Monday, September 3, 2018

BERITA BAIK DARI BDS

Tun M akur serah kuasa kepada Anwar.

BANDAR SERI BEGAWAN, BRUNEI - Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau akan menyerahkan jawatannya kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim mengikut persetujuan yang dicapai dalam Pakatan Harapan (PH) sebelum ini.

Katanya, beliau akur dengan persetujuan bahawa beliau akan menjadi Perdana Menteri sementara untuk tempoh yang disebut adalah dua tahun.

Beliau berkata demikian semasa menjawab soalan pada sesi perjumpaan dengan rakyat Malaysia sempena lawatan kerja dua hari beliau ke Brunei Darussalam, di sebuah hotel di sini malam tadi.

Mengenai kebimbangan sekiranya sejarah akan berulang apabila beliau (Dr Mahathir) tersilap memilih penggantinya untuk menerajui negara, Dr Mahathir berkata sekiranya rakyat tidak berpuas hati dengan penggantinya, maka rakyat boleh membuat pendirian pada pilihan raya umum.

Menurut, sebelum ini banyak usaha dilakukan seperti demonstrasi, failkan usul tidak percaya, laporan polis serta deklarasi rakyat menolak kepimpinan kerajaan namun semuanya itu tidak berjaya sehingga ketetapan dibuat rakyat dalam pilihan raya umum.

Beliau seterusnya menafikan tohmahan yang sering dilemparkan terhadapnya, kononnya beliau adalah ‘Ultra Melayu’ kerana menurutnya gelaran itu, sama seperti label Mahafiraun, Mahazalim dan sebagainya semata-mata diberikan oleh musuh politik.

Katanya, beliau mengutamakan negara supaya tidak wujud jurang perbezaan begitu ketara antara penduduk pelbagai kaum sehingga boleh mengundang permusuhan dan rusuhan.

Justeru, katanya, PH sedang berusaha membela nasib dan menyatupadukan rakyat tanpa mengira kaum.

Bagaimanapun, katanya, isu perkauman akan tetap wujud dalam sesebuah negara berbilang kaum dan bangsa namun usaha-usaha yang dilakukan oleh kerajaan baharu tidak akan menjurus kepada ketegangan atau permusuhan dalam negara.

Dalam perkembangan lain, Dr Mahathir projek Lebuhraya Pan Borneo di Sabah dan Sarawak akan tetap dilaksanakan namun ia akan mengambil sedikit masa untuk menyiapkannya memandangkan komitmen kewangan lain yang perlu dilaksanakan terlebih dahulu.

Selain projek pembangunan, Perdana Menteri berkata jentera kerajaan juga ketika ini perlu diperbaiki kerana banyak kerosakan dalam pentadbiran negara berlaku sebelum ini.

Justeru, beliau menyeru rakyat supaya bersabar untuk melihat hasil pembaharuan yang sedang diusahakan oleh kerajaan baharu PH.

Menjawab soalan hadirin mengenai harapannya sebelum berundur, Dr Mahathir berkata beliau mahu mengembalikan zaman kegemilangan Malaysia yang pernah digelar Harimau Asia dan menjadi kebanggaan rakyat.

“Saya mahu sebuah kerajaan yang demokratik dan bukan kleptokratik,” katanya.

Katanya, beliau ingin melihat wujudnya ‘rule of law’ (kedaulatan undang-undang) bagi melindungi rakyat serta menjadi sebuah negara maju sebagaimana yang menjadi sasaran dalam Wawasan 2020 sebelum ini. - Bernama.



# Baguslah kedua pihak secara terbuka saling akur dan hormat menghormati. 
Jika di belakang,  ada sepak terajang di antara kedua pihak,  risikonya jangan sampai boss anda kempunan,  juga membawa maksud anda juga "melepas"..
Untuk kata tidak ada permainan tikam belakang,  sangat sukar untuk percaya.. 
Pendedahan Hishamuddin Rais sangat relevan dan sukar ditolak 0%.. Ia mampu antara 60%-99% kebenaran lebih² lagi Hishamuddin lebih rapat dengan Anwar dan musuh ketat Tun sebelum ini. 

Ada sesiapa dari PKR selain Anwar berani sangkal kenyataan Hishamuddin??? Tidak ada yang berani sebab mereka kenal Hishamuddin,  orang gila tak pandai cakap bohong. 

9 comments:

  1. luv TUN dari dulu kini dan selamanya....


    ReplyDelete
  2. Berita baik yang menjadi berita buruk buat macai. Kikikiki

    ReplyDelete
  3. Siapa gerangan agaknya yg memberi gelaran Mahafiraun, mahazalim, kepala perompak kpd beliau? Sebut ajelah nama tu, jgn sekadar sebut musuh politik shj. Generasi muda nak tahu ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Siapa hukum Umno kafir ? Semua rakyat nk tahu

      Delete
  4. tun pn dh tua. Terlalu tua utk terus meneraju negara. Tp dia teruskan utk hapuskan rasuah. Semoga berjaya & penggantinya lebih baik daripadanya dan najib.

    bankami.blogspot.com

    ReplyDelete
  5. Walaupun orang gila tak pernah cakap bohong, tapi orang gila biasanya cakap merapu. Cakap merapu biasanya orang gila sbb orang gila yg biasanya cakap merapu.

    Walaupun orang gila cakap tak menipu, tapi orang gila suka cakap merapu.

    Cakap tak menipu tak semestinya gila dan cakap merapu kebiasaannya orang gila.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Najib dh gila ke?
      Astaga kau jgn buat cerita fitnah.
      Xdpt dia nk bersihkan namanya dlm mahkamah

      Delete
  6. Tak mengapa wahai ayahanda Tun, tempoh 2 tahun yang dijadikan syarat oleh mereka itu akan jatuh pada Mei 2020. Ia sudah lebih daripada cukup untuk ayahanda Tun sendiri yang membuka kapsul 2020.

    Dan yang lebih penting lagi, telahan saya ialah due date untuk khalifah akhir zaman muncul dan mengisytiharkan siapakah lelaki yang pembawa Panji Hitam, akan jatuh pada tahun 2019.

    Apabila perkara tersebut berlaku maka umat tidak perlu risau lagi dengan golongan pendusta. Malah para ahli agama yang menjadi perosak agama di atas nama agama juga bagi mereka ketetapan mereka sendiri, dan tiada sesiapa yang akan teraniaya.

    Berkenaan dengan 1001 cercaan buruk yang mereka berikan ke atas ayah Tun seperti Mahazalim, Mahafiraun dan sebagainya biarkan. Ia adalah petunjuk bahawa ayah Tun memiliki ciri kaum yang didatangkan selepas kaum asal berpaling iaitu "mereka berjuang pada jalanNya dan tidak takutkan cercaan orang-orang yang mencerca."

    Ayah Tun lakukan sahaja apa yang perlu dan terdetik di ilham ayah Tun kerana ayah Tun benar-benar sedang meniti perjuangan yang ditakdirkan.

    Masa akan membuktikan sama ada telahan saya meleset ataupun tidak.

    Wallahu a'lam.

    ReplyDelete

MALAY-SIA TANAH AIR BANGSA MELAYU WAJAR DIPERTAHAN TERUS - KEWARGANEGARAAN WAJAR DIPERHALUSI - RAYUAN KERAJAAN PERLU DITERUSKAN - YANG MENIPU KEWARGANEGARAAN PUN SUDAH BERAT DAN BELUM DITANGANI

Tarik balik rayuan - Sultan Johor : JOHOR BAHRU: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar, menggesa Kerajaan Persekutuan untuk menarik balik ra...