Saturday, December 31, 2016

BRIM : HADI MENDAHULUI DAN SENADA MAHATHIR


BERSATU BIKIN HOT

Sebenarnya aku sendiri agak terkejut dengan perkembangan yang berlaku dalam BERSATU,  terkejut kerana sana sini memperkatakannya,  yang tak pernah kenal politik pun turut membuat komen.

Kesempatan telah di ambil oleh pro najib untuk menyerang habis habisan dari semua penjuru.  Dari yang remeh sampailah yang ke temeh.

Si khairuddin tu pun menghentam juga Muhyiddin kerana bercuti lama. Apa hal dia sebok? Bukan ahli pun..

Dia tahu tak kemungkinan ada perbincangan politik di sana (!)

Jadi yang membuat aku terkejut ialah usia BERSATU ni baru 3 bulan, masih baby, tersangat baru,  tetapi bagaimana kebabyannya itu mampu menggoncang kekuatan umno yang sudah berpuluh tahun?  Kenapa dihantui ketakutan yang amat sangat sehingga bala pecacainya dikerah siang dan malam untuk melumpuhkannya.

Yang lebih aku terkejut,  wang ringgit dan masa yang dipergunakan untuk menyerang dan sabotaj BERSATU dari semua sudut termasuk media utama dan otai otai,  tetapi berkesan pun tidak.






Friday, December 30, 2016

TV3 DAN UTUSAN KENA BAWA PI BERUBAT...

Utusan dan TV3 sedang mengalami kemerosotan pembaca dan penonton sekaligus merentap kewangan mereka.
Kalau dari segi perniagaan,  ia sudah gulong tikar,  tetapi siapa yang menyelamatkan... 

Situasi ini menyebabkan kebebasan dan adil sebagai modal utama sudah tiada,  mereka kena ikut telunjuk boss penyelamat... 

TV3 dan Utusan ada pilihan untuk tidak dicucuk tali hidung sekaligus meningkatkan semula jumlah pembaca dan penonton dengan drastik tetapi tidak berbuat demikian kerana kepentingan pucuk pengurusan untuk terus ikut telunjuk. 

Kalau kita tanya kenapa?  Dan kalau kita tahu jawapannya? Itu menunjukkan kita jujur kepada kebenaran dan fakta. 

Tetapi kalau kita masih berbohong, beralasan,  mencari salah kepada orang lain, samalah kita sekandang dengan pengurusan tv3 dan utusan. 

Tanyalah diri sendiri kenapa? 

AZMIN LEBIH SESUAI DIBERI LALUAN MENGETUAI BERSATU

Thursday, December 29, 2016

APAKAH EZAM DI ANTARA BEBERAPA ORANG YANG PUNYA MISSI UNTUK MERUNTUHKAN MORAL BERSATU



Keluar dan masuk BERSATU umpama seseorang datang untuk mencari peluang dan bila tiada tempat,  mereka keluar adakah menjadi kudis,  apatah lagi kalau mereka sendiri yang mempunyai peribadi bermasalah.

BERSATU bukan ditubuhkan untuk Tun Dr Mahathir,  Tun boleh berjuang sendirian tanpa parti atau sekadar memberi peransang kepada parti pembangkang sedia ada meneruskan perjuangan.

Cuma Tun melihat ketidak sepakatan antara pembangkang menjadikan BN yang buruk dan lemah pun tidak mampu ditewaskan.

BERSATU mungkin boleh menyumbang ke arah itu.

BERSATU ditubuhkan lebih untuk kita, generasi yang memerlukan satu wadah baru untuk perjuangan.

Jika BERSATU dikhianati,  ia bukan mengkhianati atau menyakitkan Tun tetapi pengkhianatan itu kepada bangsa,  ugama dan negara.

Jika dedak dan kepentingan sendiri lebih utama,  duduklah di mana pun,  ia tetap buruk dan keji.


BN MENANG RAKYAT SENANG

Pagi tadi semasa melalui sebatang jalanraya utama yang sederhana panjang di Johor,   di kiri kanan juga pembangunan sederhana dengan beberapa deretan bangunan yang baru disiapkan (antara 2-3tahun).

85% sudah dipenuhi dengan pelbagai aktiviti perniagaan dan 3.75% darinya  peniaga orang Islam.

Di celah celah bangunan itulah,  di depan kaki lima bangunan dan di bahu jalan sepanjang jalan,  bangsa ku sangat aktif berniaga dengan warung dan pondok uzur yang akan diterbangkan angin bila bila masa atau atau jadi mangsa Majlis Perbandaran.

Itulah nasib dan kemampuan bangsaku.

Di Negeri Johor tanah tumpah darah kelahiran umno. Apa khabar di negeri lain.

Cuma sedikit suasana kelainan di Kelantan,  Kedah dan Terengganu.

Bagaimanapun pembangunan baru di negeri negeri tersebut mula dibanjiri kaum kerabat MCA dan DAP.

Bukan salah umno,  bukan salah pemimpin umno yang leka dengan velfire dan alphard, bukan salah Tun Dr Mahathir,  nukan salah DS Najib, bukan salah 1MDB,  bukan salah BRIM,   tetapi salah pengundi.

BN MENANG RAKYAT SENANG.


Era Najib,  slogan yang lebih tepat,  mulus ...
BN Menang. Barang Naik... 



Wednesday, December 28, 2016

DEFINASI RASUAH HARUS DIUBAHSUAI MENGIKUT BUDAYA RAKYAT SEMASA (?)

Apabila Tun Dr Mahathir membuat analisa br1m adalah rasuah,  ia tidak mengejutkan ramai pihak kerana perkara itu bukan kenyataan pertama Tun.

Tun juga bukan Tuan Guru atau Mufti dan tidak juga ahli mana mana Persatuan Ulama dalam atau luar negara.

Jika  "derma" yang berada dalam akaun peribadi pun tidak haram dan tidak rasuah mana mungkin rakyat percaya br1m adalah rasuah.

Apabila SPRM mengumumkan zero rasuah pada masa hadapan, tidak ramai yang teruja sebaliknya memandang ringan atau jelik,  mana mungkin?

Pada masa itu saya sendiri pun tidak yakin bagaimana ia boleh dicapai kerana SPRM tidak mendedahkan mekanismenya.

Siang malam serbuan dan penguatkuasaan pun belum mampu menghabiskannya terutama Rangking Rasuah Malaysia berada dalam top 5.

Tetapi kini saya sedar ia boleh dicapai. Sesuatu yang sangat mudah.

# Tolong aktifkan otak tengah untuk artikel ini,  terima kasih.





Krik krik

Penat berjalan,  luas pengalaman,  Presiden PAS sudah sampai ke taraf dan status boleh menggantikan Najib sebagai PM. 






Tuesday, December 27, 2016

BRIM DIHENTIKAN....RAKYAT MATI KE UMNO YANG MATI..

krik krik...






ALAMAK. !!!!!!

RASULLULLAH S.A.W berdakwah secara berjuang sebagai Rasul dan Nabi dan tidak mementingkan dirinya...

Kesempurnaan Baginda dalam urustadbir siasah termasuk berusan dengan orang kapir,  sosial, budaya dan ekonomi diikuti 4 Khalifah Ar-Rasyidin melengkapi untuk panduan.

Sehingga akhir hayat Baginda,  yang dibibir adalah umatku umatku umatku...
Bukannya hartaku, pangkatku,  kerusiku...

Yang solat dengan ikhlas sahaja akan sentiasa diberi hidayah dan dipelihara untuk terus berjuang demi maruah ugamanya. .

Status mulia di sisi Allah adalah Taqwa dan bukannya Tun,  Tan Sri, Dato Sri,  Mufti atau CEO...
Bagaimana Allah menilainya????

Yang solat kerana status komuniti, kerana gaji.. Tak tahulah kat mana...




Soal kemaksiatan,  salahgunakuasa,  rasuah kenegaraan dan nasional sepatutnya jadi agenda utama Mufti dan bukan setakat soal amal ibadat individu.  


APA NAWAITU BRIM TERSURAT TERSIRAT




1.Dakwaan Tun M unsur rasuah dalam BR1M bukan tanpa asas.Hisbah berpandangan ianya  mempunyai asas dan perlu diteliti.


2.Kita maklum rencana asal BR1M datang dari Bank Negara dan pada hemat Hisbah ianya mempunyai merit dari sudut ekonomi dan juga sosial.


3.Semasa di Kementerian Kewangan saya sendiri pernah menyatakan dari sudut Islam pemberian cara ini amat dekat dengan prinsip pemberian zakat dalam islam kerana ada tumpuan kumpulan sasar seperti konsep asnaf.


4.Persoalan rasuah timbul apabila pemimpin politik yang desperado dan terdesak ambil kesempatan dari konsep dan rencana yang baik ini untuk tujuan dan kepentingan politik.


5.Buktinya didalam ucapan penggulungan perhimpunan UMNO baru2 ini Presiden UMNO  umum bahawa pemberian BR1M 3 fasa dan fasa akhir di berikan melalui UMNO bahagian.


6.Disini wujud elemen rasuah kerana UMNO berkepentingan sbg parti yang mahu meraih undi.memberi wang secara langsung kepada pengundi oleh sebuah parti yang akan sertai pilihanraya boleh menjadikan perbuatan memberi itu kepada perbuatan merasuah.


7.kalau tiada niat mempengaruhi dan merasuah mengapa pemberian melalui UMNO?dari sudut pentadbiran kewangan negara juga salah kerana UMNO adalah sebuah parti bukan sebahagian jentera kerajaan.Sumber dana BR1M adalah dari hasil cukai rakyat kepada kerajaan.cukai dan hasil kerajaan bukan bersumber dari ahli umno sahaja.mengapa UMNO mendapat hak eksklusif membuat pemberian?mengapa parti lain tidak mendapat hak ini?


8.ini lah satu lagi bukti bagaimana dasar baik disalahguna bila pemimpin sudah terdesak dan mahu terus bergayut pada kuasa dengan apa cara sekalipun.(at all cost)


9.Kesimpulannya dakwaan Tun Mahathir ada unsur rasuah didalam BR1M bukan tidak berasas sama sekali.dakwaan itu ada asasnya pada hemat Hisbah.


Mohamad Ezam Mohd Nor
Pengerusi Hisbah
27 Disember 2016



Monday, December 26, 2016

BRIM RASUAH (?)

Jangan sembang kencang, nak berhujah, berfakta  !!!
Analisa jangan dangkal cetek...


Dan jangan lupa "dedak" tu kategori mana (?) Dah makan, makan sorang pula tu...

Setakat nak ulang ayat yang sama, berkahak, berlendir...itu tanda otak dah tersumbat.

FASA KEDUA BERSATU, CUCI DALAMAN

Perkembangan semasa BERSATU bukanlah sesuatu yang tidak diduga,  malah ini peringkat yang paling awal.

Perjuangan di luar umno dengan menubuhkan BERSATU sudah merupakan satu kejayaan awal dan diakui ancaman yang sangat kuat.

Kuat bukan kerana jumlah ahli, bukan kerana jentera penggerak tetapi kuat dari segi dasar dan prinsip perjuangan yang menghentam teruk tepat ke muka pemimpin UMNO yang tidak boleh disangkal, dijawab dengan telus.

Sekadar satu dua pemimpin yang masih bsrdolak dalik dengan cerita lama tetapi semua langkah perlaksanaan kerajaan sekarang seakan menikam belakang sendiri.

Tidak ada satupun langkah yang boleh memadam skandal 1MDB daripada terus diperkata disoal oleh rakyat marhaen.

Fasa kedua kini ialah mencuci saki baki mentaliti umno yang masih berdaki dalam BERSATU.
watak seperti ainina dan khairuddin seperti kacang lupakan kulit perlu dibasuh dan disingkir kalau sudah tidak dapat diselamatkan.

Pengalaman Tun tentang strategi umno bukan perkara baru dan menangani krisis dalaman bukan asing untuk Tun.
Walaupun buka mudah tetapi sama samalah kita berdoa akan kejayaannya.

Pemimpin BERSATU,  pelapis juga harus diingatkan bahawa perjuangan ini perlu diteruskan dan samada berjaya atau tidak bukan lagi perganTungan kepada Tun yang sudah melewTi usia dan tanggungjawab.

Sebagai pembuka jalan dan pendorong tidak wajar Tun di bebankan lagi dengan isu pengkhianatan dalam parti.

Pemimpin kena bertindak sekarang.

Sunday, December 25, 2016

TIADA TEMPAT BAGI PERJUANGAN INDIVIDU DALAM BERSATU

Demi rasa kasih dan sayang kepada negara, Kak Midah terpanggil utk menumpang menyumbangkan khidmat kepada sebuah perjuangan yg diasaskan oleh parti tersayang kita Parti Pribumi Bersatu Malaysia..

Berbekalkan pengalaman berjuang di dalam dunia politik yg mana ianya sudah hampir mencecah 35 tahun, Kak Midah yakin sedikit sebanyak Kak Midah boleh menbantu parti..

Namun kebelakangan ini, Kak Midah diserang secara bertubi-tubi di atas sebab yg Kak Midah sendiri tidak tahu kenapa. Walaupun ini adalah perkara yg lumrah di dalam dunia politik tetapi Kak Midah terpanggil utk membuat sedikit penjelasan utk menjernihkan keadaan....

Kak Midah dituduh oleh adik2 yg baru menceburi bidang politik konon nya Kak Midah mahu menjadi Ketua Srikandi Malaysia. Dik....adalah sesuatu yg mustahil Kak Midah yg telah dilantik menjadi Naib Presiden mahu memegang dua jawatan Naib Presiden dlm masa yg sama. Ini tak mungkin akan berlaku, mustahil sama sekali. Parti tak akan membenarkan situasi ini terjadi.

Kemudian dituduh pula Kak Midah mahu mencatur adik Kak Midah iaitu Hamizura Osman sebagai Ketua Srikandi. Ini juga tak mungkin menjadi kenyataan. Mana mungkin dua beradik menjadi  Naib Presiden dalam masa yg sama seolah olah parti ini kami yg punya. Tambahan pula Hamizura masih mentah dan tidak cukup pengalaman politik untuk membimbing Srikandi Malaysia. Untuk pengetahuan, Hamizura menolak utk memegang apa apa jawatan di dalam sayap Srikandi samada di Peringkat Bahagian mahu pun PDM.

Ada juga adik2 menyebut kononnya Kak midah songlap duit Tekun semasa jd Pengerusi Tekun. Kak midah ingin mencadangkan jika ada bukti, adik2 buatlah laporan kepada pihak Berkuasa. Sudah pasti pihak berkuasa sangat berminat dengan laporan seperti ini.

Begitu juga dgn fitnah yg dilemparkan kononnya anak anak Osman mahu menguasi PPBM juga sangat mustahil.
Kita masih ada Ayahanda Tun Mahathir, Tan Sri Muhyiddin Yasin dan DS mukhriz yang mempunyai cukup ilmu dan pengalaman dalam menentukan dan membuat keputusan untuk parti dan siapalah kami berbanding mereka.

Dik...Politik perjuangan dlm PPBM ini sangat besar makna nya kepada negara dan kehidupan kita. Gunakan lah pentas ini sebaik mungkin dan berjuang lah kerana agama bangsa dan negara. Jangan di ikut perasaan dan nafsu kerana dibimbangi ianya akan menyebabkan kita tergelincir dari landasan perjuangan yg sebenar.

Mari lah kita Bersatu...Bersatu kita teguh, Bercerai kita roboh. Kak Midah percaya....adik2 mempunyai semangat yg cukup tinggi untuk menjayakan hasrat parti bg membentuk Malaysia yg baru dan gemilang serta menentang kemungkaran Najib Razak.

Jom sama sama kita berganding bahu mengumpul kekuatan demi perjuangan parti tersayang kita.

Ayuh kita usahakan untuk jadikan Malaysia hebat semula!

Kak Midah.

ILMU VS EMOSI



Saturday, December 24, 2016

JANGAN MUDAH TERPEDAYA DENGAN PEMINPIN YANG PERIUKNYA SUDAH MASUK AIR

Ahli umno kena fokus singkirkan pemimpin mereka yang tidak berakhlak, rasuah,  munafik secara berhemah tetapi tegas. .

Itulah musuh utama yang menjadi beban kepada parti, kerajaan dan semua itu menjurus kepada ketidakyakinan rakyat dan akhirnya kalah di PRU.

Orang Melayu tidak akan sokong dan undi pembangkang jika pemimpin umno berakhlak dan masih di landasan perjuangan yang benar.

Musuh sebenar parti umno adalah pemimpin umno yang lupa daratan.

Perpecahan lampau lebih kepada isu politik (PAS dan Semangat 46) diikuti isu akhlak (Anwar)  tetapi perbezaan itu tidak menyebabkan UMNO runtuh kerana pemimpin umno pada itu masih berada di landasan yang betul.

Hari ini apabila BERSATU ditubuhkan sebagai serpihan,  ia sudah berbeza kerana di umno sendiri sedang melindung pemimpin yang akhlaknya menjadi pertikaian majoriti rakyat.

Sebab itulah walaupun umno sendiri secara kulitnya menganggap BERSATU tidak kuat tetapi dari semangat dalamannya cukup kuat. Sokongan fizikal mungkin kurang nampak tetapi spiritualnya bagai sedang menggelegak.

Letusan dan belum ledakan. UMNO sedang menambah musuh ketika berada hilang 2/3 majoriti.

Jangan terleka dengan janji manis pemimpin kerana realitinya ahli umno yang tahu.
1) Lihat kepada perubahan ahli keluarga yang dulunya solid kepada umno kini berubah.
2) Lihat kepada komuniti sekeliling,  bergaul dengan 10 orang,  berapa peratus yang tidak merungut dan salahkan kerajaan.
Apakah mereka akan tetap sokong umno sedangkan alternatif (BERSATU) sudah ada.
3) Lihat kepada rakan sepejabat,  rakan kongsi dan pelanggan perniagaan,  rakan peneroka felda apakah mereka masih mahu undi umno.

Itulah realiti rakyat dan bukannya cerita pemimpin yang periuknya sudah masuk air.


UNTUK KD
TERIMA KASIH


RAFIZI CABAR NAJIB - TULUS KETULUSAN

Isu siapa PM dari kalangan pembangkang sebenarnya bukan isu utama pembangkang sebaliknya isu yang mahu ditunggu oleh pro umno untuk memperlekeh dan adu domba.

Tidak pelik jika DAP mencalonkan Wan Azizah sama juga kalau PAS calonkan Hadi dan umno calonkan Najib. Malah kalau BERSATU calonkan Muhyiddin dan AMANAH calonkan Mat Sabu juga tidak pelik.
Apakah nama nama itu tidak layak dan tidak setanding.

Lebih jelas lagi fitnah bahawa lim kit siang jadi PM nyata satu pembohongan.

Lebih penting satu lawan satu,  jika tidak tercapai 100% pun bukan satu pengakhiran segalanya,  ada rahmatnya.

BN juga akan menghadapi isu kerusi dan calon,  ada yang tidak dicalonkan semula. Kesetiaan kepada Najib bukan "sign mati" tetapi keadaan semasa.

Isu calon PRU di dalam umno sendiri sangat besar setiap kali PRU cuma kali ini akan lebih membawa masalah. Sesama mereka mencatas antara orang Hisham,  Zahid dan Kj - sudah tentu proxi Zahid tidak diberi peluang besar.

Bagaimana dan apa terjadi jika Jamal Jamban tidak terpilih sebagai calon?

Oleh itu sangat berketepatan apabila Rafizi cadangkan PM Najib istihar harta sekaligus semua cakon PM berbuat demikian.
Apakah calon PM yang dunamakan kecuali Najib sukar untuk berbuat demikian. Sudah kedengaran pun kaki kaki bodek Najib menyerang Rafizi sebagai cuba mengalih isu.

Bagi rakyat,  tak semua boleh dipolitik,  ketelusan diutamakan - setakat mana najib dan umno telus!


Friday, December 23, 2016

LANGKAH SUMBANG TAPI HAJAT HATI NAK PELUK GUNUNG..

otai sentap bila kena tegur



JANGAN GUNAKAN DUIT RAKYAT UNTUK BOLA SEPAK SEMATA-MATA UNTUK AGENDA POLITIK

Saya dimaklumkan ada laman sosial yang mengatakan bahawa saya ini semakin angkuh, bongkak dan macam-macam lagi.

Perkara ini jelas terjadi apabila saya menegur beberapa ahli ahli politik senior dalam negara berkenaan jangan mengambil kesempatan dengan duit rakyat.

Nampaknya individu-individu tersebut kurang senang dengan kenyataan saya dan terus keluar di laman sosial yang mengatakan saya bongkak dan angkuh.

Kepada rakyat Malaysia yang saya hormati sekalian, dan rakyat Johor yang saya kasihi.

Adakah salah saya mengingatkan pemimpin-pemimpin tertinggi dalam kerajaan dan kelab bolasepak untuk tidak mengambil kesempatan terhadap duit kerajaan yang sepatutnya digunakan untuk kebajikan rakyat?

Saya rasa anda boleh menilai sendiri. Inilah yang terjadi apabila anda bersuara untuk menentang sistem.

Jadi kepada seorang ahli senior politik, dulu masa awak susah pun saya pernah tolong awak juga untuk membayar gaji pemain Kelantan. Jadi janganlah ambil hati dengan apa yang saya tegur.

Saya tegur demi rakyat dan penyokong bola sepak tempatan.

Bukannya saya tegur kerana nak menjatuhkan sesiapa. Saya cuma tak setuju jikalau duit rakyat di gunakan untuk bola sepak semata mata untuk agenda politik. Itu sahaja.

Jadi jangan marah marah... atau geram geram.. it just football.

DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor

--------

DON'T USE THE PEOPLE'S MONEY FOR FOOTBALL JUST TO FACILITATE YOUR POLITICAL AGENDAS

I've been informed that there's a social website saying that I'm becoming arrogant, haughty and many more. Obviously, this happened because I reproved some senior politicians in the country not to take advantage of the people's money. It clearly shows that those individuals are not too happy with my statement and have taken to social media, saying that I'm haughty and arrogant.

To all my respected Malaysians and my beloved Johoreans. Is it wrong for me to remind the highest leaders in the government and football clubs to not use government funding for football as it should be rightfully used for the people's welfare? I think you can judge for yourselves. This is what happens when you voice out and go against the system. To senior politician, it wasn't too long ago when you were faced with troubled times. I did lend you a helping hand and assisted you with paying the salaries of the Kelantan players. With this, please don't take it to heart when I advise you. I am advising for the betterment of the people and for the local football fans. I'm not making these statements to defame anyone. I only disagree if the money for the people is used for football, merely for political agendas. That's all. So please don't be angry or annoyed. It's just football.

HRH Brigadier General Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Crown Prince of Johor

Hidup Johor Demi Johor
#HarimauSelatan
#SouthernTigers
#PermataSelatan
#JewelOfTheSouth

KALAU TIBA TIBA YB TEMPAT ANDA TERLEBIH RAMAH, TERLEBIH ZIARAH....

*BILA DAH.......*

🔴 Jalan kampung / desa / pekan di turap dan di selenggarakan sehingga depan pintu rumah ketua kampung itu maknanya.....

🔴 Tiba-tiba YB dah pandai pakai kain sarung dan kopiah datang awal ke masjid atau surau , itu maknanya.....

🔴 Tiba-tiba YB yang empat hari sebulan ada setiap 2 hari di kawasan itu bermaknanya...

🔴 Tiba-tiba ada YB yang sebuk datang majlis kenduri kendara di kampung , walaupun sebelum ini hanya menghantar wakil sahaja, itu  maknanya....

🔴 Tiba-tiba ada YB yang berbasikal atau bermotorsikal mengelilingi kampung atau kawasan maka itu bermaknanya....

🔴 Tiba-tiba ada pengumuman kenaikkan harga getah , kopi atau sawit walaupun *MATA WANG MERUNDUM* , maka itu maknanya...

🔴 Tiba-tiba ada pengumuman bahawa peneroka felda akan menerima imbuhan sebanyak RM25,000 setiap peneroka walaupun Felda sedang mengalami masalah kewangan, maka itu bermaknanya.....

🔴 Walau apa pun ketiba-tibaan yang akan hadir di kalangan masyarakat Malaysia dalam waktu yang terdekat ini, di harapkan rakyat perlu sedar dan insaflah akan kesilapan yang anda telah lakukan di masa PRU yang lepas, jangan sampai lagi ianya berulang di masa hadapan.

Tidak akan menjadi satu kesalahan pun kepada rakyat jika menolak BNUMNO di dalam PRU akan datang.

Negara ini tetap akan kekal MELAYU yang memerintah, jangan di dengar akan pembohongan BNUMNO tu.

*SAJA NAK BAGITAU* , jika UMNOBN kalah dalam PRU akan datang ini, yang susah itu adalah pemimpin tersebut, kerana mereka melakukan banyak penyelewengan dan ketirisan dalam menjalankan amanah yang di beri.

*SHUKUR MOHAMAD*
(ahli *PPBM* seumur hidup)

Thursday, December 22, 2016

KENAPA TUN DR MAHATHIR BELUM DIDAKWA..

SIASAT SUDAH..
DAKWA DAN BUKTIKAN TUN BERSALAH...
Ini boleh menamatkan sokongan rakyat kepada Tun...

Tuduhan yang Tun buat ke atas Najib sangat obvius,  direct,  termasuk kepada beberapa pihak lain..

Semuanya mencalar integriti, dipersenda rakyat termasuk antarabangsa,  menjurus kepada hilang kuasa,   kenapa diam (?)





# beberapa pihak yang diutuskan untuk bantu jawab pun balik dengan tangan kosong dan hidung berdarah. 
Kritikan mereka - Tun Dr Mahathir jawab secara spontan, bebetapa jam selepas itu,  tak simpan lama berminggu,  berbulan atau bertahun nak jawab. 

Tuan punya badan yang menjawab pun sekadar berani di depan audience sendiri dan jawapan balas Mahathir selepas itu,  tiada lagi response. 

PAU yang tidak langsung ada usul gesaan siasat,  dakwa dan hukum Mahathir petanda akar umno tidak solid menyokong kepimpinan cuma tidak berani luahkan. 





Wednesday, December 21, 2016

MARUAH MASIH ADA.. CUMA TAK TAU LE BAWAH KE ATAS

Orang Malaysia ni best tingkah laku,  perangai, budaya dan amalan.. Walaupun hidup tidaklah selesa mana sangat tetapi rasa comfort dan mati lambat lagi...

Di Singapura TIGA PENDEDAK telah didapati bersalah atas kaitan transaksi bank dengan 1MDB...
Dua bank ditutup,  bukan cawangan bukan mesin ATM yang ditutup !!!!

Orang Malaysis buat buat pekak dan relaX sahaja...
Best kan orang Malaysia.



MUSUH MAKIN KECUT KALAU AMANAH DAN PKR KAHWIN

Penyatuan AMANAH dan PKR dan pembubaran salah satunya sangat baik.

Siapa pencadang siapa menyokong bukan persaolan pokok kerana jika lebih membawa kebaikan, ia boleh dibawa ke meja rundingan.
Jika pun bukan hari ini,  ia boleh dibawa pada masa hadapan lebih lebih lagi kalau komponen pembangkang menang PRU, insyaAllah.

Sama penting jika (seperti) BERSATU boleh bekerjasama dengan PAS.

Mudah sahaja untuk melihat kebaikan tersebut...  Jika ianya ditentang,  di adu domba,  diperlekeh oleh pendedak... Bererti penyatuan di atas sangat sangat memberi kesan dan ancaman kepada mereka.



# Pemerhatian dari penulis,
BERSATU harus memperkemaskan lagi pengurusan Negeri dan Bahagian kerana unsur unsur (menyamar sokong BERSATU) sabotaj,  mengacau, mempertikai itu dan ini dan mengujudkan pergolakan dan perbalahan sesama sendiri sudah mula menular dan akan semakin rancak apabila menghampiri PRU.

Tidak ada yang menghairankan nanti jika ada puluhan atau ratusan ahli istihar keluar BERSATU dan join umno.  Mereka sudah mula menyusup sekarang.

TERIMA KASIH JAMAL JAM....



Isu air di Selangor,  Jamal Jamxxx protes di depan pintu Pejabat Menteri Besar Selangor untuk tumpang mandi.

Sudah tentu ini mencemaskan Azmin.

Siapa Jamal Jamxxx,  orang UMNO,  kenalan baik Zahid Hamidi,  pernah semeja dengan Najib dan Kj.

Ketua UMNO Bahagian Dan dijangka calon PRU,  ada potensi MB Selangor jika melihat sumbangan besarnya mengganggu BERSIH04.

Setakat ini belum ada Menteri yang menafikan Jamal Jamxxx bertindak bagi pihak UMNO, Apakah kali ini Nazri setuju itu mewakili UMNO... (?)
KJ AWAK KAT MANE?

TINDAKAN JAMAL WAJAR DISOKONG DAN MENJADI CONTOH KEPADA RAKYAT...

besok kalau duit tak ada..
bawa tempurung ke Rumah Menteri Kewangan..

Besok kalau anak tak dapat masuk asrama penuh..
Bawa pen dan pensil ke Rumah Menteri Pendidikan..

Besok kalau internet slow..
Bawa hp ke rumah Salleh Keruak..

Besok kalau pelancong dari China jadi pelacur..
Bawa kondom ke rumah Nazri..

Besok kalau bangla rogol jiran..
Nak bawa apa ke KDN..

Terima kasih Jamal Jamxxx.


Tuesday, December 20, 2016

BERSEDIA DAN KUAT TETAPI TIDAK CUKUP BERANI.

Banyak isu isu ekonomi,  politik dan sosial yang berlegar menyemak dan menganggu fikiran rakyat boleh diselesaikan secara optimum melalui mahkamah dan pilihanraya umum.

Ia berlarutan begitu lama dan sewajarnya SPR,  Kerajaan dan Pembangkang lebih lebih lagi rakyat sudah bersedia.

Tetapi mungkin ada pihak yang belum cukup berani...





LOUD AND CLEAR FROM TUN DR MAHATHIR


"Fakta"
The IGP and the AG protect him from due process..
Parliment has been rendered toothless...


Menunjukan satu kepalsuan kekuatan yang sebenarnya cukup rapuh untuk pergantungan.
Malangnya seluruh pemimpin, Ketua Bahagian dan Cawangan bergayut di ranting ini.

Sampai bila dan berapa lama agaknya (?)



Terus terang,  tanpa sembunyi, nothing 2hide Tun memperkatakan dengan jelas..

Berkata tanpa perlu jadi pandikar, tanpa perlu jerit minta dihormati, tanpa perlu pusing kiri kanan, tuding jari atas bawah atau hingga perlu berbueh di hujung mulut..

Orang seperti Tun adalah Panglima Perang yang turun sendiri ke medan perang. Tun tidak memerlukan kerusi, dia berdiri di atas kakinya sendiri, kita sokong dengan ikhlas selagi Tun tidak melakukan sesuatu pertentangan dengan Al Quran dan Sunnah. Tidak ada puja dan puji untuk Tun.

Gamaknya bayangnya sahaja sudah cukup untuk memusnahkan laskar upahan.

Askar upahan,  biasanya kena tumbuk sekali dah riuh sekampung lepas tu tuduh perempuan tumbuk dia,  bila nak disaman,  nyorok kat jamban...

Ayat Tun slow and steady,  jelas dan nyata, kalau fakta tak betul, saman.. Itu gamaknya.

Apa akan jadi kalau fakta di atas "sebaliknya"..







AKIBAT MENDUKUNG BIAWAK HIDUP






Mati itu urusan Allah.
Itu mungkin yang terakhir petang ini.

Monday, December 19, 2016

FINALE PM PAKATAN HARAPAN


Gelojoh benar yang nak tahu siapa sebenarnya PM calon Pakatan Harapan, dengan beberapa nama yang dicalonkan sebagai tes market sudah cukup betapa huruhara dan gelisahnya mereka.

Apa yang mereka tunggu,  Mukhriz dicalonkan PM....  Itulah harapan mereka supaya dapat idea dan modal kapankan BERSATU dan Tun Dr Mahathir  !!!


Agenda utama ialah untuk memperlekehkan calon dan meng adu domba.

Begitu juga dengan jumlah keahlian BERSATU dan cawangan2nya. Ghairah dan terkinja nak tahu.

Tujuan untuk memperlekeh dan dibanding bandingkan dengan jumlah keahlian umno, macam budak budak.

Mereka perlu belajar sejarah Islam bagaimana tentera Islam yang kecil dapat menewaskan musuh yang lebih besar.

Kepada yang tidak sabar kerana ada maksud jahat,  kepada yang menyeru nyeru kena tahu masa itu akan sampai juga bukan sekarang.

Jawapannya mudah,  umumkanlah terlebih dahulu Parlimen dibubarkan untuk tahu tanah tinggi rendah.

Ada berani (?)

TAWAN SELANGOR

Isu tanpa air selama 6 hari adalah permulaan yang strategik..




Sunday, December 18, 2016

KALAU TERDESAK PUN AGAK AGAKLAH SIKIT..

Ini kerja siapa?  Menabur Fitnah No. 1 (MF01)
Manusia tak buat kerja macam ni... Kerja binatang..
Kalau manusia.. Manusia sial

PRU mungkin dah dekat..
Kalau kata kuat kenapa buat kerja terdesak gaban..




BERANI KERANA BENAR

Contoh untuk semua...
Tekanan yang diterima bukan main main..
Isu yang dibawa sangat besar..
Remaja ini kalau mahu senang,  ikut sahaja....tetapi jiwanya memberontak..

Mahkamah adalah tempat permulaan yang baik..

Universiti adalah gedung ilmu..
Mengembangkan daya pemikiran intelek..
Harus dilayan, dididik, dihargai..
Memberi dan menerima..
Bukan tempat menghukum..
Penyelesaian bukan secara memaksa..








APAKAH SATU DOSA UNTUK MENERIMA DAP PP LEBIH BAIK..

Ke Pulau Pinang minggu ini,  bercuti, urusan bisnes dan memang nak survey politik terkini,  3dalam1.

Jumpa rakyat marhaen,  ada motor tak ada kereta sekitar Sungai Dua dan jumpa jutawan, rumah bungalow,  tiga empat biji kereta,   berzakat puluhan ribu..

Jawapan yang dapat,  sama seperti dua tahun yang lepas.
Pengurusan Kerajaan Negeri lebih baik di bawah pentadbiran Lim Guan Eng...

Tidak perlulah dihurai satu persatu kebaikan dan kehebatan,    tidak perlu juga dipertikaikan kerana mereka yang merasa,  mereka yang lebih tahu.

Apakah berdosa untuk mengaku atau menerima bahawa DAP Kerajaan Pulau Pinang lebih excellent (?)

Soal KM didakwa rasuah,  biarlah mahkamah tentukan dan biarlah proses politik  umno dan DAP mencari penyelesaian.

Politik serba kemungkinan.


# Apa pandangan atau lebih tepat pembohongan dan momokan orang luar terhadap orang Melayu di kerajaan DAP menambah lagi benci orang Melayu PP kepada umno.

Saturday, December 17, 2016

AKAR UMBI PERLU DISEDARKAN UMNO DI BAWAH NAJIB LEBIH KUAT

Secara ikhlasnya saya sendiri yakin umno akan menang dan jadi kerajaan sekali lagi selepas menang tactically PRU akan datang.

Tun Dr Mahathir dan Muhyiddin lebih tahu tentang perkara ini, itulah kelebihan BN yang diketuai umno, mereka mempunyai banyak card yang sukar dibendung untuk menang di Pusat dengan melepaskan beberapa negeri.

Kelebihan itu tidak diketahui oleh ramai akar umbi menjadikan mereka panik dan takut umno kalah.

Walau seribu tuduhan skandal ke atas pemimpin umno dan kalaupun PAS tidak mahu menyokong umno,  semua itu tidak menjadi halangan untuk umno menang lagi.

BERSATU adalah serpihan umno yang paling lemah dan bukan mengejutkan jika satu kerusi pun tidak akan dimenanginya.

Begitu juga PAS yang akan masuk perangkap tiga penjuru dan menerima nasib yang sama buruk dengan BERSATU.

Fokus sekarang kepada merampas semula Selangor dan dengan bantuan PAS,  di atas kertas ia boleh berjaya.

Ini semua menjadikan umno lebih kuat dari masa sebelum belumnya dan Najib wajar diangkat menjadi wira baru.


Friday, December 16, 2016

DUA AGENDA BESAR SABOTAJ BERSATU

Ada dua agenda utama

1) Halang PAS dari bekerjasama dengan BERSATU

2) Pecahbelahkan perpaduan BERSATU dengan ujudkan dua team..  Mahathir dan Muhyiddin.
Agen pecahbelah ini sudah ujud dan menyamar sebagai ahli PPBM.

Oleh itu jika ada pecacai membawa isu, sebok rumahtangga BERSATU tidak lain tidak bukan untuk agenda di atas.

Ini termasuklah isu siapa PM Pakatan Pembangkang selepas mereka tahu PM mereka sudah tidak laku tidak lana lagi.

Duit haram memang sesuai untuk kerja haram.

XAVIER JUSTO MASIH KAH BERNILAI... DULU KECOH SANGAT

Xavier Justo akan dibebaskan oleh pihak berkuasa Thailand dalam masa terdekat.

Apakah pihak PDRM atau mana mana parti politik tidak berminat untyk membawanya ke Malaysia untuk di "interview".


Wednesday, December 14, 2016

PENYATUAN UMNO PAS SIAPA HALANG SIAPA DALANG

Atas nama perpaduan Melayu dan Islam penyatuan UMNO dan PAS sangat dialukan.

Tetapi setakat ini tidak ada pemimpin kedua pihak bersetuju untuk menyatu tetapi mungkin sekadar kerjasama.
Pun kerjasama dalam bentuk perjanjian belum ada
Pun belum ada kenyataan rasmi dari Parti atau Presiden berhubung kerjasama tetsebut.

UMNO dan PAS dilihat seiras dan serasi hanya bersandarkan pakaian sedondon (sosial) bersandarkan hadir bersama dalam sesuatu majlis (sosial) dan musuh bersama DAP (politik)

Oleh itu siapa halang siapa dalang bukanlah pihak luar.

UMNO kena cermin diri terlebih dahulu kenapa PAS tidak tergesa gesa atau terdesak untuk menyatu atau mengadakan perjanjian bertulis.

Mungkin bagi PAS,  tidak banyak perbezaan antara DAP dan umno.

PAS tidak sertai umno dalam soal bermusuh dan  kutuk Mahathir, Anwar atau PKR.

PAS masih mengkritik UMNO dan memperlekehkan Najib dalam soal 1MDB,  GST dan Royalti serta segala salahlaku tadbir urus.

Sebagai tindakbalas,  umno diam membisu,  tidak ada kritikan pada PAS,  tak jentik langsung PAS Kelantan...  + malah
sudah ada puji pujian dan penghargaan.

Ada sumbangan 90juta... Dinafikan tetapi saman yang dijanji sudah jadi munafik.

Kini BERSATU bagi merealisasikan harapan pembangkang satu lawan satu dengan BN terus menggunakan pendekatan bertemu dan masih terus berbincang dengan PAS.

Tidak ada irihati,  sakithati, patahati atau dengki khianat jika PAS ingin bekerjasama dengan umno,  silakan..
Itu hak PAS,  kena hormati...

Dan kenalah juga hormati kalau PAS lebih cenderung kepada BERSATU.

Soal penyatuan Melayu dan Islam bukan hak eksklusif umno atau PAS,  tidak juga hak BERSATU,  PKR,  AMANAH atau Melayu DAP.

Tanpa umno pun,  Melayu dan Islam boleh survive..

Lebih lebih lagi kalau umno sudah bobrok dan pemimpinnnya tidak berakhlak.. Melayu dan Islam harus bermufarakah dari tercemar sama.




Pemimpin ini akan turut hilang pengaruh dan integriti jika pernyataannya berdolak dalik, berputar,  bersimpang siur.



REALITI POLITIK, PAS JADI REBUTAN

Walaupun ramai yang mahu PAS dilupakan setelah BERSATU bersama Pakatan Harapan tetapi terbantut apabila BERSATU mengambil langkah yang lebih kedepan, sekadar mengadakan Perjanjian Bekerjasama.

Kenapa tidak menjadi sebahagian )?(?)...

Ini masih memberi ruang untuk BERSATU mendekati dan memahami keperluan duniawi PAS.

Lebih penting ia menjadikan fitnah BERSATU dikuasai DAP lebur dan musnah...
Sebaliknya sekadar kerjasama itu membuatkan umno tidak dapat tidor lena...

BERSATU memerlukan PAS bukan sahaja untuk merealisasikan satu lawan satu tetapi kerusi kerusi PAS yang kalah untuk diberikan kepada BERSATU.
Inilah cabaran BERSATU yang mewakili Pakatan Harapan.

Berdasarkan sikap dan ucapan Tuan Ibrahim, Timbalan Presiden PAS... kerjasama dengan BERSATU masih terbuka luas walaupun bukan semudah itu...

Tetapi harus diingat, mereka yang sudah dikuasai atau termakan budi Najib (umno) tidak mampu lagi membebaskan diri dan terbang tinggi...

# Sebab itulah jangan hairan kalau ada beberapa pemimpin PAS dan NGO mengeluarkan beberapa kenyataan yang pelik kerana itu adalah skrip ghaib.

Husam Musa juga ditendang keluar bukan sekadar kehendak PAS sahaja.
# PAS mungkin juga bertanding di kawasan DAP - nik amar
# Rafizi kebudakan kerana mahu Anwar sebagai PM - ibrahim ali








BOBOI JADI PM (?)

So what?

Tidak ada yang mustahil,  boleh diterima akal,  Malaysia akan diurus dengan lebih baik...

Sekurang kurangnya Lapangan Terbang kargo di Kulim akan menjadi kenyataan dengan cepat...

Mukhriz jadi PM..
Sound logic
Fresh
Energetic
Normal
Good

Lebih terperanjat kalau zahid,  hishamuddin,  kj,  mat maselan, salleh keruak jadi PM..
Makin rosak...


# Satu lagi peristiwa, tak perlu ulas panjang,  siapa yang kesipuan..


Tuesday, December 13, 2016

BERITA YANG MENGEJUTKAN




Tajuk di atas "memaksa"...
Tulisan di bawah "merayu"...

Penulis mungkin ada short wire..

Lebih baik tulis lim kit siang masukan 2.6B ke dalam akaun Mahathir untuk membolehkan Tun hadir Konvensyen DAP - itu lebih masuk akal untuk diterima.






# Cerita surat palsu Zahid minta Najib letak jawatan bukanlah isu besar.
Sudah dua tahun penulis upahan mereka menyiarkan berita palsu seperti di atas setiap hari....

𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚?

  𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚? Kita jawab secara am "Letak RM10,000 berapa boleh saya untung?&q...