Sunday, October 1, 2017

SENARAI CALON BN UNTUK PRU14

Difahamkan sebahagian senarai calon BN untuk PRU14 telah dihantar kepada SPRM untuk disemak dan ditapis samada terdapat unsur korup (?)

Yang sedang didakwa, lulus ke?
Yang dipanggil siasat, lulus ke?
Yang di"adukan" kepada SPRM, lulus ke?
Yang disebut sebut media dalam dan luar negara lulus ke?
Kalau semua di atas turut juga berada di tangan PDRM dan RCI lulus ke?

Peranan SPRM mungkin sekadar menasihat parti tanpa ada kemestian parti tersebut tolak atau terima.
Jika benar, rakyat tidak juga tahu status calon jika dicalonkan samada calon itu bersih atau tidak..


PH difahamkan telah menolak cadangan SPRM untuk menghantar senarai calon..
Mungkin kerana calon² mereka semuanya bersih atau bimbang di manipulasi dan di politik kan...
Kalau dihantar...sudah tentu nama² seperti lim guan eng. Tun dan Azmin tidak lepas...

Tetapi jauh lebih dari itu, setakat manalah ketelusan dan keberanian SPRM..

Setakat mana berani menyatakan calon Pekan Mohd Najib bin Abdul Razak juga tidak lepas dan tidak lulus... (????)






Saturday, September 30, 2017

KENAPA TIADA DERMA UNTUK KJ BAYAR ANWAR

Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli memohon sumbangan orang ramai untuk membantu beliau menyelesaikan bayaran ganti rugi sebanyak
RM300,000 dan kos lain berkaitan saman fitnah National Feedlot Corporation (NFC) terhadapnya.
Anggota parlimen Pandan itu mengumumkan beliau telah mengutip sejumlah RM1,585,014.49, iaitu lima kali ganda daripada jumlah yang sepatutnya dibayar.
Sumbangan itu katanya diterima daripada pelbagai pihak.
"Daripada 5,135 orang penyumbang, 1,575 merupakan orang Melayu, 2,903 Cina, 348 ialah orang India, 40 bumiputera Sabah dan 91 ialah bumiputera Sarawak.
"Lebih kurang 2,300 orang penyumbang tidak diketahui memasukkan wang ke mesin deposit tunai yang kami tidak dapat kenal pasti mereka," tambah beliau.
Rafizi berkata terdapat juga anggota parlimen PAS yang menyampaikan sumbangan ketika di Dewan Rakyat walaupun hubungan renggang antara PKR dan PAS.
"Ketika ceramah di Temerloh, seorang wanita tua memberikan wang RM20 yang dikepilkan bersama nota mengucapkan sokongan," tambahnya dalam satu kenyataan.

Read more at https://www.malaysiakini.com/news/390808#hjvItUODX25jbSLQ.99




# Walaupun kita tahu secara peribadi Kj mampu bayar kerana memang sejak kecil menabung, tetapi pungutan derma boleh menunjukkan kemiskinan orang umno secara keseluruhannya dan boleh juga sebagai kayu ukur populis 

PENANG SELANGOR JOHOR MELAKA NEGERI SEMBILAN PERAK KEDAH PUSAT




We must set our sights higher for we must aim not only at a new Pakatan Harapan Federal Government in Putrajaya and ensure that Penang and Selangor remain firmly in the hands of Pakatan Harapan.
We also want to establish new Pakatan Harapan state governments in Johor, Malacca, Negri Sembilan, Perak and Kedah.
[Speech (2) at the launch of Johor Pakatan Harapan at Taman Dahlia, Tampoi, Johor Baru on Friday, 29th September 2017 at 9 pm]

BAGAIMANA PULA YANG INI PUN JAWAB TAK TAHU..

Alasan Najib tandatangan tanpa baca dokumen, bodoh – Muhyiddin

 | April 16, 2016
Najib tidak boleh terlepas dan perlu bertanggungjawab terhadap kelulusan transaksi wang dalam 1MDB
MUAR: Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin membidas kenyataan Peguam Najib, Datuk Hafarizam Harun bahawa tandatangan Perdana Menteri pada dokumen 1MDB adalah semata-mata memenuhi keperluan tadbir urus korporatnya justeru beliau tidak bersalah.
Muhyiddin menyifatkan alasan bahawa Datuk Seri Najib Razak tidak semestinya mempunyai pengetahuan dalam menandatangani dokumen 1MDB sebagai kenyataan ‘bodoh’.
“’Bodohnya peguam… kalau saya, saya tidak akan memilihnya jadi peguam saya, kerana akan kalah. Mana boleh kita tanda tangan dokumen transaksi penting sambil lewa?
“Najib perlu mendalami segala dokumen yang ditanda tangan dan bukannya meluluskan sesuka hati,” katanya di forum ‘Pidato Selamatkan Malaysia’ yang dihadiri 1,000 peserta di sini semalam.
Forum itu dianjurkan oleh badan bukan kerajaan, NGO Gabungan Selamatkan Malaysia.
“Semua dokumen dalam transaksi 1MDB perlu kelulusan Perdana Menteri (Najib). Mana poleh tandatangan sahaja seperti ‘sign’ buta?
“Najib tidak boleh terlepas kerana dia individu yang membuat kelulusan. Perkara itu juga telah disebut di dalam laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC),” katanya lagi.
Terdadulu, Hafarizam berkata majlis menandatangani dokumen tidak semestinya bermaksud perdana menteri mempunyai pengetahuan mengenainya atau membuat keputusan mengenai perkara berkaitan 1MDB.
Ekoran itu, Muhyiddin sekali lagi mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak supaya meletakkan jawatannya berikutan tindakannya menandatangani dokumen berkaitan 1MDB tanpa membacanya.
Katanya, Najib tidak boleh terlepas dan perlu bertanggungjawab ke atas segala tindakan itu yang telah menyebabkan syarikat di bawah kementerian kewangan itu menangung beban hutang yang banyak.
Perkara 117 dalam memorandum dan artikel penubuhan syarikat (M & A) menyatakan bahawa Perdana Menteri perlu menandatangani semua keputusan penting.

Friday, September 29, 2017

BERAPA BANYAK TAK INGAT DAN TAK TAHU..

# Aziz terlibat secaca lansung tetapi masih banyak tak ingat dan tak tahu..Ianya kadangkala logik sebab peristiwa tersebut sudah lama berlaku..


Kalau ada yang tidak terlibat secara langsung dan tidak diberitahu menjawab TIDAK TAHU. Jawapan itu tersangat sangatlah logik..


RCI Forex: Bank Negara Malaysia Rugi RM31.516 Bilion Pada 1991-1994

Suruhanjaya Siasatan Diraja mengenai kerugian urusniaga mata wang asing diberitahu bahawa Bank Negara Malaysia (BNM) mengalami kerugian berjumlah RM31.516 bilion dalam urusniaga mata wang asing bagi tempoh 1991 hingga 1994.
Bekas Pengurus Akaun BNM Abdul Aziz Abdul Manaf berkata angka kerugian itu dinyatakan dalam akaun penyata tahunan untung/rugi bank pusat berkenaan.
Abdul Aziz, 64, berkata maklumat itu diperoleh ketika beliau menyiapkan laporan mengenai kerugian BNM dalam urusniaga mata wang asing bermula dari 1989 hingga 1994 selepas diarahkan oleh bekas Gabenor BNM Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz pada 2007.

“Jumlah kerugian yang dicatatkan bagi tempoh 1988 hingga 1989 adalah sebanyak RM3.031 bilion,” katanya yang merupakan saksi pertama pada prosiding suruhanjaya siasatan diraja itu.
Abdul Aziz, yang membaca pernyataan saksi pada prosiding itu, berkata beliau tidak dapat mengingati sama ada arahan untuk menyiapkan laporan terbabit diterima secara lisan atau melalui surat daripada Zeti Akhtar.
“Zeti Akhtar meminta saya mengumpulkan semua maklumat mengenai semua urusniaga mata wang asing BNM pada tempoh itu dan saya menyiapkan laporan itu pada 18 April 2017 dan kemudian menyerahkan kepada beliau,” katanya.
Abdul Aziz berkata selepas tugas itu diselesaikannya, beliau tidak mengetahui apakah tindakan susulan yang diambil oleh Zeti Akhtar berhubung laporan itu.

Katanya beliau tidak ingat kaedah atau dasar perakaunan yang diterima pakai oleh BNM berhubung urusniaga mata wang asing.
“Berdasarkan maklumat yang dikumpulkan dalam laporan ‘Accounting Treatment of Losses Arising From Active Reserve Management 1988-1994’ bertarikh 18 April 2007, saya tidak pasti sama ada berlaku penyediaan perakuan berhubung urusniaga mata wang asing di luar kebiasaan kerana saya tidak terlibat dalam penyediaan akaun tahunan BNM pada masa itu,” katanya.
Abdul Aziz juga berkata beliau tidak pasti sama ada terdapat polisi bertulis mengenai urusniaga mata wang asing di BNM ketika itu.
Datuk Ahmad Hizzad Baharuddin, 54, pula memberitahu suruhanjaya siasatan diraja itu bahawa beliau menerima arahan daripada pihak atasan pada April 1993 untuk menyiapkan laporan bagi menyiasat punca kerugian yang dialami BNM.
Saksi kedua itu, yang ketika itu berkhidmat sebagai Auditor Dalaman BNM, berkata tujuan laporan itu disediakan bukan untuk mengenal pasti pihak yang bertanggungjawab sebaliknya mencari langkah seterusnya bagi mengatasi masalah terbabit.
Beliau berkata berdasarkan audit yang dijalankan, terdapat polisi bertulis mengenai urusniaga mata wang asing di BNM pada ketika itu tetapi beliau tidak mengingati butirannya secara terperinci.

“Sistem daripada aspek ‘check and balance’ yang ada di BNM berhubung pelaksanaan urusniaga wang asing oleh BNM wujud tetapi tidak mencukupi,” katanya.
Ahmad Hizzad berkata pemerhatian audit terhadap ‘processing section’ di Jabatan Akaun BNM antaranya mendapati adanya fungsi pemprosesan yang tidak mencukupi, kemungkinan laporan tidak lengkap berhubung keuntungan dan kerugian daripada operasi pertukaran mata wang asing serta bank tidak menilai semula urus niaga pertukaran wang asing ke hadapan dari masa ke semasa.
Katanya beliau difahamkan terdapat ‘External Reserve Committee (ERC)’ ditubuhkan dalam BNM untuk mengawal selia dan memantau urusniaga mata wang asing yang dibuat oleh BNM.
Beliau berkata ‘dealers’ diberikan had tidak melebihi US$125 juta manakala tiada had ditetapkan untuk ‘adviser/pengurus’ dalam Jabatan Bank, BNM berhubung urusniaga mata wang asing yang dibuat oleh BNM.
Pada 21 Jun lepas, Kabinet bersetuju menubuhkan RCI bagi menyiasat kerugian AS$10 bilion dalam tukaran mata wang asing BNM pada 1990-an.
Prosiding Suruhanjaya Siasatan Diraja itu, yang diketuai Pengerusi Petronas Tan Sri Mohd Sidek Hassan, bersambung Khamis ini.

Thursday, September 28, 2017

MANA SATU YANG BETUL NI..

Selepas menyepi politik hampir 7 tahun kerana kecewa dengan kepimpinan paklah pada masa itu,  lebih sebok dengan dunia seni, dengar politik dari jauh, cuma baru enam bulan lepas menjenguk semula dengan politik, membaca dan bergaul semula dengan orang politik dengan kedua dua pihak.

Dari segi isu, begitu banyak isu berat yang menimpa umno dan gagal ditangani dengan baik. Hatta PM dan TPM sendiri terjebak dalam bahan jenaka.

Berbeza dengan zaman Mahathir dan Anwar, campurtangan atau statement mereka merungkai dan meredakan semua pihak, selesai, back to normal.

Bagaimanapun untuk menang PRU satu perkara lain, agak sukar.
Menang di hati rakyat, sokongan majoriti rakyat tetapi tewas dengan pelbagai teknikal dan taktikal umno di peti undi.

Pembangkang kalaupun tidak boleh tawan Puterajaya tetapi boleh menambah atau fokus menang di Johor dan Kedah.
Menang di Johor lemahkan umno - menang di Kedah lemahkan PAS, jika ini berlaku automatik Puterajaya dan beberapa negeri lain dapat ditawan.

MCA dan MIC boleh hilang semuaya kerusi jika Melayu Bangkit menentang pengkhianat dan lanun.

SATU PERKARA YANG JELAS POLITIK KOTOR BN ADALAH




??? umno kata DAP akan dominan, Mahathir diperalatkan oleh lim kit siang
??? mca kata Lim kit siang jadi puppet Mahathir...

APA PULA STATUS JHO LOW DI KACAMATA UMNO DAN MCA???

Realiti itu menyebabkan umno sedar kali ini Melayu sokong PH secara langsung dan sokong DAP secara tidak langsung akan bertambah berbanding era paklah dan berbanding era awal Najib sebagai PM.

Bagaimanapun majoriti pengundi kurang lagi tersentuh dengan isu kaum sebaliknya memilih pemimpin yang baik, berakhlak, tidak korup untuk memaju dan jadi ketua negara.

Memburukan Mahathir satu yang "seronok" dan membantu tetapi hakikatnya suatu yang silap besar apabila semua perancangan backfire.



Orang Melayu Islam umno harus mempunyai satu ingatan, yang mereka lawan, musuh mereka bukanlah Mahathir tetapi diri mereka sendiri yang berbohong pada diri sendiri, berbohong kepada pemimpin bawahan, berbohong kepada akar umbi berbohong kepada rakyat.

Bukan setakat berbohong, ada juga menipu.
Rakyat angguk segala janji manis, propaganda, spin, fakta auta yang mereka lontarkan tetapi di hati lain bicara. Ramai yang mahu jadi pemusnah senyap umno di peti undi.

Tidakkah mereka sedar rakyat sedang menonton lakonan  mereka....Rakyat sedar pemimpin tahu hakikat sebenar, pemimpin mengeluh sesama mereka tetapi hipokrik di depan rakyat...
Mereka Lebih kenal dan tahu sesama mereka.

Akuilah akan silap, salah, tamak dan haloba yang sedang mereka bawa dan apa yang mereka pertahan dan kejar???

Siapa yang jadi saksi mereka.





Mustakim Adli
SKUDAI KIRI

Keyakinan

  1. Seminggu dua ni ramai sangat leader dan owner dari syarikat networking yang lain call saya. Mereka nak jumpa, nak meet & great, nak...