Saturday, October 20, 2018

MASA UNTUK BERSANGKA BAIK

Tun akan letak jawatan dalam tempoh yang sesuai
Anwar akan ambil alih dengan lancar
Najib rosmah zahid akan suci di mahkamah
DAP semulia MCA

21 comments:

  1. syukurlah malaysia masih aman..

    ReplyDelete
  2. FUYOOO ATOK SEDEH TAK TERPERI SEDU SEDAN
    LIDAH BERCABANG MOHON SEMPATI BILA DIMAKI
    JANGAN PERCAYA LA SI RENTA MAJUK LETAK JAWATAN
    AUTA BODOH BANGANG LIDAH BERCABANG TAK LAKU LAGI


    KIKIKIKI...

    ATOK LETAK JAWATAN BILA DI MAKI
    DI MAKI HAMUN OLEH PEMANDU TAKSI
    AUTA LIDAH BERCABANG LEPASKAN DIRI
    ANAK CUCU KRONI BELUM SETTEL LAGI


    ALAHAI ATOKKKK GORENG LETAK JAWATAN NI DAH LAPUK BEBENAU LA ATOK... LIDAH BERCABANG BILA TAK LEH JAWAB ATOK BUAT MUKA SEPOSEN JER..


    KIKIKIKI.. ATOK PEGANG JER JAWATAN TU SMPI MASUK LAM KUBO... MACAI RESAH GELISAH BANG NON DAH DAPAT KUASA .. ATOK JADI KUDA KAYU DAP AJER..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syukurlah Malaysia masih aman. Bagi yg nak merosakkan keharmonian, sila keluar dari sini.

      Delete
    2. Bila masa malaysia tak aman?..ayat umno di ulang tayang..

      Delete
    3. Malaysia masih aman dan bertambah aman sejak PH memerintah. Puak2 yg nak menimbulkan kekacauan boleh berambus keluar.

      Delete
    4. Jangan kacau...biar matdey terus menipuu..

      Delete
  3. Madey kena pulihkan balik imej Bersatu dan PH yg terjejas teruk kerana di label penipu disebabkan manipulasi hutang 1 trillion...puak umno berjaya selongkar dari laporan RmK 11 hutang malaysia hanye 687 billion dan keadaan ekonomi masih mantap...

    Manipulasi hutang kerana madey tak mau tunaikan janji manipesto pendidikan percuma pengurangan PTPTN dan hapuskan tol....madey ade agenda tersembunyi?...

    Dan terbaru pemandu teksi marahkan madey dlm perjumpaan dgn pemandu teksi langkawi..

    PH boleh lingkop pru 15..Parti2 gabongan mesti bertindak segera selamatkan PH..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau pemandu teksi di langkawi marahkan pm yg tak pernah berlaku seblm ni pemandu teksi di kl lagi teruk....

      Pm kena mahasabah jangan ingat rakyat akan setuju semua yg pm buat...

      Delete
    2. Pm tak boleh konfiden janji john doe nak serahkan panji2 hitam...john doe buat tafsiran sendiri yg bersifat temberang kerana ketaksuban tegar...

      Delete
  4. Orang yg tak beradab rasa diri mereka hebat, dengan tuhan pun mereka angkuh apatah lagi dengan orang tua yg dah 93 tahun tu. Bawalah kehebatan anda hingga ke lubang kubor.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau orng tua 93 thn nak rakyat beradab orang tua ni dulu kena beradab sebagai pm...jangan menipu rakyat....jgn ade agenda tersembunyi..

      Delete
  5. KAKI PENIPU FITNAH NAK LETAK JAWATAN
    SETTEL DULU BENGKOK PUNYA JAMBATAN
    KELAK INI LAH PUNCA BUAT SERANGAN
    PADA PENGANTI YANG JALAN KAN KEWAJIBAN

    KARAKA TAK BOLE NAK BUAT JAMBATAN
    JANGAN INI PULAK JADI BANGANG ALASAN
    PEWARIS KJAAN FITNAH PULAK DISALAHKAN
    LIDAH BRRCABANG MME PERANGAI MCM SETAN


    kikikiki..

    ReplyDelete
  6. Dr M perlu hentikan budaya berunding dengan ‘penjilat’, kata persatuan teksi

    FMT Reporters - October 21, 2018 1:48 PM
    2k
    Shares

    Kamaruddin berkata, Dr Mahathir tidak seharusnya melepaskan tanggungjawab menyelesaikan isu teksi kepada menteri pengangkutan yang mengamalkan budaya pemerintahan BN. (Gambar Bernama)
    PETALING JAYA: Budaya mengadakan rundingan dengan pertubuhan “penjilat” yang selama ini diamalkan dari zaman Barisan Nasional perlu dihentikan sekiranya Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad tulus ingin menyelesaikan masalah teksi, kata Persatuan Gabungan Teksi Se-Malaysia.

    Ketuanya, Kamaruddin Hussain berkata Dr Mahathir perlu bertanggungjawab menyelesaikan masalah itu kerana beliau merupakan individu bertanggungjawap melantik Datuk Seri Najib Razak sebagai perdana menteri ke-6 sebelum ini.

    “Pelbagai peraturan dikenakan kepada teksi demi keselamatan penumpang telah dipermudahkan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) pada zaman pemerintahan Najib dan kini ia diguna pakai sepenuhnya oleh Kementerian Pengangkutan bagi memastikan aktiviti kereta sapu berjaya menguburkan teksi.

    “Jika perkara tersebut tidak dipandang serius oleh Dr Mahathir, percayalah kedua-dua ketetapan yang diumumkan oleh perdana menteri sama sekali tidak akan mampu menyelesaikan masalah dihadapi seluruh warga pemandu teksi.



    “Satu mesyuarat rasmi perlu diadakan di antara Gabungan Teksi Se-Malaysia bersama Kementerian Pengangkutan dengan dipengerusikan Dr Mahathir sendiri,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

    Terdahulu, majlis perjumpaan Dr Mahathir bersama persatuan pemandu teksi di Langkawi hari ini kecoh seketika apabila beberapa anggota persatuan bertindak keluar majlis dan berteriak kerana tidak setuju dengan pandangan beliau berhubung perkhidmatan e-panggilan, Grab.

    Kekecohan itu berlaku sekitar 2 minit dan selepas keadaan reda, Dr Mahathir berkata beliau sebagai perdana menteri hanya cuba untuk membantu golongan pemandu teksi untuk memulihkan kembali pendapatan mereka.

    “Saya bukan hendak jadi perdana menteri. Saya bersara dah tapi orang panggil balik. Sebab itu saya datang. Kalau tak nak saya jadi perdana menteri hari ini pun saya letak jawatan. Tak ada masalah bagi saya,” kata Dr Mahathir.


    Kamaruddin berkata, kesilapan Dr Mahathir suatu ketika dahulu perlu diperbetulkan, bukan sekadar memberi jawapan seperti “saya pernah membangkitkan perkara ini dalam mesyuarat Kabinet, tetapi sehingga kini tiada kemajuan langsung”.

    “Saya berharap perdana menteri tidak melepaskan tanggungjawab menyelesaikan isu teksi atau menggadaikan nasib warga teksi kepada menteri pengangkutan yang mengamalkan budaya pemerintahan BN.

    “Kami harap Dr Mahathir akan memberi perhatian khusus serta mempengerusikan mesyuarat di antara kami dan Kementerian Pengangkutan. Kami mempunyai banyak cadangan yang mampu membantu kerajaan menyelesaikan isu ini serta memacu industri teksi ke arah yang lebih baik,” katanya.

    Dalam pertemuan itu Dr Mahathir mencadangkan 2 syarat ke atas perkhidmatan Grab iaitu menggunakan kenderaan yang diluluskan oleh kerajaan dan dikenakan cukai serta bayaran insurans yang sama seperti perkhidmatan teksi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kamaruddin berkata, kesilapan Dr Mahathir suatu ketika dahulu perlu diperbetulkan, bukan sekadar memberi jawapan seperti “saya pernah membangkitkan perkara ini dalam mesyuarat Kabinet, tetapi sehingga kini tiada kemajuan langsung”.


      PM DAH HILANG KUASA DLM KABINET ATO MAIN WAYANG?..

      Delete
  7. Madey kena pulihkan balik imej Bersatu dan PH yg terjejas teruk kerana di label penipu disebabkan manipulasi hutang 1 trillion...jaminan hutang dikira hutang....jaminan hutang jadi hutang jika dibayar oleh kerajaan....hanye hutang 1 mdb 38 billion dibayar oleh kerajaan...itu pon bukan mesti fibayar sekali gus dlm tahun ni..puak umno berjaya selongkar dari laporan RmK 11 hutang malaysia hanye 687 billion dan keadaan ekonomi masih mantap...kenape tidak di tulis 1 trilion?..

    Manipulasi hutang kerana madey tak mau tunaikan janji manipesto pendidikan percuma pengurangan PTPTN dan hapuskan tol....madey ade agenda tersembunyi?...

    Dan terbaru pemandu teksi marahkan madey dlm perjumpaan dgn pemandu teksi langkawi...

    PH boleh lingkup pru 15 jika parti2 gabongan dlm PH tidak bertindak segera...

    ReplyDelete
  8. DR M JANJI HAPUS GRAB JIKA TAWAN PUTRAJAYA

    By Mira WartaDaily - April 30, 2018

    Calon PKR Tun Dr Mahathir Mohamad semasa berkempen di Parlimen Langkawi berjanji untuk hapus aplikasi e-hailing sekiranya Pakatan Harapan tawan Putrajaya.

    Setelah tersenarai sebagai calon tertua, di dalam sesi dialog beliau bersama masyarakat India yang dianjurkan Hindraf, Dr Mahathir berkata “masalah Grab ini bukan hanya Langkawi tapi seluruh Malaysia.

    “Grab merugikan pemandu teksi biasa, perkara ini akan dikaji supaya servis teksi yang adil kepada semua pihak.

    “Perkara ini akan kita lakukan apabila kita ambil alih kerajaan nanti.”

    Kenyataan tersebut dilihat akan menjejaskan pendapatan kira-kira 300,000 pemandu e-hailing seluruh Negara.

    Netizen di laman media social Facebook sudah mula mempersoal tindakan Dr Mahathir.

    Dhanyaraam Chinathamby menulis “ Tun Mahathir berjanji akan hapuskan e-hailing Grab semalam. Ini bermakna lebih dari setengah juta rakyat akan kehilang kerja separuh-masa/sepenuh masa mereka. Inikah yang dimaksudkan dengan progresif?”

    Ahmad Fansuri Mohd Nasir menulis “aduyai abg-abg, kakak-kakak pemandu grab. Camna nak tambah pendapatan ni? Punyalah baik Kerajaan BN benarkan kenderaan sendiri dijadikan E-Hailing untuk janakan pendapatan sampingan, datang calon 93 tahun cadangkan hapuskan grab!”

    ReplyDelete
    Replies
    1. Najib ungkit 'janji hapus Grab' yang timbul pada PRU14

      21 Okt 2018, 3:39 petang (Dikemaskini 21 Okt 2018, 4:28 petang)

      A A
      Pada hari sama berlakunya kekecohan di dialog Tun Dr Mahathir Mohamad bersama pemandu teksi, bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak membangkitkan semula dakwaan Pakatan Harapan (HARAPAN) berjanji untuk menghapuskan perkhidmatan pengangkutan berasaskan aplikasi seperti Grab sebelum PRU ke-14.

      Ia di sebalik Mahathir ketika itu telah pun menafikan ada membuat janji seperti itu.

      "Seperti yang saya nyatakan minggu lepas, janji palsu tersebar di kalangan pemandu teksi sebelum PRU ke-14 bahawa HARAPAN akan haramkan Uber dan Grab bila mereka berkuasa.

      "Ia antara punca utama pemandu teksi menolak dan memburukkan kerajaan BN yang pernah banyak menolong mereka.

      "Selain janji palsu, turut tersebar kononnya isteri saya adalah pemilik Grab (yang) menambah kebencian mereka. Kebenaran akhirnya muncul pagi ini," katanya dalam hantaran di Facebook, hari ini.

      Dalam satu majlis di Langkawi pagi tadi, sekumpulan pemandu teksi berteriak dan bertindak keluar daripada acara itu kerana tidak menerima penjelasan perdana menteri berkenaan Grab.

      Ketika kempen PRU ke-14, Najib mengkritik Mahathir kerana menurutnya mahu mengharamkan perkhidmatan pengangkutan berasaskan aplikasi jika HARAPAN menang.

      MAHAYHIR MUDAH LUPA BILA SUDAH MENANG...bangkali madey sendiri tidak setuju dgn janji yg dia sendiri buat....

      Ape komen john doe?...

      Delete
  9. PEMANDU TEKSI AKAN LUMPUHKAN KL JIKA TUN M ENGGAN LETAK JAWATAN



    Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera.

    Tuan-tuan, saudara dan saudari,

    Hari ini Kerajaan Pakatan Harapan yang diperintah Tun Dr. Mahathir anggap kita pemandu teksi sebagai orang yang biadap.

    Tuan-tuan, di media sosial kini penyokong-penyokong Pakatan Harapan galak memberi pelbagai label untuk kita pemandu-pemandu teksi.

    Kita digelar orang yang busuk, gasar, kita orang yang biadap dan pemandu teksi dikatakan bodoh kerana tidak ikut pada arus perubahan teknologi.

    Tidak cukup kita dihina mereka memperlekehkan teksi kononnya tidak tahu teksi wujud sejak muncul sistem e-hailing seperti Grab, Uber.

    Tanya diri tuan-tuan sendiri, adakah kita bodoh, biadap seperti mereka katakan?

    Kita pemandu teksi sudah bertapak berpuluh tahun, di kalangan kita ada yang anak-anak sudah membesar dan berjaya melanjutkan pelajaran hasil titik peluh kita membawa teksi.

    Tuan-tuan, bila penyokong Kerajaan galak memburuk-burukkan kita di media sosial lama-lama orang ramai tidak mahu guna perkhidmatan teksi.

    Sedarlah ini bukan saja tabur pasir dalam periuk nasi tapi seolah-olah mahu merampas periuk nasi kita.

    Kita ada persatuan, kita juga ada koperasi, bukan saja di KL tetapi di seluruh negara.

    Sampai bila kita pemandu teksi mahu berdiam diri dan membiarkan Kerajaan yang memerintah belum sampai setahun jagung ini memburukkan kita?

    Kita akan lumpuhkan bandar Kuala Lumpur!

    Kita bermula di Jalan Imbi, Jalan Bukit Bintang, Jalan Sultan Ismail hingga ke Jalan Tuanku Abdul Rahman.

    Tarikh dan masa akan diberitahu. Mohon tuan-tuan dan saudara semua panjangkan mesej buat kumpulan pemandu-pemandu teksi di KL.

    Kita bukan mahu menyusahkan rakyat daripada jalani rutin harian tetapi kita mahu desak Kerajaan berunding dengan kita.

    Terima kasih.

    Jamil Mat Desa
    Pengerusi
    Koperasi Pemandu Teksi Wilayah Persekutuan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Malaysia bertambah aman...

      Delete
    2. Madey biasanye pantang di cabar...adekah permit teksi akan dibatalkan?...

      Delete
    3. Hah! Amek ko pm. Ingat blk janji tu. Krg tak pasal² dimalukan lg oleh driver teksi. Lusa pulak driver grab pulak bikin kecoh. Itu la, pandai sgt buat janji. Ingat semua org mudah lupa agaknya. Padahal dia yg lupa apa pernah dia ckp. Hambek ko!

      Delete