Wednesday, July 27, 2011

PERKASA pun dah macam Menteri KDN???

PERKASA lu apa cerita???  14 hari tempoh yang diberi kepada Peguam Negara untuk mendakwa Anwar atas laporan palsu berkaitan vedio seks telahpun habis pada 23hb.


Hari ini dah masuk 3 minggu, apa tindakan PERKASA???


Anwar berjaya membasikan isunya ddengan isu bersih dan beberapa isu lain dalam masa terdekat termasuk provokasi barua ambiga untuk menyerahkan surat kepada PM di Kl sentral.


Video Seks Anwar – Peguam Negara Diberi Tempoh 2 Minggu


KUALA LUMPUR 8 Julai – Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) memberi masa selama dua minggu kepada Jabatan Peguam Negara untuk mendakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim atas kesalahan melakukan laporan polis palsu berhubung isu video seks.
Ahli Majlis Tertinggi Perkasa, Mohd. Zahid Md. Arip berkata, jika tidak, pertubuhan itu akan mendesak Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail supaya meletakkan jawatan kerana kegagalan mendakwa Anwar boleh disifatkan sebagai satu penghinaan terhadap undang-undang negara.
“Peguam Negara perlu ada keberanian kerana jelas Anwar berbohong dan membuat laporan palsu ketika menafikan dia bukan pelaku dalam video seks. Bukti saintifik hasil siasatan pakar tempatan dan Amerika Syarikat mengesahkan lelaki itu 99.9 peratus Anwar.
“Kenapa sehingga sekarang masih tiada sebarang tindakan daripada Abdul Gani meskipun, pelbagai pihak telah berulang kali membuat desakan. Jika tidak rakyat akan melihat sistem perundangan negara ini sudah tercemar,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.
Dalam pada itu, Pengerusi Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) Kedah, Zamil Ibrahim juga turut membuat desakan yang sama kerana jika Anwar dibiarkan bebas tanpa sebarang pendakwaan, ia adalah perbuatan dwistandard memandangkan trio ‘Datuk T’ telah dihukum.

3 comments:

  1. sorang cakap macam orang bingung, sorang lagi cakap macam orang bangang.

    si luncai

    ReplyDelete
  2. Mesti bersebab. Carilah sebab. Kenapa?

    Usahlah batu api.

    Adakah Perkasa dikecewakan? Apa jadi permintaan banyak kali Perkasa untuk jumpa Agung ditolak, Ambiga boleh senang jumpa.

    Perkasa pertahan Sultan. Ambiga sebahagian MyConsti nak ubah Perlembagaan yang terletak kuasa Raja.

    Tak guna Perkasa bela2 macam-macam jika orang atas dari Menteri ke Sultan ... pondan belaka.

    ReplyDelete

𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚?

  𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚? Kita jawab secara am "Letak RM10,000 berapa boleh saya untung?&q...