Friday, October 19, 2018

KENA TUDUH MENTEKEDARAH DUIT PUN BOLEH TERSENGEH LAGI..

KUALA LUMPUR - [DIKEMASKINI] Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, hari ini atas 45 pertuduhan melibatkan 10 pertuduhan pecah amanah dan lapan pertuduhan menerima suapan berjumlah lebih  RM42 juta serta 27 pertuduhan membabitkan diri dalam aktiviti pengubahan wang haram berjumlah lebih RM72 juta.

Ahli Parlimen Bagan Datuk itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas kesemua pertuduhan yang dibaca dihadapan hakim Azura Alwi.

Ahmad Zahid yang berbaju batik merah kelihatan tenang di kandang tertuduh sepanjang pertuduhan dibacakan oleh tiga jurubahasa selama hampir sejam.

Bagi sepuluh pertuduhan pertama, Ahmad Zahid sebagai seorang agen iaitu pemegang amanah Yayasan Akalbudi didakwa pecah amanah wang berjumlah keseluruhan RM 20, 833,132.99 antara 13 Januari 2014 dan 11 Januari 2016 di Affin Bank Berhad cawangan Jalan Bunus No. 133 Jalan Bunus off Jalan Masjid India Kuala Lumpur.

Kesemua kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara minimum dua tahun dan maksimum dua puluh tahun dengan sebatan dan denda jika sabit kesalahan.

Sementara itu bagi pertuduhan ke-11 hingga ke-18 pula, Ahmad Zahid didakwa secara rasuah menerima  suapan daripada tiga syarikat berbeza iaitu Syarikat Mastoro Kenny IT Consultant & Services, Syarikat Data Sonic Group Berhad, Syarikat Profound Radiance Sdn Bhd.

Ahmad Zahid didakwa menerima wang bernilai RM21,250,000 melalui  29 keping cek dari Public Islamic Bank, RHB Islamic Bank, dan Maybank.

Ianya sebagai dorongan untuk beliau iaitu Menteri Dalam Negeri di Kementerian Dalam Negeri Malaysia bagi melakukan suatu transaksi untuk membantu Syarikat Mastoro, Syarikat Data Sonic dan Syarikat Profound mendapatkan projek-projek MyEG, melaksanakan penambahan pembekalan cip pasport selama lima tahun atau 12.5 juta cip yang akan dimasukkan ke dalam halaman biodata polycarbonate Pasport Malaysia untuk Jabatan Imigresen Malaysia serta sebagai pengendali perkhidmatan onestop centre di Pakistan dan Nepal di bawah kendalian Kementerian Dalam Negeri.

Kesalahan-kesalahan itu didakwa dilakukan antara 15 Julai 2016  dan 15 Mac 2018 di Malayan Banking Berhad cawangan Dataran Maybank aras 1 Tower A, Dataran Maybank No.1, Jalan Maarof Bangsar, Kuala Lumpur.

Dakwaan bagi kesalahan itu dilakukan mengikut Seksyen 16(a) (b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 (Akta 694) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 (1) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan yang menjadi hal perkara kesalahan itu jika suapan itu dapat dinilai atau berbentuk wang atau RM10,000 mengikut mana-mana yang lebih tinggi.

Sementara itu Ahmad Zahid juga menghadapi 27 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan RM72,063,618.15.

Bagi pertuduhan pertama sehingga ke-25, beliau didakwa melakukan kesalahan itu dengan melibatkan diri secara langsung dalam transaksi hasil aktiviti haram iaitu dengan memberi arahan untuk mendepositkan wang antara RM600,000.00 hingga RM9.35 juta ke dalam dua akaun.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Malayan Banking Berhad, cawangan Dataran Maybank, Aras 1, Tower A, No. 1 Jalan Maarof, Bangsar antara 27 Mei 2016 hingga 11 April 2018.

Bagi pertuduhan ke-26, Zahid didakwa melakukan perbuatan sama dengan memberi arahan berhubung pembelian dua buah rumah banglo di Mukim Kajang, Hulu Langat bernilai RM5.9 juta, di tempat sama pada 9 Januari 2017.

Sementara itu bagi pertuduhan terakhir Zahid didakwa melakukan kesalahan serupa dengan mengarahkan Omar Abdullah, 46, untuk mengubah wang tunai berjumlah RM6,885.270.20 kepada 30 keping cek yang kemudiannya diserahkan kepada Tetuan Lewis & Co. untuk pembelian Simpanan Tetap di Maybank, yang mana ia merupakan hasil daripada aktiviti haram.

Kesalahan itu didakwa di lakukan di Marhaba Enterprise Sdn. Bhd, LG 1.15, Fahrenheit88, 179 Jalan Bukit Bintang, dekat sini pada 29 Mac 2016 dan 15 Julai 2016.

Pendakwaan untuk kesemua pertuduhan berkenaan adalah mengikut Seksyen 4(1) (a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 15 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai hasil daripada aktiviti haram atau peralatan kesalahan itu pada masa kesalahan itu dilakukan atau RM5 juta yang mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Datuk Seri Gopal Sri Ram yang mengetuai pasukan pendakwaan mencadangkan jaminan sebanyak RM2 juta.

Tiada bantahan berhubung jumlah jaminan oleh barisan peguam Ahmad Zahid. Bagaimanapun Hisyam Teh Poh Teik memohon jumlah jaminan itu dibayar secara ansuran.

Mahkamah kemudian membenarkan Ahmad Zahid dilepaskan dengan jaminan RM2 juta yang dibuat secara ansuran iaitu RM1 juta dibayar hari ini dan bakinya dijelaskan dalam tempoh satu minggu.

Mahkamah juga memerintahkan supaya bekas Timbalan Perdana Menteri itu menyerahkan pasport kepada mahkamah dan kes ditetapkan untuk  sebutan pada 14 Disember depan.

Selain Gopal Sri Ram, pendakwaan turut dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Akram Gharib, Mohamad Mustaffa P Kunyalam dan Nadia Mohd Izhar

Sementara itu peguam Kitson Foong, Datuk Ahmad Zaidi Zainal, Hamidi Mohd Noh dan Syahrul Shazwan Salehin antara barisan peguam Ahmad Zahid.

Antara yang hadir mengikuti prosiding pagi ini adalah Timbalan Presiden Umno, Datuk Sri Mohamad Hasan  Naib Presiden Umno, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Datuk Seri Khaled Nordin; Ketua Umno, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki; Ketua Wanita Umno, Datuk Dr. Noraini Ahmad dan Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman.

31 comments:

  1. Adekah najib tahu aktiviti rasuah wak jahid?....ahli2 umno gerenti tak tahu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tubuh yayasan amal untuk main wayang...kutip derma dari syarikat yg diberi projek..

      Buat projek amal kunun..
      Wak nak bersihkan dirinye dlm mahkamah nanti ...wak boleh tersengeh laa...

      Delete
    2. wak tersengeh kat ko seorg aje sebab perangai ko sma mcm wak, dua2 muka tak tau malu...kikiki.

      Delete
    3. Ko dah tak ngaku penyokong wak lagi...malu lah tu..hihiji

      Delete
  2. Menyelak syarikat 'misteri' Mastoro Kenny

    19 Okt 2018, 5:33 petang (Dikemaskini 19 Okt 2018, 6:21 petang)

    A A
    Mastoro Kenny – apa sebenarnya syarikat 'misteri' ini?

    Persoalan ini timbul setelah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendakwa syarikat ini membayar RM13.25 juta kepada Presiden Umno Datuk Seri Zahid Hamidi bagi mendapatkan projek MyEG.

    MyEG bagaimanapun dalam kenyataan di Bursa Malaysia selepas itu berkata mereka tidak tahu menahu berkaitan syarikat itu dan tidak pernah berurusan dengannya.

    Carian profil syarikat dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) menunjukkan syarikat perunding teknologi maklumat (IT) itu turut membekalkan perisian, membina laman web dan membekalkan aksesori komputer.

    Malaysiakini mengenal pasti pemiliknya M Kumaraguru, 46, sebagai orang yang sama yang memiliki syarikat Mentari Maju Textiles.

    Sebagai pemilik Mentari Maju, dia telah diheret ke mahkamah atas pertuduhan pengubahan wang haram pada 14 Mac lalu.

    Beliau dilapor melakukan kesalahan itu antara 17 Januari hingga 23 Februari 2017.

    Ia kebetulan waktu yang sama ketika Mastoro Kenny didakwa membayar RM13.25 kepada Zahid.

    Menurut pertuduhan kedua dan ketiga melibatkan Mastoro Kenny, Zahid dikatakan menerima 23 cek yang keseluruhannya bernilai RM13 juta antara 7 Disember 2016 hingga 8 Februari 2017.

    Dalam pertuduhan pertama pula, Zahid dikatakan menerima RM250,000 pada 15 Julai 2016.

    Pemberian itu dibuat sebulan sebelum Kumaraguru mendaftarkan Mastoro Kenny pada 19 Ogos tahun itu.

    Alamatnya didaftarkan di Scott Garden, Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur.

    Setakat ini masih belum jelas projek apa yang dipercayai SPRM cuba diperoleh dari MyEG dengan memberikan wang kepada Zahid.

    Kedua-dua syarikat itu, Mastoro Kenny atau Mentari Maju Textiles, tidak wujud di alam maya.

    Menurut SSM juga, pendaftaran kedua-dua syarikat itu juga tamat pada 18 Ogos 2017 dan 11 Julai tahun yang sama.


    Pertuduhan terhadap Zahid melibatkan Mastoro Kenny adalah berkaitan kesalahan menerima suapan.

    Jika sabit kesalahan, Zahid boleh dihukum penjara tidak lebih 20 tahun dan didenda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan.

    Zahid berdepan lapan pertuduhan menerima suapan, 10 pertuduhan pecah amanah dan 27 pertuduhan pengubahan wang haram.

    ReplyDelete
  3. KLU SETAKAT JAHID BANYAK YG KENA GINI
    22 TAHUN BERKUASA KES MME TAK TERKIRA
    ANAK BINI CUCU KES MCM NI BANYAK NI
    MAMPOS SIRENTA ANAK CUCU JDI BAHAN PULA

    ... MAMPOS SI RENTA ANAK CUCU ADA YG KE DALAM NANTI... TUNGGUUU TAK LAMA DAH..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kenapa tak sekarang bro? Kenapa nak tunggu Madey mati? Ckp mcm hebat, habuk pun tarak.

      Delete
  4. Didakwa atas tuduhan lakukan jenayah, kemudian beritahu orang ramai "saya redha ujian Allah". Betul dah menghina Allah dia nih, lain la ko tgh buat benda elok kemudian Kena tangkap. Konon ada keluludan agama.

    ReplyDelete
  5. Kd, aku ada pandangan berbeza. Ko buka gelanggang mahkamah dlm blog. Ramai muka² perasan bahawa diri mereka peguam, pendakwa dan hakim sekali gus. Gila apa ni? Tak cukup ke mahkamah yg ada? Cukup²lah kegilaan sblm pru tempohari. Knp hakim², pendakwa dan lain² tak tanya knp hanya org umno shj yg kena. Mca, mic dan lain² suci belaka?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aikk? Mula2 kau kata org kat blog ni perasan jadi hakim, peguam, pendakwa... Tp ujung2 kau persoalkan kenapa hakim tak tanya kenapa org umno aje kena. Itu lagi teruk, nak ambik peranan parlimen, wakil rakyat dan juga Najib sekaligus. Kikikikiki...

      Delete
  6. YG MENERIMA SUDAH DI DAKWA
    YANG MEMBERI ATOK SUNYI SEPI
    INI AGRNDA ATOK TUA DI RENTA
    ANAK CUCU JADI GALANG GANTI
    BILA SI RENTA BERAMBOS DI ALAM INI

    PUIIII...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kenapa nak tunggu atok tak ada? Kenapa tak sekarang? Telor tak ada ke?

      Delete
  7. Atok skrg membenarkan apa yg pernah dikatakan org semasa menjadi pm ke 4 sebagai maha itu dan ini. Mahazalim, mahafiraun adalah sebahagiannya. Bersungguh-sungguh benar dia nak hancurkan umno sedangkan parti musuh kecik spt mca dan mic dibiarkan sbb tak mengancam. Itu dap akan uruskan. Pemegang panji hitam berwatak zalim dan firaun begini? Yg peliknya pencipta ungkapan itu skrg boleh pulak comolot dgn si maha ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tun M sedang menegakkan keadilan. Orang-orang yang melakukan jenayah sudah semestinya dibawa ke muka pengadilan. Najib, Zahid bahkan semuanya sekali.

      Hakikat yang tidak dapat dinafikan dan menyebabkan pembencinya hanya mampu mencerca untuk memuaskan hati sendiri ialah Tun M adalah pemimpin kepada pasukan yang sentiasa menang dan kekal menang.

      Sebagai Pembawa Panji Hitam, dia akan kekal menang sehinggalah yang bathil itu benar-benar lenyap.

      Pembencinya dipersilakan terus mencercanya dan mati di dalam keadaan hati yang bernanah. Dengan izin Allah kalian tak akan mampu menang ke atasnya.

      Tak lama mana dah, in shaa Allah.

      Wallahu a'lam.

      Delete
  8. Belom pon diputuskan bersalah..KD dah hantam dah.

    Tun Mahathir lagi banyak kes rasuah.

    Kalau MATI PON..keba AWET Jasad utk di bawa ke mahkamah dengar pertuduhan.

    Tunggu..masa akan sampai...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya benar, masanya akan benar-benar sampai di mana yang bathil itu akan lenyap sama sekali.

      Yang bathil itu akan lenyap pada hari berlakunya PERTEMPURAN KLIMAKS di antara pasukan Tun M iaitu pasukan Panji Hitam dengan pasukan-pasukan bathil yang bersekutu mahu menjatuhkannya.

      Tempat berlakunya PERTEMPURAN KLIMAKS ini bukanlah di peti undi mahupun di dalam Parlimen, sebaliknya di Seri Perdana, Putrajaya. Perebutan di antara Pasukan Panji Hitam dan pihak lawannya untuk menjadi Penguasa Seri Perdana.

      Sama-sama kita nantikan.

      Wallahu a'lam.

      Delete
    2. Kau pun sama dah. Belum pun diputuskan bersalah kau dah tuduh Mahathir rasuah. Mayat kau tu patut diawet nanti supaya boleh dikaji kebodohannya.

      Delete
  9. Ya lah, semua salah Mahathir. Depa yang muntakedarah wang haram, Mahathir juga yang salah. Mintalah depa yang menuduh Mahathir itu ini buat demonstarsi dengan Lokman Adam dan kemudian buat laporan kepada pOLIS/SPRM . Jangan dok melalak sahaja kat sini. Kalau berani buatlah laporan tetapi kena bersedialah menerima segala yang bersusulan.

    Jantanlah sikit ya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab tak ada kes ke atas Tun M lah mereka buat RCI Kanggaroo berkenaan kehilangan wang BNM melalui Forex 3 dekad yang lalu.

      Kini mereka masih melaungkan perkara-perkara yang sama ketika mana undang-undang sedang bertindak ke atas mereka.

      Dengan izin dan kehendak Allah mereka tak akan menang.

      Delete
  10. Bila cite pasal geng umno Kena dakwa, amboi jd Hakim la, mahkamah la. tun M punye cite ko org Tak sedar pulak dah lebih Dr Hakim ko jd. Pegi daa! Porah!!

    ReplyDelete
  11. Syabas kerajaan PH. Syabas ayahanda Tun M. Syabas Peguam Negara Tuan Tommy Thomas.

    Keadilan sedang ditegakkan dan para pelaku jenayah khianat seorang demi seorang sedang dibawa ke pengadilan.

    Saya amat berkeyakinan ayahanda Tun sedikitpun tidak merasa takut dengan ugutan dan ancaman yang diberikan oleh UmNo akibat pemimpin mereka seorang demi seorang dibawa ke muka pengadilan.

    Teruskan kerajaan PH. Teruskan ayahanda Tun. Mereka akan kekal tewas walau apa pun perancangan yang mereka lakukan untuk menang.

    Macai pemakan dedak sudah sakit jiwa.

    Dulu apabila pemimpin mereka tidak didakwa mereka katakan tiada pendakwaan bererti tiada kesalahan yang dilakukan.

    Kini apabila seorang demi seorang pemimpin mereka sedang didakwa mereka katakan pula ayahanda Tun dan kerajaan PH zalim.

    Biarkan mereka mati di dalam keadaan hati yang bernanah. Mereka tak akan mampu menang dan dengan izin dan kehendak Allah ayahanda Tun M dan pasukan akan kekal menjadi pasukan yang menang. Kemenangan mutlak itu juga sudah semakin hampir.

    "Mereka itulah orang-orang yang berada di atas petunjuk daripada Tuhan mereka dan mereka itulah golongan yang menang".

    Sama-sama kita nantikan.

    Wallahu a'lam.

    ReplyDelete
  12. saya memang sudah bercadang utk menulis artikel pendek mengenai apa yg saya tahu mengenai zahid hamidi ni tapi tlh menunudakan nya kpd waktu yg lebih sesuai. tajuk nya ia lah - 'Zahid yg murah dgn senyuman'.

    insya'allah akan saya usahakan apabila dpt meluang kan masa.

    memang benar yg dia banyak membantu NGO2 yg mengusahakan tadika n sekolah agama. tapi bak kata perpatah 'sambil menyelam minum air'. pahala sebagai 'philanthropist' tetap ada. tapi kesalahan menerima rasuah n salah guna kuasa wajib juga d siasat n jika d dapati bersalah d hukum.

    ReplyDelete
  13. Blogger KD, itu dia punya pasal lah. Yg kau sibuk sgt apahal?

    Aku pun nak kata juga ni.

    Dah dua kali masuk jel masih ada hati nak jd PM.

    Dah sah masuk jel kerana meliwat pun masih gatal jubo nak jd PM.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia meliwat itu dia punya pasal lah. Yg kau dengki sgt dia meliwat meliwat apahal?

      Delete
    2. Kau pun sama. Kalau dia dah dua kali masuk jel apa kau kisah? Itu dia punya pasallah. Bukan jubo kau pun yg kena.

      Delete
  14. Saturday, October 20, 2018
    (RMK11) HUTANG BUKAN RM1 TRILLION - ATOK SENDIRI SAHKAN

    HUTANG BUKAN RM1 TRILLION - ATOK SENDIRI SAHKAN

    Semalam, Atok membentangkan Pelan Ekonomi Pertengahan Penggal di Parlimen (gambar 1).

    Dokumen setebal 408 mukasurat ini antara lain menyebut bahawa purata pertumbuhan KDNK Malaysia pada tahun 2016-2017 di bawah pentadbiran Najib Razak adalah pada kadar 5.1 peratus, iaitu di dalam sasaran 5-6 peratus yang disasarkan, dan mencapai lebih daripada sasaran iaitu 5.9 peratus pada tahun 2017 (gambar 2).

    Inflasi di bawah pentadbiran Najib Razak juga didapati terkawal iaitu pada kadar 2.9 peratus (gambar 3).

    Pelan tersebut juga menyebut di mukasurat 58 bahawa hutang negara BUKANLAH RM1 TRILLION SEPERTI YANG DICANANGKAN PH (gambar 4).

    Hutang sebenar kerajaan ialah RM686.8 BILLION SEPERTI YANG DISEBUT-SEBUT OLEH NAJIB RAZAK TETAPI TIDAK DITERIMA OLEH ZOMBIE PAKATAN (gambar 5).

    Kadar hutang negara berbanding KDNK ialah 50.8 PERATUS dengan MAJORITI HUTANG DALAM NEGARA, BUKANNYA HUTANG KEPADA NEGARA LUAR MACAM CHINA (gambar 6).

    Zombie Pakatan memang lahir melalui dubur bapa mereka menyebabkan mereka terencat akal dan uneducated. Itulah sebabnya mereka tidak dapat menerima fakta daripada Najib Razak dan lebih rela meminum dan bermandikan air kencing Atok dan konco-konconya.

    Laporan ini boleh dilihat dipautan berikut:

    http://www.parlimen.gov.my/ipms/eps/2018-10-18/CMD.22.2018%20-%20RMK%2011%20BM%20Combine%20file.pdf

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jon doo...atok kesayangan kau ni masih perangai macam dulu menipu...tak bathil ke atok jon do ni?..

      Delete
    2. Jumlah hutang 688b tersebut adalah hutang langsung kerajaan, dan tidak termasuk jaminan ke atas hutang yang dibuat oleh GLC, dan hutang GLC yang diambil alih oleh kerajaan. Malah hutang 1MDB yang telah diambil alih oleh MOF pun kebarangkalian tidak termasuk di dalam perangkaan tersebut. Campurkan semuanya sekali termasuklah yang telah diambil alih, dan di bawah jaminan nescaya jumlahnya akan mencecah 1 trillion. Penerangan ini telah diberikan lama dahulu. Hanya macai berotak lemah tak mampu memahaminya.

      Mahu tahu apa yang menjadikan sesuatu pasukan itu bathil? Ini jawabnya:-

      1. Jemaah yang mengkafirkan jemaah lain bagi tujuan mendapatkan sokongan.

      2. Jemaah yang mensabitkan sifat-sifat buruk ke atas Allah misalnya menuduh Allah mencarut, memaki hamun dan menyumpah seranah.

      3. Jemaah yang mengambil Yahudi dan Nasrani menjadi wali. Yahudi diambil menjadi penasihat sedang Nasrani diwala sebagai pemimpin.

      4. Jemaah yang melengkapkan kesemua ciri kaum munafik dengan mewujudkan satu pasukan yang kerjanya hanyalah mempertahankan 3 sifat awal munafik, dan di dalam melakukan perkara tersebut mereka melampau batas dengan terus berbohong demi mempertahankan pembohongan.

      Daripada 4 ciri di atas, kita sudah pun mengenalpasti jemaah-jemaah bathil yang bakal bersekutu untuk menumbangkan Pembawa Panji Hitam. 4 ciri tidak bermakna ada 4 jemaah. Barangkali satu jemaah itu ada padanya lebih daripada 1 ciri berkenaan.

      Jemaah yang terakhir ialah mereka yang bersekutu dengan jemaah-jemaah lain yang memiliki ciri-ciri bathil di atas, sedang jemaah ini pernah ditimpa kemelaratan dan mereka memohon kepada Tuhannya untuk diberi nikmat, sedang apabila mereka diberi nikmat, mereka bersekutu dengan kebathilan dan khianat kepada jemaah yang benar (Rujuk Az-Zumar : 8).

      Jemaah terakhir ini masih belum muncul dan masih tersembunyi oleh masa.

      Masa akan membongkarkan siapakah jemaah terakhir tersebut, in shaa Allah.

      PERTEMPURAN KLIMAKS hanya akan berlaku apabila korum pasukan-pasukan bathil itu telah lengkap.

      Pada akhirnya pasukan yang benar akan diberi kemenangan mutlak sedang pasukan-pasukan yang bathil itu bakal dilenyapkan.

      Lenyapnya kebathilan itu adalah pembukan jalan untuk zaman fitnah ini ditinggalkan dengan sebenar-benarnya.

      Tunggu sajalah hari penentuannya, hari berlakunya PERTEMPURAN KLIMAKS yang saya selalu ceritakan.

      Wallahu a'lam.

      Delete
  15. Selepas Zahid Hamidi, giliran PAS pulak ..?

    45 pertuduhan. Semua orang ternganga. Ingatkan Najib Razak sahaja yang akan menerima karma. Ingatkan Najib sahaja yang banyak pertuduhannya.

    Pada awalnya heboh diperkatakan hanya Yayasan Akal Budi, rupanya lebih banyak skandal didedahkan. Baru ada akal. Mungkin benar juga, menanam budi, akalnya ingin balasan.

    Nilainya pula mencecah RM114 juta. Bukan satu angka kecil. Rakyat ketar lutut mencari rezeki siang malam nak mendapatkan RM100 sehari. Bagi mereka nilai jutaan ringgit menjadi bahan mainan.

    Bagi pendapat aku, terlalu awal untuk mendakwa Zahid. Patutnya biarlah dia mengaum dulu 'hidup melayu' ... 'perkasa Islam' sehingga masuk tahun ke 3 sebelum PRU 15. Bila dah dekat PRU 15, baru letupkan pendakwaan. Itu mungkin pendapat nakal aku sahaja, tetapi yang pasti SPRM dan pihak berkuasa telah menjalankan amanah yang diberikan oleh rakyat sebaiknya.

    Kalau nak ungkap kisah Najib dan Rosmah, rasanya panas tu belum reda lagi. Banyak lagi kejutan yang kita akan jumpa.

    Biar dulu Zahid Hamidi minang meminang antara UMNO dan PAS.

    Bukankah PAS seronok sangat nak bekerjasama dengan UMNO. Bukankah PAS dan UMNO saling balas kunjung mengunjung. Tetiba jadi macam ni. Apakah PAS akan menjauhkan diri atau berdiri teguh disebelah Zahid Hamidi dan UMNO?

    PAS diam seribu bahasa. Di website rasmi pun tiada berita tentang Zahid Hamidi. Mungkar ke tidak perbuatan Zahid Hamidi? Kenapa diam...?

    Atau menanti giliran selepas Zahid Hamidi...? Jangan kita berfantasi jauh. PAS bukan jenis parti macam tu. RM90 juta hanyalah satu fitnah Mahfuz dan beberapa pemimpin lawan. Hahahahha... lupa pulak. PAS kata nak saman Mahfuz Omar... bila tu...?

    ReplyDelete
  16. MANA MUJAHIT SKG NI DAP DAH MULA ADU DOMBA BATU API PASAL KRBRBESAN SYIAH MURTAD DAN AJARAN SESAT...

    MUJAHIT BUAT APA... DAH DAPAT DATO SERI TAK KAN DIAMM

    MANA MUJAHIT... TAKKAN MELANCAP LAGI

    MUJAHIT LANSUNG X BONYI BONYI..
    MINTRI NI ADA BAU BAU SYIAH LAGI
    KELU LIDAH BILA SYIAH DIMAIN KINI
    X TAU NAK COVER SYIAH SUDA DI BATUAPI


    MINTRI NAK MAIN WAYANG TINGGI DNG RAKAT MESIA SBB NAK BERTAKIYAH SYARAT SEMPURNA IMAN SYIAH NYA..

    PUIIII....!!

    ReplyDelete