Monday, May 13, 2013

Ketua Polis Negara buat kejutan

Difahamkan KPN sekarang, tak ingat namanya akan bersara wajib pada 17hb Mei ini. (Amaran: bukan dipecat atau letak jawatan atas desakan). Berdasarkan rekod perkhidmatannya yang sangat cemerlang dan digeruni serta dihormati agak rugi jika kerajaan tidak menawarkan beliau lanjutan perkhidmatan secara kontrak. Negara akan kehilangan seorang KPN yang mempunyai kemahiran dan kebijaksanaan yang sangat tinggi. PDRM sangat cemerlang, terbilang dan germilang sejak beliau ambil alih.

Di era pentadbirannya di bawah kementerian yg diterajui oleh Dato Hishamuddin, sepupu kpd PM, kedua- dua mereka telah mencipta banyak slogan-slogan yang menarik seperti:
Tidak teragak-agak.... (Ini yg paling popular)
Amaran keras... (Ini juga popular)
Keselamatan dijamin ....
Polis sedang memantau...
Mereka akan dipanggil...
Serah diri sebelum diburu...
Kita ada kepakaran khas...
Kita akan buru sampai ke lubang cacing...
Dan banyak lagi.

Bagaimanapun semalam, KPN membuat kejutan dengan satu lagi slogan yg mungkin boleh diwarisi oleh pengganti beliau:

'Saya.tahu apa nak buat'

Nota kaki:
Rakyat merayu PM mengekalkan terus Dato Hishamuddin sebagai Menteri Dalam Negeri kerana PDRM akan terus dihormati diperingkat antarabangsa sebagai yang paling cekap dan cepat bertindak mengenai semua isu dan permasalahan keselamatan negara. rakyat hidup dalam keadaan yang aman damai, keselamatan terjamin, kadar jenayah hampir sifar jika rakyat tidak mendapatkan maklumat dari media, kedatangan pelancong asing akan meningkat dari masa kesemasa.

4 comments:

  1. perli nampak! selagi Hisham menerajui kepimpinan, inilah yang akan berterusan berlaku. cakap tak serupa bikin. rakyat malaysia bukanya bebudak kecik yang boleh digertak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. “…… POLIS AKAN MENJAGA KESELAMATAN SEMUA PIHAK TERMASUK MEREKA YANG 'BERNIAT JAHAT'”

      ".....MASYARAKAT HARI INI MAHU MELIHAT SATU TINDAKAN DIAMBIL KERANA NEGARA MEMPUNYAI UNDANG-UNDANG". - HISHAMUDDIN.

      “KITA MEMPUNYAI PELBAGAI UNDANG-UNDANG TERMASUKLAH POLIS DARI SEGI KONTEKS SIASATAN, PEGUAM NEGARA DARI SEGI KONTEKS PENDAKWAAN DAN KEHAKIMAN DARI SEGI KONTEKS KES DAN JUGA HUKUMAN”.

      Hadith:

      Daripada Abu Hurairah RA sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda, “Tanda-tanda orang munafiq ada tiga, APABILA BERCAKAP IA BERBOHONG, APABILA BERJANJI IA MUNGKIR JANJI dan apabila diberi amanah ia khianat.”

      Dalam satu riwayat, “Meskipun dia berpuasa dan solat dan mengaku bahawa dirinya seorang muslim.”

      Riwayat : Bukhari dan Muslim

      Sumber: http://www.islam.gov.my/e-hadith/amanah-dituntut-dalam-islam


      “KITA MEMPUNYAI KESEIMBANGAN UNDANG-UNDANG KERANA POLIS TIDAK BOLEH MEMBUAT TINDAKAN SESUKA HATI MEREKA,”

      Delete
    2. Undang2 adalah pencegahan bukan rawatan.
      Sekarang sudah dilanggar takkan tunggu parah
      Seimbang utk rakyat ke untuk penjenayah

      Delete
  2. tengok lahad datu la mcm mana dak teruk baru nak tegas.

    ReplyDelete

𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚?

  𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚? Kita jawab secara am "Letak RM10,000 berapa boleh saya untung?&q...