Google+ Followers

Sunday, October 8, 2017

APA RASIONALISASINYA PEMOTONGAN BAJET KEMENTERIAN² KALAU KATANYA KERAJAAN ADA DUIT

KERAJAAN ADA DUIT
Begitulah kata Najib..
Tak pasti duit dalam bentuk apa (?)
Tunai, unit, atas kertas atau dibibir sahaja..


Dalam masa yang sama kerajaan masih mengumumkan projek mega dan billion yang akan dan bakal dilaksanakan.
Adakah ini sekadar untuk gambaran kerajaan ada duit.


Menoleh sebentar ke belakang, banyak projek tidak dilancarkan langsung, terrbengkalai dan masih banyak yang jauh dari sasaran..

Perumahan mampu milik (?) Tak sampai 10% dari sasaran..
Kemiskinan sifar (?) hakikatnya penerima BRIM bertambah (?) Rakyat makin miskin (?)

Dari segi pungutan cukai, Kastam kejar pembayar cukai GST hingga ke lubang cacing, kurang RM100 terlewat bayar pun nama sudah disekat ke luar negara...sangat cekap.

Tetapi ke mana duit GST itu (?)
Kalau sebut, buat bayar hutang, melenting bukan kepalang (?)
Tetapi hakikatnya bajet jementerian² terus dipotong.. Kesannya pada siapa (?)

SIAPA YANG MENGHALALKAN KORUP DAN SALAHGUNA KUASA (?)



Siapa yang masih boleh berkompromi dengan budaya korup dan salahguna (?)

Berapa banyak kah sangat keutungan politik jika sanggup bersekongkol dengan puak korup dan salahguna kuasa (?)

Apa kedudukan pemimpin yang korup di sisi Islam..bukankah tidak lebih sama haram sama berat dosanya seperti makan babi (?)

Dan si pemakan babi ini pula membahagi bahagikan daging babi itu kepada yang lain, lalu di makan dengan sedar, halalkah (?)

Apabila si pemakan babi dan yang turut sama makan babi mahu jadi pemimpin di kalangan kita, bolehkah (?)

Apabila kamu melakukan dosa, siapa yang tahu (?)
Setelah berdosa layak kah kamu mendabik dada, tanya mana bukti (?)
Siapa yang kamu mahu tipu (?)

Kalau puak kapir pun tahu korup dan salahguna adalah salah di sisi ugama dan etika, tentulah lebih teruk mereka yang menjadikan korup dan salahguna mereka sebagai amalan hidup.

Mereka tidak kesal, tidak bertaubat sebaliknya  terus mengikut jalan yang tidak lurus.
Menzalimi diri sendiri, layak kah mereka berfikir mereka akan dibantu Allah.


Saturday, October 7, 2017

CIKGU, CIKGI, PENJAWAT AWAM, MOKCIK² FELDA KATA U CAN RUN BUT U CANNOT HIDE


MAKIN LAMBAT PILIHANRAYA, MAKIN BANYAK ORANG KAMPONG TAHU..


ORANG KAMPONG DAH KURANG TENGOK TV3...


DI SELANGOR HANYA JAMAL YANG BERTUNGKUS LUMUS

Tak berbaloi tiga mantan MB Selangor dipakai semula baju perang umno sedangkan hakikatnya noh omar tak buat kerja dan zein isma meroyan promote diri.

Yang benar dan betul² bekerja sungguh² untuk rampas Selangor adalah Jamal. Minggu lepas pecahkan botol arak, dah kena cekup dengan polis.

Dah bebas, tak ada pendakwaan???

Minggu depan nak buat pesta ais kerim pula,  idea budak tadika..

Jika setiap minggu implement idea kepala hotak Jamal, Azmin memang bungkus..


JEBON DAN PEMBOHONG BESAR..

Pemimpin umno lebih baik upah tukang sihir, tok nujum untuk membuat pelbagai ramalan ke atas Tun, Lim kit siang, azmin dan lain² kalau benar² kemaruk bahan dan isu untuk memburukan.

Mempercayai tukang karut penulis fitnah tersohor sangat² melucu dan desperado tahap gaban, bahasa pasar yang sangat sesuai.

Semuanya gara² tak boleh tahan dengan realiti pendedahan Syed Saddik yang terkena batang hidung.

Bila dikatakan Tun bayar lim kit siang 1B, bagaimanapula sebelum ini kata Tun diperalatkan lim kit siang.
Logik ke Tun bayar Lim, lepas tu Tun di peralatkan??????

Memang jebon dan pembohong besar puak ni.