Wednesday, October 8, 2008

Fikiran ke 2 yang difikirkan...

Pengumuman Dolah untuk tidak mempertahankan jawatan Presiden adalah keputusan tubuh badan individu yang dipilih tanpa pertandingan suatu ketika dulu. Hari ini beliau mengumumkan atas dasar desakan dan cakap cakap bahawa itu adalah kemahuan akar umbi dan Dolah secara lakonannya akur dengan 'suasana' tersebut.

Tetapi pengumuman itu tidak total dan tidak membuat apa apa kondisi sebaliknya dilapik dengan 'kerja kerja murni yang akan diteruskan' senada dengan hasrat dan matlamat pembangkang. Dolah terjun dari bangunan yang tinggi tetapi dalam masa yang sama meraih simpati dan psikologi kepada rakyat dan ahli UMNO bahawa cita cita murninya untuk bangsa, ugama dan negara telah disabotaj.

Berhati hatilah dengan permainan cantik politik ini.

Peerhatikan selepas ini adakah ada suara suara yang mengatakan bahawa Bahagian si fulan dan si fulan tetap mencalonkan Dolah untuk jawatan Presiden kerana jawatan itu adalah hak dolah untuk mempertahankannya dan demokrasi tidak menghalang sebarang pencalonan walaupun si fulan telah mengumumkan tidak mempertahankan jawatannya. Berdasarkan ketekunan dan iltizam Dolah meneruskan kerja kerjanya tidak mungkinkah si musuh akan jadi kawan dan yang lain lain merasa kesihan dan simpati kepada si lembek yang sedang diganyang.

Karpal Singh jika dibenarkan sebagai ahli UMNO sudah tentu menawarkan diri menjadi Pengurus Kempen untuk mempertahankan Dolah semata mata memastikan mimpi partinya menjadi sebahagian kerajaan tercapai. Zaid Ibrahim mungkin sanggup mendermakan seluruh hartanya untuk kos kempen Dolah.

Kewaspadaan harus sentiasa berada di tahap tertinggi bagi yang merasakan kegembiraan melampau atas pengumuman dolah tersebut kerana 'musuh akan membiarkan dirinya nampak lemah sebelum dia kembali menyerang' terutama jika di dapati lawannya terlalu asyik bergembira atau ketika dia mendapat senjata baru serta bisikan bisikan bakal lebai lebai malang.

Sudah pasti demokrasi menghalalkan cara, termasuklah UTurn untuk Dolah membiarkan dirinya dicalon, cukup kelayakan dan bertanding. Tentunya tidak ada perbezaan dalam pengumuman samada mempertahankan atau tidak mempertahankan jawatan Presiden.

1 comment:

𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚?

  𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚? Kita jawab secara am "Letak RM10,000 berapa boleh saya untung?&q...