Tuesday, November 21, 2017

BUNGA² KEBENARAN PERJUANGAN PH MULA DIAKUI UMNO

Perancangan kerajaan memantau dan mengkaji semula harga petrol merupakan sebahagian dari perjuangan PH.

Malah kajian semula harga perol kepada yang lebih berpatutan memang sudah dijanjikan oleh PH dalam tempoh 100 hari jika menjadi kerajaan baru.

Terkesan dengan janji tersebut dan menyedari ia menjejaskan undi BN, kerajaan mula merancang tambahan subsidi.

Malangnya kerajaan hanya berbuat demikian jika paras petrol RM2.50 seliter berterusan 3 bulan..

Dalam ertikata lain paras harga tersebut sudah berada dalam perancangan untuk memeras dan mencekik rakyat sebelum kerajaan jadi prihatin menjelangnya PRU.

Dalam menghadapi kezaliman seperti ini sewajarnya NGO dan Persatuan Pengguna seperti PPIM merancang pemboikotan petrol di kalangan rakyat.

Persatuan pengguna wajar bergabung dengan suara  rakyat bagi menunjukan bantahan dan boikot secara besar²an.

Sudah sampai masanya PPIM membela pengguna dalam scale yang lebih besar.

Sudah tidak syak lagi gabungan parti dalam PH mempunyai perjuangan dan missi yang relevan dan  rapat dengan rakyat.


Tongas

Monday, November 20, 2017

PH KENA MUHASABAH DIRI

Walaupun dilaungkan pendaftaran PH belum diluluskan sebagai petanda Najub takut memang tidak diragukan tetapi ia tidak menyelesaikan masalah dan ROS mempunyai sebab yang jelas untuk tIdak meluluskan.

Kekecewaan kerana Menteri Dalam Negeri tidak ada "di dalam" untuk ditemui dan kegagalan pihak ROS memberi jawapan awal kekurangan permohonan tersebut bukan patut dijadikan alasan, salahkan diri sendiri.

Semua pemimpin sebok "berpolitik" hingga lupa tugas tanggungjawab dan kerja yang perlu dibuat dan disempurnakan. 

Segala dan semuanya mahu bergantung kepada Tun hingga soal membuat susulan permohonan kepada ROS pun perlu tungu Tun. Apa tugas sekretariat dan setiausaha agung PH, goyang telor?

Begitu juga kegagalan PPBM mengujudkan cawangan, bahagian dan Mesyuarat Agung juga sangat mengecewakan. Kalaupun kecil dan tiada jutaan ahli itu bukan satu kelemahan.

Memang sudah ramai yang malas berparti tetapi sanggup memberi sokongan dalam bentuk lain.
Hatta perjuangan Tun sendirian melalui blog che det pun sudah mengoyangkan umno.

Apa Presiden, Timbalan Presiden dan Setiausaha Agung buat???
Apakah Muhyiddin dan Mukhriz masih "lembab" seperti di dalam umno dahulu..

Hakikatnya di PPBM sendiri musuh dalam selimut sentiasa berkeliaran dan mereka merupakan jerat yang dipasang dan tidak pernah melupakan mangsa walau sesaat.

PPBM boleh runtuh dan hancur bila bila masa sebelum PRU atas perancangan kuasa dan duit sekaligus merosakan ikatan  PH dan Tun akan dipersalahkan sepenuhnya.


Di PH sendiri masih ada puak yang merasakan mereka paling suci dan dewa untuk Tun minta maaf.. Mereka masih simpan dendam untuk salahkan dan burukan Tun.

Tak buat kerja, lengah dan lewat dalam memenuhi kehendak ROS juga satu pengkhianatan kepada perjuangan Tun dan pengkhianatan kepada harapan rakyat.






Ketidakstabilan pemimpin umumnya datang dari PPBM kerana sebahagiannya masuk ke parti tersebut atas kwcewa dan mereka inilah mudah disogok. Sangat sedikit berjuang atas keikhlasan dan kesedaran.

Teras sebenar PPBM adalah dari bukan ahli tetapi rakyat biasa seperti kami yang tidak ada kepentingan diri sekadar mahu melihat perjuangan nilai Islam seperti amanah dan akhlak terpacak di bumi Malaysia.


Asal bukan.ummo
Aamiin..


# Shahrudin akan disasat sebagai amalan biasa atas aduan 8 Ketua Bahagian PPBM Johor.

TAK CUKUP LAKI BERKEMPEN, BINI PUN CAMPUR KEMPEN JUGA, KUNCA LANA TUL PUAK NI...







Mungkin Rosmah boleh senaraikan siapa yang Najib sudah tolong tapi kini memfitnah (?)
Apakah termasuk Tun, Muhyiddin, Mukhriz dan Anwar.
Apa pula sangat bentuk pertolongan tersebut..

Bukankah Tun, Muhyiddin dan Mukhriz yang berusaha mengundurkan paklah dan memberi laluan mudah untuk Najib sebagai PM (?)

Bukankah Najib yang menghalang Mukhriz sebagai Naib Presiden semata mata mahu Hishamuddin menang Naib Presiden dan campurtangan Istana untuk menyokong (?)

Bukankah Anwar yang merestui Najib sebagai Ketua Pemuda menggantikannya (?)

Apa juga pertolongan Najib kepada wan azizah, azmin, lim kit siang, lim guan eng atau mat sabu kerana mereka juga membuat beberapa kenyataan realiti ke atas Najib.

Rosmah juga perlu senaraikan apa fitnah yang dibuat ke atas Najib dan dirinya (?)
Setakat mana mereka telus dan berani membuktikan  itu semua fitnah...bolehkah mereka menjemput SPRM datang ke rumah atau mengizinkan RCI (?)

Tidakkah Rosmah terfikir, bahawa Najib yang perlu berterima kasih dan terhutang budi kepada rakyat yang mengangkatnya menjadi PM dan isteri PM.
Tanpa rakyat bolehkah  mereka, laki bini hidup mewah seperti sekarang, boleh cukup ke dengan duit tabungan sejak kecil.

Jangan fitnah rakyat.

Sunday, November 19, 2017

DIPECAT PARTI SENDIRI




KEMASKINI SELINGAN:





POSTING ASAL:

Trauma dan dibimbangi sesiapapun tetapi ia boleh berlaku di mana sahaja, bila bila masa - perancangan Allah jauh lebih sempurna dan advanced.


Akhirnya Mugabe dan isteri dipecat dari parti pemerintah, juga mengakIri cita cita Grace, isteri Mugabe untuk menggantikannya.


Tali leher merah kesukaannya di saat saat akhir tidak mampu membantu mempertahankan diri dipecat oleh partinya sendiri.







Saturday, November 18, 2017

BEREBUT REBUT PULAK DAH SIAPA YANG LEBIH BERJIWA BESAR...



Anwar sekadar sakit bahu tetapi yang datang ambil restunya semua jenis kes berat.. mandatori.

Bolehkah semua orang bebas datang melawat seorang banduan (?)

Siapa yang berjiwa besar, aku lontarkan soalan ini kepada NGO, katanya tengoklah kepala bapak siapa yang lebih besar.

Bagi mereka seekor dua  yang kenal KD, sudah tentu mereka tahu siapa yang akan KD angkat sebagai yang paling berjiwa besar, mungkin tidak kali ini..

Tanya orang politik....niinndiiaaa depa angkat pemimpin sekapaii...baaeeekkk punya. Sangat sukar memberi kelebihan kepada musuh atau pesaing..

Ayat biasa zahid..lawatan biasa, tiada agenda politik ?? Qaplah jingga.

Peluang terbesar ditungu, lim kit siang atau lim guan eng masuk hospital walaupun sekadar demam biasa....tengok siapa yang lebih awal.

Memandangkan gambar hanya dinaikmuat oleh mereka yang melawat, nyata gambar Zahid lebih win.

Anwar pegang tangan Zahid sebagai menerimanya dengan baik, mungkin tanda terima kasih atas beberapa kelonggaran dan kemudahan yang diberikan oleh penjara atas kebenaran Zahid.
Semua senyum kecuali anak2 Anwar..

Apapun kemungkinan besar atas ehsan lawatan ini, Anwar boleh dirawat lama seperlu mungkin.

Jangan lupa, kemalangan ke atas Anwar, "ter"kemalangan atau kemalangan dirancang. Berapa tahun pula tempoh siasatan. Jangan sampai si pelaku sempat pula lari ke Australia..

PDRM pun kena berjiwa besar, jangan rosak jiwa seperti siasatan 1MDB yang bertahun, belum ada penghujung... Atau PDRM dijadikan kambing hitam, surong tarik pihak tertentu memperlengah untuk kepentingan...jangan sampai nyawa tercabut ketika melacur amanah yang dipikul.

Antara Zahid, Anwar dan Najib..sudah tentu yang berjiwa besar adalah Rosmah Mansor (RM).

Tanpa minat politik, tanpa kemaruk kuasa, tanpa minat campurtangan urusan negara malah di FITNAH serata dunia, dia sanggup diheret bersama menemani suami tercinta yang desperate menang pilihanraya.

Inilah jiwa besar, pengorbanan besar, do or die.








OTAI TURUNKAN ILMU ...

16/11/2017, 10:48 AM




```Seorang pakcik, berumur 90-an,  datang ke sebuah bank untuk menyimpan duit.
Beliau menyimpan duit setiap hari. Sekali simpan RM5 ribu, kadang2 RM8 ribu, ade jugak sampai RM12 ribu!!```

```Hal ini menarik perhatian Pengurus Bank.

Banyak betul duit pakcik ni, tiap2 hari datang sini simpan duit, fikir Pengurus Bank.
Pengurus Bank pun pergi mendapatkan pakcik itu di kaunter urusan. Maka berlakulah perbualan berikut:```

Pengurus Bank: Pakcik.. boleh saya tanya sesuatu?

Pakcik : Boleh.. ape salahnya..

Pengurus Bank: Saya pengurus bank ni. Saya dah lama perhatikan pakcik. Saya nampak pakcik simpan duit tiap2 hari. 5 ribu, 6 ribu, 10 ribu. banyak duit pakcik? pakcik keje ape sebenarnya?

Pakcik: Saya tak keje. saya menang bertaruh..

Pengurus Bank: Bertaruh? bertaruh camne tu?

Pakcik: Kalau nak tau.. kita bertaruh nak?

Pengurus Bank: Ok. saya tak kisah..

Pakcik: Macam ni.. 7 hari dari sekarang.. saya jamin.. 'telur' encik akan hilang..

Pengurus Bank: Hahahaha.. macamana pulak 'telur' saya bleh hilang ni? Kelakar!

Pakcik: Kalau encik tak percaya, tak apa. Minggu depan kalau telur encik hilang, encik kena bayar saya RM1000,
kalau 'telur' encik masih ade lagi, saya akan bayar encik RM1000, kita jumpa minggu depan, kat sini..

Pengurus Bank: Ok..

```Abis waktu keje, pengurus bank pulang ke rumah dalam keadaan takut. Walaupun tak percaya dengan kata2 pakcik tu, dia tetap risau.```

Diceritakan pada isterinya..
Sukalah sangat mereka dan sudah ada angan² si isteri untuk dapat handbag baru dwngan duit telur terpijak..

```Malam, sebelum tidur dia akan periksa 'telur' ade ke tidak. Bangun pagi, perkara pertama beliau lakukan.. periksa 'telur' kot2 kalau 'telur'nya betul2 hilang! Begitulah keadaannya sampai hari yg ke 7.```

```Pengurus bank amat gembira hari ini. dia akan dapat 'rezeki terpijak' RM1000!! 'Telur'nya masih selamat di tempat asal. Pakcik si kaki bertaruh sampai di bank dan terus menuju ke kaunter utk berjumpa pengurus bank tersebut. Pengurus bank menanti dengan senyuman..```

Pengurus bank: Pakcik.. hari ni memang bukan rezeki pakcik..

Pakcik: Kenapa pulak?

Pengurus bank: Nampaknya pakcik dah kalah.. 'telur' saya masih ada..

Pakcik: Ye ke ada? tak percaya la.. boleh saya periksa?

Pengurus bank: Silakan..

```Pengurus bank bangun dan pakcik itu menjolok dengan tongkatnya akan 'telur' si pengurus bank.```

Pakcik: Erm.. Nasib encik memang baik.. 'telur' encik masih ada. Nampaknya saya dah kalah kali ni..

```Pakcik itu menghulurkan RM1000 kepada pengurus bank..```

Pengurus bank: Hahahaha! itu la pakcik.. kalau nak bertaruh.. tengok org la dulu.. hahahahaha..

```Pakcik itu terus keluar dari bank tanpa berkata apa2..```

```Selang 10 minit kemudian, pakcik itu masuk balik ke dalam bank dan terus menuju ke kaunter untuk membuat urusan..```

Pengurus bank: Aik? datang balik? nak buat apa pulak ni?

Pakcik: Saya nak simpan duit.. Nah.. RM7000.. masukkan dalam akaun saya..

Pengurus bank: Tapi.... mana datangnya duit sebanyak ni?

Pakcik: Nampak Penolong Pengurus bank encik ini kat kaunter hujung yg tengah tengok kita tu?

Saya bertaruh RM7000 ngan dia yg hari ni saya akan jolok 'telur' pengurus bank ni..

Pengurus bank:
$@'"#!=$@):"!-@$''"*"






# Aku cuma lupa tanya siapa nama Pengurus Bank dan nama Penolong Pengurus bank tersebut...



Friday, November 17, 2017

PROMINENT POLITICAL ANTIBIOTICS : NAJIB LEBIH SAKIT DARI ANWAR






Apa yang berlaku apabila Najib lawat Hadi Awang - political disaster pada PAS !
Hanya yang kuat antibody sahaja dapat bertahan.

𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚?

  𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚? Kita jawab secara am "Letak RM10,000 berapa boleh saya untung?&q...