Tuesday, September 18, 2018

PEMIMPIN PAS DAH SESAT GAMAKNYA...


Bila ada kata PAS "pelampung" Islam itu merupakan kata sesat,  kata melampau,  kata sombong,  kata jahil. 

Islam begitu lemah,  kebenaran Islam tergugat dan Islam sedang lemas,  penyelamatnya adalah PAS? 

ALLAH GAGAL MEMELIHARA KEBENARAN AL QURAN? 

Hakikatnya siang malam,  berpuluh tahun PAS memperalatkan Al Quran dan Hadis untuk survival parti dan politiknya?

Siapa pelampung siapa? 
Sudah sampai masanya PAS diharamkan.. 

Apakah kita yang sebelum,  hari ini dan akan datang berugama Islam dan beriman kerana PAS ujud di Malaysia dan kalau PAS tiada,  diharamkan,  maka orang Islam akan bangsat, kapir,  rosak dan sesat??? 


9 comments:

  1. Goyang dgn pas dan umno gitu lah lagaknya.. Sehari tak sebut telur jadi senak hati jd sakit boleh bwk pd meroyan.. Layankan aje org sakit

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... Dulu megah dgn 54 kerusi, sekarang tinggal 49. Itu pun sudah nyawa2 ikan. Tak lama lagi umno mampus dan yg untungnya pas. Yg betul2 senak nanti, si macai bodoh. Muahahahahaha

      Delete
  2. tak sabar-sabar nk komen tiap posting baru KD..kesian cai!

    ReplyDelete
  3. Saudara KD,

    Saya telah menonton video temuramah dengan Mursyidul Am PAS yang bercerita TGHH selalu berbincang dan bertemu satu sama satu dengan Rasulullah saw secara sedar dan menerima arahan langsung daripada baginda sebelum melakukan sesuatu.

    Malah dikatakan apa saja yang TGHH lakukan, ia sentiasa mengikut arahan yang diterima secara sedar daripada Rasulullah. Malah pemergiannya ke Tehran itupun kerana wujud arahan daripada Rasulullah saw.

    Wah!!! Itu bermakna TGHH sudah bertemu Rasulullah puluhan ataupun ratusan kalilah selama ini.

    Malah, seorang ahli Kelab Penyokong PAS beragama Hindu di dalam ceramahnya menceritakan dia (si Hindu tadi) juga pernah bermimpi bertemu dengan Nabi Muhammad saw dan apabila dirujuk kepada 'ulamak-ulamak' PAS mereka telah berkata itu sebenarnya memang Nabi Muhammad saw kerana syaitan tidak boleh merupa seperti baginda.

    Kalau ada manusia yang boleh berbincang secara langsung dengan Nabi Muhammad dan menerima arahan daripada baginda maka tak perlulah lagi apa-apa hadith baginda dibukukan untuk dibuat panduan. Misalnya hadith akhir zaman berikut :-

     " يَخْرُجُ مِنْ آخِرِ الزَّمَانِ رِجَالٌ يَخْتِلُونَ الدُّنْيَا بِالدِّينِ ، يَلْبَسُونَ لِلنَّاسِ جُلُودَ الضَّأْنِ مِنَ اللِّينِ ، أَلْسِنَتُهُمْ أَحْلَى مِنَ الْعَسَلِ ، وَقُلُوبُهُمْ قُلُوبُ الذِّئَابِ ، يَقُولُ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ : أَبِي يَغْتَرُّونَ أَمْ عَلَيَّ يَجْتَرِئِونَ ؟ فَبِي حَلَفْتُ ، لأَبْعَثَنَّ عَلَى أُولَئِكَ فِتْنَةً تَدَعُ الْحَلِيمَ مِنْهُمْ حَيْرَانَ "

     “Akan keluar pada akhir zaman orang-orang yang mencari keuntungan dunia dengan menjual agama. Mereka berpakaian di hadapan orang lain dengan pakaian yang dibuat daripada kulit kambing (pakaian yang menampakkan mereka ini orang-orang alim dan warak) untuk mendapat simpati orang ramai, dan perkataan mereka lebih manis daripada gula (banyaknya menyebut tentang agama) padahal hati mereka adalah hati serigala. Allah SWT berfirman kepada mereka “Apakah kamu tertipu dengan kelembutanKu? Ataukah kamu terlalu berani berbohong kepadaKu? Demi kebesaranKu, Aku bersumpah akan menurunkan suatu fitnah yang akan terjadi di kalangan mereka sehingga orang yang alim pun akan menjadi bingung”.

    Siapa yang mahu kita percaya? Rasulullah saw sendiri atau para pemimpin PAS yang menepati ciri-ciri yang dikhabarkan oleh baginda di dalam hadith di atas?

    PAS sudah jauh tersasar tetapi untuk diharamkan oleh kerajaan memerintah ia akan menimbulkan kacau bilau yang lain disebabkan pengikut PAS sudah taksub dan menganggap PAS itu Islam dan Islam itu PAS.

    Lihat sahaja bagaimana mereka boleh membuat perbarisan 'fake' yang beruniform seakan-akan anggota keselamatan. Ini adalah subversif yang nyata.

    Hanya ada satu cara untuk 'menyelamatkan' para penyokong PAS yang kini tidak sedar mereka berada di dalam kegelapan, iaitulah melalui 'KEBENARAN PASTI DATANG'.

    In shaa Allah kebenaran itu akan tiba apabila pertempuran di antara antara yang haq dan bathil itu mencapai klimaks dan kebathilan itu dilenyapkan sama sekali.

    "Apabila datang kebenaran maka lenyaplah kebathilan. Sesungguhnya yang bathil itu telah lenyap".

    In shaa Allah.

    Wallahu a'lam.

    ReplyDelete
  4. Kita tertunggu tunggu akan dtgnya tentera dajal....dari kecil telah disekolahkan mereka ini dari golongan2 kafeer...maka kita sentiasa memerhati dari arah itu...

    Tapi kita lupa...kemungkinan tentera2 dajal ini didalam kelompok kita? Didalam komuniti kita...sekolah..masjid..atau mungkin yg bergelar Ustad..Tan sri...Imam...?

    Kita leka...

    ReplyDelete
  5. Pru15 dan calon PM.

    zahid hamidi / hadi awang lawan anwar..

    Penggundi.... Binggung..
    harap ada muka melayu lain yang lebih segar untuk malaysia.

    ReplyDelete
  6. Hasil kolaborasi sulit umnuklepto dan parti sesat bertopeng agama.
    Melayu dibangsatkan umnu, budaya diarabika,akal dilumpurkan.
    Islam dihina pasesat,Iman Amal ditimbang kati ikut sukatan mimpi Lobai.

    ReplyDelete