Google+ Followers

Saturday, November 3, 2018

KEKECOHAN PEMILIHAN DAN PERTANDINGAN DI DALAM PARTI PKR MENCERMINKAN PEMIMPIN TIDAK DIHORMATI DAN MENGGANGGU INTEGRITI ANWAR SEBAGAI WAITING PM..

Anwar wajar ada jati diri untuk akur kepada rakyat jika menolaknya. Ketidakmampuannya untuk menjadikan pemilihan jawatan di dalam partinya sendiri tidak seimbang dengan hujahnya yang berdegar degar apabila berceramah. 

Negara tidak boleh diurus sekadar bahasa sastera yang indah. 

Jangan jadi seperti Najib,  tinggal dua tiga pemimpin sahaja yang masih hormatinya, tinggal sekitar 50 penyokong setiap kali event.. 

Walaupun Anwar tidak seburuk itu tetapi sebagai PM sokongan mesti telus,  suci 100% dari komponen,  tidak memadai seorang dua ahli partinya sendiri yang fanatik. 

Rakyat mahu satu peralihan kuasa yang bersih dan lancar. 

SELEPAS TUN, RAKYAT ADA PILIHAN, NAJIB ATAU ANWAR..



Tak salah bermimpi


Friday, November 2, 2018

BAJET? BUATLAH BAJET SENDIRI..

Maaf,  aku tak dapat komen apa² tentang bajet 2019, totally blank cuma aku tahu mula dperkatan di media.. 

Sebabnya aku sebok denga program dan bajet bisness aku sendiri,  make money... Bagi aku apapun bajet kerajaan,  ia sangat tidak menjejaskan bisnes aku,  lagi perit hidup rakyat,  peluang bisnes aku akan makin berkembang sebab semua orang mahu pendapatan kedua,  ketiga dan seterusnya... 

Bajet adalah ekonomi,  pengurusan kewangan negara,  tanya orang politik apa yang mereka tahu? Pembangkang akan terus bangkang ...bajet adalah halatuju... Ia tidak akan memberi keadilan dan kepuasan pada semua orang... 

Untuk sokong atau bangkang bajet kerajaan ialah buat bajet sendiri. 

Missi menumbangkan najib sudah tercapai,  aku yakin kerajaan akan buat terbaik kepada rakyat dan negara. 

Keyakinan itu penting,  jauhi yang remeh temeh, dan kita tidak wajar berpolitik setiap masa dan setiap isu lebih² lagi soal ekonomi. 

Thursday, November 1, 2018

JHO LOW TIDAK BERSALAH SELAGI TIDAK DIBUKTIAN BERSALAH.

Kita kenalah terima kenyataan yang standard itu. Tetapi jika jho low bertanding di PRU di Malaysia,  dia akan tahu nasibnya. 

Ada beberapa nama yang dikaitkan dengan bapa segala skandal di Malaysia,  mereka menang di PRU lepas. Menang sebelum didedahkan. 

Bolehkah mereka menang sekarang di tempat yang sama atau di kawasan lain jika pilihanraya sekali lagi di adakan? Bagaimana dengan nasib mereka di 2023.

Soal bersalah tidak bersalah itu amalan perundangan kita tetapi soal jho low,  ianya ada hubung kait dengan bodoh dan bangang,  diperkuda dan diperalat atas nama kerjasama kerana tamak haloba. 

Apakah bodoh dan bangang ini juga perku dibuktikan? 

MELULUSKAN USUL KEKALKAN TUN 5 TAHUN TIDAK BERTAMADDUN..


https://www.amenoworld.org/2018/11/ppbm-setiawangsa-luluskan-usul-tun.html

Hanya rakyat boleh bebas membuat keputusan atau memberi pandangan,  parti komponen terikat dengan perjanjian dan persetujuan.

Cara sayang dan hormati Tun dengan meminta terus bekerja dalam usia sebegini dan beban negara yang berat sangat tidak wajar.

https://www.amenoworld.org/2018/11/ppbm-setiawangsa-luluskan-usul-tun.html

Tuesday, October 30, 2018

NASIB KELANTAN HARI INI SALAH SIAPA? DARI DULU SAMPAI SEKARANG MACAM PENGEMIS.. KALAU LIM GUAN ENG PERINTAH, AGAK² KELANTAN MASIH KEMARUK KE TIDAK....

Begitu juga Kedah,  kalau Mukhriz banyak songel tentang kurang hasil negeri,  serah shj pada PKR.

Teringat satu drama tular sekarang..
Cik mukhriz,  kelantan ngok ngek

HARI² ADA CERITA "MENIPU" SANA SINI..

Samada secara langsung atau tidak langsung dengan kepimpinan dan ketajaan lama. 
Majoriti melibatkan Melayu. 

Itu agaknya yang nak dibanggakan ketuanan melayu oleh pemuda umno? 

Patutnya rakyat ada masa dan ruang untuk fokus kepada kelemahan  kerajaan baru dan menggesa mereka membangunkan rakyat,  malangnya kelemahan² itu tertutup dengan gangguan pendedahan demi pendedahan pengurusan lama. 

Rakyat jadi kenyang dengan cerita korupsi pengurusan lama. 

Lebih sadis,  ada yang masih mempertahankan denga alih tiang gol,  masih ulang cerita basi Tun,  memang mangkuk.