Wednesday, July 11, 2018

MINORITI MENGUASAI MAJORITI

Tun telah mencipta beberapa sejarah,  antaranya bukan sahaja PM kali kedua,  PM tertua di dunia tetapi juga membuktikan minoriti menguasai majoriti. Kerusi yang sedikit mengetuai kerusi yang banyak.

Semuanya kerana ikhlas,  otak yang tajam,  berakhlak,  amanah dan mampu - insyaAllah.

Ketakutan DAP menguasai negara dengan kerusi banyak nyata meleset,  hari ini DAP seperti anjing garang yang sudah kena ikat dan masuk sangkar,  cuma kelebihannya mereka dapat juga daging,  bukan semuanya tulang seperti sebelum.

Anwar,  Zahid dan Hadi walaupun hebat dari segi nama dan jumlah kerusi tetapi jangan overdo,  kena banyak belajar dengan jati diri dan bina watak seperti Mat Sabu.  Ikhlas dan redha.
Najib - manusia yang lalai.

Tidak siapa dapat menghalang atas apa yang Allah akan kurniakan atau tarik. Perancangan Allah lebih baik.






PERLANTIKAN RICHARD MALANJUN MEMBAWA HARAPAN.

Perlantikan yang tidak sempurna sepenuhnya tetapi terbaik dan tepat kepada kekeperluan perundangan.

Ia diperkenan dan dicadangkan oleh kedua dua pihak bertaraf Melayu dan Islam yang mempunyai kuasa mutlak (melantik dan memecat), waras dan mengikut Rule Of Laws.  Richard juga tidak dilantik seumur hidup.

Bantahan?
Datangnya dari siapa?
umno?
Wajar mereka melihat terlebih dahulu diri sendiri.
Sebelum ini apakah mereka golongan yang taat pada akhlak dan amanah?
Apakah mereka sebelum ini golongan yang mencegah kemungkaran dan menegakan kebenaran?

Bantahan?
Datangnya dari siapa?
Pas?
Mereka yang rasa lebih melayu dari melayu?  Lebih arab dari arab? Lebih Islam dari orang lain?  Yang menghukum, tidak sokong pas masuk neraka? Yang ponteng parlimen? Yang terima duit umno?  Yang tolak dap sebelum pru dan terima dap selepas pru?
Yang mana satu pendirian mereka, pagi cakap lain,  petang cakap lain, malam cakap lain?  hukum berubah ikut mereka? Doa ikut suka mereka?

Cukuplah kalau kita terima bahawa antara parti² yang berteraskan Melayu dan Islam bukanlah musuh yang kekal tetapi terpisah kerana sikap yang berbeza.

Marilah kita patuh pada ulil amri, menghormati perlembagaan,  jangan derhaka kepada Sultan dan Raja Melayu selagi tidak membawa kemudaratan,  maksiat dan dilarang Islam.

Melihat semua perkara dan peristiwa di dalam tempoh 100 hari, nyatalah Islam dan Melayu perlu bersatu, bersatu dalam satu wadah yang mengutamakan akhlak dan amanah,  itu yang akan dipandang tinggi,  dihormati disegani kawan dan lawan.

Hari ini,  kita sangat bertuah,  masih ada Melayu dan Islam seperti Tun yang mengatur strategi  menyebabkan musuh ketat seperti DAP menjadi kaku dan bisu dengan tindakannya yang seolah merendah,  melayani tetapi mencengkam kuat dengan kuasa mutlak.

Boleh faham ke tidak maksudnya.


PENDIRIAN PEMUDA UMNO KEDAH MEMPERJELASKAN WAJAH SEBENAR LOKMAN ADAM


PENDIRIAN PEMUDA UMNO KEDAH
umno bagai dilanggar garuda, pendirian yang berbeza sesama pemimpin dan "ubah" seperti yang diharap akar umbi tidak kesampaian,  80% masih muka lama muka "..mun" berkeliaran..
Sudahkah Majlis Tertinggi yang baru bersidang bagi menyelaraskan tindakan dan pendirian???

Larangan harus dikeluarkan kepada mana² pemimpin yang dilihat terlalu mendekati pemimpin yang sedang menghadapi kes mahkamah dan apa salahnya yang terlibat dengan kes mahkamah seperti jamal dan najib digantung sementara keahlian supaya suara serta tindakan mereka tidak mencerminkan umno.

Unless umno masih tidak kesah dengan persepsi umno dan koruup berpisah tiada?

Kj pun dah pesan pada pecacai,  mereka inilah yang turut mempercepatkan melingkupnya umno,  sedar dan insaflah,  jangan lagi jadi hantu,  kutu rayau dan pelacur di media sosial?
Setuju?



# Segala onar yang dilakukan oleh kerajaan umno masa lalu kini menjadi bencana kepada PH untuk selesaikan.





MUHYIDDIN TERUS LEMBAB..

Dari umno ke BERSATU,  kini dan selamanya, masih slow dan lambat dalam membuat keputusan.


UMNO belum diharamkan.





# Kalau ada yg bertanya kenapa masih sebok dengan umno?
Dulu pun masa DAP jadi pembangkang, org umno pun sebok juga hal DAP,  PKR,  PAS. AMANAH DAN BERSATU walau jadi kerajaan.
Jadi sebelum tanya fikir dulu.

Sekarang kerajaan PH berjalan lancar,  tiada isu besar kecuali yang digembar gemburkan.
Isu² kecil selesai dengan teguran rakyat.


Tuesday, July 10, 2018

APAKAH ADA KELEGAAN DAN LEBIH KEBEBASAN PADA PIHAK BERKUASA, KETUA JABATAN, INSTITUSI AWAM, NGO, DI ERA PH?

Itu soalan yang selalu bermain sejak PH pegang kuasa.

Persepsi jabatan² penguatkuasa undang² tunduk kepada tekanan dan kehendak politik najib/rosmah adakah benar?

Ada yang dibeli untuk sokong?  Ada yang sokong kerana disogok?

Korup di mana²?

Jika benar,  apakah sekarang situasi itu tidak berlaku lagi,  legaa dan bebas mengambil tindakan berdasarkan hak,  peraturan,  akta dan undang²..tiada lagi tangan ghaib?

Ketua Jabatan akan bercakap bebas atas kapasiti dan tanggungjawab mereka tanpa mendapat arahan khusus yang bertentangan dari mana² pihak ?

Atau ianya masih berlaku? Dan lebih teruk?

Siapa yang akan menjawab persoalan ini untuk menyatakan kebenaran?

Sudah tentu pandangan seperti dari lokman adam tidak mempunyai integriti ,  dia sendiri keliru dengan perjuangan politiknya.
Ahli Majlis Tertinggi untuk siapa?  Umno atau najib?







LOKMAN ADAM CALON UMNO DI DUN SG KANDIS?

Mungkin itu tempat selayaknya untuk lokman dan umno test market sekaligus membuktikan "ramai yang kesal pangkah PH di PRU14".

Boleh juga untuk jadi penilaian samada kasih sayang rakyat pada najib dan rosmah itu benar dan semua tuduhan yang mereka hadapi kini satu persepsi dan dizalimi? 

Apa guna dapat Timbalan Presiden (10 juta london) dan Naib² Presiden,  Ketua Sayap dan AMT kalau tak testing turun padang. 

Kalau sungai kandis pun kecut,  jangan bicara PRU15.







Lokman dan pecacai kena terima hakikat. 
Kj dah pesan pecacai jangan merayau jadi hantu sundal di media sosial. 

𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚?

  𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚? Kita jawab secara am "Letak RM10,000 berapa boleh saya untung?&q...