Wednesday, March 24, 2010

Jangan Asak Anwar..

Asakan demi asakan ke atas Anwar seperti di Parlimen sangat mencemaskan kerana terlalu banyak untuk Anwar menangkis dan menjawab dan sudah semestinya Anwar sedang merangka satu strategi lama yang dikemaskinikan.

Sehingga sebelum PRU13, Anwar and the gang pasti sudah mereka agenda dan dengan perkembangan terkini. Desperate man do desperate things, agenda akan dipercepatkan, beberapa adegan surprise, stunt dan ganas akan dimasukkan dalam missi do or die.
http://bigdogdotcom.wordpress.com/2010/03/25/langkah-terdesak-anwar-selepas-pendedahan-zahrain-dan-zulkifli/#respond

PAS dan DAP harus berwaspada kerana jika terlalu terlibat secara langsung risiko amat tinggi samada mereka juga akan ditelan arus dan gelombang bersama PKR yang memang sudah nekad untuk 'terjun bangunan' - Pilihan PKR hanya satu - mereka sudah tidak punya pilihan.

Dalam ketika yang sama UMNO juga dilihat masih belum berubah, perasaan tidak puas hati masih ketara kerana UMNO di anggp gagal mempertahan apalagi memperjuangkan hak Melayu dan Islam dan UMNO dilihat terlalu tunduk kepada kaum lain - Realiti atau persepsi? MEB yang akan diumumkan akan menjadi garis penentu kedudukan terkini perjuangan UMNO.

Isu Titi Tinggi, Perlis memperlihatkan UMNO seolah berada dalam ketakutan yang amat sangat untuk menghadapi pilihanraya kecil walaupun di kubu sendiri yang selamat hingga ramai penyokong UMNO menganggap UMNO sudah hilang jantan.

Dengan perkembangan terkini PERKASA yang mendapat sambutan dibawah kepimpinan Ibrahim Ali dan dibayangi Tun Mahathir sudah semestinya menjadi satu perhatian kalau tidak pun bukan ancaman kepada UMNO, walaupun bukan sebuah parti politik, PERKASA boleh meletakkan ahlinya sebagai Calon Bebas di mana mana kawasan majoriti Melayu di mana UMNO tidak meletakkan calonnya tetapi menyerahkannya kepada komponen BN.

7 comments:

  1. Dan sememangnya itulah yang diharapkan agar PERKASA bergerak secara lebih perkasa, bukannya mengikut UMNO yang mengikat keberanian mereka di pinggang sahaja!

    ReplyDelete
  2. leave it to Mahathir..he'ii know what to do..just support Perkasa

    ReplyDelete
  3. Perkasa kena hentam kiri kanan atas bawah depan BELA . . .hehe!

    Dalam senyap2 Perkasa kumpulkan pengaruh profesional melayu.

    Dengarnya ramai pensyarah dan tokoh akademik sokong Perkasa. Tak jadi ahli pun takpe, yang penting, sokongan!

    Macam pilihanraya, berapa ramai ahli parti tak penting, yang penting berapa ramai yang undi! hehehe

    ReplyDelete
  4. Terima kasih semua, kita harap Ibrahim Ali tidak terikut pandai untuk sebut...satuuuuu.... satuuuuu.... satuuuuu...
    Takut lama lama jadi burung hantuuu...

    ReplyDelete
  5. Melayu belum tentu Islam, jangan sibuk memperjuangkan melayu tanpa memperjuangkan Islam. Kelak hidup dalam kesesatan, anak luar nikah ( haram) melayu dah lebih 70,000 orang sejak 5 tahun lalu.Ini belum termasuk yg murtad dan yg tidak melaksanakan solat,puasa dll. Apa akan jadi dgn melayu???

    Nama Allah dipertahankan tapi hukum Allah dihinakan. Melayu akan terus sesat selagi tidak mengambil Islam sebagai cara hidup.

    "Kita berjaya kerana Islam, kita hina tanpa Islam" kata Sayidina Omar Al-Khattab.

    ReplyDelete
  6. Abu Amir: Benarlah kata seorang pujangga besar islam, “bila aku ke Barat aku nampak Islam walaupun tiada Muslim, tetapi bila aku pulang ke Arab, aku tidak nampak Islam walaupun ramai Muslim”.

    ReplyDelete
  7. Melayu belum tentu Islam, Muslimim belum tentu munafik...jadi sampai bila kita nak tak tentu dan tak menentu?
    Jangan tanam syak prasangka antara kita kerana itu akan mengalahkan kita lebih dari musuh yang buas.

    ReplyDelete

𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚?

  𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚? Kita jawab secara am "Letak RM10,000 berapa boleh saya untung?&q...