Saturday, September 8, 2018

SOKONG UMNO PAS DIMANA SAHAJA ANWAR BERTANDING..

Anwar sebagai pemimpin keNa tunjuk contoh,  elak pembaziran dan selamatkan negara lebih utama dan mengatasi cita² peribadi dan keluarganya. 

Rakyat menderma,  kamu membazir. 

Prinsipnya Anwar perlu tunggu kekosongan kerusi parlimen secara semula jadi.
Kenapa perlu terburu buru hakikatnya penggantian akan berlaku kurang lebih dua tahun lagi. 

Pilihanraya di adakan menggunakan masa tenaga dan dana rakyat, bukan sedikit dan bagaimana ia dengan begitu mudah dikosongkan atas alasan memberi laluan.. 

SPR perlu kenakan denda atau tuntutan bayaran balik perbelanjaan pilihanraya pada penyandang yang sengaja mengosongkan kerusi sebanyak lima kali ganda. Jika perbelanjaan kerusi parlimen menelan belanja lima ratus ribu,  penyandang yang kosongkan perlu membayar terlebih dahulu 2.5 juta kepada SPR. 

Jika ini tidak dilakukan oleh SPR,  badan NGO tertentu perlu mohon kepada mahkamah untuk menghalang pengosongan tersebut bagi pihak rakyat. 

Apakah penyandang yang mengosongkannya  dibayar atau dijanjikan habuan? 
Oh.. Demi Tuhan.. Dibuat semata² kasihkan Anwar dan cintakan Negara?
Siapa yang akan percaya dan melokmankan dirinya??? 






# Diharap PAS dan MCA menang di PRK seri setia dan balakong sebagai tanda protes dan menghantar isyarat yang jelas kepada PKR dan DAP. . 
# Pengumuman kerusi parlimen akan dikosongkan selepas 8/9/18 untuk memberi laluan pada Anwar - Wan Azizah. 

12 comments:

  1. Cuba kd beri idea bagaimana cara semulajadi anwar anwar boleh menyertai kabinet. Nak tunggu ahli parlimen ph mati atau tunggu pru15 nanti? Mungkin juga kalau² ada mp pembangkang yg mati lalu anwar boleh masuk bertanding? Bagaimana tun boleh memberi janji bahawa beliau hanya akan menjadi pm selama 2 tahun dan akan digantikan oleh anwar kemudian. Adakah anwar dilantik menjadi senator lalu diangkat kemudiannya menjadi pm? Ataupun sebenarnya hanya HELAH agar anwar tidak boleh menjadi pm? Lain hulu lain parang nampaknya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apakah maksud awak jika A kosongkan kerusi, Anwar bertanding dan kalah.

      B perlu pula kosongkan untuk Anwar, kalah lagi..

      C kosongkan sehinggalah Anwar menang dan boleh jadi PM..

      Anwar masih ada 20 bulan lagi dan jika Tun berundur awal, Wan Azizah akan jadi PM, apakah azizah pun lain ulu lain parang..

      Delete
    2. Sampai masa Tun berundur, Wan Azizah jadi PM..

      Tun lepaskan kerusi Parlimen Langkawi, Anwar masuk bertanding..

      Menang.. Anwar dilantik jadi PM.. Azizah berundur dari kabinet..
      Nurul dibawa masuk kabinet..

      Delete
  2. Anon 2:53:00 AM, sepatutnya Wan Azizah atau si Nurul mengosongkan kerusi diorang sebab yg beriya2 nak Anuar jadi PM pon anak beranak tu jugak. Kerusi2 tu pon mmg tegar penyokong Anuar dan disebabkan itu jugak lah Mahathir tak kisah dgn janji mahu bagi Anuar jadi PM. Tang mana yg helah kononnya Mahathir mcm lain hulu lain parang tu melainkan Anuar anak beranak yg telah memperalatkan semua semata2 mahu bolot jawatan PM, TPM dan seterusnya Nurul utk jadikan jawatan2 dlm PH sebagai warisan. Janji bukan 2 tahun pon...yg meletakkan 2 tahun tu penyokong2 tegar Anuar yg tak sabar2 nak menjadi menteri.

    Aku setuju saranan KD supaya rakyat perlu memberi isyarat jelas yg permainan politik kotor PKR nie perlu dihentikan.

    ReplyDelete
  3. hey... Anwar jangan mimpilah nak jadi PM selagi Mahathir ada

    ReplyDelete
  4. Ayat kegemaran Pak Sheikh untuk dibaca di mana-mana ceramahnya selepas peristiwa pemecatannya tahun 1998.

     وَمَكَرُوا وَمَكَرَ اللَّهُ ۖ وَاللَّهُ خَيْرُ الْمَاكِرِينَ

    "Mereka merancang dan Allah juga merancang. Allah sebaik-baik perancang". (Ali-Imraan : 54)

    Pak Sheikh kena benar-benar percaya sepenuh hati pada ayat tersebut yang ia sentiasa sebut dalam hampir setiap ceramahnya pada 1998.

    Sekiranya ia bukan rezekinya untuk menjadi PM ia tetap takkan jadi walau kesemua manusia bersetuju dengan pemilihannya sebagai PM yang seterusnya.

    Berlapang dada dengan ketetapan Allah nescaya hati akan tenang.

    Wallahu a'lam.

    ReplyDelete
  5. Ini baru kerajaan anak beranak..anusr ada can 2 tahun sblum pru..klau dis sebook jaga hati cina..mcan crita pegang anjing atau pesta arak..anuar juga kita humban kt laut..rafizi plak yg brrmulut longkang sendiri akan campak anwar..rafizi ni ada cita2 besar..jadi anwar jgn heran klau kena main..cuba tanya rafizi dia ikhlas ke dgn anwar..dia tumpang tuuuianwar jer untuk dpat perhatian..jadi snwar kenala jaga2 rafizi ni tk bole caya

    ReplyDelete
  6. Oooo...mcm tu rupanya korang. Masa nk sokongan pkr, sampai peringkat keluarkan anwar dari penjara. Sebut je anwar nak jd pm, mcm² lubang korang korek utk halang anwar jd pm. Tak sangka pulak mcm tu hati perut korang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasalah.. abes manis sepah dibuang.
      Dulu pun zahid kata sanggup mati demi anwar.
      Tapi relek je duk dlm umno buat duit.

      Delete
  7. Sokong Anwar jadi PM tetapi lalui jalan yang tidak sakitkan hati dan.mata rakyat

    ReplyDelete
  8. DSAI mana boleh kalah PASTI menang dimana sekali pun DSAI bertanding..

    DSAI tk perlu 2 tahun ganti si tua bangka tu jadi PM ... Ingat baru 100 hari si tua banngka dah banyak merosakkan ekonomi Malaysia demi manjakan anak cucu dengan beratus juta dan billion kontrak runding terus..

    100 hari orang miskin nelayan jangan dimanjakan dan pandai lah cari rezeki sendiri..

    DSAI menang itu PASTI dan tua bangka merosakkan ekonomi itu PASTI berlaku hanya dlm 100 hari.. bayangkan kalau 2 tahun PASTI lingkup negara dengan bailout anak kroni... ingat kitaran bailout dan kerosakan ekonomi akan ditanggung oleh PM yg akan datang

    DSAI perlu segerakan peralihan kuasa dari si tua bangka ini.. FULLSTOP


    haaajh delete.. delete..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Batuapi² ini sebenarnya bagus kerana hujah mereka hanya merapatkan lagi pemahaman dan hubungan penyokong² komponen PH.

      Ada perbezaan pendapat di kalangan komponen tetapi musuh tetap sama, umno dan pas.

      Delete

ADAKAH PENGUMUMAN INI MEMBERI KESAN KEPADA RAKYAT UNTUK YAKIN KERAJAAN ANWAR

  https://www.thevibes.com/articles/business/89358/chinas-rm170-bil-investment-to-drive-msia-to-greater-heights-analysts Sebagai usahawan ya...