Friday, September 14, 2018

KERJASAMA PAS UMNO MENGISI PERJUANGAN ATAU KEPERLUAN SEMASA? TABAYYUN!!!

KUALA TERENGGANU, 14 Sept — Seramai 273 perwakilan Pemuda PAS hari ini menolak usul ‘tahaluf siyasi’ dengan Umno sebaliknya mengambil langkah untuk memperkukuhkan Gagasan Sejahtera yang dibentuk sebelum ini.

Mereka, termasuk barisan kepimpinan Pemuda PAS, yang berdiri ketika mengundi, menolak usul ini tetapi dengan pindaan dalam persidangan sayap parti itu di Duyong Marina and Resort di sini petang ini.

Manakala 58 perwakilan lagi, memutuskan untuk menyokong usul yang dibentangkan oleh Dewan Pemuda PAS Kota Raja. Sebelum pengundian dibuat beberapa perwakilan berbahas untuk menyokong dan menolak usul itu dengan pindaan.

Usul itu mempunyai tiga perkara iaitu:

1) Desakan kepada PAS Pusat supaya menentukan rakan politik menerusi kaedah ‘Tahaluf’ dan bukannya ‘Taawun’ yang terlalu anjal’

2) Mengambil langkah mengukuhkan Gagasan Sejahtera dengan menzahirkan keikhlasan PAS menerusi lantikan politik dalam kerajaan negeri Kelantan dan Terengganu kepada rakan daripada Gagasan Sejahtera. Sekaligus terbuka untuk mereka berperanan sebagai ejen semak dan imbang.

3) Manakala sebarang hubungan dengan Umno-BN, mestilah diikat oleh garis-garis yang jelas dan berprinsip selain dibuktikan menerusi lantikan politik kepada wakil PAS dan Gagasan Sejahtera di dalam kerajaan Umno-BN di Pahang dan Perlis.

Menjelaskan kedudukan usul itu, selepas perbahasan panjang lebar, pengerusi usul Hishamuddin Abdul Karim menjelaskan perkara yang pertama dan ketiga dimansuhkan daripada usul dan hanya mengekalkan perkara yang kedua sahaja.

Perbahasan usul itu dibahaskan oleh perwakilan Tumpat, Kelantan dan Sri Gading, Johor yang tidak bersetuju dengan usul tersebut. Manakala Pandan, Selangor pula menyokong usul tersebut.

Sebelum itu, perwakilan Tumpat berbahas dengan menyifatkan usaha tahaluf siyasi dengan Umno, dianggap “tergesa-gesa” memandangkan pilihan raya umum ke-14 baru sahaja berlangsung sedang pilihan raya umum ke-15 masih lagi jauh.

Perwakilan itu mempersoalkan sama ada berkerjasama dengan Umno itu satu keperluan terdesak dan telah diperhalusi dan diteliti dengan sebaik-baiknya.

Sedangkan rakyat telahpun menolak Umno selepas 60 tahun yang didakwa menyalahgunakan kuasa yang membolehkan kepimpinan PAS “terpalit” jika bekerjasama dengan Umno.

“Isu ini tiada keperluan mendesak dan tidak perlu diputuskan sekarang. PRU15 lebih panjang. Dua negeri ditadbir PAS, kita buktikan kita boleh buat yang terbaik.

“Umno memerintah dua negeri dan mesti menunjukkan (sikap) untuk bertaubat dengan dosa (yang dilakukan) dan buktikan kepada kita mereka tidak akan ulang kesalahan yang dilakukan,” katanya.

Sehubungan itu, pemuda itu mencadangkan perkara yang pertama dan ketiga, dalam usul Pemuda Kota Raja, dibuang sebaliknya mengekal perkara yang kedua iaitu mengukuh Gagasan Sejahtera.

Menyokong usul tersebut, Perwakilan Sri Gading senada dengan menganggap kerjasama Umno-PAS dianggap “tergesa-gesa”.

“Menerima usul ini (kerjasama dengan Umno) bermakna kita menerima fitnah Pakatan Harapan, bahawa PAS menerima RM90 juta daripada BN. Terima (usul) ini secara automatik, beerti menerima fitnah RM90 juta,” katanya.

Sementara itu, perwakilan Pandan pula mahu dasar taawun itu diberi penjelasan daripada kepimpinan PAS dengan lebih jelas dan tidak mahu dijelaskan secara longgar.

“Kita mahu dasar taawun ini diberi pencerahan supaya tidak timbul kekeliruan,” katanya.

Usul itu akan dimajukan dan akan dibahas di Muktamar Penuh PAS di Stadium Tertutup Gong Badak, di sini pagi esok.


# Pemuda PAS tampak matang,  waras tanpa Nik Abduh. 

6 comments:

  1. Mereka sendiri namakan gabungan mereka sebagai PAS - Ikatan Gagasan Sejahtera yang mana singkatan gabungan ini akan berbunyi PIGS.

    Dahulunya Mahaguru mereka, semasa menjadi MB Terengganu telah membuat perbandingan parti mereka dengan anjing dan berkata 'PAS lebih pandai daripada anjing'.

    Mahaguru yang sama juga pernah samakan MCA sebagai seketul babi di dalam kawah dan kini mereka terjun pula ke dalam kawah yang ada ketulan daging babi ini.

    Kini seorang lagi pemimpin mereka bergelar Mursyidul Am membuat perbandingan PAS dan UmNo seperti dua ekor anjing yang sedang bergaduh dan apabila melihat serigala (PH) muncul, kedua-dua anjing akan berhenti bergaduh sesama sendiri dan menyerang serigala.

    Demikanlah pemimpin-pemimpin PAS melihat parti mereka dan gemar membandingkan diri mereka dengan haiwan.

    Sesungguhnya Allah telah menciptakan manusia dengan sebaik-baik ciptaan, dan kemudian Dia hinakan manusia itu lebih rendah dari haiwan.

    Tidakkah mereka mahu berfikir?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau gemar PAS membandingkan diri mereka dengan haiwan, kau pulak gemar memandingkan diri kau dengan tahi manusia maknanya kau jauh lebih jijik dan busuk dari tahi manusia. Tidakkah kau mahu berfikir?...hehehe

      Delete
  2. Umno sepatutnya dibiarkan mati beragan. Itu saja pengajaran bagi puak2 angkuh dan sombong. Secara tidak langsung kematiannya juga akan menghapuskan para pencacai. Tiada umno, tiadalah org bodoh dan tamak dalam arus politik negara.

    ReplyDelete
  3. apabila kita termakan benda haram, mereka yang sama2 merasa akan panas yang tak terhingga. they flock together and cried out WE SINK OR SWIM TOGETHER ....hahaha

    ReplyDelete
  4. Pas dgn umno nk bersatu kau pulak senak telur.. Apahal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. no one is senak telur. otang ketawa terbahak2 adalah...

      the blind and deaf kepanasan masing2 cari aircond .....hehehe

      Delete