Tuesday, September 4, 2018

LIMGUANENG BEBAS APA KENA MENGENA DENGAN BANGKIT MELAYU?


Klik Penjelasan AG kes bebas lim guan eng

https://m.malaysiakini.com/news/441630

Soalan aku:

Lim guan eng dibebaskan?  Apa kaitan dengan Melayu? Melayu bangkit lokman adam?

Kalau Najib dibebaskan,  mungkin relevan tunjuk bantahan?

4 comments:

  1. Merapu merepek dah ko kd demi pertahankan tokong lim.. Dah giler ke apa.. Diam2 sudah

    ReplyDelete
  2. ‘Saya laksanakan undang-undang tanpa pengaruh luar’

    4 Sep 2018, 5:56 petang (Dikemaskini 4 Sep 2018, 6:02 petang)

    A A
    Jabatan Peguam Negara menolak dakwaan bahawa keputusannya untuk menggugurkan kes rasuah ke atas Menteri Kewangan Lim Guan Eng adalah bermotivasi politik, ataupun Peguam Negara, Tommy Thomas terbabit dalam keputusan itu.

    Ketua Bahagian Perbicaraan dan Rayuan / Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Mohamad Hanafiah Zakaria berkata beliau adalah individu yang memutuskan untuk menggugurkan pertuduhan terhadap Lim dan ahli perniagaan Phang Li Koon setelah ditugaskan membuat keputusan berhubung representasi yang dibuat oleh kedua-dua tertuduh.

    Sebelum ini, Hanafiah tidak tidak pernah terlibat dengan kes berkenaan.

    “Saya ingin menegaskan bahawa saya membuat keputusan berhubung representasi tersebut tanpa sebarang pengaruh luar. Malahan, terdapat satu firma guaman yang mewakili pengadu telah menghantar surat yang membantah sebarang cadangan untuk menggugurkan pertuduhan terhadap Lim Guan Eng dan Phang Li Koon.

    “Saya telah menjawab surat tersebut dengan mengatakan bahawa saya akan memutuskan kes tersebut berdasarkan bukti yang sedia ada dan berlandaskan undang-undang, yang mana telah saya lakukan, tanpa sebarang pilih kasih.

    “Keadilan adalah keutamaan saya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

    Berikut adalah kenyataan penuh Hanafiah:

    1. Di sini saya ingin menjelaskan bahawa keputusan “nolle prosequi” (iaitu di mana pihak pendakwaan membuat keputusan untuk tidak meneruskan pendakwaan) berhubung pertuduhan terhadap Lim Guan Eng dan Phang Li Koon telah dibuat tanpa sebarang penglibatan oleh Peguam Negara. Perkara ini pernah dijelaskan dalam kenyataan akhbar bersama yang dikeluarkan pada 2 Ogos 2018 oleh Peguam Cara Negara, Datuk Engku Nor Faizah binti Engku Atek dan Peguam Cara Negara II, Datin Paduka Zauyah Be binti Loth Khan yang mana kenyataan tersebut telah memaklumkan bahawa Peguam Negara telah menarik diri daripada semua perbincangan berkaitan dengan kes tersebut dan tidak akan terlibat dalam membuat sebarang keputusan yang bakal dibuat oleh Jabatan Peguam Negara.

    2. Dalam hal ini, Jabatan Peguam Negara telah mengambil pendekatan “fresh eye”, dan saya telah diberi tanggungjawab untuk membuat keputusan berhubung representasi yang dibuat oleh kedua-dua Lim Guan Eng dan Phang Li Koon. Ini memandangkan saya tidak pernah terlibat dengan kes tersebut dan dipercayai akan dapat memberi pertimbangan terhadap kes tersebut dari perspektif yang baharu.

    3. Setelah diberi penugasan tersebut, saya telah meneliti keterangan- keterangan berdasarkan penyiasatan yang dilakukan oleh SPRM, dan juga keterangan-keterangan yang telah dikemukakan oleh saksi-saksi pendakwaan di mahkamah yang telah diuji dengan pemeriksaan balas. Saya membuat kesimpulan bahawa hasil pemeriksaan balas yang dilakukan terhadap saksi-saksi pendakwaan, keterangan yang menyokong pertuduhan pertama dibawah seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan pertuduhan kedua dibawah seksyen 165 Kanun Keseksaan telah dilemahkan secara substantif. Kesimpulan ini dicapai berdasarkan keterangan baharu yang timbul semasa pemeriksaan balas terhadap saksi-saksi pendakwaan.

    4. Setelah membuat kesimpulan-kesimpulan tersebut, saya berpandangan bahawa saya mungkin tidak memenuhi tanggungjawab saya sebagai Timbalan Pendakwa Raya untuk membiarkan kes diteruskan setelah mengetahui bahawa kes terhadap Lim Guan Eng dan Phang Li Koon tidak akan berjaya pada akhir kes pendakwaan. Maka dengan itu, saya membuat keputusan supaya pihak pendakwaan “nolle prosequi” pertuduhan-pertuduhan terhadap kedua- dua tertuduh berdasarkan seksyen 254 Kanun Tatacara Jenayah

    ReplyDelete
  3. Rakyat dah tak bodoh ,anuar ampun,rafizi lepas,lge lepas.Untung jd org politik ni kalau duduk di belah kerajaan.Kalau betul x da kes kenapa ko pergi dakwa dulu? Sebab najib suruh? Dan kenapa ko tarik dakwaan? ATUK suruh? Cmon la agak2 la nak sokong tu kd,benda salah tetap salah walaupun pahit

    ReplyDelete