlah isu isu remeh lain yang sengaja direka dan dibentuk,  isu penamaan calon PM Pakatan Harapan,  isu ahli keluar bersatu,  isu budak mentah armada,  isu dap perkudakan muhyiddin,  isu FGV,  isu seleweng kerajaan PP dan Selangor... Semua ini tidak mampu menutup skandal 1mdb dan rentetannya.

Thursday, June 15, 2017

PENEROKA FELDA KINI BOLEH LEGAAAA..

Zakaria diberi tempoh 7 hari menjawab. 

SPRM masih tunggang terbalik semak dokumen.

Shahrir baru jumpa najib. 

IDRIS JALA DAH SIAP LAPORAN.




SETAKAT MANA ZAKARIA BOLEH BERTAHAN

Keenganan Zakaria menerima surat tunjuk sebab dan memulangkan semula ke setiausaha syarikat seperti yang diberita menjadikan penyelesaian FGV sebelum aidilfitri seperti harapan najib tidak semudah itu.


Kedegilan zakaria bertempat kerana dia bukanlah ceo atau ketua syarikat anak beranak atau syarikat cap ayam.  Dia di amanahkan mewakili peneroka felda yang bergantung harap sangat kepentingan mereka dijaga.

Salah atau tidak zakaria,  seharusnya dia bukan diadili oleh sekadar seorang dua yang bermain politik tetapi biarlah dipihak yang lebih bebas dan tertinggi,  mahkamah atau keputusan mesyuarat agung atau pemegang2 saham. 

Kemungkinan besar,  selepas 7 hari,  zakaria akan dipecat dan isu akan diseret ke mahkamah oleh zakaria dan dalam masa yang sama diharap siasatan SPRM menyebelahinya. 

Semua kemungkinan itu juga mungkin tidak terjadi jika ada tangan ghaib yang memenangkan semua pihak kerana ada kepentingan lain yang perlu dijaga dari terdedah. 



# Adakah sekadar seperti Nazri yang pada awalnya mengaku samseng dan anak jantan akhirnya lari dari wartawan. 




𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚?

  𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚? Kita jawab secara am "Letak RM10,000 berapa boleh saya untung?&q...