Wednesday, September 12, 2018

LAYAK KE MUFTI CAKAP LEBIH² PASAL 1MDB(?)

Siapa pun anda hormatilah papan tanda arahan untuk kebaikan sendiri.. .

Seorang doktor perubatan layak di bilik pembedahan dan
bukannya di bengkel kenderaan.. 

Apabila mencampuri urusan orang lain berlebihan dan terkeluar dari had ilmu yang ada,  bersedialah untuk terima tindak balas.. 

"Tawaqquf" - satu istilah yang cukup digemari ustaz-ustaz dan golongan wala'un haraki yang masih terpalit dengan wahm, shakk dan zann dalam usaha mereka memahami 1MDB. 

Istilah itu cantik dan satu keuzuran ilmiah jikalau diguna pada awal kemelut 1MDB bermula. 

Tapi kini? Selepas 3 tahun berlangsung? Itu tanda-tanda golongan yang pemalas dan lemah akal untuk bertanya kepada mereka yang lebih ahli.

Kita tahu golongan agamawan termasuk beberapa Mufti  yang terang-terang pertahankan 1MDB dengan hujah cetek (rujuk kenyataan Mufti Perak https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2016/08/01/harussani-apandi-sudah-putuskan-buat-apa-bincang-1mdb/) yang cuba "kosher" penyelewengan aparatus kleptokrasi Najib Razak dulu.

"Tawaqquf" yang terpacul daripada bibir mereka itu adalah pada hakikatnya adalah alasan samada (1) kemalasan mengkaji dan tabayyun atau (2) keingkaran ilmu terhadap burhan yang dizahirkan sekian banyak dan lama tentang jejak-jejak wang serta kefahaman tuntas berhubung sistem kewangan dunia yang menjadi latar kepada operasi songlap duit negara oleh perompak 1MDB.

Sungguh sedih melihat pertimbangan akal golongan ini, biarpun dilatih berfikir secara mantiqi tetapi bila masuk bab siyasah akal mereka tewas dengan nafsu amarrah. 

Kalau Mahathir merupakan hijab untuk kalian mencari kebenaran, mengapa tidak dilihat kepada Muhyiddin, Shafie, Zeti, SPRM dan banyak lagi golongan yang bertarung dengan Najib Razak?

Najib Razak tidak jujur dalam menjelaskan auta dokumen daripada kerajaan Saudi tersebut. 

Siasatan pertuduhan baik daripada Malaysia hatta pemilik sistem aliran tunai global SWIFT iaitu Amerika, telah sahkan bahawa punca asal derma Arab palsu itu ialah daripada akaun Goodstar yang Jho Low pegang yang mana duit tersebut dirompak keluar daripada Malaysia melalui projek 1MDB (diceritakan panjang lebar dalam laporan PAC yang Hassan Arifin edit keluar nama Jho Low). 

Ini semua lapisan-lapisan pengubahan wang haram untuk mengaburi mata "regulators" - suatu tindakan bodoh.

Melayu pantang dengar nama dan segala Arab mudah cair dan ditipu. Itu banyak produk "substandard", timbang kati nama Arab yang laris dijual dan diiklan di corong-corong radio. Najib Razak tak bodoh. Dia pun tahu psyche Melayu. 

Simbolisme Islam, Melayu (termasuk dengan Ku Nan semua ber-ya hanana) adalah satu cara untuk mengaburi golongan yang lurus dan alpa terhadap realpolitik yang Nabi dan A'immah Muslimin ajar.

Cnp

6 comments:

  1. Maaf KD, komen lari tajuk.

    Pada hemat saya, alang alang wang rakyat dibazir di PD; boleh memungkinkan perlawanan sengit.

    Jika mad hassan jadi calon lawan, bertandinglah atas tiket bebas,

    atau calon bebas itu daim...

    Mungkin boleh ulangi sejarah seperti Parlimwn JB suatu masa dahulu...


    Mengikut situasi semasa pola, jangan bazirkan wang rakyat lagi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan mimpi umno dan pas akan letakan calon menentang anwar, alasannya itu kerusi MIC, semua sudah terancang.

      Calon bebas, siapa pun, sekadar opera cina atau hilang wang pertaruhan.




      Delete
    2. Ada gambar Haji Hadi melawat mat hassan.

      Sekiranya mat hassan yg jd kepala strategi, sudah pasti umno akan lawan anwar kerana musuh harus ditentang. Kekalahan anwar akan merobek imej pakatan harapan.

      Tapi kalau geng najib masih mengusai umno, sudah pasti laluan mudah akan diberikan kerana projek sailang mereka masih berjalan (rujuk isham rais).

      Kasihan.
      Bukan suara rakyat yg mahu didengar tapi suara hati sendiri. Ramuan kehancuran umno ini masih diamalkan oleh anwar.

      Delete
    3. Letak Datuk Seri Mat Hassan
      Tak lawan pun memang umno BN dah kalah tapi kalau lawan belum tentu
      Kalah tak jadi apa tapi menang macam macam boleh jadi nasib baik terkubur lah politik Anwar...
      Ada berani ke...

      Delete
  2. Dia letak calon kurang uummphh. Ni nak tutup lubang sailang kata tt.

    ReplyDelete
  3. Nantikan sahaja kemunculan anuar,tun m jadi pm anak blh jd mb so jgn terkejut kalau anuar pn buat benda sama. Bab pandangan mufti perak pun kita tak boleh nak sangah selagi hukuman akhir belum dijatuhkan oleh mahkamah.Yang didakwa pun boleh tarik balik,tang dah jatuh hukum pn boleh diampun malah ada sebilangan rakyat tak percaya pun dia meliwat ni kan pula kes yg belum ada pertuduhan

    ReplyDelete