Friday, July 13, 2018

PAK JOKOWI APA SUDAH JADI DENGAN BANGSA KAMU

Masih belum berubah?

http://m.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/video-penonton-cabut-pagar-cuba-serang-kami-1.708261

http://m.utusan.com.my/sukan/malaysia-pandang-serius-insiden-di-indonesia-syed-saddiq-1.708296

TERIMA KERAJAAN PH DENGAN PERBEZAAN PENDEKATAN URUS NEGARA....





Ada yang komen: orang Brunei tiada bantahan sebab di sana parti umno dan pas tidak ujud. 






Memilih PH bukan sekadar 1mdb,  gst,  harga runcit petrol dan tangkap penjenayah 1mdb. 

Jika ada yang memilih atas dasar itu,  mungkin ada yang kecewa,  yang akan kata silap memilih PH. 
Sama juga yang memangkah umno,  ada yg mengaku silap selepas pembongkaran dibuat. Baru sedar siapa najib? 

Bagi yang memilih PH,  mereka terus redha dan sokong pendekatan pengurusan negara,  pendekatan yang berbeza.  Jika nak sama dengan dulu,  buat apa pilih PH. 

Perkara ketara sejak PH perintah adalah pelbagai permohonan dari pelbagai pihak, atas dasar mereka fikir Kerajaan PH lebih terbuka,  itu kebebasan suara. 
Apakah permohonan dan kemahuan mereka itu melambangkan kerajaan PH? 
Tidak,  itu hanya suara yang dibenar,  suara yang sudah lama tersimpan.. 

Apakah kerajaan sudah luluskan.. 
Belum.. Kecuali yang sudah diumumkan. .
Contoh.. 
Kerajaan tidak akan hantar zakir nak ke India walaupun didesak. 

Bagi yang mahu pendekatan yang sama seperti yang umno lakukan,  memang tidak akan ada terutama jika itu menjahanamkan negara dan rakyat.  Suka atau tidak,  inilah kerajaan baru. 

Umno sebagai pembangkang kena faham,  cara lamanya ditolak,  jika masih mahu mengekalkan cara lama,  ia tetap ditolak sebelum dan kini. Apa cara lamanya...perkauman, takutkan melayu dengan DAP dan Islam mirip PAS. 

Seterusnya.. 
Adakah rasional 100 hari menggambarkan kerajaan PH.. 
100 hari sekadar perbincangan dan penilaian bukan gambaran dan hukuman.. 

Setahun.. Belum tentu masalah yang ditinggalkan kerajaan lama dapat di atasi.. 
Dua tahun,  apa yang disemai,  nampak tunas.. 
3 tahun.. Sudah boleh gambarkan mampu atau tidak mampu urus tadbir yang baik. .

Kenapa tidak begitu sabar... 

MASIH ADA ORG MELAYU ISLAM MENCACI PM MELAYU ISLAM?















Jangan ulas jika belum dengar vedio keempat empatnya hingga habis. 
Pengulas yang baik datangnya dari pendengar yang baik... 
Tetapi ramai yang gagal,  tidak sabar dan tidak berdisiplin untuk mendengar kerana emosi dan ego. 

Thursday, July 12, 2018

JEMAAH HAJI TAJAAN MDB WAJAR TARIK DIRI SECARA SUKARELA..

Bagi mereka yang telah menunaikannya di tahun² sebelum ini tetapi berada dalam situasi mampu,  harus pulangkan semula seluruh atau sebahagian kos tersebut kepada kerajaan.

1MDB masih berada dalam keberhutangan yang besar dan membebankan kerajaan.





..........................

Ini yang patut lebih fokus dari semua pihak.. 


*Harap kerajaan negeri ambil tindakan segera tangani masalah ini*
πŸ‡²πŸ‡ΎπŸ“°✍🏻.......................
*Derita terputus bekalan air lebih dua tahun*

GUA MUSANG - Sebanyak 200 keluarga di Kampung Batu 2, Kuala Nerus di sini hidup menderita apabila menghadapi masalah bekalan air terputus lebih dua tahun lalu.

Lebih menyukarkan apabila mereka terpaksa menggunakan air telaga, air sungai dan air hujan yang tidak terjamin mutu kebersihannya.

Penduduk kampung berkata, mereka sudah jemu membuat aduan kepada pihak Air Kelantan Sdn. Bhd. (AKSB) kerana sehingga kini masalah mereka tidak pernah selesai.

*Justeru itu, mereka mendesak Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob dan juga pihak Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli untuk turun padang melihat masalah yang dihadapi mereka sekian lama.*

Salah seorang penduduk, Yarodah Rapo, 42, pula berasa malu apabila pakaian seragam sekolah anaknya berwarna kekuningan akibat air karat selepas dibasuh menggunakan air telaga.

"Kami berharap semoga kerajaan baharu Pakatan Harapan dapat menyelesaikan masalah yang kami bangkitkan sejak sekian lama," katanya.


SPRM dah siasat belum Syarikat Air Kelantan?

NOTIS BERCUTI


Wednesday, July 11, 2018

MINORITI MENGUASAI MAJORITI

Tun telah mencipta beberapa sejarah,  antaranya bukan sahaja PM kali kedua,  PM tertua di dunia tetapi juga membuktikan minoriti menguasai majoriti. Kerusi yang sedikit mengetuai kerusi yang banyak.

Semuanya kerana ikhlas,  otak yang tajam,  berakhlak,  amanah dan mampu - insyaAllah.

Ketakutan DAP menguasai negara dengan kerusi banyak nyata meleset,  hari ini DAP seperti anjing garang yang sudah kena ikat dan masuk sangkar,  cuma kelebihannya mereka dapat juga daging,  bukan semuanya tulang seperti sebelum.

Anwar,  Zahid dan Hadi walaupun hebat dari segi nama dan jumlah kerusi tetapi jangan overdo,  kena banyak belajar dengan jati diri dan bina watak seperti Mat Sabu.  Ikhlas dan redha.
Najib - manusia yang lalai.

Tidak siapa dapat menghalang atas apa yang Allah akan kurniakan atau tarik. Perancangan Allah lebih baik.






PERLANTIKAN RICHARD MALANJUN MEMBAWA HARAPAN.

Perlantikan yang tidak sempurna sepenuhnya tetapi terbaik dan tepat kepada kekeperluan perundangan.

Ia diperkenan dan dicadangkan oleh kedua dua pihak bertaraf Melayu dan Islam yang mempunyai kuasa mutlak (melantik dan memecat), waras dan mengikut Rule Of Laws.  Richard juga tidak dilantik seumur hidup.

Bantahan?
Datangnya dari siapa?
umno?
Wajar mereka melihat terlebih dahulu diri sendiri.
Sebelum ini apakah mereka golongan yang taat pada akhlak dan amanah?
Apakah mereka sebelum ini golongan yang mencegah kemungkaran dan menegakan kebenaran?

Bantahan?
Datangnya dari siapa?
Pas?
Mereka yang rasa lebih melayu dari melayu?  Lebih arab dari arab? Lebih Islam dari orang lain?  Yang menghukum, tidak sokong pas masuk neraka? Yang ponteng parlimen? Yang terima duit umno?  Yang tolak dap sebelum pru dan terima dap selepas pru?
Yang mana satu pendirian mereka, pagi cakap lain,  petang cakap lain, malam cakap lain?  hukum berubah ikut mereka? Doa ikut suka mereka?

Cukuplah kalau kita terima bahawa antara parti² yang berteraskan Melayu dan Islam bukanlah musuh yang kekal tetapi terpisah kerana sikap yang berbeza.

Marilah kita patuh pada ulil amri, menghormati perlembagaan,  jangan derhaka kepada Sultan dan Raja Melayu selagi tidak membawa kemudaratan,  maksiat dan dilarang Islam.

Melihat semua perkara dan peristiwa di dalam tempoh 100 hari, nyatalah Islam dan Melayu perlu bersatu, bersatu dalam satu wadah yang mengutamakan akhlak dan amanah,  itu yang akan dipandang tinggi,  dihormati disegani kawan dan lawan.

Hari ini,  kita sangat bertuah,  masih ada Melayu dan Islam seperti Tun yang mengatur strategi  menyebabkan musuh ketat seperti DAP menjadi kaku dan bisu dengan tindakannya yang seolah merendah,  melayani tetapi mencengkam kuat dengan kuasa mutlak.

Boleh faham ke tidak maksudnya.


Keyakinan

  1. Seminggu dua ni ramai sangat leader dan owner dari syarikat networking yang lain call saya. Mereka nak jumpa, nak meet & great, nak...