Tuesday, September 25, 2018

PAS WAJAR IKUT SEMANGAT JUANG UMNO, BOIKOT PRK PD..


Inilah masanya menunjukan kerjasama yang erat,  seia sekata. 

Fatwa boleh diubah-ubah!!! 

Kalau bertanding pun ada ke zahid akan turun sokong seperti di Seri Setia. 





11 comments:

  1. Jahid tak baca soalan kurikulom sekolah kebangsaan ker?
    Nnt kekanda Eddy pukul baru tau.
    Pesan mak.
    Jahid , ko tu dah jadi isteri Eddy, kena ikut perintah mimpi suami mung, ingat tu !!

    ReplyDelete
  2. Statement dangkal dari UmNo. Yang boleh boikot pilihanraya hanyalah pengundi dan bukan parti politik. Parti politik mana boleh guna terma 'boikot'.

    Kalau tentang hukum 'boikot' pilihanraya tak mengapa, nanti Mahaguru akan jumpa dalil yang mengatakan khusus untuk Anwar Ibrahim dan PRK PD, harus untuk boikot pilihanraya. Silap haribulan boleh jadi sunat dan wajib juga.

    Lagipun Mahaguru pun dah berfatwa walaupun MCA tentang hudud MCA boleh disokong sebab mereka hanya menentang hudud tetapi tidak menentang PAS. PAS sebenarnya lebih tinggi kedudukan daripada hudud mahupun Islam.

    ReplyDelete
  3. Lutut Zahid dah mennggeletar ketakutan kpd anwar...duit dah banyak abis rugi melabur di sg kandis....akaun yg dibeku blm cair...kalo lawan anwar di PD lagi tambah besar akan kerugian...ini parlimen....modal 4 kali ganda dari DUN..

    Cara selamat dan bermaruah istihar boikot...

    Pas lagi dhaif...Pas blm diterima di kawasan pantai barat...kalo umno tak cukup modal dan takut rugi Pas lagi teruk...najib dah tak ade untuk hulur sedekah kpd pas mcm pru14..kutip derma tin milo pon masih tak cukup untuk pas lawan anwar...

    ReplyDelete

  4. Rosmah menghadap SPRM lagi esok

    25 Sep 2018, 10:10 malam

    (Dikemaskini 25 Sep 2018, 10:14 malam)

    A A
    Rosmah Mansor, isteri bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak sekali lagi diminta menghadap SPRM untuk disoal siasat.

    Sepucuk surat meminta Rosmah hadir ke ibu pejabat SPRM di Putrajaya disampaikan kepadanya oleh pegawai suruhanjaya pencegahan rasuah itu petang tadi, lapor The Star Online.

    Memetik sumber, laporan itu berkata Rosmah perlu datang pada jam 10 pagi esok.

    Beliau sebelum ini dipanggil SPRM untuk diambil keterangan pada 5 Jun lalu berhubung siasatan SRC International Sdn Bhd, bekas anak syarikat 1MDB.

    ReplyDelete
  5. Malu nk mngaku sokong anwar.
    Maka diberi alasan boikot.
    Nyawa umno hari ini bukan ditangan ahli dan pemimpin umno, tapi dgn simpati pas dan anwar.
    Begitulah hinanya umno hari ini.
    Walaupun dulu begitu angkuh dgn bilangan kerusi yg begitu banyak.
    Tiada lagi laungan u-turn.
    Dh xmalu nk u-turn.
    Adakah baru nmpk didepannya gaung?

    Jikalau dulu org tua dihina u-turn, maknanya umno baru tau, baru nampak dan baru terpikir.
    Bukti umno sentiasa ketinggalan.
    Slowpoke.
    Lembam.
    Lameduck.
    Jumud.

    Selagi umno menikus, selagi itu ramai pemimpinnya akan lari.

    Zahid tiada kredibiliti seorang pemimpin.
    Tiada visi.
    Tiada misi.
    Tiada objektif.
    Tiada idea.
    Hanya mahu kuasa

    ReplyDelete
  6. Orang melayu sekarang ibarat seseorang yang telah tertelan racun berjadual,ibarat hanya masa yang akan menentukan jangka hayat untuk padam.Kau orang bertekak,bergasak dan saling menyerang antara satu sama lain langsung tidak akan menjadi penawar kepada racun berbisa ini bah kan mempercepatkan lagi tempoh padam nya.

    Bila dah jadi begini hanya kuasa luar saja yang mampu menyatukan orang melayu.Demokrasi semacam sudah tidak memberi apa-apa erti kepada orang melayu bahkan menjadi mudharat yang besar kepada silaturahim.Oleh itu lapangkan lah dada dan lapangkan fikiran berdoalah kalian untuk yang terbaik kepada bangsa ini sebelum ajal datang menjemput nya.

    ReplyDelete
  7. Cash is king telah menghanutkan semua ciri² baik umno dan pemimpin umno.

    Setiap seorang dari mereka dari jawatankuasa bahagian ke atas majoritinya bergelumang tidak amanah dan mengkhianati bangsa dan mencemar imej Islam dengan tamak haloba mereka

    Tidak dinafikan ada yang menabur bakti tetapi bukan lesen menghalalkan yang salah.

    ReplyDelete
  8. Gaduh Pemilihan, PKR Pecat 2 Ahli Serta-merta

    Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika sidang media selepas mesyuarat Biro Politik Parti Keadilan Rakyat di Ibupejabat PKR. - Foto Muhd Zaaba Zakeria


    PETALING JAYA: Dua ahli PKR terbabit insiden pergaduhan pada pemilihan parti itu di Kedah dan Pulau Pinang dipecat serta-merta.
    Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata perkara itu diputuskan pada mesyuarat Biro Politik PKR malam tadi.
    Beliau berkata, keputusan dibuat secara konsensus manakala kes pelanggaran disiplin biasa dirujuk kepada jawatankuasa disiplin.
    "Bagaimanapun, ada dua kes yang diteliti oleh Biro Politik berdasarkan gambar dan rakaman (video). Pertamanya di Merbok di mana mereka terbabit pergaduhan dan penggunaan senjata, maka kita ambil keputusan pecat ahli itu serta-merta sebagai anggota parti.
    "Begitu juga insiden di Seberang Jaya, Pulau Pinang yang mana kerusi dibaling. Kita sudah kenal pasti dan sekarang namanya disemak untuk sahkan nama yang tepat.
    "Dengan ini orang berkenaan yang ada dalam video berkenaan secara automatik terpecat mulai saat ini," katanya.
    Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Mesyuarat Biro Politik PKR di sini, malam tadi yang membincangkan kekecohan pada proses pengundian pemilihan kepemimpinan PKR di Kedah dan Pulau Pinang, Sabtu lalu.

    ReplyDelete
  9. Malaysiakini

    Dakwaan setpol rasuah: Anwar akan jumpa Baru Bian

    Faisal Asyraf
    25 Sep 2018, 11:53 malam (Dikemaskini 26 Sep 2018, 1:04 pagi)

    A A
    Pemimpin tertinggi PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim akan bertemu Menteri Kerja Raya Baru Bian esok mengenai dakwaan rasuah terhadap setiausaha politiknya.

    Anwar berkata akan bermesyuarat dengan Baru bagi mendapat penjelasan mengenai hal itu yang disifatkannya sebagai cukup menganggu.

    Pagi ini, Penyelaras AMK Ahmad Syukri Che Ab Razak memfailkan laporan ke SPRM terhadap setiausaha Baru Bian yang juga calon Majlis Pimpinan Pusat PKR.

    Individu berkenaan dikatakan telah menawarkan kontrak bernilai RM20,000 dan peruntukan tidak kurang RM300,000 ketika pertemuan bersama pemimpin tempatan pada 1 September lali.

    "Terserah SPRM untuk menyiasat... Saya secara peribadi membaca laporan dan menonton video (pertemuan yang dikatakan itu) dan sudah pasti ia cukup mengganggu.

    "Saya akan bercakap dengan Baru Bian esok bagi mendapatkan penjelasan. Sudah tentu saya merasakan menteri patut ambil maklum mengenai dakwaan tersebut," kata Anwar pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat pemilihan PKR di ibu pejabat parti itu di Petaling Jaya.

    Selepas membuat laporan ke SPRM hari ini, Syukri berkata beliau percaya kontrak dan dana yang ditawarkan oleh pembantu Baru itu sebagai pertukaran untuk undi dalam pemilihan parti yang sedang berlangsung.

    ReplyDelete
  10. UMNO PENAKUT? ATAU ZAHID PENAKUT?

    Ini kata Hishammuddin....

    KJ pula dah bersuara lama sebelum ini...

    Ketua Pemuda UMNO, Asyraf Wajdi bukan saja dah bersuara lama, malah khabarnya dalam mesyuarat juga...

    Seorang lagi yang turut bersuara ialah Senator Khairul Azwan Harun atau Azwanbro, bekas Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia...

    Panas....panas...panas......

    Jika ditinjau di peringkat bawahan pula, sebenarnya ramai lagi yang kecewa dengan keputusan UMNO tidak bertanding di Port Dickson.

    Kata orang Kedah, UMNO sekarang dah takde teloq!!

    Buat perhimpunan Melayu Bangkit sudah, buat kursus untuk jadi pembangkang berkesan sudah dan buat latihan demostrasi juga sudah, tapi alih-alih takut nak bertanding dalam pilihanraya.

    Teloq mana...teloq mana...teloq mana???

    ReplyDelete
  11. Tak ada tanda PAS nak cabar Anwar di PD

    Anne Muhammad
    25 Sep 2018, 9:30 malam (Dikemaskini 25 Sep 2018, 9:34 malam)

    A A
    PRK PORT DICKSON | Laluan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk kembali ke Dewan Rakyat dijangka semakin mudah dan terbuka luas apabila PAS membayangkan mereka juga tidak akan meletakkan calon di Port Dickson bulan depan.

    Setiausaha Perhubungan PAS Kelantan Datuk Che Abdullah Mat Nawi berkata beliau yakin keputusan awal dibuat pimpinan parti itu baru-baru ini masih terpakai.

    "Saya yakin (tak bertanding) sebab kan pimpinan PAS dah bagitahu hari tu... maknanya makluman itu berjalanlah (terpakai)," katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

    Che Abdullah juga berkata setakat ini tiada arahan dikeluarkan pimpinan di peringkat pusat untuk negeri-negeri termasuk di Negeri Sembilan untuk membantu atau menggerakkan jentera pilihan raya.

    Anggota Parlimen Tumpat itu berkata kebiasaanya jika parti itu memutuskan untuk bertanding dalam mana-mana pilinan raya kecik (PRK), jentera parti di seluruh negeri akan diminta bersiap sedia lebih awal.

    ReplyDelete