Sunday, July 9, 2017

SETAKAT MANA MAHATHIR BERANI MENJAWAB SAOLAN MAUT.. ANON ADA BERI CADANGAN


SERANGAN BERGANDA KEPADA PEMBANGKANG

Sesuatu yang boleh diambilkira sebagai berita gembira,  baik dan kemajuan bagi pembangkang dalam seminggu dua ni. 





Sejak Tun beraya di London,  Nurul Izzah ke London juga, Tun setuju Anwar sebagai PM jika melepasi halangan, Azmin kata Pakatan Rakyat masih ujud si Selangor dan kemuncaknya DAP diarah ROS buat pemilihin jawatankuasa semula selepas 3 tahun. 

Sejak itu,  Tun,  Anwar dan Lim. lim kit sing diserang bertubi tubi. 

Najib kata perjuangan Mahathir mahu Mukhriz jadi PM ..
Kj suruh anwar,  Tun dan lim kit siang bersara.. 
Zahid suruh Tun diam,  ugut .dedah keburukan.. 
Shahrir kata tanpa Anwar PM pun Malaysia sudah maju.. 
Semakin banyak pemimpin mengeluarkan kenyataan yang hampir sama setiap hari termasuk yang baru bertatih... 



Semua serangan berganda itu terpaksa dibuat kerana dalam masa yang sama SR mendedahkan lagi beberapa skandal yang belum terjawab dengan sempurna. Pembangkang juga menghampiri kesepakatan dan PAS yang diketuai Tuan Ibrahim tidaklah semesra Hadi. 

Jika pembangkang tidak menunjuk kemajuan sudah pasti serangan tidak berganda. 
Malangnya serangan itu tidak mengurangkan sedikit pun hutang 1mdb...dan tidak pula di saat ini ada lagi tok arab yang mahu menderma.. 





Saturday, July 8, 2017

LOW CLASS, NO CLASS..

Dari mula hingga sekarang,  persistency Tun terhadap Najib sangat jelas,  its about 1mdb yang kini diiktiraf dunia sebagai skandal,  bukan calang² skandal, skandal seorang PM kelepek duit rakyatnya sendiri. 

Isu pokok yang perlu difahami... 

Dalam istilah penggubahan wang haram,  fokus kepada dua persaolan utama. 
Pertama,  sejumlah wang yang luarbiasa banyak,  sudah ada bukti dalam akaun peribadi najib.
Kedua,  dari sumber mana wang tersebut,  dari derma.. Apakah pihak berkuasa dijelas secara 100% sah terbukti.. 

Persaolan kedua inilah yang dipertikaikan kerana ada keraguan manasabah (prima facie)  yang sepatutnya dibuat pensahihan melalui mahkamah.

Sebaliknya AG membuat KEPUTUSAN TIADA KES.. tiada kesalahan,  maka pertikaian telah meningkat dan diangkat menjadi skandal. 

Salah siapa??? 

Lain lain isu selepas itu turut menyokong memang ada keraguan manasabah. Isu pokok inilah yang sedang membelengu dan belum pun sempat mensucikannya,  bertali arus bertimpa isu² cabang dan ranting yang didedahkan. 

Pembangkang menang atau kalah pilihanraya PRU14 adalah satu isu berasingan, tetapi 1mdb yang diangkat sebagai skandal kekal untuk berhadapan dengan pelbagai siasatan,  kajian menjurus kepada siapa penjenayah. 

Lambat laun,  setahun,  sepuluh tahun,  seratus tahun,  selagi belum kiamat isu ini akan terus diperkata dan diburu. 
Akan ada pemimpin umno masa depan akan mencari penjenayah sebenar untuk mensucikan partinya daripada turut dikaitkan secara memalukan. 

Jika pembangkang menang,  ia sekadar mempercepat isu ini ke mahkamah dan ramailah musang dan lebai yang sangkut. 

Tun telah mengorbankan segala kepentingan peribadi dunia untuk isu itu dan tiada patah baliknya sehingga ke hujung nyawa.

Yang mengkritiknya tidak korbankan apa apa pun,  mereka masih mengepung kepentingan peribadi dunia. 

Tun turun sebagai panglima perang,  memimpin dan berada di barisan paling hadapan.. Di mana Najib? sebagai PM, kenapa duduk di barisan belakang,  bersembunyi,  hantar pecacai tolong jawab.. 

No class,  low class.. 
Kat situ je,  awal awal lagi, pembangkang dah menang. 



# Ramai yang otak masih berfungsi akan sokong Najib jika dia bangun mempertahankan dirinya secara jantan,  jelas dan benar demi maruah bangsa,  ugama dan negara.
Najib patut mulakan dengan.. 
1) Laporan Audit Negara didedahkan..
2) Penubuhan RCI 1mdb..
3) Membenarkan pendakwaan dibuat ke atasnya.. 

Anda sudahpun tahu jawapannya kann.. 






YANG SORANG TU TAHU TAK LAMA LAGI DAH NAK MATI

Yang sorang tu perasan lambat lagi nak mati.

Sebab tu perbezaan keduanya macam langit dengan bumi.

PROSES UNTUK ANWAR SEBAGAI PM SEMUA ORANG TAHU

Ketelitian Dr Mahathir dalam sesuatu perkara walaupun ketika usia 92 jelas membuktikan beliau sangat prihatin,  berwaspada,  tegas, jauh dari myanyuk dalam sesuatu perkara. Tun akan bercakap without fear or favour samada untuk kawan atau lawan. 

Dalam isu Anwar untuk menjadi seorang PM,  Tun sangat jelas dengan peraturan, terma dan syarat. 

Pertama PH mesti menang dulu.. 
Mesti ada PM sebaik sahaja memenangi.. Penting untuk mentadbir negara.. 
Mendapatkan pengampunan untuk Anwar dari YDP Agong... jika lulus
Mengadakan pelihanraya kecil parlimen untuk anwar,  kemungkinan di kawasan dr azizah atau nurul yang menang..jika menang
Mendapat perkenan YDP Agong sebagai PM.. 

Tidak timbul isu Tun membuat pusingan..


Friday, July 7, 2017

KEMASKINI: MAHATHIR ROSAKAN MODE PERCUTIAN NAJIB...

MAHATHIR NAK JADIKAN MUKHRIZ PM

Teori terbaru najib,  itu  statement utamanya walaupun sebenarnya rakyat dan dunia nak tahu segala tuduhan SR ke atasnya. 

Statement itu mencerminkan betapa cemasnya Najib apabila mengetahui Tun memperakukan kesediaannya menerima Anwar sebagai PM. 

Mukhriz mungkin tersenyum bangga bila martarbatnya dijulang tinggi dan hebat oleh Najib. 

Apakah kalau Mahathir bercita cita nak jadikan Mukhriz sebagai PM  satu kesalahan dan merupakan masalah utama kepada Najib (?)



Bagi aku,  suka hatilah Mahathir nak Mukhriz jadi PM atau Anwar nak Nurul jadi PM,  itu bukan urusan umno lagi. 

Sebaik baik yang umno perlu buat sebenarnya ialah singkirkan najib sebelum terlewat untuk dipilih semula dalam PRU14, itu sahaja ubat dan penawar. 

Banyak fakta boleh menafikan teori Najib, tetapi sia sia dan buang masa untuk sanggah kerana itu bukan agenda utama dan tidak sampai pun ke hati rakyat. 

Hasutan dan cerita karut itu tidak akan disambut dan dipercayai rakyat. Tun tidak mempunyai agenda peribadi selain selamatkan Malaysia dari kemusnahan yang lebih teruk. 

Masa depan Mukhriz bergantung kepada kekuatan dirinya sendiri dan perkembangan politik semasa,  tidak ada apa yang perlu tergesa gesa. 








# najib dah pukul gendang, besok mulalah pecacai dan pendedak joget lambak,  kita tengok je lah,  tak kan nak layanzzzz.. 

Thursday, July 6, 2017

PAKATAN YANG MEMANG BOLEH DIHARAPKAN

Pelbagai perbezaan pendapat dan pandangan di kalangan pemimpin PH bukan perkara baru,  sejak ujud PR. Sewajarnya juga ia tidak harus jadi pelik atau dibimbangkan kerana ia melibatkan kepimpinan yang cukup matang untuk menguruskan perbezaan. 

Lebih lebih lagi perbezaan itu menjurus dan berlumba lumba kepada sesuatu yang lebih baik,  semaksima kepada keberuntungan dan keadilan kepada rakyat.
Memang begitu yang rakyat mahukan? 

Misalnya Azmin berpandangan PR masih ujud tetapi tidak pula bagi lim guan eng dan
saifuddin. Itu hanya pandangan akademik dan bukan penguatkuasaan. 
Apakah perbezaan pandangan itu lebih penting dari hakikat kerajaan Selangor terus stabil dikemudi Azmin? 

Yang menerajui Selangor adalah Azmin,  tentulah pandangan lebih tepat kepada situasi yang ada. 

Begitu juga dengan calon PM,  Pengerusi PH yang masih belum diputuskan dan terdapat pelbagai versi.  Semua pandangan adalah betul tetapi akhirnya setiap sesuatu ada masa penamatnya dan Majlis Presiden akan menentukan. 

Ia sebenarnya mengimbangi dari semua sudut supaya keputusan terakhir kelak cukup sempurna untuk menentang BN. 

Yang lama dan banyak kerusi perlu dihormati tetapi bukan abang besar. Yang baru dan kecil umpama kecil kecil cili padi,  sama penting dan berperanan. Lengkap melengkapi. 

Pengalaman Tun 22 tahun tidak boleh diremehkan dan pendorong keyakinan tambahan undi Melayu. 

Sebagai sebuah pakatan yang pelbagai prinsip parti yang belum pernah jadi kerajaan pusat kelihatan agak janggal untuk bersatu hati.  

Tetapi pengalaman sebagai kerajaan negeri dan pusat semua pemimpin yang ada akan membentuk sebuah kerajaan pusat yang progresif, ambil sedikit masa untuk keserasian,  penyatuan, keseragaman dan kesempurnaan. 

Sebuah kerajaan dan kabinet lebih mudah diuruskan sebagai satu team kerana hanya mempunyai satu MO1 berbanding untuk menguruskan satu pakatan parti parti. 

Apabila semua pemimpin menyuarakan rasa bimbang penyatuan pakatan yang belum kukuh dan belum lancar koordinasi dan operasinya, ia merupakan petanda positif permasalahan sedang maju ke depan. 

Pergeseran dalaman parti dalam PKR dan BERSATU adalah fenomena sementara. Kedua parti tersebut merupakan serpihan umno dan masih ada saki baki pembawaan habitat dan akhlak umno. 

Semuanya proses kematangan. 


# Lebih penting,  semoga tidak berulang lagi pemusatan kuasa yang melampau kepada hanya satu individu dan tempoh masa perlu dihadkan untuk seseorang memegang jawatan sebagai M01. Cukuplah sekadar sepenggal atau dilanjutkan sepenggal lagi atas persetujuan konsensus Majlis Presiden. 


Keyakinan

  1. Seminggu dua ni ramai sangat leader dan owner dari syarikat networking yang lain call saya. Mereka nak jumpa, nak meet & great, nak...