Monday, October 29, 2018

KEBERGANTUNGAN HIDUP ATAS KABEL NAMPAK MEWAH TAPI PERIT..

Kepada yang mengharapkan rezeki bergolek dengan pertukaran kerajaan balik dengan tangan kosong,  kecewa.

Yang dulu,  semua projek dia punya,  kini terkulat kulat mengemis dan sanggup tukar baju.

Semua ini gara gara cari rezeki secara kabel,  ampu bodek.

Penjawat awam ada yang lupa tentang soal keberkatan,  lebih memikirkan volume.

Apakah rezeki itu hanya ada pada kerajaan?

21 comments:

  1. Masalahnya..ramai yg pemerintah PH masih simpan lar ni KD..menteri terpesona pulak bila mereka2 ni tukar kaler..lupa dah org2 yg sama ni dulu kutuk Tun gila2...defend najib gila2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Skarang tun tak kisah..janji dapat sokongan supaya tun dapat kekal pm...yg masuk bersatu syarat tak boleh lawan boboi...setakat naib presiden saja tau...langgar pantang kena dakwa...bijak kan?...negara tak kemana saper peduli...

      Delete
  2. RAMAI MACAI KUNYIT KEMPUNAN SUDAH
    TERKINJA DIJALAN ORANG LAIN YG RATAH
    MARHEAN PH MARAH NON POLITIK JARAH
    TERKULAT MERUNGUT MACAI HARAMJADAH

    KIKIKIKI...

    LAGI TERUK MACAI KENA MAIN
    ATOK YG REMBAT MACAI HANGIN
    MACAI CUBA NASIB KENA TENGKING
    KONTAK X DAPAT MATA NAIK JULIN


    KIKIKIKI.. HAAAH TEPUKKK..!!

    ReplyDelete
  3. Tuesday, October 30, 2018
    Adun BN Akui Diugut Sertai Bersatu.

    KOTA BHARU: Sehingga sekarang tiada cawangan atau bahagian Umno yang dibubarkan selepas lima bulan parti itu kalah pada Pilihan Raya Umum (PRU) lepas.
    Ketua Pembangkang Dun Kelantan, Dato' Md Alwi Che Ahmad sebaliknya berkata, apa yang berlaku sekarang wakil rakyat BN bukan sahaja diugut, malah dicincang hidup-hidup oleh Bersatu.


    “Kemudian meminta kita ramai-ramai masuk Bersatu. Bersatu sudah terdesak untuk mendapatkan sokongan Umno ketika kekuatannya dalam kerajaan Pakatan Harapan sekarang semakin lemah.
    “Bersatu mempunyai 13 ahli Dewan Rakyat dalam kerajaan gabungan PKR, DAP dan PAN selepas mendapat mandat rakyat pada PRU 14 lalu,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
    Beliau yang juga Adun Barisan Nasional Kok Lanas berkata, tidak munasabah Umno yang mempunyai tiga juta ahli menerima tawaran Bersatu yang disifatkan tiada sokongan akar umbi. - HARAKAHDAILY 29/10/2018

    ReplyDelete
  4. Rakyat kena tunggu 5 tahun lagi...lari dari mulut ular masuk mulut naga...

    Rakyat malaysia perlukan seorang pemimpin baru dari parti baru yg berkarisma...pemimpin yg dapat mensejahterakan rakyat dan negara...pemimpin2 dan parti2 yg ade sekarang ade agenda peribadi sendiri..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sudah pasti org itu adalah DASAI

      Delete
    2. Mahathir dgn anwar mmg hebat dlm bidang masing2...mahathir hebat jaga kroni anak beranak..anwar kena pakai spender besi berkunci jika beliau jd PM

      Delete
    3. Ibubapa sendiri pun tak tahu perangai anak dia diluar rumah macam mana, inikan pula penggundi nak tahu perangai orang yang diundi.

      Delete
    4. No no no....
      Malaysia kena sewa Rodrigo Duterte

      Delete
  5. Yg mengharapkan projek dgn pertukaran kerajaan balik terkulat2...


    Projek ape yg ade sejak 5 bulan lepas?...madey sedang uruskan hutang dgn jepun...

    Pelabur asing tak mau datang takut putarbelit madey...
    Madey merayu pelabor siam...ini yg dikatakan madey bijak...

    nampaknye malaysia akan jadi rimau kertas jika lama madey yg perintah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa minyak tengah mahal yg di pam dilaut terengganu madey boleh tunjuk terer...boleh bina putrajaya hingga orang melayu terengganu sendiri masih merempat..

      Sekarang minyak dah murah...duit tak cukup...madey tak boleh buat ape2... Hanye putar kiri putar kanan..Pelabor asing tak percaya madey...

      Penjilat madey terlopong tak terkata..

      Delete
    2. Dlm keadaan sekarang mamak matdey kena cari banyak skru untuk putar....hihihi.

      Delete
    3. Macai putar putar skru tercabut...hihihi

      Delete
  6. Mujahid BUKAN Ilmuan Islam, juga BUKAN Pakar Perundangan

    Latar belakang pendidikan Mujahid ialah sastera Pak Arab (ijazah sarjana muda). Kemudian untuk sarjana, dia belajar bidang pengurusan sumber manusia. Manakala untuk doktor falsafah, bidang sains politik.
    Dia bukan sahaja tidak layak untuk bicara soal agama; bahkan juga sangat jahil selok-belok perundangan dan keperlembagaan negara. Dia mungkin baca cedok sana, cedok sini; dengar sikit-sikit apa yang dibisikkan oleh DAP — tetapi dia tidak mengaji secara berdisiplin.
    Atas kepentingan politik kepartian, dia menuduh mereka yang cuba menyampaikan kepada masyarakat tentang bahaya ICERD yang mengancam kedudukan dan kedaulatan Melayu dan orang-oorang asal Sabah dan Sarawak, sebagai kononnya “mengadu-domba” dan “fitnah”.
    Walhal yang memberikan pandangan tentang bahaya ICERD dan mengapa ia bercanggah dengan banyak peruntukan Perlembagaan, bukanlah calang-calang orang.
    Tuan Lukman Sheriff Alias, ialah peguam kanan dengan puluhan tahun pengalaman dalam bidang guaman; beliau juga ialah exco Majlis Peguam Malaysia (Bar Council), dan sememangnya arif tentang Perlembagaan Persekutuan. Beliau menyatakan bahawa ICERD adalah bertentangan dengan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan (kedudukan Istimewa orang-orang Melayu dan anak-anak negeri Sabah dan Sarawak). Ia juga bertentangan dengan Perkara 89 Perlembagaan Persekutuan berkenaan dengan Tanah Rizab Melayu.
    Manakala siapa tidak kenal dengan Prof. Madya Dr. Shamrahayu? Beliau ialah pakar rujuk untuk undang-undang Perlembagaan, selain bidang kepakarannya berkenaan comparative law. Beliau mengatakan bahawa ICERD bukan sahaja akan memberi kesan kepada kedudukan Melayu dan bumiputera, bahkan akan turut melanggar isu aqidah kerana akan menyebabkan murtad mesti dibenarkan, perkahwinan silang agama tidak boleh dihalang, dan banyak lagi. Ini semua termaktub dalam Article 5(d)(iv) dan (vii) ICERD.
    Sesungguhnya pandangan jahil Mujahid tiada bernilai sama sekali, jika dibandingkan dengan pandangan penuh berautoriti oleh dua pakar bidang perundangan dan perlembagaan ini.
    Apabila seseorang itu jahil, seperti Mujahid, tapi memandai-mandai, inilah yang disebut oleh Prof. Syed Naquib al-Attas sebagai kemunculan para pemimpin palsu yang menyebabkan kerosakan kepada masyarakat..


    Patut pon mujahid cakap sape yg nak buat maksiat dlm rumah sendiri waktu mlm tak boleh di serbu...kena biarkan...kalau buat maksiat waktu mlm sebelah rumah mujahid pon tak pe...dah jadi mujahil...

    ReplyDelete

  7. Tuesday, October 30, 2018
    Penoreh Getah Pula Mengeluh. Tak Mampu, K'jaan Kena Buat Sesuatu..

    MAT Dali Saad, 66, memeriksa hasil torehan getah ketika tinjauan di sebuah kebun getah di Kampung Ka
    MAT Dali Saad, 66, memeriksa hasil torehan getah ketika tinjauan di sebuah kebun getah di Kampung Katong, Pauh, Perlis, hari ini. - UTUSAN ONLINE/Muhamad Iqbal Rosli

    ARAU 30 Okt. - Kadang-kala hendak beli barangan keperluan harian pun tidak mampu dengan pendapatan hanya RM10 sehingga RM15 sehari.
    Begitu rungutan golongan penoreh getah di Kampung Katong di sini berikutan kejatuhan harga komoditi tersebut yang sekali gus memberi kesan kepada mereka.
    Malah terdapat dalam kalangan mereka yang terpaksa melakukan pekerjaan sampingan bagi membantu menambah pendapatan.
    Penoreh getah, Mat Dali Saad, 66, berkata, dia yang mengambil upah menoreh getah hanya mampu memperoleh pendapatan kira-kira RM15 sehari, malah kadang-kala keluar awal pagi tetapi pulang tangan kosong.
    Katanya, kejatuhan harga getah ketika ini merumitkan mereka apatah lagi jika kerajaan tidak mencari jalan penyelesaian.
    “Pernah satu ketika dahulu hasil torehan (getah sekerap) yang ditolak kepada peraih mencecah RM10 sekilogram. Namun sejak akhir-akhir ini harga yang dibeli oleh peraih hanya RM2.30 sekilogram.
    “Akibatnya, saya kadang-kala terpaksa mengikat perut kerana tidak mampu membeli barangan keperluan.
    “Itu hakikat yang bukan sahaja dihadapi oleh saya, malah penoreh-penoreh getah yang lain. Jika dahulu, ada juga bantuan daripada kerajaan, sekarang sudah tiada,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.
    Rakannya, Hazmi Isa, 34, berkata, dia terpaksa melakukan beberapa pekerjaan lain selepas hasil daripada menoreh getah tidak cukup bagi menampung kehidupannya sekeluarga.
    Katanya yang mempunyai dua orang anak kecil, pendapatan yang rendah itu tidak cukup menampung kos sara hidup.
    “Saya harap kerajaan dapat buat sesuatu bagi membantu para penoreh getah ini. Dahulu janji hendak membela nasib golongan ini, namun apabila berkuasa, keadaan berlaku sebaliknya.
    “Setiap hari hanya sebut pasal hutang negara sehingga banyak perkara lain seperti golongan penoreh getah dan pekebun kecil ini diabaikan. Sememangnya hutang negara penting untuk diberi keutamaan, tetapi kami penoreh ini juga mempunyai hutang yang perlu diselesaikan,” katanya.
    Sementara itu, seorang lagi penoreh, Amirul Muslimin Azizan, 32, pula berharap belanjawan yang akan dibentangkan pada Jumaat ini akan turut memberi fokus kepada nasib penoreh getah ini. - UTUSAN ONLINE

    ReplyDelete
  8. Monday, October 22, 2018
    Mahathir Sahkan Sendiri Tipu Hutang RM 1 Trillion

    Posted by SnapShot at 10/21/2018
    Mahathir Sahkan Sendiri Tipu Hutang RM 1 Trillion

    Dakyah hutang RM1 trilion yang di rekacipta sendiri oleh kerajaan PH amat penting untuk mereka dalam mencapai pelbagai objektif untuk kepentingan politik mereka...
    Antaranya ialah :
    Memburukkan kerajaan BN sebelum ini...
    Alasan untuk menjual aset-aset negara...
    Alasan untuk tidak memenuhi janji2 manifesto...
    Alasan untuk mengurang atau menghapuskan program pemberian dan kebajikan untuk rakyat...
    Alasan untuk mereka membatalkan projek-projek kepada kawasan2 parlimen yang bukan di bawah PH...
    Alasan untuk membuka tender semula projek2 dan beri peluang kepada pihak2 tertentu...
    Alasan untuk menaikkan cukai sedia ada atau memperkenalkan cukai2 baru serta meminta rakyat berkorban...
    Alasan untuk menuding jari kepada kerajaan BN apabila keadaan ekonomi di bawah mereka merosot...
    Oleh itu kerajaan PH akan terus menggunakan ayat trilion kerana ia amat mudah di fahami serta di geruni oleh orang ramai...

    Walaupun pelbagai agensi kerajaan seperti Kementerian Kewangan, EPU dan BNM serta badan2 asing seperti Bank Dunia dan semua agensi penarafan antarabangsa tidak menyatakan hutang negara sebagai RM1 trilion...

    Rakyat perlu tahu Bank Dunia baru2 ini mengeluarkan kenyataan bahawa hutang Malaysia bukan ada di tahap yang luar biasa tinggi manakala laporan rasmi RMK11 minggu lepas dari Unit Perancang Ekonomi (UPE) merumuskan :

    Malaysia masih diberi penarafan yang menggalakkan dengan prospek stabil oleh agensi penarafan antarabangsa yang utama berdasarkan asas ekonomi negara yang kukuh...

    Waktu pembentangan rancangan jangkamasa 5 tahun dalam RM Ke 11, Mahathir secara akui sebenarnya ekonomi Makaysia hingga tahun fiskal ekonomi 2017 berada dalam landasan yang betul...

    Dalam ertikata lain, Mahathir secara jelas dan langsung mengakui segala pembohongan tentang kedudukan ekonomi dan kewangan negara yang dia dan PH buat selama ini sejak sebelum PRU 14 dan selepas menumbangkan kerajaan Malaysia.

    ReplyDelete
  9. 'RM900 hendak makan apa?'
    Pendapatan berkurangan selepas kejatuhan harga sawit – Peneroka

    HARGA kelapa sawit terus merudum sehingga menjejaskan pendapatan peneroka buah kelapa sawit. – GAMBA 3
    HARGA kelapa sawit terus merudum sehingga menjejaskan pendapatan peneroka buah kelapa sawit. – GAMBAR HIASAN
    Badrul Hafizan Mat Isa
    pengarang@utusan.com.my

    27 Oktober 2018 3:00 AM

    KUALA LUMPUR 26 Okt. - Peneroka Felda kini ber­hadapan kegelisahan dan keresahan selepas harga komoditi sawit mencatatkan penurunan hari demi hari, sekali gus menjejaskan pendapatan mereka sehingga hanya sekitar RM900 sebulan.

    Seorang peneroka Felda Wilayah Mempaga, Mansor Hashim berkata, anggaran pendapatan tersebut diperoleh selepas mengambil kira harga sawit ketika ini iaitu purata kira-kira RM400 bagi satu tan metrik.

    “Dalam sebulan setiap peneroka dianggarkan dapat menuai kira-kira empat tan hasil kelapa sawit. Selepas ditolak pula dengan pelbagai kos operasi lain seperti baja, racun dan upah memotong buah sawit, peneroka hanya mendapat purata pendapatan bersih sekitar RM900 sahaja.

    “Dengan RM900 hendak makan apa? Itu belum lagi pelbagai bil yang mesti diselesaikan. Peneroka di Felda kini betul-betul berada dalam keadaan resah, bagi saya senang sahaja, kerajaan mesti pastikan harga sawit meningkat, selesai semua masalah,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

    Menurut Mansor, menambahkan lagi tekanan, pelbagai bantuan dan insentif bagi me­ngurangkan kesan kejatuhan harga sawit tidak lagi diterima oleh peneroka.

    “Ketika ini peneroka seperti tidak mempunyai tempat untuk mengadu sedangkan harga sawit terus jatuh. Kebanyakan peneroka merupakan golongan usia emas yang tidak peduli siapa memerintah, cuma mereka mahu harga sawit dinaikkan, itulah sumber pendapatan mereka.

    “Saya harap kerajaan Pakatan Harapan (PH) lebih prihatin terhadap nasib golongan peneroka termasuklah dengan mengembalikan pelbagai bantuan dan insentif yang diterima sebelum ini, sekurang-kurangnya dapat meringankan beban dihadapi,” katanya.

    Menurut Ketua Peneroka Felda Wilayah Jengka, Sulaiman Bakar pula, selepas kejatuhan harga sawit pendapatan purata diperoleh peneroka setiap bulan adalah di bawah RM1,000.

    “Memang tidak cukup, macam saya terpaksa mengharapkan wang simpanan, mujur ada berjimat cermat dahulu. Kalau harap pendapatan sekarang memang tidak cukup, bayar bil elektrik, air dan pinjaman lain, harapkan anak-anak juga untuk membantu serba sedikit.

    “Peneroka ketika ini memang resah, tapi tidak boleh hendak buat apa, hendak marah kepada siapa? Jika dahulu bila kea­daan harga sawit jatuh begini ada sedikit bantuan daripada kerajaan, hutang-hutang peneroka se­perti perumahan dan pendidikan dikecualikan dan tidak dipotong, sekarang ni potong habis,” katanya.

    Sementara itu, tambah Sulaiman, sebagai peneroka, beliau tidak begitu menaruh harapan besar kepada kerajaan menerusi pembentangan Bajet 2019 minggu depan, cuma berharap langkah sepatutnya dapat diambil segera bagi menangani kejatuhan harga sawit dan ke­sannya kepada peneroka.

    “Saya tidaklah menaruh harapan besar, tapi kalau boleh kerajaan kena tengok dan jenguk Felda, beri bantuan kepada peneroka, jangan diam sahaja,” katanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. anak korang yang ramai-ramai balik mengundi ph, itulah yang korang dapat. berapa puluh kawasan felda yang dimenangi oleh ph? nak mengeluh apa, hadap ajelah. paling tidak call aje kat anak-anak yang duduk di bandar tu bank in duit sara hidup dlm akaun mak bapak.

      Delete
    2. Dah korang jual felda, sekarang nak tunjuk prihatin. Pegi dah. Kau tu yg patut suruh bos kau masukkan duit dalam akaun sebelum kering.

      Delete
  10. KESIHAN KAT FELDA LELEBIH PUN X GUNA
    DAH BAGI NASIHAT TAPI PH GAK KO UNDI
    PH BENTUK KJAAN JADI MAMGSA PENEROKA
    NAK KATA PADAN MUKO LU FIKIR LA SENDIRI


    KIKIKIKI... HAAHHH MACAI SEKELIAN TEPUK..!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. BN runtuh, umno pun runtuh. Macai meraung terpekik melolong
      Jangan kau ingat rakyat bodoh
      Yg padan muka kau lah bengong

      Hahahahahahahahahahahahahah

      Delete