Monday, September 10, 2018

PETIKAN KOMEN DI FB TENTANG BERSATU 2

Sambutan 2 tahun Bersatu....

Sebelum sy mulakan...sy mohon maaf jika ada yg terasa dengan posting sy ni....

8 September 2018 merupakan tarikh sambutan ulangtahun ke 2 Bersatu...Sy seorang ahli biasa seperti tahun lepas yg diadakan di Muar Johor ingin menyaksikan sndiri hadir sambutan selepas kejayaan PRU 14  yg pada hemat sy pasti akan ada satu sambutan yg luar biasa dari akar umbi disamping tujuan asal sy utk sama2 meraikan bersama pejuang2 yg telah berjuang bg memastikan kejayaan pd PRU yg lepas....

Berkobar2 sy untuk hadir pada sambutan tahun ini...sy smpai pada 7 September malam dan terus  stadium...Dalam hati sy setelah melihat persiapan yg dibuat pasti esok ramai pejuang2 asal dan akar umbi memenuhi kawasan stadium....

Keesokan harinya...Sabtu setelah sy selesai beberapa perkara...sy ke stadium dan smpai lebih kurang jam 6 melihat kawasan parking kenderaan yg masih lengang tidak seperti majlis Perasmian pada 2 tahun lepas di tempat yg sama dan sambutan setahun yg lepas di Muar yg mana mmg tpt parking pasti sudah penuh sehinggaksn nk brjalan pun susah....Dalam hati kecil berkata....mgkin masih blom rmai yg smpai....

Kemudian sy naik ke tempat2 jualan khemah mmg terasa kehadiran sgt2 mendukacitakan....Sewaktu duduk mkn di area food truck...terdengar petugas2 cuba memujuk org ramai yg berada diluar untuk masuk ke dalam stadiumkerana keadaan didlm stadium amat menyedihkan....

Sewaktu berada di luar....terjumpa rakan2 lama dr serata negeri mula menceritakan ttg keadaan semasa....ada yg beritahu majoriti ahli akar mmg memboikot acara ini kerana kebnyakan dari mereka frust dgn apa yg berlaku kebelakangan ini..

Manakan tidak kecewa....kebnyakan pemimpin2 yg telah bergelar YAB..YB mahupun KB2 yg ada telah mula menunjukkan besar kepala....

Ada juga yg telah memberikan tempat pada bekas2 ahli UMNO yg dulunya secara terang2an menghina Bersatu....menghina Tun tp sekarang ada YAB/YB telah beri mereka tempat istimewa pada mereka dan langsung tidak memperdulikan ahli2 akar umbi yg telah bersusah payah selama ni....

Dimana janji2 yg dulunya masa masih diblok pembangkang yg akar umbi ni tidak akan di anak tirikan???Itulah dia org politik bila berjanji....

Disamping tu trdgr juga rungutan2 dr KB2 yg merungut terpaksa menutup pejabat Parti kerana sehingga kehari ini tiada lagi bantuan yg disalurkan baik dari pihak negeri mahupun pusat....Apa yg terjadi sebenarnya????

Disamping itu jgk ada jugak kedengaran sambutan ini tidak mendapat liputan promosi yg menyeluruh...yelah....terdengar rungutan dr beberapa pihak yg bertugas mengenai banner dan bunting....

Benda2 tu sepatutnya dh dipasang sekurang2nya 2/3 hari sebelum sambutan...tp bahan2 tu sampai di stadium pada petang jam 6 lbih pada 7 September dan pada sebelah malamnya baru nk dipasang sekeliling Shah Alam.....knape benda2 mcm ni terjadi???

Sedih....itu adalah apa yg sebenarnya telah berlaku.....dan kesimpulan sy sendiri sbgai ahli biasa yg sebenarnya akar umbi sebenarnya telah mula bosan dgn perangai sorang2 yg dh bergelar YAB/YB mahupun KB2 yg nmpknya dh mula menyusun kroni utk kepentingan peribadi mereka shj yg menyebabkan sambutan pada kali ini...mmg sgt hambar...

Akhir kata sy mohon maaf jika ada pihak2 yg terasa dgn kenyataan sy....Cuma sy sbgai ahli biasa ckp dari perspektif akar umbi....Jika masih terus menganak tirikan ahli2 yg tak de kelas ni....Ntahlah...Dan sy sendiri secara peribadi masih bertahan hanyalah kerana Tun Mahathir yg benar2 mahukan perubahan TOTAL yg masih tiada usaha ke arah tu yg ditunjukkan baik dari peringkat bahagian...negeri....mahupun pusat...

Jangan kita nafikan benda yg BENAR!!!!!
Ok done!!!

17 comments:

  1. Tahniah kd kerana berani siarkan luahan akar umbi BERSATU yg kecewa dgn yb² yg makin besar kepala. Siapa² kah mereka itu dan dari mana asal usul mereka? Utk peringatan, majoriti ahli BERSATU dtg dari parti umno! Peel dan tabiat umno tak laripun dari jiwa sanubari mereka. Mereka LARI dari umno sebab membontoti tun mahathir shj. So, perangai buruk KEPALA² BERSATU mula terserlah ketika umur BERSATU baru menginjak 2 tahun. Jika tun mahathir dah pergi kelak, apa akan jadi kpd BERSATU? Ko boleh jwb apa shj kd, secara jujur atau semata-mata utk mengelak gundah gulana BERSATU bakal dibenci akar umbi.

    ReplyDelete
  2. KD, saya sangat setuju dengan komen fb yg dinyatakan. Itulah realiti di banyak bahagian sekarang ni. Tiada perubahan khususnya utk menarik penyertaan ahli baru serta membangungkan parti di peringkat Cawangan, bahagian. Yab/yb serta KB2 mula membangungkan kroni masing-masing. Ini realiti. Ke mana perginya yab/yb yg sepatutnya membantu tun m utk mengembangkan parti? Kami faham dgn keadaan TS Muhyidin yg tidak sihat, tapi bagaimana dgn yab/yb lain. Juga tidak sihat ke? Saya dan keluarga juga masih bertahan dan menyokong bersatu pd masa ini hanya kerana tun m. Maaf cakap, jika tun m tiada mungkin bersatu tidak akan kemana jika inilah sikap yg ditunjukkan yab/yb serta KB2 yg ada. Bangkitlah Mukhriz, bangun dan berfikirlah Syed Sadiq. KD, maklumkan keluhan kami pd tun m.

    ReplyDelete
  3. Sama la aku rasa pon...masuk BERSATU nie mcm masuk MLM..sapa2 yg dpt tempat kt atas akan tarik member2 jadi downline. Paling best masa tu ler kena rapat2 dgn org2 atas yg sememangnya cuma akan kenal circle masing2 kalau takde usaha nak rapat2 walhal org2 kt bawah berhempas pulas dok memerah tenaga on the ground semata2 percaya dgn perjuangan Tun Mahathir. Seikhlas hati menyumbang tanpa mengira masa yg pada kami nie adalah kesempatan utk berkenalan rapat sesama ahli utk menumbangkan UMNO walhal KB2 nie sebok mengambil peluang seolah2 semua ini terjadi kerana usaha mereka...yg tak seberapa pon dan semata2 menumpang populariti Tun Mahathir dan TSMY. Ntah laa...yg penting Najib dh tumbang..BERSATU akan tetap kukuh selama mana adanya Tun Mahathir.

    ReplyDelete
  4. Di peringkat Bahagian kalau mahu dikutip satu persatu, akan ada lebih 100 isu untuk diketengahkan.

    Walaupun mereka majoriti berasal dari umno tetapi kebanyakan tidak mempunyai pengalaman pengurusan, kurang juga hubungan dengan jabatan² kerajaan.. Semuanya atas dasar baru.

    Suka diingatkan, ia berpunca dari pengurusan tertinggi, dari Setiausaha Agung, jika di sana pincang, pincanglah dibawah.

    Satu lagi, masalah kewangan, tidak cukup dana. Era sekarang tanpa wang, kerja tak gerak.

    Secara positifnya, semuanya kerana masih baru, umno sendiri bermula secara bertatih hinggalah akhirnya sangat teratur.

    Dengan Muhyiddin dilanda faktor kesihatan dan Mukhriz jauh di utara bergelut, BERSATU dilihat terbiar, kekuatan hanya pada semangat dan roh Tun.

    ReplyDelete
  5. UMNO/BN Pahang dlm keadaan kucar kacir. Bak kata mat salleh 'she is ripe 4 d taking in GE15'.

    Tapi yg sedih nya BERSATU lagi teruk keadaan nya.

    Tukar kepimpinan negeri n lantik seorang yg cekap serta mempunyai sumber kewangan yg baik, maka Kerajaan Pahang akan d tunjangi olih BERSATU dlm pilihan raya akan dtg. Insya'allah.

    Ikhlas, drpd mantan kb BERSATU Pekan.

    ReplyDelete
  6. Dengan izin tuan blog,

    PER : MAHATHIR BIN MOHAMAD, KOD NAMA PALING TEPAT BAGI PEMUDA TAMIM (siri 1/3)

    ---------------

    Selamat menyambut tahun 1440H, tahun di mana mengikut kalendar Masihi, tempoh kemangkatan Sultan Abdul Hamid 2 akan jatuh ke tahun ke-101 (pada Februari 2019) dan Februari 2019 pula jatuh pada 1440H dan demikian dari telahan saya kemunculan mujadid terakhir umat ini sepatutnya berlaku pada tahun 1440H, bersempena tempoh hujung 100 tahun kemangkatan baginda sbg mujaddid terakhir zaman menggigit.

    Saya mohon izin untuk berkongsi penemuan terbaru saya di dalam siri mengenai telahan saya bahawa Tun M adalah Pembawa Panji Hitam (PPH).

    Bagi mereka yang gemar mencari jawapan peristiwa di akhir zaman melalui hadith2 Nabi saw, mereka sudah tentu tahu bahawa Nabi saw telah mengkhabarkan bahawa PPH namanya ialah 'Shuaib bin Soleh' dan gelarannya ialah 'At-Tamimi'. Maka nama penuhnya ialah 'Shuaib bin Soleh At-Tamimi'.

    Saya memahami bahawa maksud Shuaib ialah 'bangsa kecil' dan maksud Soleh ialah 'baik'. Walaubagaimanapun ia telah dipersetujui oleh orang-orang yang mengkaji bahawa Shuaib bin Soleh bukanlah nama sebenarnya melainkan nama kodnya, dan saya melihat Mahathir Mohamad adalah nama yang paling tepat di sebalik nama kod ini.

    Saya telah beberapa kali berkongsi telahan saya bahawa Tun M adalah PPH. Saya ingin berkongsi ilham terbaru saya bahawa drpd sudut pandangan hikmah, nama Mahathir bin Mohamad itu adalah nama yang paling tepat bagi PPH yang telah dikhabarkan bahawa kod namanya ialah 'Shuaib Bin Soleh At-Tamimi'.

    Alasannya :-

    1. Semua hadith2 Nabi berkenaan lelaki ini menceritakan ia adalah daripada satu kaum dari Timur dan dari sebuah negara Islam di Timur. Saya melihat kaum yang dimaksudkan ialah 'Melayu' sedang negara yang dimaksudkan ialah 'Malaysia', maka ia adalah seorang 'Melayu Malaysia'. Melayu Malaysia singkatannya adalah MM, sama dengan singkatan nama Mahathir Mohamad. Tukarkannya kepada BI iaitu 'Malaysian Malay' singkatannya tetap MM atau kepada BA iaitu 'Malayu Malizi' singkatannya kekal sebagai mim mim yang sama bentuk dengan MM.

    2. Shuaib bin Soleh apabila dibuat singkatan ejaan rumi ialah SS. Saya masih ingat puluhan atau belasan tahun dahulu Johan Jaafar (pengarang Utusan Malaysia) pernah menulis di dalam ruangan pojok bahawa orang-orang yang memiliki 2 nama dengan pangkal huruf yang sama akan membuat nama mereka berbunyi menarik dan 'Johan Jaafar' adalah di antara yang memiliki kelebihan itu. Contoh lain yang ia berikan ialah Tina Turner dan Penny Parker. P. Ramlee yang punya kehebatan dalam seni dan irama juga telah memilih nama Ahmad Albab yang singkatannya ialah AA dan membuat nama itu kelihatan menarik berbanding 'Muhammad Albab'. Mahathir bin Mohamad dan Shuaib bin Soleh kedua-duanya turut memiliki kelebihan yang sama ini.

    3. Nama Mahathir pangkalnya ialah huruf M dan huruf Arabnya ialah Mim. Pangkatnya sekarang ialah Tun dan sering disebut Tun M. Dalam banyak perbualan saya pada hari ini saya dapati telah ramai orang yang mula memanggilnya sbg TM, singkatan untuk Tun Mahathir. TM apabila ditukar ke huruf Arab akan menjadi 'TA' dan 'MIM' dan bunyinya ialah Tamim.

    Nota : Ustaz Don pernah sebut Tamim ialah Ta dan Mim yang bermaksud Tanah Melayu dan ada yang menyerangnya dgn hebat konon ia tidak bersifat ilmiah. Ya betul, ia memang tidak bersifat ilmiah tetapi dari sudut hikmah ia tidak bertentangan. Apa akan berlaku kepada mereka apabila satu hari kelak Imam Mahdi muncul dan mengesahkan pemuda Tamim ini sememangnya seorang anak Tanah (Ta) Melayu (Mim).

    ReplyDelete
  7. PER : MAHATHIR BIN MOHAMAD, KOD NAMA PALING TEPAT BAGI PEMUDA TAMIM (siri 2/3)

    --------------------

    4. Di dalam AlQuran terdapat satu ayat yang turun menceritakan tentang satu perkara yang belum berlaku pada masa ayat itu diturunkan, iaitulah tentang satu kaum yang akan didatangkan oleh Allah untuk mengambil alih tempat satu kaum yang telah berpaling daripada jalan yang benar. Ini terjemahan ayatnya:-

    "Wahai orang-orang yang beriman, barangsiapa di antara kamu yang berpaling daripada agamanya, maka kelak Allah akan mendatangkan satu kaum. Allah mengasihi mereka sedang mereka mengasihi Allah. Mereka prihatin terhadap orang-orang yang beriman sedang mereka keras terhadap orang-orang yang kafir. Mereka berjuang pada jalanNya dan tidak takutkan cercaan orang-orang yang mencerca. Demikianlah kurniaan kelebihan Allah yang diberikanNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah amat luas pengetahuanNya." (Al-Maidah :54).

    Sebelum PRU14 saya pernah membuat perbandingan bahawa kaum yang berpaling itu adalah mirip UmNo sedang kaum yang didatangkan itu mirip PPBM dan demikian UmNo akan digantikan oleh PPBM. Hakikatnya ialah selepas PM BN daripada UmNo ditumbangkan, PM PH ialah daripada PPBM. PPBM benar-benar telah menggantikan UmNo di dalam menjadi teraju pentadbiran negara ini.

    Saya juga telah membuat telahan bahawa Tun M memiliki ciri prihatin terhadap orang-orang beriman dan tegas terhadap orang-orang yang kafir pada isu Palestin-Israel iaitu isu yang menjadi puncak pertembungan di antara orang beriman dan orang kafir zionist. Selepas kemenangan PH yang diketuai Tun M, warga Palestin kelihatan gembira dan tanpa segan silu menyatakan sokongan dan malahan kasih sayang mereka kepada Tun M yang telah berjaya menumbangkan NR yang dalam kebanyakan hal dilihat pro-Israel.

    Saya juga telah membuat telahan bahawa segala caci-cerca yang dilemparkan kepada Tun M menunjukkan bahawa ia juga memenuhi ciri kedua iaitu 'mereka berjuang pada jalan Allah dan tidak takutkan cercaan orang-orang yang mencerca'. Di sinilah letaknya ketepatan nama 'Mahathir' kepada PPH kerana di akhir zaman ini tidak ada manusia lain yang menerima cercaan yang lebih daripada apa yang Tun M terima.

    Di dalam Bahasa Melayu, kalimah 'maha' bermaksud paling dan terhebat. Maka babi itu satu makian sedang 'mahababi' adalah makian paling dahsyat. Kutty adalah satu penghinaan sedang 'Mahakutty' adalah penghinaan paling dahsyat. 'Firaun' adalah satu tuduhan sedang 'Mahafiraun' adalah tuduhan paling dahsyat dan begitulah seterusnya. Maka nama 'Mahathir' telah menjadikan Tun M sebagai orang yang paling dahsyat menerima cercaan penghinaan dan tuduhan apatah lagi dalam setiap tuduhan, penghinaan dan cercaan itu ia dikaitkan dengan namanya dan malahan juga keturunannya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tun M tak mahabodoh dan mahasesat mcm ko.

      Delete
  8. PER : MAHATHIR BIN MOHAMAD, KOD NAMA PALING TEPAT BAGI PEMUDA TAMIM (siri 3/3)

    --------------------

    Biar saya belanja satu lagi info tentang relevensi kalimah 'maha' ini dengan Malaysia iaitu negeri di mana PPH akan muncul sebagai 'tanah yang dijanjikan' (sdr Cahaya Al-Majid menggunakan tema ini pada blognya Perjalanan Kedua iaitu 'The Promised Land').

    Saya pernah ceritakan bahawa khabar Nabi Daniel a.s menceritakan tentang peristiwa besar akhir zaman akan berlaku di sebuah Kingdom yang memilki 10 orang raja yang memakai 10 Mahkota berlainan dan dengan pertabalan Agong ke-15, Malaysia kini memenuhi ciri tersebut.

    Ada satu lagi khabar yang tidak kurang penting disampaikan tentang tanah ini, iaitulah di Kingdom ini akan berlakunya 'blasphemy'. Blasphemy pada pandangan saya ialah perbuatan menghina Tuhan. Ia boleh berlaku apabila Tuhan sebagai pencipta makhluk disamakan dengan makhluknya ataupun apabila ada di antara makhluknya telah disamakan denganNya.

    Di Malaysia Raja-rajanya bergelar Duli Yang Maha Mulia. Walaubagaimanapun kalimah 'Yang Maha Mulia' pada gelaran ini bukanlah blasphemy memandangkan ia menjadi qualified pada kalimah 'Duli' yang merujuk kepada 'raja daripada kalangan manusia'.

    Walaubagaimanapun pada hari ini 'pemangku Sultan' sebuah negeri telah memakai gelaran 'Yang Maha Mulia' tanpa meletakkan kalimah Duli di hadapan. Yang Maha Mulia tanpa kalimah 'Duli' dihadapannya adalah gelaran yang hanya boleh digunakan kepada Allah Yang Maha Esa. Maka demikian sifat 'blasphemous' Kingdom yang bernama Malaysia ini sedang berlaku.

    Seperti yang telah saya katakan, segala rujukan, perbandingan dan ilham saya menunjukkan bahawa khabar-khabar ini merujuk kepada Tun Mahathir, Putrajaya dan Malaya. Sesiapa yang tidak mahu percaya pun tidak mengapa, kerana saya hanya mahu berkongsi apa yang timbul pada ilham saya daripada pengamatan kepada dalil dan keadaan semasa. Memadailah untuk bersaksi bahawa saya telah pun mengatakannya.

    Sama ada telahan saya ini betul atau meleset hanya masa akan menentukan.

    Wallahu a'lam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila agaknye john die ni nak berenti kaitkan pasal mahathir dgn panji hitam dgn imam mahdi?...Mahathir bukan dari bani Tamim dan tak pernah pergi perang..

      John penyokong taksub mahathir patut bantu perkukuhkan Bersatu yg dah hampir lemas...mungkin hilang dlm pru 15... Hentikan berkhayal yg karut marut....

      Terimalah realiti Bersatu dah lesu...tiada pemimpin berkaliber yg boleh majukan Bersatu...

      Delete
  9. Kurang sambutan kpd Bersatu?...tanda2 tak sempat pru 15... Aku dah cakap yg berhempas pulas nak naikkan bersatu diletak tepi...yg dari umno plak diberi tempat...kununye nak kuatkan Bersatu...

    Boboi gagal pimpin Bersatu...Tun dah berusia tak mampu uruskan negara dangan parti dlm masa yg sama...muhyidin sakit...Boboi yg patut main peranan sebagai asas untuk jadi PM....tapi Boboi telah buktikan dia terlalu lemah...

    Wan Azizah tanpa anwar berjaya kemudikan PKR..berjaya mendapat sokongan ahli2 hingga 3 kali pru PKR memimpin PR gugat BN dgn kurangkan majoriti BN
    ..

    Di negeri2 pantai timor Bersatu hampir lenyap..

    PKR tetap steady dipimpin Anwar...PR yg ditumpang oleh Bersatu hidup kerana anwar dan PKR..

    DNA umno blm boleh dikikis dari Bersatu..BERSATU PERLU cari ahli dan pemimpin yg bukan dari umno seperti dr Maszlee...

    ReplyDelete
  10. Kpd pentakdub tun mahathir....

    Terimalah hakikat Bersatu bukan satu parti yg kuat...hanye penumpang dlm PH...tiada pemimpin yg berwibawa...Boboi lemah..

    Harapan Rahman jpc untuk Bersatu tunjangi Pahang hanyelah angan2...PKR lebih kuat di pahang dgn pimpinan Dato Fauzi ...Bersatu tiada pemimpin yg ternama di pahang dan pantai timor...Rahman jpc orang pencen bukan orang politik dan bukan dikenali di pahang..malah di pekan sendiri..

    Bersatu hanye harapkan ahli2 umno masuk bersatu...

    Dipantai timor tun mahathir dan Bersatu tidak diterima kerana rekod sejarah yg lepas kurang baik.....

    ReplyDelete
  11. Ada juga yg telah memberikan tempat pada bekas2 ahli UMNO yg dulunya secara terang2an menghina Bersatu....menghina Tun tp sekarang ada YAB/YB telah beri mereka tempat istimewa pada mereka dan langsung tidak memperdulikan ahli2 akar umbi yg telah bersusah payah selama ni....
    Setuju dengan rangkap ini.ahli umno masih diberikan jawatan atas alasan pengalaman mereka sebelum ini.tidak adil untuk individu yang bersama-sama menaikan ppbm sebelum pru14

    ReplyDelete
  12. Saudara john doe Masih terus berfantasi mengaitkan tun mahathir sbg pemuda bani tamim...tidak layak n sesuai..tun m mintak umat Islam kembali kpd Al Quran tp tingkahlaku,pemikiran Dan perbuatan tidak serupa cakap...anaknya marina penyokong kuat golongan LGBT, isterinya tidak dibenarkan bertudung..tun m juga pernah menghina janggut Rasullullah dgn mngatakan zaman rasullullah dulu tiada gillete...macam ni ke akhlak pemuda bani tamim yg difantasikan oleh john doe

    ReplyDelete
  13. Saya jangkakan bersatu akan jadi hidup segan mati xmahu sebaik sahaja tun mahathir tiada..ditambahkan lagi dgn pelantikan Anwar sbg PM (kalau dizinkan Allah) yg sudah pasti akan meminggirkan bersatu Dan menaikkan PKR

    ReplyDelete
  14. Apabila Bersatu hancur, PH pun punah...percayalah.

    ReplyDelete