Saturday, August 30, 2014

situasi umno bahagian - biasa atau makin parah

UMNO sedang mengadakan Mesyuarat Perwakilan Bahagian di seluruh negara selepas peringkat wanita, pemuda dan puteri selesai. Pemimpin di peringkat Majlis Kerja Tertinggi UMNO antara yang merasmikan Bahagian.

UMNO sedang mengalami '7 perkara' yang menjadi semakin biasa dan ini boleh menjejaskan kekuatannya dan lebih penting "message" yang tersirat...

1) Kegagalan menubuhkan sayap pemuda di cawangan.
2) Kegagalan pemuda mengadakan mesyuarat agung cawangan..
3) Kegagalan menubuhkan sayap puteri di cawangan
4) Hampir 50% ketidakdatangan perwakilan dalam Mesyuarat Perwakilan Pemuda Bahagian.
5) 1-2% kegagalan cawangan mengadakan mesyuarat agung cawangan kerana masalah teknikal, paling popular tak cukup korum dan cawangan sudah tidak berfungsi.
6) 20-35% ketidakhadhiran Perwakilan dalam Mesyuarat Perwakilan Bahagian.
7) Kebiasaannya 50% perwakilan akan berkurangan atau tidak hadhir semula selepas pukul 2.oo ptg.

Hanya wanita di peringkat cawangan dan bahagian sahaja yang masih kekal excellent.

Jika ini berlaku di Johor, kubu kuat UMNO, bagaimana di bahagian lain.

4 comments:

  1. UMNO dah nazak.. Cuba cerita psl byk projek2 nak difaraidkan, mesti ramai giler. Kepala kat atas tu kena bertukar..

    ReplyDelete
  2. kepala dok syok sendiri...konon katenya berjaya berunding dgn puak pemisah...obama pun tak boleh katenya...adeh...

    ReplyDelete
  3. Biar je lah keluangman,Umno nak biasa ke ,parah ke terlungkup ke.tak usahlah kau nak sibuk.Orang Melayu macam kau dan pengunjug blog kau ni patutnya tak perlu risau pasal Umno,tak perlu sebut-sebut lagi mengenai Umno,malah mungkin juga patut hentam saja Umno biar mampus.Sebab kau orang gulungan terpelajar,berkemampuan utk berjaya secara sendirian tak perlukan apa-apa bantuan dari Umno.Umno ni mengikut pandangan kau orang,pemimpinnya semua tak guna,buat apa pun ta mendatangkan faedah ada rakayat.Umno ni hanya membentuk metaliti subsiii,korup,lagi afdhal,kau orang masuk DAP ramai-ramai,terlanjur mereka sedang cari Melayu yg sanggup join mereka.

    Aku orang kampung ni pun tak kesah sangat pasal Umno nak hidup atau mati,walau pun aku tetap undi Umno dan sokong Umno.Satu lagi aku tak pernah juga minta bantuan dari umno atau kerjaan,hanya apa yg diaorang beri aku ambil,sambil bersyukur kepada Allah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye tak ye jugak. Buat apa kita nak menyibuk pasal umno. Kalau tak suka, biar aje la. Mcm kluangdiamond ni....sibuk jeee

      Delete

𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚?

  𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚? Kita jawab secara am "Letak RM10,000 berapa boleh saya untung?&q...