Pihak pembangkang diingatkan jangan politikkan soal pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan manifesto Pakatan Harapan (PH).
Tegas Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik, kenyataan yang sebenarnya telah dimanipulasi dan diputar belit sedangkan maksud kenyataan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini adalah bagi menyeru supaya memupuk budaya amanah dalam kalangan masyarakat, terutamanya generasi muda.
Katanya, beliau menyokong penuh apa yang diperkatakan Dr Mahathir dimana peminjam harus bersikap amanah dalam melangsaikan hutang masing-masing.
"Manifesto satu perkara, tetapi apa yang diperkatakan ialah tentang sikap amanah. Ini yang ditekankan Tun Dr Mahathir, amanah untuk melangsaikan hutang apabila kita meminjam.
"Pembangkang semua benda nak politikkan. Politik letak tepi. Kita bicara tentang akhlak moral. Kita pinjam duit, kita bayar. Kalau boleh bayar RM50 sebulan, kita bayar lah RM50.
"Dalam ajaran Islam pun, kalau kita mati syahid tapi hutang tak dibayar, tak janji kita boleh masuk syurga," katanya kepada pemberita selepas melawat Sekolah Kebangsaan Siputeh di Padang Sera Kodiang, Jerlun Kedah hari ini.
Baru-baru ini, Dr Mahathir berkata, sikap tidak amanah peminjam menjadi punca jumlah tunggakan hutang bayaran balik PTPTN menjangkau sehingga RM36 bilion.
Katanya, kebanyakan daripada peminjam mempunyai pekerjaan dan memperoleh pendapatan sendiri namun masih belum mahu membayar hutang PTPTN.
........
Perlaksanaan sewajarnya secantik perancangan..
Utk rakyat Perak shj - Sesiapa yg lahir/duduk di Perak lebih dari 10 tahun, tolong isi borang di pjbt ADUN kawasan anda utk permohonan beberapa jenis bantuan yg disediakan kjaan negeri spt berikut:
*SKIM-SKIM INISIATIF PEDULI RAKYAT Perak
Ramai penduduk tetap Perak tidak tahu bahawa ada bantuan yang sedia ada. Sila rujuk link yang tertera dibawah.
1. Newborn/kelahiran/: RM 1,500 (TAWAS).
π http://www.tawas.org.my/
2. Nursery assistance/penjagaan anak: RM100 setiap bulan. (SiKembar)
π http://e-sikembar.org
3. Pre-school assistance/pendidikan pra-sekolah RM50 (TUNAS).
π http://e-tunas.org
4. University students/bantuan pelajar university: RM1,000
π https://hpipt.perak.gov.my/
5. Skim Pinjaman Pelajaran dan Peduli Siswa
π http://tkwbns.perak.gov.my/portal/
6. Funeral expenses for senior citizens & OKU/perbelanjaan pengebumian : RM2,500 (SMUE)
π e-mesra.org.my
7. Free water/air percuma: 20m cube/month.
π http://ipr.perak.gov.my/air-percuma-setiap-bulan/
8. Microcredit business loans without interest/pinjaman mikro kredit tanpa faedah: Up to RM50,000 (Hijrah).
π http://www.hijrah-perak.com/
9. Wedding/perkahwinan: RM500/person (Insentif Perkahwinan).
π https://i-kahwin.perak.gov.my/
10. Medical check up for women: (Mammogram)
π http://ipr.perak.gov.my/skim-kesihatan-wanita/
11. Free SPM tuition/tuisyen SPM percuma: (Pusat Tuisyen Rakyat SPM)
π http://ipr.perak.gov.my/pusat-tuisyen-rakyat-perak/
12. Skim Peduli Sihat
Free Health Card worth RM500 (family) and RM200 (individual).
π http://www.pedulisihat.com/
13. Skim Rakan Bercham Medical Center (BMC)
π Kad khas untuk pengundi DUN Bercham dan berumur 60 tahun dan ke atas
π Dapatkan borang di Pejabat Adun Bercham
14. Program Bantuan Makanan Bulanan (Food Stamp)
π http://ipr.perak.gov.my/program-bantuan-food-stamp/
15. Khidmat Bas Perakku PERCUMA
π http://ipr.perak.gov.my/khidmat-bas-perakku-percuma/
16. Perkhitmatan Wifi Perakku PERCUMA
π http://ipr.perak.gov.my/wifi-smartperak/
17. Skim Rumah Perakku
π http://ipr.perak.gov.my/skim-rumah-perakku/
18. Bantuan Kesihatan Perak: RM 5000
Percuma untuk dialisis buah pinggang/pembedahan kecil/katarak mata/kaki palsu/lain2 permohonan
π http://bantuansihat.perak.gov.my/
19. Program Dana Usahawan Mikro Perak
π Hubungi Pejabat Adun atau UPEN Perak
20. Program "Blueprint" Pembasmian Kemiskinan Perak
Bantuan peralatan mesin untuk perusahaan
π Hubungi Pejabat Adun atau UPEN Perak
21. Program Bantuan Rumah Kerajaan Prihatin
Bantuan bina baru bagi rumah yang daif
π Hubungi Pejabat Adun atau UPEN Perak
22. Program Bantuan Peralatan Nelayan dan Akuakultur Negeri Perak
π Hubungi Pejabat Adun atau UPEN Perak
23. Insentif Bantuan Haji kepada bakal Haji: RM 500
π Hubungi Pejabat Adun atau MBI Perak
24. Bantuan Sekolah-sekolah Kerajaan Negeri dan Swasta bernilai sehingga RM 50, 000
π Hubungi Pejabat Adun
25. Program Bantuan "Back To School":
π Hubungi Pejabat Adun
26. Program Bantuan Baucer "Jom Shopping Perayaan": RM 100
π Hubungi Pejabat Adun
T&C apply. For more info, please visit any of your Pusat Khidmat ADUN or log onto
*π http://ipr.Perak.gov.my/*
If you're not a Perak resident. Do help spread the information. Every bit helps.
# suharli masrop jangan malu² mohon
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
TIDAK ADA TAULIAH BUKAN HALANGAN UNTUK BERCAKAP BENAR TENTANG POLITIK, EKONOMI, ISU SEMASA, REALITI NEGARA...
https://vt.tiktok.com/ZS8pn7xVb/ Pendekatan memakmurkan masjid sewajarnya JABATAN UGAMA mengejar penceramah yang baik Dan betul untuk di...
-
SELAMAT TINGGAL UMNO (STU) Saya merupakan ahli, penyokong & jentera tegar UMNO sehingga kan saya pernah menjawat jawatan diperingka...
-
Antara berckap benar atau disabitkan di bawah OSA, Rafizi memilih mendedahkan kebenaran yang membawanya ke hukuman dipenjara 18 bulan. S...
Dah janji boleh tangguh bagi lah penangguhan...jangan banyak konar sana konar sini plak...tak pon kurangkan bayaran pinjaman...
ReplyDeletePtptn dan tol di mulakan zaman mahathir...
'Ramai tak bayar PTPTN kerana janji pembangkang dulu'
ReplyDelete23 Sep 2018, 5:13 petang (Dikemaskini 23 Sep 2018, 5:44 petang)
A A
Ramai peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) tidak menjelaskan pinjaman pendidikan mereka kerana terpengaruh dengan janji pembangkang terdahulu.
Anggota Parlimen Lenggong, Shamsul Anuar Nasarah berkata terdapat banyak faktor mengapa peminjam tidak menjelaskan pinjaman tabung berkenaan, selain tidak memiliki pekerjaan tetap.
"Saya akui ada sebahagiannya memang sengaja tidak mahu membayarnya walaupun mereka sudah punyai pendapatan tetap.
"Bagaimanapun, ada juga faktor lain yang menyebabkan mereka tidak bayar misalnya masih lagi tidak bekerja, ada yang bekerja tetapi pekerjaan mereka masih di bawah tahap kelulusan yang mereka miliki.
"Kalau hendak diteliti banyak lagi faktor lain, tetapi juga ramai yang tidak bayar hutang sebenarnya kerana terpengaruh dengan janji pembangkang dahulu yang menjadi kerajaan sekarang," katanya dalam satu kenyataan.
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini berkata ramai peminjam PTPTN tidak amanah menyebabkan jumlah hutang tabung itu meningkat kepada RM36 bilion.
Mahathir berkata, tindakan yang tidak amanah itu menyebabkan orang lain sukar mendapatkan pinjaman untuk membiayai pelajaran mereka ke peringkat lebih tinggi.
Kenyataan tersebut diselar Anggota Parlimen Rembau Khairy Jamaludin Abu Bakar yang mengatakan kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN) sendiri membenarkan penangguhan bayaran balik pinjaman PTPTN kepada graduan yang bergaji kurang RM4,000 sebulan.
Manipesto janji Pas Terengganu cukai pintu di kecualikan...tak payah bayar....orang terengganu dah tak bayar lagi cukai pintu...
ReplyDeleteIni baru betul buat janji tanpa konar baring...
"Dalam ajaran Islam pun, kalau kita mati syahid tapi hutang tak dibayar, tak janji kita boleh masuk syurga," katanya kepada pemberita selepas melawat Sekolah Kebangsaan Siputeh di Padang Sera Kodiang, Jerlun Kedah hari ini.
ReplyDelete--------------------------------
Pandai plak sebut islam...janji bohong tak ade hukum dlm islam ker?....munafik....
Pemuda ta mim munafik...layak ker serahkan bendera hitam kpd almahdy...silap2 kepala pemuda ta mim diketuk dgn kayu bendera oleh al mahdy...
DeleteKah kah kah....teruskan menyokong kluang, sokong la semua benda walaupun benda tu terang2 berbohong...selamat berjumpa di alam sana...simpan byk2 pahala ye, kami nak tuntut nanti, tu pun kalau ada lagi pahala yg tinggal...bertaubat sebelum terlambat, berpada-pada la sokong...
ReplyDeleteKD cakap kalo tak bagus 2023 kita tukar kerajaan...nampaknye tak payah tunggu 2023 laa...awal2 lagi nak putarbelit...
DeleteTajuk dan isi, ada kata janji jangan ditunaikan?
ReplyDeleteHutang pwribadi apatah lagi untuk ilmu, kena bayar, wajib, itu hukum Al Quran.
Jika pun PH tidak tunai janji, pinjaman tadi tetap Wan b dibayar oleh peminjam, tiada alasan.
Soal PH tidak tunai janji, itu satu isu yang lain, kena desak kerajaan tunaikan.
Atau boleh hukum kerajaan dengan cara masing², ada aku kesah.
Itulah cara analisa tajuk, bukan bangang sehala.