Google+ Followers

Friday, July 14, 2017

UMNO SALAH KOREK

Penubuhan RCI Forex BNM yang ditubuhkan di tengah² kemelut skandal 1MDB yang belum kesudahan tetapi makin berduri dan beronak adalah satu kesilapan. 

Kalaulah aku pecacai dan pendedak,  pun aku tidak akan bersetuju dengan perancangan ini, satu lagi projek bodoh BN. 

Dalam ketika umno sedang bermasalah dengan pelbagai isu terutama skandal 1mdb, sedang sakit,  pendekatan yang sesuai ialah pi berubat,  cari ubat,  cari penawar,  bukan pi cari dan tambah penyakit dengan penubuhan RCI Forex.

Satu dunia tahu itu motif politik untuk memburukan parti pembangkang dan Tun yang menerajui pertentangan terhadap Najib dan umno. 

Apakah RCI itu menjadikan Tun takut,  gentar dan terjejas??? Atau sekadar mengukuhkan lagi perjuangan Mahathir dan sebagai Pengerusi PH,  sudah tentu menjadi tanggungjawab pakatan mempertahankannya. 

Saolannya,  jika RCI untuk forex kenapa tidak RCI untuk 1mdb ??

Mungkin juga boleh tanya Hadi,  Mufti,  Majlis Fatwa,  antara Forex dan 1mdb mana satu yang lebih afdhal (?) untuk RCI. 

Apakah Mufti Pahang buat² lupa untuk nasihatkan Pekan (?)

RCI Forex sekadar pembuka jalan, lambat laun 1mdb juga akan melalui pelbagai proses siasatan dan tidak mampu jalan² tikus dihapuskan.. 














Thursday, July 13, 2017

MEREKA PERLU HIBURKAN HATI ... SENDIRI NYANYI SENDIRI TEPUK

Dilaporkan entah betul entah tidak,  Mukhriz kata di mahkamah, Tun dan Muhyiddin sudah rancang undurkan Najib sejak 2014...


Dari tidak sampai sepuluh perkataan tersebut,  tukang spin dari bilik cermin pun ulas hingga ratus atau ribu ayat.. 

Apakah duit 2.6B masuk akaun peribadi Najib pun dirancang olehbTun dan Muhyiddin????? 

Aku tak lah nak jadi baghal macam mereka untuk buat perkara yang sama, kerana bagi aku,  apabila sesuatu kes itu sedang dimahkamahkan di depan hakim oleh peguam masing2 maka janganlah tunjuk bodoh mendahului mahkamah. 
Nak spin sampai dunia kiamat pun,  tunggulah kes selesai. 

Apapun kita simpati,  mereka kehausan isu.. 
Mereka perlu hiburkan hati sendiri. 



# PAKATAN HARAPAN
Pengerusi: Tun Dr Mahathir
Ketua Umum: DS Anwar
Presiden: DS Dr Wan Azizah
Timbalan Presiden: Muhyiddin,  Lim Kit Siang & Mohamad Sabu
Naib Presiden: Azmin,  Chong Chien Jen,  Salahuddin,  Mukhriz
Ketua Setiausaha: Saifuddin
Bendahari: Kula Segaran




Wednesday, July 12, 2017

SAKA JHO LOW SEDANG MERAYAU MENCARI MANGSA

Sudah ramai individu yang dikaitkan dengan Jho Low mendapat musibah,  denda dan ke penjara,  paling tidakpun nama tercemar. 


Setakat ini Jho Low masih bebas,  bermewah dan sukar dikesan kerana lebih banyak hidup atas air dari darat. Sedangkan mereka yang ada kaitan dengannya secara langsung atau tidak sedang merana. 

Bagi mereka yang ada kaitan secara langsung atau tidak,  berwaspadalah,  nasib buruk dan sial just around the corner,  anytime akan ketuk pintu rumah anda.. 

Tuesday, July 11, 2017

MENDAHULUI DAN TERDESAK SAKAN

Bestnya di Malaysia, ROS belum hantar surat kepada DAP arahan pemilihan semula tetapi Zahid dan semua pemimpin dah beri komen DAP "bersalah".

Bagaimana agaknya mereka tahu DAP bersalah sedangkan semua orang belum tahu isi kandungan surat ROS dan DAP bersedia menjawab atau menjelaskannya. 


GAMBAR: Pecacai sudah bersiapsedia menyerang PH.... Takutnyaaaa... 

Begitu juga dengan penubuhan RCI Forex,  siasatan belum tamat,  Tun Mahsthir tidak dipanggil,  pembentangan laporan belum buat tapi menteri dan pemimpin umno dah tahu Tun bersalah. 

Bukan sahaja menteri dan pemimpin,  pecacai bawahan low class pun dah tahu siapa yang bersalah.. 

Logiknya,  kes belum siasat,  belum siasat tentulah belum didakwa atau belum tentu didakwa dan bila tidak ada pendakwaan, ertinya tiada lagi kes,   belum ada kes,  belum ada dakwa,  belum ada mahkamah,  belum ada hakim... Tiba tiba menteri,  pemimpin,  pecacai sudah menjatuhkan hukum salah. 

Jangan tunjuk sangat gelabah tu.. 





# DAP kena semak semula,  arahan datang dari mana sebenarnya sebab ada dua ROS di Puterajaya. 

SURAT WARNING PUNYA PASAL




Mukriz mula diserang...

Mukhriz beri tempoh sehingga 1 petang 12/7/17 untuk najib minta maaf berhubung kenyataan Najib bahawa Tun berusaha PM kan Mukhriz (?)
Kenyataan ini boleh menggangu perbicaan mahkamah atas saman Mukhriz ke atas Setiausaha Akhbarnya..

Kikikiki
Panas beb...

Kelansungan Mukhriz ke atas Najib, bekas bossnya menunjukkan dia cukup berani kerana tiada file keburukan sepanjang perkhidmatannya dengan kerajaan yang tersimpan di JPM.

Tiada file khalwat
Tiada file songlap

Tiada file yang boleh diguna untuk menekan atau mengenakannya.

Monday, July 10, 2017

BAHAGIA TIDO MALAM YANG LENA

Malam ni tak nak cerita pasal politik.. 
Kalau cerita pun,  asyik sebelah pihak je yang kena, isu bertimbun,  tak larat nak tulis.. 

Kalau setiap isu dibayar dedak macam gang sebelah sana,   dah lama aku jadi JUTAWAN, pakai alpard,  audi...tapi lebih takut kalau Allah hantar SAWAN. 

Bila tulis pun,  penat buat tajuk.. Cai tak ada hujah,  tulisan merapu,  info sewel..penat melayan,  penat membaca-buang masa.. Low class standard. 

Malam ini cerita pasal kebahagiaan.. 
Bahagia walau duit kurang.. Lebih lebih lagi amal 5 waktu solat.. Jiwa tenang

Jangan derhaka atau biadap kepada ibubapa atau orang yang lebih tua.. Tegur nasihat mereka sapa dengan baik...tiada bapa yang mahu melihat anaknya sesat,  munafik, masuk neraka jahanam...

Orang Jawa tak ajar anaknya songsang,  warning bapa,  ugut bapa.. Nak buka aib si bapa? 
Anak apa macam tu?  Tak guna ada nama pangkal Dr kalau adab pun tak ada.. Sendiri sakit jiwa,  rawat dulu.. Pi berubat. 

Tidor malam,  lena,  jenere.. 

Tak banyak benda nak fikir.. 
Hutang tu ada le sikit sikit.. 
Rezeki pun halal.. Tak siapa persoalkan.. 
Barang kemas bini.. Ada le seurat dua.. Kalau ada yang besar² tu zhulian,  emas celup, buat bergaya je... 

Minggu lepas,  bawa anak bini makan angin. Pi bukit bendera,  bersih,  nyaman.. 
Pakai duit tabung.. Kami memang menabung sejak kecik.. Hidup atas kemampuan..
Tauladani cara Pak Jokowi,  bercuti ke German guna duit sendiri.. 

Bila tidor cukup..
Bangun pagi segar.. 
Muka berseri.. 
Tak ada le macam singa lapar.. 

Alhamdulillah, di pejabat sekarang dah jadi Pengurus.. 
Amanah jadi amalan.. 
Staff dah cukup tempoh dipencenkan,  jangan suka suka tambah lanjut tempoh untuk kepentingan peribadi... Ada udang sebalik mee.. 

Duit keluar masuk memang banyak,  kalau songlap pun boleh.. Tapi Allah nampak, sepandai pandai tupai melompat,  akhirnya tersungkur ke tanah.. Ayah selalu pesan tu. 

Nak kaya,  berhenti kerja, bersara politik.. Berniaga,  tak pandai, belajar dengan Sultan Johor... Bermewah sampai ke bulan pun tak ada orang kesah... 

Kais pagi makan petang hidup kami.. 
Tak adalah gali lubang tampal lubang.. 
Tak adalah terfikir nak pau orang sana sini untuk bayar hutang.. 
Tak adalah terfikir nak gadai tanah pusaka untuk bayar hutang.. 
Tak ada lah nak kenakan orang itu orang ini untuk nak kaberap tunjuk diri sendiri baik.. 

Jom kita bahagia.. 
Sederhana.. Ukur baju di badan sendiri.. 
Berkawan dengan orang baik baik.. 
Tak adalah kawan makan kawan.. Jangan sampai dia sedap berkapal mewah,  kita sedap dibalun dari bawah... 

Hidup tak lama.. 
Tarbiah anak bini jumpa tok guru yang baik..
Jangan harapkan lebai,  bagi sekali nak berkali kali.. 

Hidup tak lama
Al Quran dan Hadis jadi pengimbang.. 
Sedekah, ilmu yang manafaat dan doa anak yang solleh yang akan iring.. 

Pergi ke alam barzah dengan kain kapan (bukan dengan jet peribadi) dan dakwa dakwi di padang masyar (no AG,  no pak arab,  no selfie) 

Kongsi kesedaran, politik rehat sekejap. 
Jangan stress,  panik... 

Happy Birthday To My Daddy.. 



Ada rezeki,  jadi boss sekali lagi.. 




PALING KELAKAR BILA TMJ KATA, YANG BELUM PANDAI MENUNGGANG KUDA PUN DIPILIH MAIN POLO WAKILI NEGARA (?) Menteri Sukan kena beri teguran pada persatuan tersebut.

Dalam ketika rakyat bergembira menyambut Syawal,  ratusan ribu menghadiri rumah terbuka MO1, kenapa tiba tiba TMJ kata Malaysia sedang sakit (?)

Tidak stabil (?)
Yang kaya bertambah kaya..  (?)
Rasuah telah menjadi budaya..  (?)
Media melindungi rasuah.. (?)
Si hipokrik disanjung.. (?)
Pemimpin politik nak jadi selebriti dan ahli sukan,  yang tak pandai berkuda pun dipilih main polo wakili negara.. (?)
Jet peribadi pun disebut.. (?)
....

Jika lah yang bertanya khabar ini pak tua di hujung kampong.. (?)
Tentulah besok pagi ayam betina,  babi hutan,  anjing kurap bersahut sahutan.. 




# Satu open house perdana akan berlangsung 12-15/7/2017, 3 hari di T6, di kw asan parlimen Sembrong dengan peruntukan RM3 juta.