Saturday, September 15, 2018

ELOK HARAMKAN PENGGUNAAN USTAZ, TUAN GURU, ULAMA PADA MANA² YANG BERJAWATAN DAN GIAT DALAM POLITIK SUPAYA UCAPAN POLITIK MEREKA TIDAK MENGELIRUKAN.. ...



Tokoh besar dunia pun takut digelar ulama, tapi di Malaysia...?


KUALA LUMPUR: Penggunaan istilah ‘ustaz’ dan ‘ulama’ di negara ini perlu dikawal supaya hanya pihak yang mempunyai latar ilmu yang memadai boleh dirujuk dengan gelaran itu.

Perkara itu dinyatakan Mufti Perlis Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, atau Dr. Maza, dalam satu kenyataan yang muat naik di akaun Facebooknya.

“Saya rasa perkataan yang paling bahaya digunakan ialah ‘ulama’. Ini seperti tokoh ulama, dewan ulama, majlis ulama, syura ulama dan seumpamanya. Tokoh-tokoh besar dunia pun takut untuk memanggil diri mereka ulama.

“Di Malaysia, dengan mudah wujud istilah-istilah ini. Jika memang ada latar ilmu yang memadai, maka tidak mengapalah digunakan. Bimbang sebaliknya,” ujar Mohd Asri.

Kenyataan Dr Maza itu hadir lantaran beliau bersetuju dengan ulasan Menteri di Jabatan Perdana Menteri bagi Hal Ehwal Agama Islam, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa, dalam satu seminar, yang memperkatakan tentang perlunya kawalan terhadap penggunaan gelaran 'ustaz' dengan sewenang-wenangnya.

Menurutnya, perkara itu dibimbangi akan membuatkan masyarakat terkeliru dan menyangka fakta yang salah itu benar, hanya kerana gelaran berkenaan.

21 comments:

  1. Gerakan meliberalisasikan dan pluralisma .. hingga gelaran pun dah cukup takut cemas gelabah terdesak oleh tuan top dog DAP

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kah kah kah bukan DAP.yng takut,yng manga ialah org ramai yng termakan cakap yng oral kosong tapi Pura Pura berilmu.Confus namanya

      Delete
  2. Dah giler ke.. Sakit. Meroyan tgk umno dgn pas.. Apahal..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Meroyan tgk umno dgn pas.
      Kah kah kah kah...

      Yg meroyan nk sokong pkr tu sapa?
      Kah kah kah kah..

      3 prk yg kena tapau siapa?
      Kah kah kah kah..

      Bila umno bleh bangkit dgn ahli yg bebal semacam ini.
      Kah kah kah kah kah kah kah kah

      Delete
    2. Tak meroyan pun cuma kesian pada parti anjing seMalaysia kerna percaya bulat2 cakap pemimpin mereka. Orang yang berilmu memang takut digelar ulama tapi parti anjing seMalaysia berbangga dengan gelaran ULARmak kerna dapat menipu ahli2 mereka sendiri.

      Delete
  3. Masyarakat tak keliru pon
    Masyarakat Islam Malaysia dah tau
    yg mana ustaz yg mana jump start,
    yg mana ulama yg mana ayam serama,
    Yg mana ulamak yg mana ular dlm semak

    Yg keliru cuma menteri agama ni dan mufti Perlis je sbb mungkin dia rasa dia paling hebat, AL maklumlah, ada title Dr, org lain belajar pondok je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rakyat pun keliru..

      Ada yg sampai mati terbunuh sbb taksub percaya gulai masakan umno haram sebab dlm kawahnya bercampur babi mca.

      Tu belum lg xkira politik suku agama suku.

      Tapi si jump start, ayam serama dan ular dlm semak xde segan silu pun berceramah di atas pentas mca dan menyokong mca.

      Ana betul2 hairan

      Delete
  4. Ini boleh buat lobai pas meroyan...

    ReplyDelete

  5. Monday, September 14, 2009

    apa makna dan maksud USTAZ???

    Masa HAri guru 16 MEI yang lalu,Ana bertanyakan DR MIR HAZIL tentang apa makna dan masud USTAZ.Ana dah lama tercari cari maknanya dalam bahasa Arab dan akhirnya inilah jawapan dari Dr Mir Hazil.
    SILA BACA YER,

    JAWAPAN sy UNTUK SOALAN : MAKSUD USTAZ..
    Huh.. sebenarnya saya juga pernah tertanya-tanya persoalan ini suatu masa dulu. Ada berbagai versi jawapan yang ditemui. Setahu saya, perkataan ‘ustadz’ tiada dalam al-Quran..Setahu saya..perkataan ‘ustadz’ (ejaan arabnya أ, س, ت, ا, ذ ) ini berasal dari bahasa FARSI (Irani). Banyak perkataan-perkataan farsi telah menular masuk ke bahasa arab suatu masa dahulu. Ia adalah gelaran untuk cikgu (teacher).
    Ada juga perbahasan yang mengatakan ia berasal dari bahasa Sepanyol (Spanish) “USTED” yang umumnya adalah ‘kata ganti-nama ke tiga’ seperti ‘dia’ atau ‘mereka’ yang boleh merujuk kepada lelaki atau perempuan (umum). Sejarahnya dikatakan perkataan ‘usted’ ini berasal dari perkataan Sepanyol tua – “Vuestra Merced” bermaksud ‘Yang Pengasih’. Kata ‘vuestra’ ini kemudiannya disebut ‘Vested’ hingga akhirnya menjadi ‘Usted’ (dimana dahulunya huruf ‘v’ dan ‘u’ adalah sama dalam bahasa mereka). Ada yang berpendapat terdapatnya ambilan perkataan-perkataan arab atau farsi ke dalam bahasa Sepanyol Tua. Namun, perbahasan ini agak lemah kerana tiada bukti jelas menyokong fakta tersebut. Mungkin sebutan kata ‘usted’ dalam bahasa Sepanyol ini kebetulan sama dengan kata ‘ustadz’.
    Pendapat mengatakan asal kata ini dari FARSI punya kekuatan sejarahnya. Malah perkataan ini masih digunakan di Negara tersebut juga di Negara Arab. Maksud dikedua-dua Negara adalah sama iaitu : cikgu atau guru. Malah, dalam bahasa Farsi, ‘ustadz’ merujuk kepada guru di universiti atau secara tepatnya professor. Status cikgu atau pensyarah dan professor jauh berbeza. Profesor adalah ‘tenaga akademik yang paling tinggi taraf jawatannya di universiti. Mereka adalah insan yang tahu secara mendalam akan sesuatu bidang yang mereka kuasai. Bukan hanya penyampai wacana bidang tersebut, mereka adalah PAKARNYA. Maka, status atau gelaran ‘ustadz’ ini tinggi martabat atau duduknya.
    Di Malaysia ‘ustaz’ merujuk kepada guru agama. Malah kata ini di ‘muannaz’ (merujuk kepada perempuan) menjadi ‘ustazah’ bagi merujuk guru wanita yang mengajar agama.
    Seperti perbincangan tentang perkataan artikel ‘guru’ yang lalu, kata ‘ustadz’ ini juga pada hemat saya telah sedikit ‘dimurahkan’ martabatnya.
    Sempat juga bertanya kepada sahabat saya al-ustadz Mohd Gunawan Aziz, Antara jawapan beliau: Kata ‘Ustadz’ adalah kalimah khusus yakni (baca:iaitu) ia bukan kalimah terbitan dari mana-mana kalimah akar. Contoh kalimah terbitan adalah seperti kata ‘mualim’ yang kalimah akarnya adalah ‘alima. Ia digunakan sebagai ‘gelaran’ yang disandarkan (diberikan) kepada orang yang mengajar apa jenis ilmu sekalipun, samada khusus atau tidak JUGA berkaitan agama atau tidak. Oleh kerana itu, gelaran ini jarang digunakan di Negara Arab untuk merujuk kepada ‘guru agama’. Di Arab, gelaran ini amat terkenal digunakan untuk cikgu sekolah awam rendah dan menengah termasuklah cikgu muzik. Cuma di Malaysia, gelaran ini lebih ma’ruf untuk guru aliran agama.
    wallahualam…
    alfakirmaster

    ReplyDelete
  6. Kat kampong aku tok bilal pon dipanggil ustaz...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sbb kat kampung kau semua jahil & penyokong kuat lgbt, liberalisme, pluralisme dan animisme.

      Delete
  7. Perlu ada kawalan tp bukan sewenang-wenangnya nak haramkan. Kerajaan yg ada sekarang ni dh makin sedap utk bertindak sesuka hati sesuai dgn kepentingan diri. Nak tangkap org, nak dakwa org, nak lepaskan org dari pendakwaan, nak ubah tuduhan (sampai pertubuhan haram yg tak berdaftarpun di tuduh bawah akta pertubuhan) dan lain². Jgn jadikan rule of law menjadi rule of jungle. Jadilah kerajaan utk rakyat, bukan mencacaikan rakyat. So, syor asal tu kena pinda. Jgn ikut sesedap rasa dan nafsu sendiri je...

    ReplyDelete
  8. Bila jasad masuk kubur, bila ditalkinkan... Title tu sudah tidak disebut lagi..

    Imam akan sebut, " wahai Hadi bin Awang, hendaklah kamu ingat janji² Allah.... "

    Adalah lebih baik di dunia, awal² lagi manusia jangan riak pada title, lebih teruk kalau menyesatkan orang lain..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Siapa yg sesat, tersesat dan msnyesatkan ni kd? Knp perlu gusar yg melampau? Duduk di luar parti tp mcm terpanggang di atas api. Tidak spt yg awak maksudkan itu kd, cuma rasa benci dan iri awak aje yg menyebabkan jiwa awak tak tenteram. Kami baik² shj, tak rasa disesatkan dan tak pernah rasa tuan presiden itu penyesat. So, jgn gelabah beruk ye. Jaga je apa yg awak rasa perlu jaga dan jgn terlebih sibuk.

      Delete
    2. Ko jgn main2 kd petik nama tuan guru bdk2 walaun.

      Masok neraka kau nnt.

      Selamat blog ni xde org pas komen.

      Kalau ada pun cacai umno xtau nk komen apa. Kejap sokong anwar kejap sokong pas. Umno nk perjuang apa lg pun xtau lepas dihumban org melayu

      Delete
    3. Kau je yg sesat, org lain main politik tak sesat ponn.

      Delete
    4. Talkin Orang mati tidak di binkan kpd ayah...di bintikan kpd ibu..

      Delete
    5. Ulamak mulut longkang. Mulut celupar..Hati busuk.. ego dn bodo sombong.

      Delete
  9. Dakwaan Umno cantum BERSATU

    Khamis lalu, Nazri berkata beliau mahu Umno bekerja sama dengan PKR supaya bekas parti pemerintah itu dapat kembali menjadi kerajaan.

    Sementara itu, mengenai dakwaan Umno mengkaji bercantum dengan BERSATU, Anwar berkata beliau tidak bimbang.

    "Kenapa risau? Mereka boleh berbincang dengan sebarang anggota gabungan HARAPAN. Tiada masalah," katanya.

    Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan awal hari ini bahawa kesemua anggota parlimen parti itu telah menandatangani pengisytiharan bagi memberi kuasa kepada beliau mengkaji kerja sama dengan kesemua parti-parti politik, termasuklah HARAPAN dan PAS.

    Beliau juga tidak menolak bekerja sama dengan parti komponen HARAPAN walaupun baru-baru ini Umno cukup dekat dengan PAS mengatakan "pintu senantiasa terbuka."

    ReplyDelete
  10. Ustaz sesuai untuk yg mengajar ugama dan bahasa arab disekolah dan guru2 agama yg ditauliahkan oleh majlis hal ehwal agama islam negeri sahaja...

    Nanti sape2 boleh baca terjemahan hadis dan quran dari kitab di panggil ustaz jugak...

    Ulamak jugak perlu diiktiraf oleh satu badan berkelayakan ...ulamak lebik tinggi dari ustaz...ulamak kata plural ato jamak dari perkataanalim
    .

    ReplyDelete
  11. Sejak pecacai umno berkawan dengan pas ramai lobai, komen pun dah sopan², masuk bagi salam, dedak pun dah tak makan, nak keluar pun ucap takbirrr..
    Kikikikikiki..
    Kesian najib, dah ramai hilang kawan..

    ReplyDelete

ADAKAH PENGUMUMAN INI MEMBERI KESAN KEPADA RAKYAT UNTUK YAKIN KERAJAAN ANWAR

  https://www.thevibes.com/articles/business/89358/chinas-rm170-bil-investment-to-drive-msia-to-greater-heights-analysts Sebagai usahawan ya...