Tuesday, September 11, 2018

PARTI MANA YANG MENGGANTIKAN UMNO..

BERSATU hanya ada tempoh terhad untuk susun, bangkit dan setanding dengan umno. Sekarang ini jangankan umno,  tercorot dari AMANAH dalam semua perkara.  Mana ranting mana cabang mana dahan mana pokok?

BERSATU hanya hidup atas ucapan² Tun  tetapi perkembangan dan gerakan dibawah tidak seiring. Melihat kepada track rekod Muhyiddin,  Mukhriz dan Setiausaha Agung - memang

BERSATU akan hidup segan mati tak mahu.


BERSATU PERLU KEPADA TOKOH BARU YANG BERPENGARUH.

AMANAH sangat popular sekarang khusus di kawasan DUN dan PARLIMEN yang mereka kuasai,  ramai akar umbi umno memilih AMANAH kerana kepimpinan di atas majoriti bukan berasal dari umno dan mereka terima semua permohonan keahlian tanpa prasangka buruk.

Kalau ada rezeki Anwar sebagai PM,  PKR satu satunya parti yang boleh menggantikan umno sebagai dominan Melayu walaupun keahlian PKR terbuka kepada semua kaum. Parti ini juga mempunyai pelapis kepimpinan yang sudah diuji dan mampu bergabung menguatkan parti mengurus negara walaupun tanpa Anwar.

Malangnya kesatuan itu tidak mampu bertahan sepenuhnya kerana bibit perpecahan bakal ada akibat pertandingan Rafizi Azmin.
Rafizi telah memulakan satu kempen yang tidak sihat bukan sahaja untuk menang sebagai Timbalan Presiden tetapi memang ada hajat untuk mengusir Azmin keluar dari PKR.

Peluang ini mereka tunggu sudah lama sejak Anwar dipenjarakan kerana Azmin dilihat menguruskan PKR sebagai Timbalan Presiden dengan cara membelakangi wan azizah dan arahan anwar dari penjara.

Malah insiden kegagalan Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor adalah suatu sejarah pahit dan titik dendam ini mula membengkak. Azmin makin naik tocang dan mengembangkan kuasa dan pengaruh selepas menjadi MB.

Pertarungan kuasa dan pengaruh antara Anwar dan Azmin sedang berlaku walaupun Azmin hanya mempertahankan Timbalan Presiden kerana umum mengetahui Rafizi adalah bayangan Anwar.



Apakah PAS mampu ambil alih dan ganti umno mewakili Melayu dan Islam.
Sudah lama orang Melayu mengharapkan sedemikian khususnya selepas Tun bersara dan Paklah ambilalih.
Malangnya PAS bersama Pakatan Rakyat dan menghalalkan DAP di era Nik Aziz.
Harapan yang sama pada PAS di era Najib sebaik sahaja keluar dari Pakatan Rakyat tetapi sekali lagi malang kerana Hadi lebih mesra Najib sedangkan pada ketika itu orang Melayu sedang mula tolak umno. Wrong timing.

PAS PERLU ADA DAN TUKAR KEPADA KEPIMPINAN BARU, BELUM ADA YANG MENONJOL. DIHARAP BARISAN MB DAN EXCO PAS TERENGGANU MELAHIRKAN PEMIMPIN YANG LEBIH NASIONAL. .

Hari ini seolah PAS dan UMNO akan bekerjasama rapat tetapi sejauh mana diesel dicampur petrol akan dapat menggerakan sebuah engine yang lancar? ??

Apakah umno akan bangkit semula? Siapa pemimpin tersebut? Najib semula?  Lokman adam? Zahid?




14 comments:

  1. Dulu aku cakap pertandingan dlm parti PKR boleh bawa perpecahan KD tak setuju...pertandingan mesti dibenarkan...

    Sekarang KD cakap pertandingan boleh lemahkan parti plak...

    Walo pun ade pertandingan antara rafizi dan azmin PKR masih dibawah payong anwar...

    Rafizi bertanding setelah lihat anwar seakan nak dipinggirkan bermula dari perlantikan menteri kanan...bagaimanapon PKR beruntung ade ahli2 yg sayangkan anwar...

    ReplyDelete
    Replies
    1. "Rafizi bertanding setelah lihat anwar akan dipinggirkan"

      Ini pernyataan org yg masih xkenal anwar.
      Adakah presiden yg menang tanpa bertanding terlalu lemah hingga perlu rafizi menjadi tongkat?(sila ingt presiden ada isteri yg jdk tpm dan anak yg menjadi mp)

      Sejak ph menang, seringkali rafizi ibarat menembak kaki ph sendiri. Adakah ini tindakan pra matang rafizi atau ada arahan dibelakang tabir?

      Siapa abdullahsani ingin meniupkan api perpecahan ph? Hebat sgtkah beliah atau ada arahan utk beliau berbuat demikian?

      Anwar kelihatan tidak relevan jika beliau tidak menonjol terutama dlm menyelesaikan masalah ph. Jikalau tiada masalah, maka masalah harus dicipta.
      Inilah anwar. Siapa lama didlm umno pasti paham gerak kerja politik anwar.

      Demi malaysia baru?
      Tiada dlm kamus anwar. Dia hanya mahu namanya terpahat dlm legasi malaysia.
      Apabila org tua yg juga bekas musuhnya yg berjaya membawa kejayaan menumbangkan bn setelah sekian lama usahanya gagal. Sudah tentulah beliau mahu dikenang lbh hebat dari itu. Hanya ada satu jln, menumbangkan org tua itu. Penyerahan kuasa secara normal tidak memberi sebarang kredit kpd anwar. Cerita yg lebih kurang sama berlaku pd tahun 1997 akan berulang kalau anwar masih gagal menjiwai semangat nelson mandela ketika didlm penjara.

      Itulah brader anwar bin ibrahim

      Delete
  2. Pas tak boleh diharapkan untuk menjadi parti kpd melayu dan islam...pemimpin Pas hanye tahu pasal islam sahaja...tonggang islam dan berbelit2 kerana melayu tidak ramai terima pas...kalau pas boleh buktikan kelantan maju dan sejahtera dibawah pas tentu ramai melayu pilih pas...pkr buktikan mampu bawak selangor ketahap yg lebih baik hingga sukar umno dan pas nak rampas selangor...tun mahathir bersama umno gagal tumbangkan pkr di selangor...

    Zaman sudah berubah...parti yg berasaskan bangsa makin ditolak oleh generasi baru yg muak dgn retorik bangsa..

    Anwar buka PKR kpd bangsa2 lain tapi diketuai oleh melayu...lebih melambangkan malaysia yg harmoni untuk semua bangsa.....

    ReplyDelete
  3. Umno rasis dan sekular...pas bertopengkan islam...

    Pas tak mungkin boleh bersama umno kerana pas tidak rela kongsi kuasa dgn umno di kelantan dan terengganu...mereka akan bertempur berebut kuasa...

    ReplyDelete
  4. Kenapa marah sangat kat Azmin? Orang lain tak menegembang dan memperkukuhkan kedudukan masing2 dalam PKR? Nak menangkan sangat Anwar dan Rafizi ke? Ramai di kalangan rakyat yang tak bersetuju Anwar jadi PM dan Rafizi menteri kewangan. Malaysia ni depa punya saja? Orang lain tak penting?

    Betul juga Tian Chua kata PKR ini macam kongsi gelap!

    ReplyDelete
  5. Aku ingat lokman adam bakal jadi presiden umno dan satukan ahli umno di jalan raya. Ahli umno dah lama teringin merempat di jalan raya, manakala ahli pembangkang pulak teringin bermewah sambil ambil peluang skodeng seluar dalam. Harap pemimpin lebih utamakan negara, rakyat dan agama. Utamakan rakyat lebih daripada orang keliling yb kerana ramai ambil kesempatan.

    ReplyDelete
  6. NAJIB TUNJUK FAKTA ATAU CUBA AUTA?

    Melalui laman Facebooknya semalam, Najib Razak mendedahkan beberapa dokumen yang kononnya sebagai bukti bahawa wang berjuta-juta yang pernah diterimanya pada tahun 2011 lalu adalah daripada kerabat Diraja Arab Saudi.

    Selepas ini, bekas Perdana Menteri yang sudah kecundang itu juga dilaporkan mahu menunjukkan bukti berkenaan wang RM2.6 bilion yang diterimanya sebelum ini kononnya turut disumbangkan oleh kerabat Diraja Arab Saudi.

    Hmmmmm......

    Bolehkah diterima pakai bukti-bukti yang ditunjukkan Najib itu?

    Kenapa hanya baru sekarang beliau berani mendedahkannya dan tidak sebelum kehilangan kuasanya?

    Untuk apa lagi Najib berbuat demikian di mahkamah media sosial sedangkan sebagaimana yang disebut oleh Tun Mahathir, lebih banyak pendakwaan di mahkamah sebenar akan menantinya selepas ini.

    Apa pun, mari kita baca ulasan Sdr Yaakob Osman seperti di bawah berkenaan pendedahan bukti oleh Najib yang dikira sudah terlewat itu. (ShahbudinHusin 11/09/2018)

    Tuan Tuan,

    Memang saya agak malas menulis mengenai 1MDB lagi kerana Najib sudah kalah Dan the matter will be in court.

    Bagaimanapun Masih ada rakan rakan kita yg tidak follow kes 1MDB dari awal, tidak baca PAC report ataupun laporan JAN yg dulu diOSAkan.

    Begitu juga ramai yg kurang maklum secara details saman DOJ di Amerika.

    Makanya apabila Najib post di FBnya tentang 20 million USD ke dalam acct beliau, ada juga yg termakan dengan auta tersebut.

    Tuan Tuan,

    PAC dan JAN tdk siasat account Najib, let's be clear about that. SPRM dan polis is doing that now.

    Namun JAN telah establish clear link yg wang 1MDB telah dihantar ke GoodStar kepunyaan Jho Low

    DOJ pula secara details tracked money trails wang wang 1MDB , antaranya wang dari 1MDB ke GoodStar kemudiannya ke pengasas Petrosaudi . Dari situ ditendang balik ke acct Najib dlm Dua transaksi usd 10 million each.

    Makanya Najib hanyalah membuka pekongnya sendiri atas perkara yg telah awal lagi disiasat dan diketahui dari mana sumber wang tersebut.

    Tuan Tuan,.

    Surat yg kununnya dari Raja Arab, telah lama Kita kupas dulu bahawa Surat it tidak dpt dikesan siapa org nya malah chop mohornya juga tidak cukup pohon Tamar.

    And we have not even talk about 2.6 billion. Najib is taking to mahkamah FB , Dan beliau akan bawa cerita derma 2.6 billion pula selepas ini.

    Saya kepilkan lampiran siasatan DOJ. Boleh lah banding dgn wire transfer yg Najib tunjuk tu.

    ReplyDelete
  7. Laporan: Pegawai Country Garden akui Forest City terlalu mahal untuk rakyat M'sia

    11 Sep 2018, 4:35 petang (Dikemaskini 11 Sep 2018, 4:39 petang)

    A A
    Secara terbuka, Country Garden Pacificview Sdn Bhd berkata projek Forest City menepati peraturan yang ditetapkan.

    Namun, Washington Post melaporkan, pegawai Country Garden mengakui hartanah di kawasan itu terlalu mahal untuk rakyat Malaysia.

    Laporan itu memetik pegawai berkenaan yang enggan dinamakan sebagai berkata, orag Malaysia tidak mahu melihat "rakyat China mengambil alih tanah Malaysia".

    "Mereka tidak suka dengan cara kita berniaga. Jelas bahawa harga hartanah itu terlalu mahal untuk rakyat Malaysia dan kita memang menyasarkan kepada rakyat China," katanya dipetik sebagai berkata.

    Pegawai itu juga mengakui situasi berkenaan menjadi "tegang" susulan tindakan kerajaan baru campur tangan dalam pemilikan hartanah di Forest City.

    Dalam kenyataan kepada Washington Post sebelum ini, Country Garden menegaskan bahawa pihaknya "mematuhi semua undang-undang dan peraturan yang diperlukan untuk kelulusan menjual kepada pembeli asing".

    ReplyDelete
  8. Husam: Kelantan terima bantuan defisit, tapi mampu beli kereta mewah?

    Bernama - September 11, 2018
    261
    Shares

    Husam Musa berkata, jika tindakan itu benar, maka kerajaan persekutuan wajar menyemak kembali peruntukan yang diberikan kepada kerajaan Kelantan ketika ini.
    KOTA BHARU: Tindakan kerajaan Kelantan membeli sekurang-kurangnya sebuah kereta mewah bagi kegunaan pegawai kanannya dipersoalkan, ketika negeri itu merupakan penerima terbesar bantuan kewangan defisit dan bantuan kewangan pendahuluan daripada kerajaan persekutuan.

    Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Kelantan, Senator Husam Musa dalam tegurannya berkata, jika tindakan itu benar, maka adalah wajar bagi kerajaan persekutuan menyemak kembali peruntukan diberikan kepada kerajaan Kelantan ketika ini.

    “Bantuan kewangan defisit dan bantuan kewangan pendahuluan harus digunakan untuk membayar emolumen bagi pegawai tadbir awam dan bukan untuk membayar gaji (penjawat awam) lantikan politik yang terlalu banyak.

    “Jadi, perbelanjaan (Kerajaan Kelantan) boleh disemak untuk diaudit. Kalau penggunaan untuk tujuan asal (bayaran emolumen penjawat awam) kerajaan persekutuan boleh bagi, tapi kalau peruntukan disalah guna kita kena kaji balik.”

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan aku dah cakap dalam posting sebelum ini, hentikan semua peruntukan tunai, payment relevan, pusat yang bayar terus.

      Sana tu penyamun besar jugak..

      Delete
    2. Hati² kd bila memilih penggunaan istilah. Baru baca statement dari senator husam ko dah sentap dan buat tuduhan buruk. Buat rujukan dpd sebelah pihak satu lg, kalau benar barulah boleh kalau nak BAHAN. Hidup bukan terlalu lama kd. Aku nak ingatkan ko, fikir sesuatu setelah berblog.

      Delete
    3. Anon kau dah baca belum posting terdahulu yg aku maksudkan.

      Aku lebih awal dan advance dari Husam.

      Kau rujuk posting tu dan kau baca dan tengok berapa ramai yang sentap aku provoke.

      Ada yg merajuk.. Biar mati sebab tak dapat bantuan
      Kikikiki

      Delete
  9. Apa salahnya ppmimpin pkr ikut contoh dap. Kit siang lebih mngurus kperluan rakyat drpd kejar kuasa partinya, org yg lebih lama berjuang dari nuar. X sebok pun dgn jawatan. Tony pua yg kantoi xde jwatan pilih membantu guan eng dlm kementriannya. X bolih si piji buat mcm tu, melolong melalak je nak tunjuk dia pandai. Parti mad sabu jauh lebih matang

    ReplyDelete

ADAKAH PENGUMUMAN INI MEMBERI KESAN KEPADA RAKYAT UNTUK YAKIN KERAJAAN ANWAR

  https://www.thevibes.com/articles/business/89358/chinas-rm170-bil-investment-to-drive-msia-to-greater-heights-analysts Sebagai usahawan ya...